Showing posts with label Work. Show all posts
Showing posts with label Work. Show all posts

Apr 9, 2018

Pemborong Kain Cotton Tercantik

Assalammualaikum semua. Rindu kita tak?

Sejak wujudnya Facebook, Instagram dan Twitter, blog ni memang betul-betul bersawang. Almost 4 years tak menulis kat sini kan. Dalam tempoh 4 tahun ni, Erin dah bertukar kerja dari bidang professional ke bidang luar biasa iaitu business supply kain pasang yang cantik. 

Cut the long story, Mu'az berhentikan Erin kerja dan bagi Erin satu business yang tak pernah terfikir dek akal untuk buat. Tapi faham je laa kan Mu'az punya minded macamana? Hikshiks

Sejak 4 tahun kebelakangan ni memang turun naik flight je laa ulang alik pegi Ho Chi Minh dan sejak tahun 2016 ada tambah lagi satu tempat ulang alik, iaitu Guangzhou hehee. Almost everymonth akan keluar negara untuk hunting kain baru, pendek kata dah jadi rumah kedua.

Kalau dulu Erin sorang je run business ni tapi sekarang Mu'az pun dah join sekali untuk kembangkan business yang asalnya hanya main-main je pun. Kitorang dah ada staff jugak, cuma belum ada proper kedai atau office. Sekarang full operation dekat rumah je. Ada 2 bilik dijadikan office. Walaupun bekerja dari rumah tapi pukul 9 pagi memang dah terpacak dekat office hehe.

Erin akan share semua tempat kain yang pernah Erin pegi supaya korang yang nak cari peluang business bolehlah jadikan rujukan. Manalah tahu sharing Erin ni bagi manfaat pada korang kan? Allah bagi kita rezeki bukan hanya untuk kita sorang je tapi untuk diagihkan pada orang lain kan. The more you give, the more you will get :)

 Parcel yang di post kepada customer 

 Kadang-kadang memang order van kosong untuk pickup parcel customer


 Erin hunting kain di Ho Chi Minh sejak December 2013. 
Gudang ni pun dah tak wujud dah sekarang ni.

 Kadang-kadang ada kawan nak ikut beli kain, Erin bawak je diorang pegi kedai yang pernah Erin beli. Tapi sekarang dah tak cari kat sini sebab mahal haha


 Pernah jugak ke Ho Chi Minh sendiri maka selfie laa depan cermin sendiri

Nampak macam best je setiap bulan ke luar negara tapi hanya Allah je yang tahu betapa penatnya ke sana sini untuk cari rezeki :) 


 Stock baru sampai, tepi jalan je pilih kain hehehe

 Start Oktober 2016 berjinak ke Guangzhou plak sebab orang kata sini lagi murah. Memang betul murah dan lagi rambang mata nak pilih kain.

 Nak pilih kain dalam gudang kena pakai tangga 

Masa awal sampai Guangzhou Textiles Market ni macam susah nak decide beli kain yang mana sebab diorang letak sample kecik macam tu je, so nak bayangkan corak macamana tu memang susah tapi jangan risau biasanya kedai ada simpan gambar full, cuma jumpa ke tak jumpa je laa gambar tu hehehe

Ok next entry, Erin akan share pengalaman Erin hunting ke Ho Chi Minh, Guangzhou, Yiwu dan Bangkok ya. Ada ke yang nak tahu? Sampai jumpa lagi. Harapnya sifat rajin tu berterusan laa ye ahahhaa

Dec 31, 2012

This is the end of year 2012

Aku pasti dan yakin, harini ramai yang bercuti, memandangkan esok pun cuti, jadi apa laa salahnya semua orang pun larung amek cuti sampai selasa kan tak pun sampai rabu sebab nak hantar anak sekolah. Begitu laa dengan officemates aku sekarang ni. Jadi eh banyak betul jadi, tinggal laa 8 orang je kat office ni dengan 5 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Tapi itu tak termasuk hantu kat office ni. Hehehe. Yang tu malas nak kira ;)

Eh jadi harini adalah hari terakhir aku attached kat projek SGEDT ni, jadi eh jadi lagi, esok sepatutnya kena masuk office kat JB tapi rasanya memang tak boleh sebab boss kat KL masih bercuti dan terpaksa tunggu diorang dan semua officemates naek 3 Jan nanti. Yela takkan nak maen tinggal macam tu je, nak kena hand over bebetul dan salam peluk cium dengan semua orang.

