Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

Nov 4, 2011

Counting the days

Yes, i'm counting the days. And i think everyone here knows, kawen baik aku nak kahwin dah, Muna laa sape lagi kan. And i was like tak percaya kot dia potong aku. Damn betul kan? Sekarang memang tak boleh nak predict siapa akan kahwin dulu. Tapi jodoh pertemuan tu semua dah ditentukan. Tak boleh nak salahkan takdir sama ada kau akan kahwin lambat ke cepat. Jadi, teruskan laa berdoa moga dapat jodoh yang baik tak kira laa lambat ke cepat. Hihi.

Sesaja update perasaan aku kat sini. Haha. Erin kan over. Actually, aku memang excited gila kot bila Muna bagitahu Aie (tunang sekarang, haha) nak masuk minang dia last year. Seriously, kawan mana yang tak excited kan, lagi-lagi kawan tu perangai over macam aku kan? Eh, aku rasa macam dah banyak kali dah aku cerita kan macamana aku kenal Muna ni. So, tak payah cerita banyak kali ek. Dah lama dah kitorang jadi bff dan dah banyak cerita suka, duka dan gossip kitorang share. Haih tetiba sebak gila je nak type. Gedik kan? Macam laa dia kahwin pastu dah tak boleh jumpa lagi. Rasa nak tamporrr diri sendiri je. 

Diam tak diam, senyap tak senyap, tinggal 13 hari je lagi dia nak kahwin. Macam-macam rasa sey. Aku rasa tak sabar, gembira, sedih dan ehhhh nervousnya. Tapi paling tak sabar sekali nak tengok Aie nangis masa nikah nanti. Sumpah wei aku pun nanti tak tahan nak nangis jugak kang. Cerita cinta diorang ni memang best kot. Dari awal sampai lerrr nak kahwin, memang aku follow. Diorang memang sweet gila sebab Aie memang sweet gitu. Bukan nak puji tapi memang betul. Gaduh? Tu biasa laa kan. Tapi part gaduh biasanya aku lambat tahu. Sebab informer pun lambat bagitahu kan. Hehe. Dah 5 tahun dah diorang kenal, tarikh anniversary diorang pun aku ingat tau, 5 Februari 2006 eh ke 2007. Over kan? Ni bukan over, ni baru betul namanya bff. Hehe. 

So, aku attached kan sikit gambar kenangan dengan dia. Mana sah kalau update cerita takde gambar kan? Huhu. Tapi tu semua gambar lama, muka memasing busuk gila kot! Dari zaman belajar sampai laa zaman dah tua ni. perangai dia tetap sama, gelabah sentiasa! Dan satu perkara lagi, sifat ambil berat dan kasih sayang dia kat aku tak pernah berubah walaupun dia tengah sibuk nak kahwin, kan Muna? (Ok dah boleh menangis sekarang). Serious sey dah tak boleh nak type pape dah. Sebak ni. Korang tengok gambar Muna masa muda-muda ek. Rambut cam singa. Haha.



















So, kepada Muna dan Aie, tahniah sebab korang dah pun potong aku. Kira korang ni hebat laa dan aku bukan laa loser sangat pun. Haha. Muna, love u till the end!



[Noted: Nak bagi hadiah apa kat Muna?] 

Jul 14, 2011

I do love July :)

Assalammualaikum . Sorry lama tak mengupdate . Ni pun tak tahu nak update apa . Muahaha . Memandangkan macam takde kerja sangat kan , so saje nak menaip . Memang betul pun takde kerja . Semua kerja aku dah settle kan pagi tadi , memang perangai aku macam tu kot , siapkan kerja tanpa tweet or fb , then cepat siap , cepat laaa kita bersosial network . Hehe .

So , korang apa cerita ? Dah habis ganti puasa ke ? Mine , done ! Nak tunggu puasa nisfu syaaban pulak hari Ahad ni , tambah pahala . Kan bagus gitu . Cepat betul masa berlalu kan ? Tetiba je dah bulan July . Rasa macam baru semalam je bulan January , eh tapi tu berangan je laaa . 

