Dec 26, 2010

25?

Omg omg omg !! Lagi bape hari je nak 25 tahun? Oh risaunya , serious ni . Banyak gila tak update cerita dalam ni . Bersawang gila kot blog ni .Camne ahh? Jap aku recall balik cerita ape je tak update .....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Arghhhhh shitt banyaknye tak update ! Tunggu jap lagi eh korang . Nak cari kamera jap , nak transfer gambar . Oh please jangan marah :))) Merry christmast hoho ! It's boxing day today ! Kenapa laa Malaysia takde eh boxing day ? Kejam gila .




[Noted : Semalam pergi lookout point ! Dating !]

Dec 17, 2010

Arghhhhhh!

Bosannya hidup tak berduit ni . Tension dowh ! Sakit kepala ! Bila nak gaji ? Nak tunggu aku resign dulu ke apa ni ? Kalau aku anak orang kaya tak pe laa jugak kan , ni aku orang susah kot . Jangan laa aniaya aku !





[Noted : Mudah-mudahan ada rezeki lain yang menanti ]

Dec 14, 2010

Banyak wedding "terpaksa" tak pergi :(

Ok , serius shit aku sedih dengan keadaan sekarang . Eh korang kalau rasa bosan nak dengar aku cerita ni , tak payah laa nak sibuk-sibuk baca . Ini blog aku , so suka hati laa kan aku nak tulis apa . Muahahaha . Lagi satu , kepada sesiapa je yang macam ada kaitan ke takde kaitan ke , tak payah laa nak terasa ke apa . Zzzzzzz ! Jangan huru-hara-biru kan dengan setiap apa yang ada dalam blog ni . I'm wrote for myself .

Opss mungkin mukadimah entry kalo ni berbaur agak kasar sebab emosi kurang stabil. Wtf! I'm going to die~

Tahu kah korang hujung tahun ni banyak gila year end sale ! Apa yang boleh aku cakap kat sini , shitttt ! Aku tak boleh pergi shopping tau . Hanya mampu duduk rumah guling-guling kiri kanan sahaja dan tidur sepanjang hari mengenang nasib diri . Wtf?? Macam pelarian GAZA . Hihi . Eh tapi aku bersyukur kerana takde laa macam pelarian GAZA tu , cuma life tak menentu je sekarang ni . Kerja banyak , semua nak cepat tapi ada orang kisah apa masalah aku sekarang ni , hummm mungkin ada yang kisah tapi tak semua orang akan kisah . Aku hanya mampu gelak depan kawan-kawan , kakak-kakak office dan orang sekeliling sebab aku boleh dikatakan banyak cakap kan . Muahaha .

Oh bukan topik shopping yang aku cuba ketengahkan dalam entry ni tapi topik keterpaksaan tak pergi wedding kengkawan kahwin . Semuanya sebab tiada kewangan . Just imagine , kalau dah semua wedding kat JOHO macam mana laa nak balik kan? Aku bukan berkira kos tapi kalau korang laa kat tempat aku , korang akan gunakan duit yang ada untuk makan dan kehidupan harian atau balik JOHO attend wedding kawan-kawan? Oh semestinya korang pun macam aku kan? Sesiapa yang faham dengan masalah aku sekarang ni mungkin akan tahu laa apa masalah sebenarnya . Malas aku nak cerita panjang kat sini zzzzz ! Oh bosan hidup dengan keadaan sekarang ni . Tapi alhamdulillah Mu'az banyak tolong aku . Yela kalau tak dia yang tolong siapa lagi kan . Thanks sayang :)))

So kepada kawan-kawan yang jemput aku hadir dalam majlis perkahwinan korang , sorry sangat-sangat ! Aku doakan korang bahagia hingga akhir hayat . Eh nanti aku kahwin jangan aaa balas dendam tak nak datang pulak ye :(((

Ok laa , bye . 




[Noted : Tendering RL :) ]

Dec 7, 2010

Eh boleh ke lupa hari ni birthday adik aku ?


Redha Faid , adik bongsu ! Kalau ikut kalendar islam lahir 1 muharam . 
Umur 13 tahun dah dia :)



Salam maal hijrah 1432H

Sekejap je kan masa berlalu , pejam celik pejam celik , eh eh eh dah tahun baru . Rasa macam baru je semalam nyanyi lagu 1 muharam detik permulaan .... (aaa korang sambung aaa aku lupa dah lirik dia cam mana) . So apa azam korang tahun ni? Aku yakin korang pun macam aku jugak kan , orang lain ada azam , korang pun sibuk nak beria-ia nak berazam . Huhu . So budak-budak kan? Nak cakap banyak pun tak guna , meh sini korang tengok apa azam baru aku ;

1. Aku berharap tahun baru ni , aku akan jadi lebih matang dalam segala-galanya . Maksudnya , nak buat apa sekali pun , kena laa berfikir dengan sebijaknya sebab tahun sebelum ni , tak reti kot nak buat keputusan . 

2. Aku nak jadi orang yang sopan dan dipandang hormat (eh betul ke ayat ni?) . Sebab aku rasa , aku kurang sopan dalam segi percakapan mahupun perbuatan . Orang lain memang cakap aku ni kasar . Ok , aku akan berubah .

3. Aku nak kurangkan marah . Oh yeah itu memang sifat semula jadi , cepat marah . Antara penyebab aku cepat marah , bila bekerja dengan orang yang lembap . Haha . Sebab aku ni jenis buat kerja cepat ok? Haha . Nasib laa siapa yang bekerja dengan aku . So , untuk tidak jadi seorang yang pemarah , please jangan buat aku marah . Boleh?