Kalau nak diikutkan hampir 4 tahun jugak aku dengan projek ni. Banyak pengalaman dan ilmu yang aku timba. Kalau setakat term engineer yang entah pape aku tak pernah belajar pun aku boleh tahu. Bukan senang nak dapat pengalaman macam ni. Dan sesungguhnya, resume akan jadi cantik sebab involved dalam mega projek. Hikhik. Lagi satu, environment keje kat office ni sangatlaa best walaupun project manager garang gilo macam singa. Perkataan bloody hell tu dah biasa dengar, kena marah dengan boss depan orang ramai pun aku pernah kena. This is the best moment kot. Singa bertemu singa jadi, menjawab je laa aku ni tapi menjawab benda yang betul. Officemates plak , perghhh terbaek didunia, sebab? Aku berjaya gain weight dengan jayanya. Hari-hari ada je makanan free dapat. Hikhik. Haishhh tengah type air mata bergenang plak sedih haaaa.

Aku sebenarnya sedih nak tinggalkan kehidupan KL ni. Hahaha sebab banyak shopping mall dan tempat makan yang best. Tak sedar diri kan? Mana taknya, 4 tahun laa aku duk kaya kan KLCC, jalan TAR, sogo, wangsa walk and many more. And lepas ni susah laa nak ke KL melainkan kengkawan beranak ke kawen. Hihi.

Jadi rugi rasanya kalau dah update blog tak letak gambar kan. Ni semua geng SGEDT aku. Wuarghhhh 3 Jan ni baru jumpa semua orang dan confirm akan menangis. Anyway, thanks a lot SGEDT!























[Note :  Sedih ! ]

May 24, 2012

I just love my work so much :)

Here we go, update blog lagi. Macam orang dah takde kerja kan? Memang pun :) Setakat baca surat complaint dari tuan tanah je, lepas tu aku letak je dalam tray tu haa. Aku bukan safety officer pun nak kena take action ada ular dalam stesen laa, retak sana sini laa. Haha nasib kau sana tapi kalau boss bising kang, nanti baru kelam kabut kihkihkih. Tapi sebenarnya dah siap dah pun.

Insyallah kalau dipanjangkan umur lagi, 28 Mei 2012 ni genap laa 3 tahun aku duduk kat KL ni dan berbangga jugak sebab dapat menjadi sebahagian dari ahli projek mega buat landasan keretapi ni. Hehe. Tapi sebenarnya aku start kerja dengan company sekarang 9 April 2009, pastu baru belajar tengok plan jalan untuk projek EDL kat JB, eh tetiba aku kena transfer kat projek sekarang ni. Alhamdulillah, aku beruntung dapat involve dalam project ni sebab banyak benda aku belajar, paling best bila kau boleh belajar tahan sabar dengan jayanya dengan kerenah makcik pakcik tuan tanah dan tak lupa jugak tahan sabar dengan kontraktor yang kadang-kadang bikin panas hati je. Eh eh tak lupa jugak, tahan sabar dengan orang-orang besar tuttt tuttt tuttt yang pernah sampai satu tahap tu aku mengamuk tension dalam meeting. Hamek kau, mentang-mentang aku paling muda dalam meeting tu, semua benda kau tak nampak laa tak jumpa laa. Hehe sebenarnya, aku dari zaman belajar lagi orang kenal aku ni orang yang garang. Haha nasib kau lerr.

