Jun 6, 2011

Vacation - Pulau Perhentian

Maka dengan ini aku tengah baik hati nak update vacation aku baru-baru ni . Aku rasa korang pun tahu kan aku pegi mana , Pulau Perhentian tu haa . Untuk pengetahuan semua Pulau Perhentian ada dua , orang kata yang cantik Perhentian Kecil pastu mahal sikit laa nak compared dengan Perhentian Besar . So aku pun pilih laa yang mahal sikit . Ekekekeke . Yang orang lain duk pung pang pung pang kata best gila tu kan . Ekekeke . Percutian tu lagi seronok bila korang apply cuti dari Isnin sampai Rabu , kahkahkah boss pun senyum je masa nak sign . Mana taknya orang lain cuti lelame amek hujung minggu tapi aku lain sikit . What to do , itu je masa yang ada . Dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar and it was a super tired vacation i guess . Sebab jauh tu driving about 1100km . Errrr tapi aku drive 3 jam je , ada laaa dalam 200++km . Thanks a lot kepada yang bersengkang mata drive pastu tahan mengantuk dengan menyanyi melalak-lalak , suara kalau sedap takpe jugak . Muahahaha . Sorry babe! 

Ok laa sebab aku ni kan baik hati , for those yang tak pernah pergi sana and have plan to go there , aku nak bagi tips sikit laa , tips tu merangkumi kos dan suggestion chalet . Kehkehkeh . At least korang tak silap membuat pilihan dan berbelanja sejimat-jimatnya . Ni nak bagitahu korang sebab aku bawak duit terlebih-lebih kot , tu pasal balik tu boleh singgah Pasar Payang semua kan (kalau bawak mak aku pergi sini confirm sampai ke malam menunggunya , almaklumlaa banyak barang best kan).

Nak cerita sikit ni , last year punya trip aku ke Lang Tengah kan , oh actually ramai yang tak tahu kat mana pulau ni , ala dekat Kuala Terengganu jugak . Ha bebalik je dari Perhentian je kan , perkara yang paling bodoh aku buat ialah cari balik gambar Lang Tengah , pastu rasa nak nanges je tau sebab apsal Lang Tengah lagi cantik dari Perhentian oh? Meh korang tengok balik gambar Lang Tengah aku kat bawah ni . Grrrrr . Eh tapi takpe laa at least aku dah pergi dedua kan? Korang bila lagi? Pergi laa wei sebab boleh jumpa baby shark , nemo dan macam-macam lagi ikan yang comel-comel . Lagi satu bila korang pergi tempat camni kan , korang akan rasa indah sungguh ciptaan Allah kan? Memang tak dapat dinafikan lagi . Cer tengok gambar Lang Tengah pastu nanges jom .





Wuarghhhhh nak nanges tau tengok gambar kat atas ni . Patut ke aku repeat ke sini balik? Tapi takde masa pulak , yela dah bulan Jun kan , then tinggal lagi sebulan je lagi nak puasa , pastu Ogos dah tak sesuai nak ke pulau sebab dah hampir hujung tahun kan? Haha korang nanges jugak ke tengok air yang biru tu? Oh ye , nak bagitahu jugak ni pakej ke Lang Tengah lagi murah dari Perhentian tau , ok nanges laa guling-guling .

Ok laa majuk jugak kan Perhentian tu asyik up Lang Tengah je . Hehe . Mari laa kita tengok cik Erin kita bercuti . Kali ni punya trip tak banyak gambar sebab malas laa pulak nak bawak kamera lagipun tempat basah-basah ni tak sesuai laa uolls nak bawak kamera tu , kamera air tak bawak laa pulak . So , secara ringkasnya nak cerita laa sikit-sikit je pasal trip ni . Aku gerak dari KL naik kereta , yeah pengalaman yang sangat menarik bila memasing tak tahu jalan tapi belagak je nak naik kereta . Nasib baik laa ada GPS , kalau tak , entah ke mana laa aku agaknya kan . Untuk ke Perhentian ni , korang kena ke Jeti Kuala Besut . Ha camne nak ke Kuala Besut? KL-Gombak (Tol RM5)-Lebuhraya Pantai Timur (exit Tol Jabor RM21)-Cherating-Paka (dedulu kecik aku duduk sini)-Dungun-Jertih-Kuala Besut . Perjalanan memang 8jam wei . Berhenti 45minit je kot . 