Ok , aku memang suka July ni , sebab banyak tarikh best . Tapi paling best sebab birthday aku kot ! Sape laa yang tak suka birthday sendiri kan , sebab masa tu laaa kau rasa awesome gila kot . Semua orang pun nak wish kau panjang umur laa , semoga cepat kawen , jom pergi makan kek and whatsoever laa . Tapi aku rasa lagi double awesome bulan July ni sejak 6 tahun yang lepas . Eleh gedik kan nak cerita kat semua orang ? Alhamdulillah dah 6 tahun aku ber-in-relationship-with Mu'az . Yeah orang yang selalu aku mention dalam fb , twitter dan tak lupa jugak blog ni .

Sape sangka kan , memula kawan rapat ....eceh tetiba nak bercinta pulak . Macam tak percaya pun ada . Tapi itu laa kenyataan . Aku harap hubungan ini kekal dan diredhai ALLAH s.w.t . Insyallah , bila sampai je masa yang sesuai , kawen laaa kitorang ni . Memang dah merancang tapi tunggu je laa eh . 

So sempena bulan July yang aku rasa best ni , boleh tak aku nak buat wishlist kat sini . Itu laa motif sebenar :)


Ok , memula nak yang ni . Serious wei ! Dah bape kali aku duk usha GF2 ni T__T

Hummmm in case kalau tak dapat GF2 , dapat instax pun jadi laaa :)

Seterusnya , nak GT boleh? Boleh kot kan? Ok nanti aku update apa yang aku dapat ek .





[Noted : Lagi seminggu je :) ]

May 25, 2011

Hello Kakak kakak kakak !

Seronok kan bila tengah sakit kepala , tetiba bunyi tepon , ada suara budak kecik cakap hello .. kakak kakak kakak .. pastu diiringi gelak comel . Haha . Actually aku tak suka sangat bebudak ni especially yang dah umur 5 ke 6 tahun , hamboi-hamboi dia punya degil lompat sana-sini buat aku rasa nak baling je kat bawah . Astaghfirullahalazim . Tapi kalau umur 1 tahun ke 4 tahun ni , aku suka sangat sebab bebudak ni comel , lagi-lagi pulak kalau budak tu jadi favourite aku . Then tetiba aku terfikir tak kan nanti kalau aku ada anak , start umur 5 tahun aku nak campak pulak? Muahaha . Ni kalau bakal suami ke mak mertua baca confirm kena cancel . Ok entry kali ni , nak upload gambar bebudak comel je . Huhu sebab aku tengah tension ni , jap lagi korek-korek gambar kat laptop ni , wah ada collection gambar bebudak comel . Hehe . 

 Ini laa budak kecik yang bibir sexay tu . Dia laa call semalam . Haha . 

Ok , ini pulak my favourite adik sedara , Ammar Hafi . Comel !!

Haaa ni lagi sorang favourite aku ni , Adam Nuqman , eeeee geram tau rasa nak makan .

Ok laa bebudak comel semua , kakak nak buat kerja , nanti jumpa korang tiga-tiga kakak nak makan korang boleh? Sebab comel sangat aaaa . Geram tau . Tapi jangan bagitahu mak ayah korang ek? Hihi . (ok hilang stress dah) .



[Noted : Rasa nak lempang orang lelaju je]

Jan 18, 2011

Tak nak cakap banyak :|

What is pneumothorax? Haa aku malas nak explain pape , google sendiri . Takde mood nak cerita pape . 

Oct 2, 2010

Sep 21, 2010

Boleh tak tiba-tiba dah rindu?

Ini laa padahnya kalau cuti raya lama sangat . Balik KL baru beberapa hari , dah teringatkan rumah dan sekaligus teringatkan encik bf yang boleh tahan handsome tu , cet ini tipu je . Sepanjang cuti hari tu , boleh dikatakan tiap hari jumpa tau dan oh yeah langsung takde adengan tumbuk-tumbuk ataupun sepak terajang . Oh ini tipu sekali lagi . Maksudnya , takde adengan gaduh ke merajuk . Dasyat ni . Mungkin sebab hari raya kot .