4. Aku nak jadi kuat ! Kuat dari segi mental . Haha . Dalam brutal-brutal aku ni , kuat nangis dowh . Malu sey nak cakap tapi in reality itu laa aku . Aku boleh tahan kuat nangis tau . Antara perkara-perkara yang boleh buat aku nangis , bila cerita tentang kawan . Haha . Sumpah bongok kan ? Nangis sebab kawan . So kawan-kawan , please don't make me cry anymore !

5. Oh last sekali , aku nak tukar kerja lain . Aku harap ada rezeki kat tempat lain . Bukannya apa , sampai bila kan nak menanggung penderitaan macam ni? Huh ayat ni kena bertapis ni , kalau tak jadi isu pulak . Setiap orang ada target masing-masing kan? So , aku nak cari peluang lain . Haha . 




[Noted : Aku dah buat sorang kawan aku kecik ati , camne?]

Dec 5, 2010

Minyak asyik naik je !

Kenapa tak naik kan harga rokok sampai jadi RM20 ke kan .


Huh tak sampai berapa bulan kot harga minyak naik lagi . Kalau macam tu , kasi naik laa gaji aku wei . Patutkah semua benda nak naik harga tapi gaji tak naik ? What the ......Emo memang tetap emo sebab kenapa nak kena naik semuanya . Grrrrrrrr . Aku ni kalau marah tak boleh nak type panjang-panjang dah sebab takut terkeluar makian je ni kang . Haha . I love Malaysia ok :)) Sekian terima kasih !!





[Noted : Korang sila laa tengok Due Date!]

Dec 2, 2010

Hello Disember?

Sekadar gambar hiasan dinding :)

This is not cool ok when its already December !!! Ciss geram aku . Sebab banyak lagi azam tahun ni tak tercapai . Wtf betul laa ! Tak tahu nak update apa sebab emosi kurang stabil sebab orang lain duk sana sini pergi Y.E.S tapi aku duk kena catu makan minum because of gaji . Wtf lagi sekali . Grrrrr sampai bila entah nak bertahan dengan situasi macam ni . So azam tahun baru nanti , i wanna quit from this job . Itu memang kena laksanakan . So , sekian terima kasih . 




[Noted : Hummm dah laa berjanji dengan Faed nak pergi sunway -.-]

Nov 30, 2010

Happy Birthday Anne & Muna !

OMG! Dah lama takde entry birthday kan? Sumpah aku busy . Tak sempat nak update . Oh yeah ! Happy belated birthday to my super bff (harus ada super untuk menunjukkan bestfriendforever kan?) . Tak sangka antara kitorang bertiga , aku laa paling kakak ok . Bebudak lagi dua orang tu lahir bulan November , oh so adik-adik sangat . Haipppp dengar cakap kakak korang ni , belanja aku please :)) Hadiah belum beli lagi , jangankan hadiah diorang , hadiah Mu'az pun tak terbeli lagi . Haha . Buruk gila perangai kan? So bulan ni punya gaji kena beli 3 hadiah untuk yang tersayang . Belikan handbag ok laa kot? Tapi Mu'az? Handbag jugak laa gamaknya!

Erin (kakak) , Muna (adik bongsu) , Anne (adik ngah tapi macam kakak)




[Noted : Aku rasa cam nak tumbuk je muka F tu !]

Nov 28, 2010

Hummm memang selalu macam ni kan :(((

Ok , aku tahu blog ni memang jadi tempat sesetengah orang nak luahkan segala-galanya . Haha tetiba aku jadi macam nak mengadu domba kat blog ni . Oh actually ni cerita sedih . Jom nangis dulu , lagi pun nangis je laa jalan penyelesaian (aku je guna nangis sebagai jalan penyelesaian) . Ok back to the story . Lately ni , aku cepat marah , cepat nak emo , cepat terasa . Eceh sebenarnya bukan lately ni tapi itu memang karakter aku kot tapi sejak ni je makin cepat sensitif , mungkin faktor umur jugak tu . Semakin korang berumur , emosi semakin terganggu , lagi pulak tengok muka dah makin kerepot . Huhu .

So , itu je aku nak cerita . Oh tergantung eh cerita ni? Hahaha . Aku nak bagi ringkasan je boleh? Boleh eh . Kenapa aku selalu dipersalahkan? Jawapannya sebab aku emosional lebih . Haha . Shut uppp ! Bye .






[Noted : Kenapa selalu jadi camni?]

Nov 27, 2010

What the fish?

My first trial using fisheye2 with color negative ISO 400 .


Nov 19, 2010

Senyum meleret je hari ni .

Huarghhhhh (nada menguap puas tidur, boleh?) . Hari ni tak kerja . Saja ponteng , opppssss bukan ponteng , actually memang apply cuti . Lagipun esok kan nak nikah , gila ke apa nak kerja jugak . Biarlaaa kerja menimbun-nimbun , macam laa hari lain tak boleh nak buat kan? Kihkihkih . 

Eh ok laa eh , nak mandi ni , jap lagi nak gerak ke JOHO dah . Wah rindunya dengan JOHO , dah sebulan lebih oh tak balik . Hopefully JOHO pun rindu kat aku . Nantikan gambar-gambar nikah dan sanding esok ye . Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dirahmati ALLAH s.w.t . Amin .