Lagi bape km nak sampai jeti , orang chalet Shari-La call tanya dah sampai mana . Sesampai je kat jeti , korang akan jumpa ulat-ulat parking , so pepandai korang laa ye nak deal dengan diorang . Aku parking kereta boleh tahan murah laa RM7 sehari , so darabkan dengan 3 hari = RM21 . Hehe . Lupa nak cerita kat korang kan kat mana aku stay , ok sesiapa yang ke Perhentian Kecil dan bajet kecik je , boleh laa stay sini sebab service kat Shari-La sangat laa best dan bilik dia pehhh macam honeymoon wei , ha sesiapa nak honeymoon boleh laa stay kat sini eh . Nanti nak honeymoon kat sini tapi nak duduk kat Long Beach pulak . Ekekekeke . Haaa lagi satu , yang orang duk pung pang pung pang long beach best tu kan , memandangkan bajet pun tak bape nak besar , aku stay lerr kat belakang long beach . Senang je ulang alik dari tempat aku stay ke long beach sebab ada trail tapi omg nak lenguh gila kaki sebab berbukit-bukit kan . Nanti korang scroll bawah aku tunjuk laa ek trail tu . Phewww tetiba aku dah penat nak cerita panjang-panjang kan .

Pukul 10.00 kot aku sampai sini :))

Shari-La

Jiran-jiran Shari-La . Hehe . Banyak lagi chalet kat sini .

Jumpa air terus terjun padahal masa ni jenjalan je kot . Ni pukul 1.30pm . Hamboi-hamboi kalau pergi site kemaen lagi sumpah seranah sebab panas . Hihi .

Memandangkan trip aku 3hari 2malam , so aktiviti sama je laa , cuma hari pertama tu lepas snorkeling balik je bilik terus tidur macam hape sedar-sedar je dah dekat pukul 12.00am . Kunun nak tengok sunset laa katanya . Hampeh dowww masing-masing tidur nyenyak . Bila bebangun je dah tak boleh nak tidur balik , tak kan nak stay bilik tengok tv kan? Haa nak bagitahu korang jugak ni , Shari-La punya bilik semua ada tv siap ada ASTRO wei . Tapi macam tak best laa ada tv sebab yang kaki tengok tv ni asyik nak tengok tv je . Ekekeke . Ok pastu dah mandi semua , sesaje aaa kuar bilik , sekali tengok peh semua orang dah tidur kot , so dengan gamble je , pergi jalan kat long beach , korang bayangkan laa masa tu pukul 12.00am kot? Macam banyak je hantu mak limah kan? Tapi masa tu semua macam berani kan . Aku memang dah siap bawak torchlight form KL , so ni laa kegunaannya . Memang seram jugak laa , tapi bila tanya orang kat area situ , diorang kata dekat je . Hehe . Jalan memang gelap aaaa , hantu pun mungkin banyak tapi buat je tak tahu sebab sama-sama hantu kan? Wah masa nak sampai tu , dengar bunyi music kuat gila , pastu terus teruja , patutlaa orang kata long beach ni best . So kitorang pun lepak laa minum kat situ sambil dengar bunyi ombak , awesome gila dowwww ! 


Masa tengah lepak-lepak tu , eh tetiba ada message , tengok-tengok je eh Aie tanya aku tahu tak Muna masuk hospital , masa tu aku rasa eh what's going on? Then aku reply balik message tu tapi Aie tak reply so terus laa aku what's app Muna then dia pun cerita lerrr admit sebab suspect appendix (dah operation dah pun) . Haish time jejauhlaa kan kau nak sakit . Sedih wei , bila kawan baik sakit tapi aku duk bersuka ria kat sana . Tapi balik je dari Perhentian aku terus visit dia . Bagi teddy bear kat dia as per requested laa kan . 