Haha . Aku tahu kalau dia tengok gambar ni confirm dia pekik suruh delete . Tapi nasib laaa!


[Noted : Bila entah nak start puasa 6 ]

Jul 10, 2010

Ada apa kat JB ?

Rekod terbaru dating paling sekejap tahun ni 2 jam je wei . Ni kira rekod terburuk . Sobs sobs sobs :(((( 

Dah laa 2 jam je , lepas tu pulak berdering-dering orang call dia . Cesss potong stim betul laa . Yang korang call dia beria-ia nak cerita business tu pun , ish ... tunggu laa gua abiskan bercinta dulu . Cessss lagi sekali ~



[Noted : Updates ice skating next week laa eh ;p ]

Jun 4, 2010

"Aku sayang kau la bodoh" sambil tumbuk dinding .


Kadang-kadang dia ni menyakitkan . Tapi i tetap sayang u . Nak muntah aku type .


[Noted : Melaka here we go ! ]

May 30, 2010

Makan-makan kat ANDALUS

Woweee sekarang aku rasa aku dah ada hobi baru . Hobi makan-makan kat tempat yang best dan menarik . Isk asyik makan je kan tapi fat aku tak pernah tambah . Asyik timbang 13.5% je fat kat badan aku ni . Ni kalau orang baca mesti sumpah jeles gila dengan kekurusan aku . Hopefully korang tak jeles . Ingat best sangat ke kurus ? Tak best wooo , orang selalu kutuk . Siut je yang kutuk . Kau ingat badan kau lawa sangat ke? Haa kan dah emo tak tentu pasal . Kehkehkeh .

Ok , mari aku review tempat makan yang aku dah pergi ni . Kali ni aku review makanan Arab ye kengkawan. Gambar ni pun dah 2 minggu yang lepas 15 Mei 2010. Tempat  makan ni nama dia AL-ANDALUS andalusia . Ceh , takde laa aku tipu jek ni . Al-Andalus je nama dia . Nak tahu kat mana tempat makan ni ? Meh sini aku bagi alamat No. 48, Jalan Damai , Off Jalan Ampang , KL . Kalau orang KL , aku yakin korang pun dah pernah pergi kan . Kalau tak pernah , sila laa pergi . ooo ye , ramai orang panggil Jalan Damai ni Arab Street sebab kat sini banyak kedai makan Arab sama cam Andalus . Kedai yang aku dah pernah cuba kat sepanjang Jalan Damai ni , Al-Rawsha , The Castle & sebelah dengan kedai Al-Rawsha (aku lupa laa nama dia) . Tapi aku selalu lepak Andalus . Tak tahu laa kenapa . Maybe sebab pengaruh kawan-kawan aku tu haaa . Aku dah lepak Andalus ni lebih dari 5 kali kot sepanjang menetap di KL ni . Selalu lepak ngan si Chuck , Amer , Muna dan lain-lain lagi .  

Al-Andalus ni sama jugak ngan kedai Arab yang lain . Semuanya makanan Arab . Cuma yang lain nya Al-Andalus ni , shisha dia sumpah murah gila ok . RM 6 wei ! Tak ke murah ? Peh terus Mu'az jeles dan meronta-ronta suruh bawak dia datang sini . Kehkehkeh . Aku ni takde laaa kaki shisha sangat tapi tu laa kalau dah lepak tempat ada shisha , mesti shisha punya . Perisa yang ada kat kedai-kedai Arab ni pun tak sama macam shisha kat kedai biasa macam kat Banafee Village ke Singgah Selalu ke Kedai Mamak ke . Banyak perisa dia yang best-best . Contohnya , perisa Sallum , Cantaloupe , Zaghloul . Haa amek kau , nak sebut pun terbelit lidah kan . Haa apa lagi try laa datang sini .