Sekadar gambar hiasan :)

Nov 18, 2010

S.H.R.Aidiladha

Hye korang , selamat berkorban jiwa dan raga ye . Tahun ni merupakan tahun pertama dan terakhir aku beraya tanpa falmily ok . Fuhhhh memang tak best rupanya kalau beraya diperantauan . Eh itu baru dalam Malaysia , kalau pergi overseas camne laa kan? Uuuuu sedih tetap sedih walaupun hari raya aidiladha dah pun berlalu semalam . Wuarghhhhhh . Aku beraya dengan Kak Yana kat rumah . Stay at home dengan tidur , bangun tidur , makan , tidur dan berulang-ulang je aktiviti yang sama . Hopefully tahun-tahun yang akan datang tak jadi macam ni . Apa-apa pun selamat hari raya Aidiladha uolls . 





[Noted : Esok aku cuti!!! ]

Nov 13, 2010

Sedih

1. Aku rindu kot kat family !
2. Aku sorang-sorang kat rumah Cheras ni .
3. Baru lepas habiskan tengok cerita Chinta , sumpah berjurai-jurai air mata ni keluar . Pfttt!
4. Aku kena marah dengan Mu'az .
5. Bye - terus takde mood !






[Noted : Dah sebulan lebih tak balik JOHO!]

Nov 7, 2010

Ala malas .

Ala malasnya nak update blog tapi banyak benda kot tak update . Gambar pun banyak tak transfer . Camne eh? Sekarang ni aku dah super duper busy tau . Tak sempat dah nak ber-blog ni . Tiap-tiap hari banyak kerja kat office , balik rumah pun dah boleh tahan lambat jugak . Sampai rumah je , dah takde nak online ke apa , terus tidur je haa . Wah betapa busy nya sekarang ni kan . Rasa macam nak berhenti kerja je , lepas tu duduk rumah goyang kaki tapi siapa nak bayar hutang eh ? Ok , laa bye .





[Noted : Sampai hari ni still tak beli hadiah Mu'az lagi]

Oct 28, 2010

Happy Birthday Si Puteh :)))

Oh yeah ! Hari ni genap laa umur si puteh kesayangan aku . Tak tahu nak bagi hadiah apa (ala kalau bagi hadiah pun belum tentu si puteh cakap terima kasih kan??) . So sempena birthday yang pertama ni aku dikejutkan dengan bau aircond si puteh . Entah apsal entah boleh pulak aircond ada problem . Tension betul , tapi alhamdulillah bukan kecederaan yang serious . Agak-agak serious , aku hantar laa kat ayah . Muahahaha . Ok laaa itu je nak bagitahu korang . Bye !

I love u si puteh :)))

Oct 26, 2010

Perempuan cantik !

Tahukah korang , lately ni aku jadi stalker tengok perempuan-perempuan cantik bermake up dan berdress up . Oh especially yang bertudung gitu . Kesian kan sebab ada perangai macam ni? Oh yeah sebab aku nak cantik jugak macam diorang . Muahaha . So aku pun kunun-kunun macam tiru je laa gaya diorang walaupun tahap confident tu macam ala-ala je kan . Sebab diorang punya confident semua tinggi-tinggi belaka , tu pasal laa diorang berani berdress up sebegitu rupa . Cuma aku tension sikit laa kan , sebab semuanya umur bawah aku wei . Haishhh macam mana laa korang pandai bermake up , berdress up bagai . Patut laa bebudak sekarang cantik-cantik belaka especially yang bertudung . Baru aku sedar sekarang ni , walaupun bertudung , kita pun boleh bergaya dengan bermacam-macam gaya . Wah menang gaya nampak ? Ok jom tengok perempuan-perempuan cantik bertudung dan bergaya .


Shea .  


 Nurul .


 Yuna .



Ha dah puas dah tengok perempuan-perempuan cantik . Kalau korang nak belajar cara pakai shawl ke make up ke kan , boleh je korang klik kat nama memasing tu . Sebab memasing pun ada blog . Aku pun banyak belajar dari blog diorang ni semua . Apa yang penting confident tu mesti ada , kalau tak , sampai kesudah laa korang berada di takuk yang sama . Haha . Pandai je cakap orang lain , padahal aku pun sama je . Opssss sebelum aku habiskan entry ni , aku nak bagitahu yang gambar-gambar perempuan cantik di atas di ambil di blog memasing . Mintak maaf kepada owner blog yang berkenaan sebab ambil gambar tanpa izin . :))))



[Noted : Aircond si puteh bau busuk sey !! ]

Oct 24, 2010

Ahad yang sakit perut .

Hari ini hari Ahad , esok pulak hari Isnin . Tapi hari ni macam kurang best je sebab sakit perut yang melampau . Bangun tidur pun pukul 4.15 pm . Memang heaven kalau setiap hari bangun tidur pukul 4.00 pm . Haha . Oh actually tak tahu nak cerita apa ni , tengah menahan sakit perut . Biasa laa kan perempuan , setiap bulan mesti sakit perut , kalau tak sakit , tak perempuan laa korang . Hihi . Ok bye .