Ok gambar kat bawah ni pulak masa hari kedua . Ceritanya sama laa jugak . Snorkeling sampai muntah . Banyak jumpa nemo , pastu jumpa baby shark . Aku siap jerit-jerit lagi dalam air pastu blurppppp minum air tu , haha noob !! Tu laa kalau nama Erin kan memang kepoh , dalam air pun kau nak cakap kan? Whatever it is , seronok tau !! Kepada korang yang tak tahu berenang , relax aaa life jacket kan ada , confirm tak tenggelam . Ok maklumat tambahan bagi korang yang pergi tanpa pakej (tanpa pakej maksudnya takde snorkeling trip), yela mana laa tahu korang memang datang sana just nak lepak-lepak je and tak nak snorkeling berhari-hari kan , korang boleh je sewa bilik lepas tu sukati korang laa nak amek pakej snorkeling tu macam mana sebab kat tepi beach ni macam-macam pakej snorkeling 5 points with gear ke 3 points with gear or no gear ke memang banyak . Harga pun murah dari rm30-45 . Murah kan?


Lepas tu kan , kata laa korang ni nak pergi pulau lain sebab dah bosan sangat tengok nemo kat sini kan , boleh je korang naik taxi ke pulau-pulau tu . Taxi kat sini pakai speedboat dowww . Ekekeke . Seronok kan? 



Ha jumpa pun gambar trail nak ke long beach . Cer tengok dua gambar kat bawah ni , haa cenggitu laa trail dia . Berpeluh ketiak tau nak sampai sana sebab boleh tahan tinggi jugak bukit tu . Sedangkan yang kurus cam aku ni pun semput lagi kan pulak yang kurang kurus kan? Ekekekeke .



Dalam masa 10minit lalu trail kat atas tadi tu , korang dah boleh sampai long beach . Pasir kat sini best wooo , golden sand ! Korang tengok kat bawah ni kan banyak payung kan , pastu ada disediakan tikar , so kalau nak feeling-feeling macam mat salleh ke minah salleh boleh laa berjemur . Aku tak tahu laa pulak kena bayar bape tapi aku rasa dalam RM12 kot . Oh yeah nak tambah lagi , mmmm kalau family yang ada anak kecik kan tak sesuai kot datang Perhentian Kecil sebab boleh merosakkan mata diorang . Mana tak nya , sana sini berbikini , hadoi jeles tengok kulit gebu semacam . Hehe . Kalau bawak kawan-kawan macam umur aku ni , confirm semua duk skodeng je .



Disebabkan ini blog aku , jadi mesti laa gambar aku yang paling banyak kan? Hehe . Itu je kot information yang aku nak bagitahu and share ngan korang . Sesiapa yang rasa kurang paham atau rasa maklumat aku ni tak membantu , mmmm lantak korang laaa . Penat dah aku nak type lagi , nak tahu details submit laaa comment ek ?



Adeh lupa nak bagitahu ni , macam mana dengan pembayaran chalet? Ini yang paling penting sekali! Kalau korang jenis memang pakai bantai nak pergi on the spot tanpa booking lepas tu tak kisah tidur atas pasir , tu takpe laa kan . Tapi kalau korang macam tak berani buat macam tu , meh ikut cara aku . Untuk pergi ke pulau ni korang mesti dah ada planning at least sebulan sebab once u confirmation booking kena bayar 50% dari price pakej . Lepas tu balance tu mungkin boleh dibayar masa korang sampai sana ataupun seminggu sebelum sampai sana . Itu bergantung pada chalet yang korang duduk laa kan . Macam aku , confirm booking terus bayar 50% then balance pay at the chalet . Diorang buat macam ni sebab tempat-tempat ni memang sentiasa ramai , tak kira laa cuti sekolah ke hari biasa ke sebab tourist tersangatlaa ramai .


Phewww , rasa lama gila tak tulis pepanjang macam ni kan? So gambar last kat atas ni masa on the way back to jeti Kuala Besut :(( For more information and picture , please click ---->Shari-La

30 comments:

Anonymous said...

FB saudari tak boleh nak add laa, nak tanya lebih lanjut pasal perhentian ni.. Please kurangkan security di FB anda supaya saya boleh add. T.kasih..

Erin said...

hye encik/cik anonymous : hehe nak tanya ape eh? tanya kat sini pun boleh :))

Anonymous said...