Makanan pulak . Dah tentu-tentu makanan Arab laa kan . Ada grills , seafood, tagines, shawerma, couscous , middle east dishes, salad , soups dan macam-macam lagi . Harga dia berpatutan dengan kesedapan dan kelazatan sehingga menjilat jari . Maknanya , takde laa mahal sangat . Tapi kalau terlupa bawak cash dan tak perasan duit dalam wallet dah takde, kat situ boleh pakai kad kredit ye . Macam cakap diri sendiri pulak .




Tak padan badan kecik , makan bukan main lagi .
Menu : Grill Chicken Kebab & barbican Raspberry 





Isk korang jangan salah anggap ye . Botol hijau tu barbican.
 Barbican ni sama ngan Sparkling laa jugak .




Mu'az kekenyangan dan smoke !


Tengah usha awek sebelah ni . Dia tengah maen kad . Kehkehkeh .
Datang sini bawak game card pun best jugak !


[Noted : Alaa kejap lagi dah nak balik KL :( ]

Mar 10, 2010

JB Part III

Balik JB merupakan satu perkara yang membuatkan aku gembira sangat-sangat . Haha . Mungkin bagi orang lain , aku ni manja ke mengada ke kan . Tapi ada aku kisah korang nak cakap apa? (Sound so serious ~) . Aku apply cuti for 2 days . Sebab ada medical check-up dan takut pulak kalau laa aku kena duduk hospital kan . Iskk . Cukup laa wei dengan ulang-alik ke hospital . Penat wei :(

Aku balik ke JB hari Sabtu pagi tapi sebenarnya bukan laa pepagi buta pun sebab , aku anta si Puteh servis dulu . Memang dah kena servis laa kata kan . Dah janji dengan Service Centre tu pukul 8.50am tapi kalau korang nak tahu , aku bangun lambat hari tu dan orang yang kejutkan aku hari tu orang Perodua . Haha . Kelam kabut laa aku bangun dan bersiap . Nasib baik laa aku dah siap iron tudung dan kemas barang nak balik JB , kalau tak , haihhh entah pukul berapa aku nak pergi servis . Ok , sampai Perodua Service Centre Cheras almost 10.00am . Haha . Ok service kereta kali ni sungguh lama sebab banyak gila problem . Yang pintu bebunyi laa , tingkap longgar laa , stereng gegar laa , itu laa ini laaa dan aku terpaksa tunggu 2 jam . Huarghhhh mengantuk menuggu dan bil pulak RM 281.65 . (Mu'az marah sebab mahal sangat , yelaa aku mana laaa tahu kan , dah tu orang Perodua kata suruh pasang itu laa ini laa aku pun layan jek laa ).

Sebelum sampai ke JB , singgah Melaka kejap hantar orang dan ambil barang . Pung pang pung pang , almost 5.30pm gerak ke JB . Memandu dengan sangat laju . Haha . Si Puteh aku boleh pergi laju tu . Yelaa baru service kan , memang ahh sedap bawak laju . Oooo ye , aku terus ke Pasir Gudang , jumpa si Mu'az . Sampai situ lebih kurang 7.30+++ pm . Tunggu Mu'az bersiap , pastu pergi pekena Nasi Lemak versi Ganja punya . Dah kenyang , kitorang layan tengok cerita From Paris With Love . Ok , rating cerita ni , aku bagi 9/10 . Haha . Pelakon handsome kan?Of course laa bagi rating lebih . Habis tengok movie , kitorang lepak Singgah Selalu tengok bola plak . Layan lepak sampai pukul 2.30am . Pastu sampai Taman U pulak , Mu'az ajak basuh kereta . Haaa layan . Sampai rumah pukul 3.00++am . Hamek ko ! Ayah tengah tengok bola pulak masa tu , naseb tak kena bantai . Haha .


Cuci kereta .
Muka dah macam hantu sey .