[Noted :   Sekejap je dah nak akhir bulan Oktober ]

Oct 22, 2010

Al-Fatihah Arwah Inani Zalikha

AMPANG: “Adik sering mengadu sakit belakang setiap hari dalam Facebook hingga tidak mampu menahannya setiap hari sejak seminggu lalu,” kata abang kepada seorang pelajar perubatan Malaysia yang ditemui meninggal dunia di rumahnya di Bandung, Indonesia pagi semalam.
Malah, dia tidak menyangka rungutan adiknya itu tujuh hari berturut-turut membawa petanda adiknya akan meninggalkan mereka. Inani Zalikha Zainal Abidin, 23, atau mesra dengan panggilan Ika dan anak kedua daripada lima beradik itu ditemui terbaring atas lantai dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh rakan serumahnya kira-kira jam 5 pagi (waktu Malaysia) selepas solat Subuh. Abang mangsa, Izzuddin Zainal Abidin, 24, berkata, sebelum ini, dia tidak tahu adiknya menghidap sebarang penyakit kecuali sering mengadu sakit belakang.

“Bila saya menanyakan hal itu, dia hanya memberitahu mungkin kerana tekanan ketika menjalani latihan amali di sebuah hospital di Bandung membuatkan dia kerap kali sakit, itupun saya ketahui ketika berbual di laman sem bang dengannya kira-kira jam 11 malam tadi (kelmarin),” katanya yang ditemui di rumahnya di Bukit Antarabangsa, di sini, semalam.

Katanya, adiknya yang mengambil jurusan asas kedoktoran di Universiti Padjadjaran (Unpad) itu tidak menunjukkan sebarang keganjilan.

“Ibu menerima panggilan telefon daripada rakan serumah adiknya itu kira-kira jam 7 pagi tadi (semalam ) mengatakan Ika sudah meninggal dunia kerana sesak nafas. “Kami memang terkejut dan sukar mempercayainya, tetapi selepas dihubungi pihak penaja adiknya iaitu Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengenai kematiannya, barulah ibu bertolak ke Bandung bersama dua saudara lain kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi (semalam) untuk menuntut jenazahnya.

“Ika pendiam dan tidak banyak ragam, dia memang budak baik dan paling rapat dengan saya serta ibu, tidak sangka dia pergi dalam keadaan yang mengejutkan kami,” katanya. Apa yang menyedihkan, adiknya itu tidak sempat menemui bapanya, Zainal Abidin Ismail yang terpaksa bertugas di Papua New Guinea sebagai jurutera telekomunikasi ketika pulang berhari raya baru-baru ini. “Raya tahun ini, Ika sempat menghabiskan dua bulan cutinya bersama keluarga termasuk berpuasa sebulan di sini. “Bagaimanapun, agak terkilan kerana tidak sempat berjumpa ayah untuk beraya bersama-sama,” katanya.



Sumber berita : Metro Online 22 Oktober 2010 .


Assalammualaikum . Salam jumaat . Kalau korang dah baca , sedekahkan Al-fatihah kepada arwah adik Inani Zalikha yang telah pulang ke rahmatullah pagi semalam di Bandung . Arwah merupakan adik kepada salah seorang kawan aku . Semoga arwah adik Inani Zalikha ditempatkan dikalangan orang yang beriman . Amin . Al-Fatihah .





[Noted : Aku pun tak berapa sihat jugak :(( ]





Oct 21, 2010

Happy Birthday Sayang !


Harap maaf , entry ni aku type hari Selasa tapi lupa nak publish . Tak pasal-pasal je birthday Mu'az jadi hari ni . So korang baca je laa eh entry yang patutnya publish 191010 . Hihi .

Ok , hari ni birthday Mu'az . Ye aku tahu aku lagi tua dari dia . Sedih kan bila isteri lagi tua dari suami . Isk isk isk . Comel kan cupcakes ni , penat tau aku menguli memalam semata-mata untuk kekasih hati . Ok ini aku memang tipu . Sejak bila aku pandai buat kek ? Aku tempah je dari kawan aku , kalau korang nak beli cupcakes ke kek ke kuih ke kan , sila laa tempah dengan Yummylicious .

Memandangkan birthday Mu'az jatuh pada hari bekerja , jadi tak dapatlaa aku nak makan kek sama-sama . Oh yeah lupa pulak nak ucapkan thanks a lot kat Maziah dan Ib yang tolong aku suprised kan kat Mu'az . Tanpa bantuan diorang , maka tiada laa cupcakes secomel itu . Hihi .

Ni nak bagitahu korang ni , aku tak cari lagi hadiah untuk dia . Muahahaha . Keji gila kan girlfriend macam ni ? Yela kan , memandangkan aku tak tahu bila nak jumpa dia sebab besar kemungkinan lambat lagi nak balik JOHO dan rasa-rasanya jumpa dia masa wedding cousin dia kat Klang tu nanti . So , tunggu laa gaji nanti aku pergi beli hadiah . Tapi nak beli apa eh ? Ketandusan hadiah ooo . Dah lima tahun bercinta , so dah macam-macam dah bagi . Hihi . Boleh tak tahun ni aku nak bagi album gambar selama lima tahun bercinta ? Macam menarik je kan ?




Oct 17, 2010

Apa perasaan korang sekarang ni?

Ha ini entry pelik sebab sekarang ni aku rasa macam pelik . Lately ni aku rasa nak marah orang je . Adakah itu petanda orang tu pendek umur , yela sebab kalau selalu marah nanti cepat tua , bila tua cepat laa mati . Yeke? Ok ini imiginasi budak umur 24 tahun , jadi mungkin agak tak waras dan tak munasabah langsung .

