Feb 27, 2010

Hukum Infinity Downline & Login FB Dapat RM100 !

Ok , korang mesti dah tahu pasal sistem ni kan? Aku pun mula-mula teruja tapi aku susah sikit nak percaya benda ni sume . So semalam aku browse laa FB dan tiba-tiba member aku , Muslih Thani bagi link pasal hukum "Infinity Downline & Login Facebook Dapat RM100" . So bila baca , aku terus rasa bersyukur sangat sebab aku masih belum terjebak lagi . Kepada yang lain , baca laa dan ambil iktibar . Sekian sahaja .

Status Hukum Infinity Downline & Login Facebook Dapat RM100

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

Bertalu-talu orang bertanya berkenaan skim perniagaan Infinity Downline dan ada juga yang menamakannya dengan ‘Login Facebook dapat RM100 hari-hari'. Sebenarnya saya amat skeptic dengan skim-skim sebegini malah amat muak lagi jemu untuk menelitinya kerana pada kebiasaannya hasil penelitian akan menunjukkan semua itu adalah sama sahaja cuma diubah sedikit di sana dan sedikit di sini. Oleh kerana itu, saya tidak dapat menyembunyikan perasaan bimbang melihat betapa mudahnya umat Islam di Malaysia dikelirukan dengan skim seperti ini, padahal telah berkali-kali dijelaskan konsep dan asas untuk menilai halal dan haram dalam skim sebegini.

Padahal, helah pihak-pihak penganjur skim tersebut amat jelas dan terang. Pun begitu mereka masih mampu mengelirukan umat Islam kita. Saya berdoa agar kita semua mampu lebih rajin untuk berfikir dan lebih cekap dalam memperbezakan antara skim-skim sampah dan emas permata.

Bagi menunaikan amanah Allah, selaku khalifah Allah di atas muka bumi, untuk menyeru kepada kebaikan, melarang kemungkaran, saya berusaha untuk mencari celah-celah waktu yang ada untuk diwaqafkan kepada umat Islam bagi menyediakan jawapan bagi soalan skim Infinity Downline yang ditanyakan ini.

Beberapa perkara perlu dikaji dalam hal ini dan saya akan nyatakan secara ringkas findings dan pandangan saya. Oleh kerana skim ini menawarkan sesuatu yang agak mudah, maka tidak sukar untuk memahaminya. Secara ringkas dan padat adalah seperti berikut:-

1. Latar belakang syarikat dan web

Menyemak website utama Infinity Downline (selepas ini digunakan singkatan ID) melalui ‘whois', seorang pengkaji persendirian mendapati, web ini tidak menyertakan info yang mencukupi tentang pemiliknya. Berikut adalah hasil kajiannya.

Domain "Whois"

The Whois information for a website lists the owner and their contact information. The owner of "Infinity Downline" has purposely made their Whois information private. While not always a bad thing, this could mean they have something to hide. (rujuk http://www.imreportcard.co

Meneliti web utama ID juga menunjukkan kita tidak mempunyai sebarang akses kepada nama pencipta dan pengurusan penuh syarikat ID, malah sebarang komunikasi juga hanya melalui kotak khas soalan yang disediakan. Ini jelas ciri sebuah skim cepat kaya yang sentiasa berjaga-jaga dari mendedahkan identiti kepada pihak berkuasa.

Penilaian saya: Ia jelas satu unsur gharar yang menjadikan skim ini haram pada pandangan Islam. Manakan tidak, sekiranya web tersebut ditiadakan, semua sistem yang digunapakai oleh ahli dalam menyemak bayaran dan lain-lainnya turut hilang. Justeru mendedahkan diri kepada situasi perniagaan sedemikian adalah ditegah di dalam Islam.

2. Asal dan perkembangan syarikat

Memang benar, kelihatan sistem ini berasal dari USA. Statistic www.alexa.com juga menunjukkan peratusan teramai pelawat ke web ID datangnya dari USA, diikuti dengan negara yang dipenuhi oleh pecinta skim cepat kaya iaitu Malaysia.

Justeru dengan fakta ini, jelas skim ini memang sedang mendapat tempat di kalangan ramai di seluruh dunia, sehingga jika dicari berkenaannya di google dan yahoo, majoritinya memuja memuji system ini sebagai sistem termudah mendapatkan duit.

Penilaian saya : Tahap tersebar skim ini di seluruh dunia menunjukkan tanda positif tetapi ia sama sekali tidak menunjukkan bahawa ia halal di sisi Islam. Skim cepat kaya Bernard Mardoff yang bernilai USD 5 billion lebih kelihatan reliable, tetapi ia tetap scam dan sebuah skim cepat kaya apabila ia tidak berniaga barangan sebenar dan hanya memusing-musingkan kentungan dari orang bawah yang baru masuk kepada orang atas sistem piramidnya.