Sebenarnya aku tak berapa nak sure sama ada aku dah pernah cite ke belum apa kerja aku kan. Dah type panjang-panjang camni eh tetiba macam rasa dah pernah cerita. Tapi aku nak cerita jugak. Kerja aku ni mencabar minda dan hati jugak sebab kerja aku ni dalam bahasa yang kasar "kerja amek tanah orang". Wuarghhh sedih kan? Aku memang buat pengambilan tanah untuk projek-projek tertentu. So far company aku memang buat full land acquisition untuk projek-projek kerajaan. Tak kira laa buat jalan dalam bandar, jalan federal, highway dan landasan keretapi.

Hehe serious aku suka kerja ni sebab aku banyak explore benda yang masa belajar kau pun tak pernah belajar. Contohnya, sekarang ni aku buat landasan keretapi dan jalan, so kau kena tahu dan pandai tengok details drawing. Hamek kau, aku bukan engineer nak kena tahu slope tu bape degree laa, culvert inlet or outlet, and many things dalam engineering terms. Itu memang bukan kerja aku, tapi as land consultant macam aku, kena tahu semua ni, sebab bila tuan tanah tanya "dik, sebonarnya kek tanah makcik ni nak buek apo? nanti makcik punyo jalan masuk kek mano?" haa itu dia, kau memang kena tahu. Bukan bodoh-bodoh je kau turun site semata-mata nak dapat allowance wei. Haha. Itu belum cite pasal kau kena maki hamun dengan tuan tanah yang tak puas hati dengan pampasan yang diorang dapat, kena maki tu alahai perkara biasa, kena baling dulang pun pernah, kena kejar dengan parang pun pernah eh tapi masa tu aku tak masuk kerja lagi. Aku pun terlibat jugak dalam merobohkan setinggan-setinggan ni. Haish tengok laa skop of work aku ni, semua macam tak berperikemanusiaan kan? Sedih tapi nak buat macam mana. Ini punca pendapatan aku. Ecehwahhh!

Dan akhir bulan 7 ni, kontrak kerja aku dengan projek ni pun habis. Sebab part team aku memang totally dah habis, so lepas ni kalau ada isu-isu tertentu mungkin akan dipanggil untuk settle kan laa. Tapi tapi aku akan stay kat KL lagi, ok kita sambung buat pengambilan tanah untuk projek jalan DUKE2. Hehe hello KL. Marilaa kita bekerja sekueknyooo. Tahun depan pergi Liverpool kan. Bye.





[Note : Allah itu Maha Adil, Dia bagi ujian besar, Dia gantikan nikmat/rahmat yang lain]








Jan 23, 2011

Blog pun kene blocked?

Haha nak bagitahu korang ni , sekarang kat office .....BLOG PUN DAH KENE BLOCKED jugak . Sobs sobs sobs . Sedih gila kan , facebook , youtube , and semua sosial network semua dah lama kene blocked . Wuarghhhh kenapa kejam sangat . Memang laa waktu kerja kena buat kerja tapi tak kan nak baca blog sikit pun tak boleh? Dunia hari ni semakin kejam (ceh kene blocked pun nak kata kejam) . So lepas ni , makin jarang laa aku berblog . Huh mana taknya , balik rumah dah penat dah , tak sempat nak online dowh . Lepas isyak je , memang confirm mata aku dah separuh tutup dan tak sampai 5 minit , terus hanyut dengan FT . Kahkahkah . Tapi takpe laa , korang blocked laa semua , aku boleh main foursquare pulak . Kahkahkah . Berlumba-lumba nak check-in plus nak kumpul badges . Eleh main foursquare guna handphone bhai , tak kacau line internet office pun . Elehhhhh kecoh !! Haha . Sekian , terima kasih boss sebab blocked semuanya . Tak sporting langsung .




[Noted : Nak cabut 3 gigi !!]

Dec 17, 2010

Arghhhhhh!

Bosannya hidup tak berduit ni . Tension dowh ! Sakit kepala ! Bila nak gaji ? Nak tunggu aku resign dulu ke apa ni ? Kalau aku anak orang kaya tak pe laa jugak kan , ni aku orang susah kot . Jangan laa aniaya aku !