Tapi serious shit wei , aku cepat je nak marah orang sebab orang lain buat aku marah . Sampai satu tahap tu , aku rasa macam tak boleh nafas . Omg ! Sound serious ni . Jadi macam mana eh nak tahan marah? Aku risau :(




[Noted : Aku bosan dengan kehidupan yang memerap dirumah ]

Cerita Kahwin - Radh & EJ

Ok , start je bulan Oktober sampai laa awal tahun 2011 , undangan kawan-kawan kahwin pehhh punya laa banyak . Semua pun sama umur dengan aku ok . Kiranya kalau kahwin 2010 , 24 tahun laa umur diorang tapi kalau kahwin awal tahun 2011 , 25 tahun laa umur diorang . Muahaha . Aku je yang belum sampai seru nak kahwin . Calon dah ada cuma masa belum tahu lagi . Mungkin lagi tiga tahun kot . Muahahaha . Confirm kengkawan aku semua dah ada anak masa aku kahwin nanti . Wah meriahnya majlis tu nanti dengan suara anak korang "mummy , nak nenen!" Hihihi .

Untuk memulakan tirai kahwin akhir tahun hingga awal tahun depan , aku mulakan dengan Radh . Apa hubungan Radh dengan aku ? Muahaha . Radh bestfriend dengan Mu'az dan lama-lama aku pun dah jadi sebahagian daripada persahabatan diorang semua . Mu'az ni memang bagus , suka kenalkan aku dengan kengkawan dia . Tak kira laa lelaki ke perempuan dan semuanya pun jadi kawan aku . Hihi . 

Oh yeah nama penuh Radh , Radhiah . Hihi . Perempuan laa . Lupa nak bagitahu korang . Korang ingat tak yang entry 101010 , tarikh tu laa majlis nikah dan majlis bersanding di tempat Radh . Hari sabtu 091010 , aku dengan Mu'az pun sibuk laa cari hadiah yang special untuk dia . Serious shit masa nak cari hadiah tu , aku lapar gila ok , mana tak nya kan aku sampai Pasir Gudang pukul 3.00 pm lepas tu terus pergi masjid kat Kampung Pasir Puteh , kawan office Mu'az nikah , lepas tu pergi JJ Tebrau pun dah petang . Entah apsal haritu aku teringin sangat nak makan Kenny Rogers (KR) , so sebelum cari hadiah , aku memang plan nak makan dulu sebab macam nak pitam dah kot tapi tup tup sampai depan KR je , budak tu kata ayam ada pukul 6.30 pm . Wuarghhhh aku terus tarik muka laa kan kat Mu'az tapi dia tak bersalah woo . Macam suggestion kedai lain dia ajak tapi aku tetap tak nak jugak . Haa kan menggedik namanya . 

So dengan warasnya aku masa tu , terus cakap kat Mu'az yang aku sanggup tunggu dan jom pergi cari hadiah dulu . Wah empat ke lima kedai jugak kitorang cari hadiah tau . Bila Mu'az berkenan kat hadiah tu , aku pulak yang tak berkenan dan disebaliknya . Cari punya cari tiba-tiba aku nampak hadiah yang menarik , lepas tu tunjuk kat Mu'az , dia cakap , ha ok beli yang tu . So misi mencari hadiah pun tamat .

Ini laa hadiah Radh . Cuba korang teka apa? Muahaha .

101010 hari Radh nikah dan jugak bersanding . Mesti memorable gila kan dengan tarikh ni . Kalau aku kahwin nanti nak pilih tarikh apa eh? Macam entah pape je nak fikir sekarang . Muahahaha . Ok kita sambung cerita bergambar je laa eh . Sebab aku dah penat nak type . Lagi semalam type , baru hari ni nak publish . Lenguh dah tangan ni .

Mayus dan Mu'az , memasing posing dengan hadiah untuk Radh .

Omg , aku salah posing sey , kan dah nampak macam tiang elektrik .

Yeay pengantin dah sampai . Kepak kepak keboom .
Lokasi majlis di Dewan Alumni , UTM Skudai .

Sama cantik sama handsome . Aduhai .
Radh (sebelah kanan) & EJ (sebelah kiri) .

 Oh yeah bridesmaid , Huda .

Cantik oooo Radh , nak tips sikit wei macam mana nak hapuskan jerawat?

Sekian saja dari saya yang melaporkan , nantikan pula cerita kahwin yang lain dimasa akan datang . Nak tengok jadual aku sepanjang bulan Oktober - December 2010 ? Sila tengok je kat bawah ni ;
1. 101010 Radh reception , Skudai 
2. 301010 Raihan engagement , Klang
3. 061110 Apis reception , Klang
4. 201110 Padel & Kak Zie reception , Kluang
5. 271110 Salwa reception , Seremban
6. 181210 Aida reception , Skudai 
7. 191210 Ib & Maziah reception , Perak

Haha . Kecik hati tau bila korang semua dah nak kahwin . Tak pe laa , pelan-pelan kayuh je laa eh . Muahaha .


[Noted : Kawan baik aku pun dah nak melangkah ke alam kahwin-kahwin ni . Happy!]





Oct 13, 2010

Open house project SGEDT KL ! Ini penutup raya 2010 .

Akhirnya segalanya pun berakhir walaupun dah lama berakhir . Muahahaha . Aku sekarang suka gelak macamni . Rasa macam devil je kan . Tapi i tetap sembahyang tau . Motif? Ni ha aku nak hidangkan cerita open house yang terakhir untuk tahun ni . Mesti korang akan rindu cerita raya aku , tunggu tahun depan punya cerita pulak eh . 