Leceh lah tanya di sini, tapi takpe la, berapa whole bajet pergi sana? Termasuk pergi balik? Naik bus atau naik kenderaan sendiri lagi murah? Saya plan nak pergi 2 orang je? better ambil pakej atau asing2? Saya rancang nak pergi selasa ni, tapi masih belum booking lagi. Rasa2 boleh ke? Resort mana yang murah tapi selesa untuk didiami? Macam mana dengan makanan? Kalau ambil pakej adakah termasuk dengan makan?

Erin said...

encik/cik anonymous : oh ok saye akan cuba terangkan sikit2, hihi dah macam travel agent plak . kihkih .

mmm macam saya cakap dlm entry ni, awk kena call for booking and bayar 50% for confirmation sbb mostly semua resort akan penuh, kalo nak walk in je boleh tp takut takde kosong.

pakej ada banyak sama ada nak free and easy or full board . beza dua pakej ni adalah snorkeling trip . price range untuk free and easy 390-450 dan full board 590++ dan bergantung pada bilik yg awak nak. saya rase better awk amek pakej , so xpayah pening kepala sgt sebab semua benda termasuk makan dan return boat transfer dah dimasukkan sekali .

aritu saya driving dan cost untuk driving dalam 250 untuk pegi balik KL-Kuala Besut-KL . Nak naek bas pun ok jugak sbb terminal bas mmg dekat ngan jeti kuala besut.

Tempat yg saya recommend mcm dlm entry ni Shari-La

Anonymous said...

Terima kasih ye...

Afzan said...

salam erin .. nak tya psl trail utk ke long beach tu.. agk2 kalo sehari 2 kali nak ke long beach, penat tak nk jalan? saya tgk beach kt sharila mcm tak brapa best utk lepak2 atau mandi laut.. saya nak pegi sana bulan 9 ni.. ingat ptg & mlm mmg nk lepak long beach... tgk gmbr awk tu, trail tu mcm agak jauh jugak..

Erin said...

Afzan : Waalaikummussalam . hye afzan . thanks for singgah . hihi . ok shari-la punya beach mmg xberapa ok laa , tp for me quite ok sbb baby shark pun ade kat depan tu . but u dont have to worry , kalo amek package , diorang akan bwk snorkeling tmpt laen and i think u dont have time nak snorkeling kat depan shari-la . hehe sbb mase saye pegi tu mmg xamek package , saje nak chillin . oh pasal 2 kali sehari nak pegi sana tu xde masalah , xpenat sbb saya pun mcm tu jugak . mase memula je awak akan rase jauh tp kali kedua pegi , eh eh dekat je .serious dekat .

Afzan said...

thanks erin for the info.. sy pun tak amek pakej.. amek ngn boatman jer.. jimat.. hehe.. masa awk pegi tu, time cuti ke? mcm mahal gak pakej awk tu..

Afzan said...

hah lg satu nk tya.. kalo nk bbq buffet dinner kt sana, awk tau tak kt mana yg sedap? sy ada gak sevey2.. mostly ramai rekomen mama's cafe & panorama..

Anonymous said...

hi cik adik, tumpang tanya lang tengah duduk kat mana?betoi ka perhentian lagi best laut dia?kami x penah p, baru bercadang2 nak p. timakasih

Erin said...

hye encik/cik anonymous: wuarghhh susah nak buat pilihan mana 1 yg best. sebab semua pun best. kalo nak kira happening, perhentian laa yg happening sbb byk kedai kat situ. kalo mlm boleh lepak2 smbil dgr music gitu. kalo lang tengah, memalam mmg xleh nakwatpe melainkan karok or tgk tv or maen pool ke or activity sendiri laa. sbb lang tengah more private beach gitu. masa pegi lang tengah cuma ada 1resort je, redang lang nama resort tu. but now kat sebelah tu ada baru dah. sbb masa pegi diorang tgh renovate tempat tu, now dah siap. tp suka lang tengah sbb laut die mmg biru turqoise abessssss. mmg speechlessssss!!

arlyn arysa said...

kerana baca post ne lah,aku pergi ke lang tengah. hahahhahhaha

Anonymous said...