[Noted : Mudah-mudahan ada rezeki lain yang menanti ]

Oct 13, 2010

Open house project SGEDT KL ! Ini penutup raya 2010 .

Akhirnya segalanya pun berakhir walaupun dah lama berakhir . Muahahaha . Aku sekarang suka gelak macamni . Rasa macam devil je kan . Tapi i tetap sembahyang tau . Motif? Ni ha aku nak hidangkan cerita open house yang terakhir untuk tahun ni . Mesti korang akan rindu cerita raya aku , tunggu tahun depan punya cerita pulak eh . 

Open house kali ni mmmmm oh actually bukan open house tapi potluck . Tahukah korang potluck itu membawa maksud bawa makanan sendiri dan makan sendiri . Haha silap-silap , setiap orang diwajibkan bawak makanan dan makanan tu akan dikumpulkan dan dimakan beramai-ramai oleh ahli potluck . So kiranya kalau korang tak bawak apa-apa tu , korang akan nampak looser laa tak pun mungkin akan diejek , wahhhhh ni laa imiginasi bebudak 24 tahun ye kawan-kawan . Serious ni , aku gurau bertempat ni .

So sebelum memulakan potluck , harus laa bersarapan dulu di kedai bawah office dan dengan belagaknya aku makan dua keping sandwich . Kunun nak save perut laa kan , tapi pukul 10.00 am dah menggelupur lapar wei . Perut ni memang tak behave langsung laaa . Berikut adalah gambar sarapan pagi . Oh ye gambar dalam entry ni di taja oleh Kak Fazi . Sebab on that day , aku sibuk ber-fisheye . Insyallah nanti aku cuci filem tu dan publish kat blog ni .

 Haa tengok tu betul kan aku makan dua keping sandwich?
Selalu makan nasi lemak tau !

 Diteruskan dengan si kiteretsu . Opsss sorry , ini Rosyahuza . Comelkan?

 Di akhiri dengan Enyza , wah suka hati kan panggil nama .
Dedua kat atas ni pangkat kakak ye .

Ok  , made in Sweden . Tetiba je kan ada coklat ni . Oh actually boss aku baru balik dari sana .
So ini laa souvenir dari dia . Dan begitu jugak dengan gambar kat bawah ni .


Diteruskan lagi dengan gambar-gambar potluck . Nak tahu apa yang aku bawak? Hihi malu nak cakap , soda gembira ! Tahu ke? Tak tahu sila google ye . Memang gembira kalau korang minum air tu . Ha yela soda gembira tu air laa bukan kuih ke kek tau . Menu haritu bertemakan raya jadi memang kenyanglaa makan siap boleh tapau bawak balik rumah lagi tau . Korang layan je laa gambar kat bawah eh .

In the making of soda gembira !
Nak recipe ? PM me PM me (trend ayat sekarang) .

Wah , ibu-ibu mithali sedang meyusun makanan . Muahahahaha .


Gambar dua di atas gambar posing ikhlas dari kitorang yang boleh tahan cute .
Ok sila muntah sekarang .

Dalam pukul hampir 12.00 pm majlis pun bermula (tapi sebelum pukul 12.00 pm 
lagi aku duk ke hulur ke hilir kat bilik ni wei sebab tak sabar !) . 
Bacaan doa oleh Ir. Malek tapi kelakar aaa sebab tersasul baca .

Bila dah habis baca doa , dah boleh makan ! Yahuuuuuuuuu !


Mmmmm korang nak tahu ke menu apa yang ada? Aku macam malas pulak nak updates , so apa kata korang usha je laa eh . Sebab dah mengantuk ni , nak tidur . I love you Mu'az . Eh salah type pulak :)))



[Noted : Tahukah korang aku tengah bingit dengan seseorang ?]


Oct 7, 2010

Open house KLIA Holdings !

