Oct 22, 2010

Al-Fatihah Arwah Inani Zalikha

AMPANG: “Adik sering mengadu sakit belakang setiap hari dalam Facebook hingga tidak mampu menahannya setiap hari sejak seminggu lalu,” kata abang kepada seorang pelajar perubatan Malaysia yang ditemui meninggal dunia di rumahnya di Bandung, Indonesia pagi semalam.
Malah, dia tidak menyangka rungutan adiknya itu tujuh hari berturut-turut membawa petanda adiknya akan meninggalkan mereka. Inani Zalikha Zainal Abidin, 23, atau mesra dengan panggilan Ika dan anak kedua daripada lima beradik itu ditemui terbaring atas lantai dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh rakan serumahnya kira-kira jam 5 pagi (waktu Malaysia) selepas solat Subuh. Abang mangsa, Izzuddin Zainal Abidin, 24, berkata, sebelum ini, dia tidak tahu adiknya menghidap sebarang penyakit kecuali sering mengadu sakit belakang.

“Bila saya menanyakan hal itu, dia hanya memberitahu mungkin kerana tekanan ketika menjalani latihan amali di sebuah hospital di Bandung membuatkan dia kerap kali sakit, itupun saya ketahui ketika berbual di laman sem bang dengannya kira-kira jam 11 malam tadi (kelmarin),” katanya yang ditemui di rumahnya di Bukit Antarabangsa, di sini, semalam.

Katanya, adiknya yang mengambil jurusan asas kedoktoran di Universiti Padjadjaran (Unpad) itu tidak menunjukkan sebarang keganjilan.

“Ibu menerima panggilan telefon daripada rakan serumah adiknya itu kira-kira jam 7 pagi tadi (semalam ) mengatakan Ika sudah meninggal dunia kerana sesak nafas. “Kami memang terkejut dan sukar mempercayainya, tetapi selepas dihubungi pihak penaja adiknya iaitu Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengenai kematiannya, barulah ibu bertolak ke Bandung bersama dua saudara lain kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi (semalam) untuk menuntut jenazahnya.

“Ika pendiam dan tidak banyak ragam, dia memang budak baik dan paling rapat dengan saya serta ibu, tidak sangka dia pergi dalam keadaan yang mengejutkan kami,” katanya. Apa yang menyedihkan, adiknya itu tidak sempat menemui bapanya, Zainal Abidin Ismail yang terpaksa bertugas di Papua New Guinea sebagai jurutera telekomunikasi ketika pulang berhari raya baru-baru ini. “Raya tahun ini, Ika sempat menghabiskan dua bulan cutinya bersama keluarga termasuk berpuasa sebulan di sini. “Bagaimanapun, agak terkilan kerana tidak sempat berjumpa ayah untuk beraya bersama-sama,” katanya.



Sumber berita : Metro Online 22 Oktober 2010 .


Assalammualaikum . Salam jumaat . Kalau korang dah baca , sedekahkan Al-fatihah kepada arwah adik Inani Zalikha yang telah pulang ke rahmatullah pagi semalam di Bandung . Arwah merupakan adik kepada salah seorang kawan aku . Semoga arwah adik Inani Zalikha ditempatkan dikalangan orang yang beriman . Amin . Al-Fatihah .





[Noted : Aku pun tak berapa sihat jugak :(( ]





8 comments:

=*NuRo0L* = said...

alfatihah buat arwah.. sy kawan paling rapat dgn arwah.. masih teringat detik2 kami last jumpe.. rindu dia.. allah.. btw, terima kasih ye buat tribute post untuk arwah..

Erin said...

Nurool - Semalam akak pergi tahlil di rumah keluarga arwah . Alhamdulillah ramai yang hadir untuk tahlil tu . Sama-sama laa kita mendoakan arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman .

=*NuRo0L* = said...

sy pegi jumaat je.. smlm ade pgram anak angkat di sabak bernam.. akak ade ke hari jummat tu..? ntah2 kite dok sebelah2 je tp xsempat nk berkenalan...

Erin said...

Nurool - Opss sorry lambat reply . Been busy . Ooo akak dtg hari sabtu je coz kerja . Hihi

=*NuRo0L* = said...

kak erin, xpe la sy pon bz gak.. btw.. akak dgn arwah cmne eh? cousin eh?

Erin said...

Nurool - Oh , bukan cousin tapi abang arwah kawan dgn akak . Kawan rapat jugak .

Erin said...

Nurool - Oh , bukan cousin tapi abang arwah kawan dgn akak . Kawan rapat jugak .

=*NuRo0L* = said...

owh.. kite pulak bestfriend arwah.. hm.. mash terasa kehilangan arwah ni..