Memandang kan hari Sabtu tidur lambat , maka secara automatiknya , terus bangun petang . Habis cerita . Bangun-bangun je , terus lapar tapi keluar bilik je , tengok adik-adik tengah sibuk main game . Bising semacam je , tahu laa pc baru . Isk isk isk . Petang tu , Mu'az ajak memisang kat Taman U . Peh lama laa sey tak memisang kat sini . Aku belasah air kelapa 2 cawan beb , al-maklumlaa kan musim panas . Dah puas memisang dan melekor , Mu'az ajak gerak . Gerak ke mana aku pun tak pasti . Dia bawak jalan sampai laa Danga City Mall . Seperti biasa , singgah main archery jap . Pastu Mu'az tetiba je pulak ajak tengok movie . So , layan je jugak . Tengok movie kat CS . Dah lama kan tak datang sini sampai kitorang pun dah tak tahu nak parking kat mana . Tapi pusing punya pusing , kitorang parking kat Merlin Tower yang agak horror tu (orang jaga parking tu mak nyah versi india !) . Ooo ye , kitorang tengok cerita Brothers! Layan ahh cerita ni . Pastu , balik singgah makan kat Agus . Dah kenyang , terus balik dan tidur .

Jenjalan di atas jalan Skudai

Untung laa dia ni sebab selalu jadi model aku .

Hari Isnin , hari perjumpaan bersama doktor . Oooo sungguh membosan kan ok . Dari pagi hingga ke petang ! Gilaa . Ahh malas nak cerita . Biarlaa rahsia . Kata orang , bila kita sakit maka terhapuslaa dosa-dosa kecil . Hehe . Balik dari hospital , mandi dan salin baju terus gerak ke McD Seri Alam . Nak tahu aku buat apa? Haa melepak laa kan . Lepak ngan Mu'az , Maryam dan Dilla . Kitorang lepak berbual , bergossip , berteka-teki dari pukul 9.00pm sampai laa pukul2.30am . Dan masa tu pulak semua orang kerja kot hari Selasa kecuali aku laa kan . Haha . Sian gila kat korang . Dah tu , bila nak balik je , ada je yang bukak cerita tu laa ni laa . So lepas ni , kita lepak karoke guna duit Dilla pulak eh . Kata Planning Engineer kan . Harus laa belanja . Hawau betul .

His smile :) , engineer .

Dilla , Planning Engineer .

Maryam , Teacher .

Kaki gossip !

Mar 4, 2010

JB Part II

Akhirnya , muncul jugak entry ni . Haha . Ni pun aku malas nak type sangat . Aku upload je gambar . Sebab gambar menceritakan segalanya . Dan kamera memang sentiasa ada dalam handbag aku ni . Yeah . Mari jamu selera dengan gambar-gambar dibawah .

Ooo ye , JB Part II ni masa cuti panjang raya cina haritu . Seronok cecuti di JB walaupun aku ditinggalkan kat rumah keseorangan . Orang lain tak hilang passport macam aku kan ? So padan muka aku laa . Stupid! (marah dengan diri sendiri) . Ok mari menikmati keindahan percutian yang boleh tahan best laa . Haha .


Sabtu;



Menu : Ayam Penyet Banafee Village


Menu : Teh Ais & Bancau


Tengah makan pun muka garang ;-/


Ok , i'm preggy now .
Haha , ni kalau mak baca , sumpah xngaku anak .
Angin tu kuat sangat laa .


Seberang sana tu Singapore ok .


Ahad;


Deng's Wedding !


Daiman Bowl .
Kalau nak main kat sini kena queue .


Mu'az , Mayus & Ib


Aku laa juara ;(


Yang juara haruslaa posing disitu laa kan ;(

Isnin;


BBQ di rumah Mu'az .


Dah kemas-kemas baru bergambar .


Ok , itu saja ye . Haha . Sumpah malas gila nak type . Peminat-peminat jangan laa marah ok . Hehe .