Hihi , selagi tak habis raya , selagi tu laaa aku akan update gambar raya . Harap korang tak muntah ke kan . Raya kan setahun sekali je . Haruslaaa upload beribu-ribu gambar yang cantik-cantik belaka . Lagipun setahun sekali jugak yang aku akan nampak cantik . Hihi .

Oh lepas seminggu naik kerja , office KLIAH kat Bangi buat open house , tak silap aku hari Isnin bersamaan mmmmmm jap aku check kalendar eh ..... Haaa 27 September 2010 . So , semua orang dijemput ke open house tu dan start majlis pukul 12.00 pm - 3.00 pm . Makanan yang ada seperti biasalaa juadah hari raya , ada lemang , rendang , kuah lodeh , sate , laksa penang , mee sup , nasi apa entah tapi sedap oooo . Lepas tu pencuci mulut dengan buah duku langsat . Wah layan sungguh makan buah tu . Majlis tu takde ucapan apa-apa pun , yang ada cuma bacaan doa (nasibaik laa kan takde ucapan , kalau tak confirm boring!) . Apa lagi eh nak cerita? Tengok gambar je laa boleh? Nama pun open house office kan , macam tak tahu pulak nak cerita apa . Korang tengok muka-muka officemate aku je sudah . Habis cerita .

Dimulakan dengan gambar gadis-gadis semasa (tajuk lagu Yuna) .

Sesi gambar semeja :)

 I laa yang paling muda uolls . Miahaha .

Ops itu boss aku ye , Ir Malek . Boss paling best didunia !
Haha saja gedik nak sebut nama dia kat sini .

Ok , ini laa kakak-kakak yang aku sayangi .
Kiri : Erin , Kak Fazi , Kak Ros , Kak N , Kak Azy dan Kak Marina .
Dengan diorang laa aku belajar tentang kehidupan . Muahahaha .

Itu saja gambar yang ada , tak banyak sangat pun ambil gambar haritu sebab tak ramai team SGEDT yang ada , so gambar yang ada pun muka kitorang je laa . Takut korang termuntah je kang tengok gambar yang sama cuma beza senyum ke tak senyum je laa kan . So aku akhiri entry ini dengan gambar jerawat besar di dahi !!!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Eh terlupa pulak nak bagitahu , Tan Sri Jamilus tak datang sembang pun . Punya laa pakai cantik-cantik , huh kecewa tau . Yela mana tahu tan sri nak kasi projek juta-juta ke kan . Hihi . Ampun tan sri , i gurau je :)))




[Noted : Esok potluck raya! ]

Sep 30, 2010

Bila boss marah .

Heh , boss takde mood kot harini , menci i . I pun jadi takde mood nak tengok muka dia ooo . Harap boss jangan kecik hati . Saje je nak updates kat blog sebab ni kan macam diari aku .Memandangkan boss marah , mengamuk dan takde mood harini , aku nak bagi korang tips merepek untuk menghadapi masalah seperti ini .

Kalau boss marah , korang perlu ;
1. Istighfar banyak-banyak dalam hati jangan pulak korang memaki .
2. Genggam pen atau kertas sebab itu adalah salah satu cara untuk melepaskan tekanan kena marah . Nanti cuba korang tengok samaada kertas tu renyuk takpun pen tu patah . Lepas tu tunjuk pen yang patah kat boss , tengok laa nanti , mesti boss rasa gerun gila dengan korang . 
3. Buat muka 10 sen je , jangan buat muka 10 ringgit pulak , nanti boss rasa nak sepak pulak kang . Kenapa muka 10 sen? Sebab aku rasa muka 10 sen ni muka paling kesian sekali yang aku pernah nampak . Dalam erti kata lain , muka yang macam takde perasaan je . Jadi , boss mesti sakit hati . Haha .
4. Bagitahu satu office yang boss tengah marah , so mesti kawan-kawan korang akan rasa sama-sama nak salahkan boss sebab marah korang . Yela nama pun kawan sekerja , haruslaaa menyokong sesama kita kan .
5. Kemas barang kat meja , lepas tu ambil beg dan terus balik . Haha . Lepas tu esok dapat surat cinta kena buang kerja . :))

Eh korang jangan ikut pulak tips ni . Ni tips orang tengah protes boss sebab macam tak logik je dia nak marah aku . Yela dia tanya benda yang aku tak tahu . Maksud tak tahu kat sini , aku belum kerja lagi masa tu , so haruslaaa aku tak tahu kan . Cessss . Tapi aku cari jugak apa yang dia nak tu . Geram betul . Ok itu je .



