Dec 14, 2011

Wordless Wednesday #10


Ok, nangis laaa korang. Aku ni tengah review drawing pun boleh plak macam nak nangis kot. Maybe aku masukkan diri sendiri dalam watak Izzah. Haha what the the the!!!

Dec 12, 2011

Just Married - Muna & Aie

Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi sebab kawan baik aku dah pun selamat jadi suami isteri yang sah. Almost a month jugak laa. Dan alhamdulillah jugak, majlis berjalan dengan lancarnya. Khatam Al-quran pun dah, nikah pun dah, sanding pun dah, sanding kali kedua pun dah jugak. Yang belum, hehe baby laaa kan. Hope to hear good news from them. Hihi. Excited ni.

So secara ringkasnya;
1. Majlis khatam Al-Quran pagi 18 November 2011
2. Majlis akad nikah malam 18 November 2011
3. Majlis sanding 20 November 2011
4. Majlis bertandang 11 Disember 2011

Aku nak update blog ni pun macam malas-malas gitu. Monday always bluesssss kan. Lagi pulak tak cukup tidur ni. Ni pun dah dekat sebulan baru nak terupdate. Hihi. Apa-apa pun tahniah lagi sekali kat korang berdua. Hebat oooo Ayie, sekali lafaz je walaupun tengok muka kau masa tu macam tak cukup darah je. Ingat ye, rumah tangga yang dibina ini bukan memaen, setiap orang ada tanggungjawab masing-masing. Dah tak boleh huhahuha macam dulu tau. Kalau macam aku takpe, boleh lagi sikit-sikit. Here attached some pictures of the day. Official photographer diorang pun dah update kat blog dia. Boleh laa tengok gambar-gambar yang awesome dari Adib! Oh btw, Adib memang professional habis. Pre-wedding diorang pun Adib yang shoot. 

Oh ya, masa majlis resepsi haritu, rasa dah macam mini reunion kelas je. Ramai jugak yang turun. Lecturer kesayangan pun sanggup datang dari JB naik bas transnasional gitu. Memang sporting betul kan lecturer macam ni, even dah 3tahun habis belajar tapi kitorang rapat sesangat. We are just like one big happy family. Hikhik. Lepas tu, mostly orang-orang kuat majlis ni pun dari kalangan kitorang jugak. Haha. Bak kata Padel, dah macam dinner Realtors! So, nanti masa aku kawen, tak payah laa nak hire wedding planner, mc and etc, boleh save bajet kan :D




















[Note : i'm looking for something special on this weekend!]