Sy ke perhentian pakej yg sy ambil dlm 250..mmg jimat.sgt. Pakej termasuk snokeling, makan minum,penginapan..yg paling best abg bot yg bww kitorg snikeling..dia siap tlg terjum ambil penyu kat dasar laut tuk bawa pergi tunjuk katt kitaorg..kitaorg pergi by group..dlm 7 org...

Anonymous said...

Erin, kalau dari pulau perhentian tu da bot utk pergi pulau redang x?

Syazwani Mazlan said...

agak2 bulan september 2013 okey tak pergi sini?

Erin said...

Arlyn : bestnye awk pegi sana. dah ada resort baru kan? hihi

Anonymous : yes ada. nanti kat sana boleh pilih pakej snorkeling pulau2 lain. diorang ada sediakan pakej tu.

Syazwani Mazlan : not recommended, better pegi bulan 5-8. Tapi paling best bulan 6. Laut xbergelora.

pokjib said...

Salam.....Erin nk tanya long beach resort tu mahal x kalau stay kt situ? Sbb awk stay kt sharila kan mungkin awk tau... Kami plan nk booking kt sharila tp bila tgk long beach resort mcm best lak huhuhu kami plan bln 3, 2013. Tq for feedback......

Erin said...

Pokjib : waalaikumussalam. oh harga long beach memang mahal sikit. tp kalo nak stay kat sharila pun best jugak, xpe, awak boleh je pegi long beach tu ikut trail yg ade, xjauh pun. pasal harga tu cuba awk cari FB Pakej Pulau Malaysia (http://www.facebook.com/pakejpulaumalaysia)

Anonymous said...

Assalamualaikum.. hai erin.. saya nak tanya la pasal pulau perhentian ni.. saya bercadang nak pegi sana dalam bulan 6 tahun depan.. with my future wife..hehe.. so awak ada pengalaman pergi sanakan.. kalau nak pergi sana tempat penginapan yang mana paling ok?.. pastu berapa budget nak pergi sana eh...hehe...

Wanny Mya said...

en anonymous yg amik pakej 250 tu melalui ajen mna ye??buleh sugges x?

Anonymous said...

Bajet g sana brape ?

Erin said...

Hye, pakej 250 tu saya call chalet directly, tak pakai ejen pun. Sebab dah byk kali pegi pulau2, so this time try arrange cari sendiri, tu pasal lagi jimat. Kalo gune ejen mmg mahal sikit :p

Erin said...

Hye, pakej 250 tu saya call chalet directly, tak pakai ejen pun. Sebab dah byk kali pegi pulau2, so this time try arrange cari sendiri, tu pasal lagi jimat. Kalo gune ejen mmg mahal sikit :p

Fais Haron said...

agak-agak berapa ea harge tiket boat dari jeti kuala besut ke pulau perhentian tu?

Anonymous said...

as salam erin..ada restoran atau kedai mkn x kt sana..i nak follow husband kursus..makanan kena cri sendiri..

Erin said...

Fais Haron : Alamak terlupe berapa. Tapi tak silap saya RM70 utk pergi dan balik, kire one way is RM35.

Anonymous : Waalaikummussalam. Awk stay mana? Perhentian kecil ke besar? Mcm yg saya pergi ni perhentian kecil. Ok kat sana mmg ade byk kedai makan itu pun bila awk stay kat long beach.

Anonymous said...

tq sgt...u bagi byk tips....suka suka suka.....cuma nak lagi tips untuk kedai2 makan yg sedap....hehehehe

Anonymous said...

kalau nak budget pakej, try usha fb ni, http://www.facebook.com/sya.est
promotion, 2h1m RM195, 3h2m pun ada.. ikut budget masing2.. selamat bercuti ;)

perhentianraisya said...

Pulau Perhentian adalah antara pulau yang tercantik di Malaysia. Memang sesuai untuk melancong dan beriadah.


Kalau ada yang berminat untuk ke Pulau Perhentian atau nak tahu lebih lanjut pasal Pulau Perhentian ni hubungi la kami di PerhentianRaisya.Com Jom cuti-cuti Malaysia sempena Tahun Melawat Terengganu

Anonymous said...

awk..betoi ke lang tengah lg cantik..plan nk g awl bln jun ke perhentian tp tgk ayat awk nanges tu mcm confius plak nk g lang tengah or perhentian...hehehe