Justeru, pertumbuhan skim ini tidak memberi sebarang impak positif kepada penilaian hukum. Namun ia juga tidak memberikan impak negatif kepadanya. Oleh itu, penilaian hukum terletak kepada aspek-aspek lain dan perkembangannya di seluruh dunia dan disertai ramai TIDAK SAMA SEKALI boleh membuktikan ia adalah sebuah system yang halal di sudut hukum Islam, dan tidak juga mampu membuktikan ia legitimate di sisi undang-undang.

3. Produk yang dijual

Sebagaimana dimaklumkan di web mereka, produknya adalah berupa ratusan e-book, audio dan video training untuk belajar menggunakan software tertentu seperti vista, microsoft, excel dan lain-lain. Berikut senarainya audio (termasuk berkenaan bible!) :

Outsourcers Bible
Easy Niche Riches
Profitable Web Site
Finding a Lawyer
Cyber Law
Grant Writing
Guerilla Marketing Tactics
Business Card Marketing Tactics
All About Acne
Patent Pending
Bedroom To Boardroom
Profit From Public Domain Data
Internet Finacing
Mentor Fortunes
Investing In You
Time Management
Marketing Moms
Wealth Building Secrets
Virtual Plastic
Article Marketing
Hiring and Retaining Good Employees
Life After Stroke Male Part
Life After Stroke Female
Leveraging Public Data
Home Seller Power Tips
Website Supernova Audio
You and Your Tattoo
Convert Docs To PDF
Blogging Your Way To Business Success
Internet Marketing Mindset
Viral Marketing
Social Bookmarking Secrets
SEO Cash Cow
Change Your Mind
eBay Marketing
How To Promote
Membership Site Call
Mastermind Recordings Marshall
Mastermind Recordings Marc Goldman
Mastermind Recordings Kacper
Mastermind Recordings Gislason
Instant Bestseller
Profitable Forex Trading
Extreme Persuassion Strategie
Customer Tested Buying Triggers
Explosive Influence Tactics
Clever Profit Generating Insights
Blockbuster Cash Secrets
Covert Product Selling Principles
Breakthrough Sales Solutions
Amazing Advertising Tips
Boot Camp
Million Dollar Copy
Internet Made Easy
How To Buy Into Success
Portal Profits
Business Metamorphosis
Getting Away From The Hype
IT for Small and Home Based Businesses
Skip The Mistakes To Success
Easy Money Interviews
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Stephen Pierce
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Shawn Casey
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Mike Stewart
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Mike Litman
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Linda Forsythe
Big Seminar Interview Atlanta 2004 John Childers
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Joe Polish
Big Seminar Interview Atlanta 2004 JJ Childers
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Atlanta 2005 Harv Ekers
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Armand Morin
Big Seminar Interview Atlanta 2004 Alex Mandossian

Beikurt pula senarai videonya :-

Affiliate Marketing 101
An introduction To Affiliate marketing 10 min 06 sec
Affiliate Networks & Product Selection 22 min 30 sec
Creating Your Site- continued 19 min 49 sec
Marketing Your Site 19 min 36 sec
More About Marketing & Closing Thoughts 9 min 21 sec


Camtasia Training Series
Introduction To Camtasia 7 min 23 sec
Producing Your Camtasia Video 19 min 25 sec
Recording And Editing Your Camtasia Video 7 min 56 sec
More About Editing Part 1 7 min 00 sec
More About Editing Part 2 7 min 47 sec
Creating a Camtasia Theater Project 8 min 03 sec


Drupal Training Series
How To Install Drupal 11 min 30 sec
Setting Up Drupal 12 min 42 sec
Site Building Options 20 min 27 sec
Adding Content & Managing Site Navigation 13 min 50 sec
Organizing Content 25 min 20 sec
Even More Setup 18 min 03 sec
Adding Modules For Improved Functionality 24 min 52 sec
Setting Meta Tags 13 min 51 sec

Exit Traffic Negotiator Installation
Install, Setup & Use Exit Traffic Negotiator On Your Web Page 16 min 46 bsec

Firefox 2 Training Series
Firefox Installing Firefox 5 min 3o sec
Firefox Blue Ice 5 min 10 sec
Firefox Bookmarks Manager 4 min 46 sec
Firefox Browsing History 7 min 41 sec
Firefox Clear Private Data 4 min 59 sec
Firefox Browsing History 7 min 41 sec
Firefox Download Manager 7 min 33 sec
Firefox Error Console 4 min 00 sec

download files 12 min 13
info bar 11 min 42
Karen's Cookie Viewer 7 min 28
keep updated 13 min 23
manage addons 7 min 10
phishing filter 11 min 17
pop up blocker 13 min 29
secure transactions 7 min 23
security overview 10 min 06
security zones 11 min 17
software explorer 13 min 41
spysweeper introduction 6 min 36
spyware malware 8 min 23
stop script errors 2 min 06
temporary internet folder 10 min 36
understanding certificates 18 min 31
windows defender introduction 11 min 05