Open house kali ni mmmmm oh actually bukan open house tapi potluck . Tahukah korang potluck itu membawa maksud bawa makanan sendiri dan makan sendiri . Haha silap-silap , setiap orang diwajibkan bawak makanan dan makanan tu akan dikumpulkan dan dimakan beramai-ramai oleh ahli potluck . So kiranya kalau korang tak bawak apa-apa tu , korang akan nampak looser laa tak pun mungkin akan diejek , wahhhhh ni laa imiginasi bebudak 24 tahun ye kawan-kawan . Serious ni , aku gurau bertempat ni .

So sebelum memulakan potluck , harus laa bersarapan dulu di kedai bawah office dan dengan belagaknya aku makan dua keping sandwich . Kunun nak save perut laa kan , tapi pukul 10.00 am dah menggelupur lapar wei . Perut ni memang tak behave langsung laaa . Berikut adalah gambar sarapan pagi . Oh ye gambar dalam entry ni di taja oleh Kak Fazi . Sebab on that day , aku sibuk ber-fisheye . Insyallah nanti aku cuci filem tu dan publish kat blog ni .

 Haa tengok tu betul kan aku makan dua keping sandwich?
Selalu makan nasi lemak tau !

 Diteruskan dengan si kiteretsu . Opsss sorry , ini Rosyahuza . Comelkan?

 Di akhiri dengan Enyza , wah suka hati kan panggil nama .
Dedua kat atas ni pangkat kakak ye .

Ok  , made in Sweden . Tetiba je kan ada coklat ni . Oh actually boss aku baru balik dari sana .
So ini laa souvenir dari dia . Dan begitu jugak dengan gambar kat bawah ni .


Diteruskan lagi dengan gambar-gambar potluck . Nak tahu apa yang aku bawak? Hihi malu nak cakap , soda gembira ! Tahu ke? Tak tahu sila google ye . Memang gembira kalau korang minum air tu . Ha yela soda gembira tu air laa bukan kuih ke kek tau . Menu haritu bertemakan raya jadi memang kenyanglaa makan siap boleh tapau bawak balik rumah lagi tau . Korang layan je laa gambar kat bawah eh .

In the making of soda gembira !
Nak recipe ? PM me PM me (trend ayat sekarang) .

Wah , ibu-ibu mithali sedang meyusun makanan . Muahahahaha .


Gambar dua di atas gambar posing ikhlas dari kitorang yang boleh tahan cute .
Ok sila muntah sekarang .

Dalam pukul hampir 12.00 pm majlis pun bermula (tapi sebelum pukul 12.00 pm 
lagi aku duk ke hulur ke hilir kat bilik ni wei sebab tak sabar !) . 
Bacaan doa oleh Ir. Malek tapi kelakar aaa sebab tersasul baca .

Bila dah habis baca doa , dah boleh makan ! Yahuuuuuuuuu !


Mmmmm korang nak tahu ke menu apa yang ada? Aku macam malas pulak nak updates , so apa kata korang usha je laa eh . Sebab dah mengantuk ni , nak tidur . I love you Mu'az . Eh salah type pulak :)))



[Noted : Tahukah korang aku tengah bingit dengan seseorang ?]


Oct 12, 2010

Open house my gorgeous kak AZY !

Ok , mari kita sambung cerita open house walaupun dah habis raya . Hihi . Rugi rasanya kalau tak cerita semua , nanti kang macam takde kenangan pulak dalam hidup bila tak cerita . Boleh gitu? Ni open house dua minggu lepas , ingat tak entry open house Linda & Nazreena tu? Ha the next day kiranya hari ahad laa kan , aku sambung beropen house kat rumah kakak office aku yang gorgeous tu kat Kota Damansara . Alhamdulillah aku selamat sampai dan tak sesat pun masa pergi tu sebab pakai GPS . Aku rasa macam nak bagi anugerah je kat GPS ni sebab sangat berguna dan tak rugi bila anda memilikinya . Cehwahhhh ! Tapi kan masa nak balik tu , aku macam kunun hebat sangat tak guna GPS dan haishhhh hampir masuk ke Lebuhraya Guthrie . Muahahaha . Nasib baik tak ke JOHO wei . Terus laju-laju aku pasang GPS . Kalau laa GPS tu boleh cakap , mesti dia cakap "padan muka ! padan muka !" . Kan dah termalu .

Oh ye , aku gerak sorang je ke sana sebab kakak rumah aku , Kak N ada kenduri kahwin , i mean kawan dia yang kahwin , so dia macam tak sempat nak datang (memang tak datang pun :P) . Sampai je kat sana , eh ha aku dah janji dengan Kak Fazi untuk sampai kat sana sama-sama . Sebab nanti Kak Fazi malu datang sorang-sorang . So seperti yang dijanjikan dan seperti dijangkakan aku sampai lambat sebab beg duit tertinggal kat rumah lepas tu patah balik lepas tu bla bla bla . Sekian terima kasih . Muahahaha .

Nak tahu menu apa yang dihidangkan? Peh memang rugi laa kalau korang tak datang . Eh , korang bukan dijemput pun . Hihi . Menu yang ada , nasi arab (sumpah sedap!) , mee / nasi impit soto , sate sedap sampai makan banyak-banyak , lemang , rendang , kambing bergolek-golek tapi aku tak makan sebab nanti boleh pitam , kuih-muih , tapai pulut sedap , dan apa eh ....lupa sudah .

 Erin , Kak Fazi & Kak Azy .

 Perasan kah korang i pakai sepit comel di inner tudung? Muahaha .