[Noted : Sakit gigi ]

Jun 2, 2010

Boss tolonglaa hantar saya balik JB ;(

Wuarghhhhh sedihnya . Nak nangis guling-guling , hentak-hentak ! Boss kata nak hantar ke KL cuma sebulan tapi ni dah setahun . Cess ! Jahatlaa boss ni . Mana janji-janji manismu ?? 

Ok laa kengkawan , aku dah setahun dah kerja kat KL dan maknanya dah setahun jugak duduk KL . Tak sangka wei . Mak yang sangat susah melepaskan anak-anaknya ke luar JB , akhirnya kecundang jugak . What to do ? Ini semua pasal kerja , kerja , kerja . Kang aku tak kerja , tak boleh laa nak shopping kan , tak boleh laa jugak nak beli lens kan , tak boleh laa jugak nak beli iPhone kan kan kan . So , demi barang-barang tu semua , aku sanggup meninggalkan bilik yang mewah dirumah , dan tak lupa juga meninggalkan Mu'az yang handsome tu di JB . 

Dan sepanjang setahun duduk KL , hampir setiap minggu aku balik JB . Haa gila kan aku ni . Kalau orang lain obses dengan boyfriend / girlfriend , aku pulak obses dengan JB . Tak tahu laa pasal apa . Kenkadang tu aku balik bukan jumpa Mu'az pun , cuma memang nak balik . Lagipun , mak aku mesti setiap minggu suruh balik . Kalau tak percaya , korang boleh tanya ngan dia laa eh . Status kat FB aku pun sikit-sikit nak balik JB . Sampai semua orang pun tegur . Hahaha . Peduli apa aku . Ramai jugak kengkawan tanya , banyak eh duit kau balik JB selalu? Cett waklu banyak duit . Aku duduk KL ni , langsung tak menyimpan . Hahaha . So , lama lagi laa aku nak kawen ngan Mu'az . Weehuuuuu ~ Ni pun nak beli iPhone . Ala yang penting aku happy!

Ok , baru-baru ni balik JB masa cuti hari Wesak . Lama laa jugak dapat duduk rumah . Heaven je rasanya walaupun mak tak masak kat rumah . Yang penting status kat FB bertukar Izatulazin is currently in JB . Hehe . Ada benda yang buat aku sedih balik kali ni . Tak tahu laa apsal laa kan , aku boleh sesat kat JB . Memaki hamun sendiri laa jawabnya . Aku jadi macam pening sikit ngan jalan kat JB sekarang ni . Kalau sesiapa orang JB , mesti korang tahu kan jalan yang menghala ke bandar ngan Larkin tu dah berubah . Ni semua sebab Kota Iskandar . Kalau dulu nak ke Larkin , terus straight je kan , tapi sekarang dia boleh pulak dia tukar . Jalan tu jadi terbalik , ke kiri ke Larkin dan ke kanan pulak ke bandar . Uuuu makkkk aiiii lain kali bagitahu laa awal-awal . Takde laa aku sesat . Malu wooo~ Ini semua sebab boss laa ni , tak kasi aku balik JB selama-lamanya . Ciss lagi sekali . Tak lama lagi , jalan kat area Danga Bay tu akan jadi 6 lane . Fuyohhh dasyat eh JB . Tu yang aku suka gila ngan JB . Hehe .


Haa korang tengok laa ni . Semua pun nak kutuk aku sesat . Grrrrrrrrrr~

[Noted : Harini terjumpa mamat handsome tu :)
Harap Mu'az tak baca :):) ]