Sebelum balik , posing dengan officemate :))


Alamak sebelum terlupa , gambar diatas dicuri dari kamera baru Kak Azy . So , meh tengok gambar apa yang ada dalam kamera aku pulak . Jeng jeng jeng .....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Fatin !
Sila abaikan muka baby boy dibelakang . Muahaha . 

Imran !
Bibir dia sexy oooo .

Aku sangat frust dengan budak kecik dua orang ni , sebab aku nak tunjuk kat officemates aku yang budak-budak kecik suka dengan aku tapi hampeh wei , dedua budak kecik tak nak langsung kat aku . Tu pasal laa aku frust . Cissssss ! Lepas tu kena gelakkan dengan diorang lagi ada laaa . Wuarghhhh jatuh saham i tau . Siap eh bebudak kecik ni , dah besar sikit , nanti kakak nak kidnap . Opssss .... aku memang kena bahasakan diri kakak dengan diorang sebab aku muda lagi wei . Muahahaha . Ni kalau kak Fazi baca mesti sumpah seranah . 



[Noted : Office blackout tadi , so balik awal !]




Oct 11, 2010

101010

Hai korang , apa macam 101010 korang semalam ? Tarikh memang cantik dan confirm laa ramai yang pilih 101010 tarikh berkahwin , begitu jugak dengan seorang kawan aku semalam , Radh & EJ dah pun sah jadi suami isteri dan mungkin tak lama lagi aku pulak kot . Eh nanti aku buat special entry pasal wedding Radh eh , sebab gambar tak transfer lagi laa . Esok laa kot aku updates cuma nak bagitahu korang , Radh super cantik dan EJ pulak super handsome , haha keji gila puji laki orang sampai macam tu sekali kan . Tapi diorang memang bagai pinang dibelah dua laa . Ok cukup-cukup , nanti aku cerita eh .

Ok laa dipendekkan cerita 101010 adalah hari yang memenatkan bagi aku . Sebabnya aku sampai rumah Cheras pukul 1.22 am . Memang awesome kan ! Dan hari ni masih mampu bekerja dengan hebatnya , eh tapi tadi tidur kat surau kejap , sanggup wei tak makan tengahari semata-mata nak tidur , eh eh eh lepas tu bangun terus lapar ok . Rasa macam looser pulak lapar dan terus minum air milo . Haha .


Oh gambar ni takde kaitan dengan 101010 tapi ni gambar raya yang ke 30 :)))

Tahukah korang , perjalanan aku dari JOHO-KL semalam mengambil masa 7 jam , dah rasa macam JOHO- Jengka pulak kan . Oh lupa nak bagitahu korang , aku balik JOHO hari sabtu 091010 naik bas transnasional  (first time naik bas ni direct ke Pasir Gudang) dan sampai pukul 3.00 pm , memang terbaik laa kan sebab 6 jam perjalanan dalam bas , tak bawak si putih pun sebab malas nak drive . Lepas tu pulak balik ke KL pun hampir 7 jam . Kiranya memang awesome laa balik JOHO kali ni , memang aku tak sempat nak jumpa mak dengan ayah . Fuhhhh lagi laaa awesome kan ??? Oh biasa laa tu , mak ayah i memang busy mengalahkan menteri pertahanan , hihi apakah ? 

Eh apa yang cuba aku sampaikan ni , semalam ada kemalangan ngeri , bas mengahala ke KL terbang ke lane menghala ke JOHO di KM224 . Subhanallah ! Memang mengerikan bila dapat tahu 12 orang meninggal dunia dan 40 orang cedera . Cuba korang bayangkan kalau aku yang ada dalam bas tu (ini kira contoh laa eh) . Mesti korang dah tak dapat nak baca blog ni kan . Wah tetiba terus jadi takut . Aku bukan apa , sekarang ni nyawa manusia dah macam tak bernilai je kan , sekali pergi bukan seorang tapi jumlah yang banyak . Perkara yang macam ni bila dah terjadi baru laa nak sedar dan insaf , yang mana kematian tu boleh berlaku pada bila-bila masa . Cuma bersediakah kita menghadapi saat kematian tu? Cukup kah amalan kita? Subhanallah . Mari laa sama-sama kita menginsafi setiap apa yang berlaku . Al-fatihah kepada mangsa-mangsa yang terlibat .




[Noted :  Kemalangan berlaku mungkin berlaku disebabkan kecuaian orang lain]

Oct 8, 2010

Open house LINDA & NAZREENA !

Hujung minggu lepas , aku pasti korang pun dapat banyak jemputan open house . Mungkin satu hari empat ke lima rumah yang korang kena pergi dan akhirnya hanya pergi satu rumah je . Huhu . Ada ke ? Kalau ada , kita boleh laa jadi geng . Sebab aku pun macam tu , yela kalau open house dekat-dekat takpe laa jugak kan , ini dah menyeberangi negeri tak dapat laa nak pergi . So kepada penjemput-penjemput open house yang mana aku tak pergi tu , sorry sangat-sangat ye (termasukla open house Mu'az) .

Ok berbalik kepada cerita open house kali ni , aku berkesempatan meluangkan masa ke rumah kawan lama aku ni . Ecehhh kawan lama kunun . Bertahun jugak laa tak jumpa kan . Itu pun hampir tak datang tu sebab aku ingat open house rumah Linda ngan Naz ni hari ahad sebab handphone aku mati , so the next day laa baru aku baca sms diorang sedangkan sms tu malam semalam punya . Adeh tetiba je aku jadi tak faham apa yang aku cuba nak sampaikan kat korang . Hihi . Abaikan je laa boleh?

Serba sedikit tentang Linda dan Nazreena . Dedua pun kawan lama . Haha . Boleh ke cerita macam tu eh? Ops Naz tu ada pertalian saudara dengan aku . Cuma tak ingat pangkat macam mana entah . Dua pupu ke kupu-kupu . Haha . Selain pertalian saudara , kitorang jugak kawan satu sekolah . Haa macam tu laa ceritanya . Sama jugak dengan Linda . Dulu aku duduk dengan atuk nenek kat Pontian , so nama sekolah aku tu SMK Ayer Baloi , memang berbaloi sekolah kat situ sebab masa tu laa aku dapat boyfriend . Haha bongok je kalau nak ingat balik , boyfriend tu pun baru je bertunang . Huh , ada aku heran ke? Mu'az lagi handsome dan bergaya dari kau !! Haha emo ke apa? Itu je nak cerita . Jom usha gambar :))


Oh ini bukan Linda mahupun Nazreena , ini Amy , kawan kelas TiJB .

Ini satu lagi cerita pasal macam mana aku boleh terjumpa Amy ni , sampai je kat Lotus (nama pangsapuri kat Puchong Prima) , tengah dok jalan lengang kangkung tetiba je nampak myvi merah , eh macam kenal kereta ni , eh eh eh Amy laa terus aku jerit-jerit panggil dia . Haha berdekah-dekah aku gelak jumpa dia . Rupa-rupanya dia baru pindah kat situ . Hihi . Yela plan je nak jumpa tapi tak jumpa-jumpa then boleh pulak terjumpa kat situ kan . Ha apa lagi aku angkut dia pergi open house rumah Linda ngan Nazreena tu ha . Apa lagi bergossip sakan laa kitorang . Oh ramai jugak aku jumpa kawan-kawan sekolah rendah laa , sekolah menengah laa . Huhu . Aku memang banyak pindah randah sekolah . Tu pasal laa ramai kawan aku sana sini , cuma tak ingat je kan . Yela boleh jadi gila tau kalau nak kena ingat semua nama . Cisssss ! 

Aku lepak kat rumah diorang lama jugak laa dari pukul 6.00 pm sampai 9.30 pm jugak kot . Tak malu kan ? Tapi peduli apa , dah lama tak jumpa diorang , banyak jugak laa ceritanya . Sebelum terlupa , meh sini aku bagitahu korang menu yang ada . Menu tu semua diorang yang masak sendiri tapi tak tahu laa kan kalau diorang tipu . Nasi putih , lauk pauk , mee / nasi impit soto , puding castard yang super sedap , kuih-muih oh i mean kuih raya . Ok dah jom tengok gambar yang ada :))

 It's Linda . I just love her face :)

 Nazreena sangat kurus !

 Yeah , i missed both of u laaa !

Hihi :)




[Noted : Fuh kenyang gilos makan potluck ni !]

Oct 7, 2010

Open house KLIA Holdings !

Hihi , selagi tak habis raya , selagi tu laaa aku akan update gambar raya . Harap korang tak muntah ke kan . Raya kan setahun sekali je . Haruslaaa upload beribu-ribu gambar yang cantik-cantik belaka . Lagipun setahun sekali jugak yang aku akan nampak cantik . Hihi .

Oh lepas seminggu naik kerja , office KLIAH kat Bangi buat open house , tak silap aku hari Isnin bersamaan mmmmmm jap aku check kalendar eh ..... Haaa 27 September 2010 . So , semua orang dijemput ke open house tu dan start majlis pukul 12.00 pm - 3.00 pm . Makanan yang ada seperti biasalaa juadah hari raya , ada lemang , rendang , kuah lodeh , sate , laksa penang , mee sup , nasi apa entah tapi sedap oooo . Lepas tu pencuci mulut dengan buah duku langsat . Wah layan sungguh makan buah tu . Majlis tu takde ucapan apa-apa pun , yang ada cuma bacaan doa (nasibaik laa kan takde ucapan , kalau tak confirm boring!) . Apa lagi eh nak cerita? Tengok gambar je laa boleh? Nama pun open house office kan , macam tak tahu pulak nak cerita apa . Korang tengok muka-muka officemate aku je sudah . Habis cerita .

Dimulakan dengan gambar gadis-gadis semasa (tajuk lagu Yuna) .

Sesi gambar semeja :)

 I laa yang paling muda uolls . Miahaha .

Ops itu boss aku ye , Ir Malek . Boss paling best didunia !
Haha saja gedik nak sebut nama dia kat sini .

Ok , ini laa kakak-kakak yang aku sayangi .
Kiri : Erin , Kak Fazi , Kak Ros , Kak N , Kak Azy dan Kak Marina .
Dengan diorang laa aku belajar tentang kehidupan . Muahahaha .

Itu saja gambar yang ada , tak banyak sangat pun ambil gambar haritu sebab tak ramai team SGEDT yang ada , so gambar yang ada pun muka kitorang je laa . Takut korang termuntah je kang tengok gambar yang sama cuma beza senyum ke tak senyum je laa kan . So aku akhiri entry ini dengan gambar jerawat besar di dahi !!!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Eh terlupa pulak nak bagitahu , Tan Sri Jamilus tak datang sembang pun . Punya laa pakai cantik-cantik , huh kecewa tau . Yela mana tahu tan sri nak kasi projek juta-juta ke kan . Hihi . Ampun tan sri , i gurau je :)))




[Noted : Esok potluck raya! ]