Joomla Training Series
Installation 18 min 00 sec
Setup Joomla Site 17 min 49 sec
More Setup Options 24 min 28 sec
Create The Site 15 min 23 sec
Setup The Site 23 min 25 sec
Setup Contnued 13 min 22 sec
Inside The Site 18 min 46 sec


Microsoft Access Training Series
Access ACCDE Databases 1 min 52 sec
Access Email Updates 3 min 59 sec
Access File Format 1 min 45 sec
Access Layout View 2 min 32 sec
Access Navigation Pane 2 min 41 sec
Access New UI 5 min 10 sec
Access Password Security 2 min 43 sec
Access Navigation Pane 2 min 41 sec
Access Access Prebuilt Solutions 4 min 03 sec
Access Report Design 2 min 15 sec
Access View Toolbar 2 min 27 sec


Microsoft Excel Training Series
Excel Cell Types 3 min 20 sec
Excel Charting 4 min 18 sec
Excel Conditional Formating 4 min 44 sec
Excel Headers Footers 2 min 03 sec
Excel New File Format 8 min 51 sec
Excel New Interface 8 min 01 sec
Excel Pivot Tables 6 min 20 sec
Excel Shapes WordArt 3 min 09 sec
Excel Templates 3 min 44 sec
Excel Themes 3 min 20 sec


Microsoft Office Training Series
MSOffice versions 4 min 41 sec
MSOffice Upgrading From A Previous Version 6 min 14 sec

Begitulah beberapa petikan produknya yang boleh diperolehi dengan hanya USD25 atau RM 100. Sekali pandang ia kelihatan cukup baik, namun apabila diteliti tajuk-tajuk tertentu dalam senarai audio, ia jelas agak banyak tajuk yang dijual berkait hal yang dilarang di dalam Islam, malah majoritinya tidak dapat dipastikan kandungannya sama ada halal atau haram. Lihat sahaja tajuk seperti:-

Outsourcers Bible
Bedroom To Boardroom
You and Your Tattoo
Profitable Forex Trading

Ia pastinya mengandungi pengajaran hal-hal yang bertentangan dengan Islam. Tambahan pula kebanyakan tajuknya TIDAK MENARIK lagi TIDAK DIPERLUKAN oleh majoriti peserta.

Oleh itu, saya yakin, produk ini hanyalah sebagai alat untuk mengabui mata pihak berkuasa dan peserta, kononnya mereka menjual produk, sedangkan produk yang dijual tidak mempunyai sebarang kualiti khas, malah semua kaedah dan tatacara pengunaan itu boleh dengan mudah diperolehi secara percuma di internet. Justeru itu, produk seperti ini jelas adalah satu produk tanpa nilai seperti sampah yang dihias bagi mencatikan gambaran skim sahaja.

Saya juga yakin majoriti yang memasuki system ini TIDAK SAMA SEKALI inginkan produk itu, malah tidak memanfaatkan produk yang diperolehi itu. Sebenarnya apa yang diingini adalah system reverse 2 up yang diwarwarkan membolehkan peserta memperolehi modal USD 25 dengan hanya seorang dowline, selanjutnya selaku upline mereka akan memperolehi komisyen yang merupakan keuntungan demi keuntungan.

Meneliti promosi-promosi dari ahli-ahli ID, amat jelas memperlihatkan niat dan kecenderungan mereka adalah untuk bergiat dalam system money game dan bukannya berusaha mempromosikan produk-produk tanpa kualiti mereka. Ini jelas apabila sistem komisyen lebih diutamakan dalam promosi berbanding produk.

4. Plan pembayaran komisyen ( compensation plan)

Perkara pertama yang perlu difahami, apabila sesuatu sistem atau skim upahnya tidak disandarkan kepada nilai jualan barangan atau produk, ia adalah tanda awal ia merupakan sistem piramid, head hunting atau money game.

Seperti yang disebut di atas, skim ini menggunakan system reverse 2 up. Sedikit penerangannya boleh dilihat dalam video yang disertakan ini .



REVERSE TWO UP SYSTEM

Yang difahami darinya :

· Dengan modal : RM100 ( 25 USD)

· Setiap tajaan ahli 1 dan 3 (POWERLINE) kecuali kaki ke-2 dan ke-4 akan diperolehi oleh upline ( iaitu RM100 terus ke akaun upline)

· Bermakna, setiap kaki 2 dan 4 dari POWERLINE, RM100 setiap seorang akan terus dimasukkan ke dalam akaun

· Perkara ini berlanjutan hingga infiniti (melintang dan menegak)

CONTOH ; Seseorang menaja 4 orang A,B,C,D, maka (B) DGN (D) BERI KE UPLINE. Manakala (A) DAN (D) SEHINGGA Z (atau berapa sekalipun peserta yang punya..hanya 2 sahaja diberi kepada upline..dan 2 tadi akan melahir kan 4 untuk layak berniaga.

Sekiranya seseorang itu menaja atau mencari 10 orang ahli (=mangsa)

Level 1 - 10 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 10 = RM900
Level 2 - 100 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 100 = RM900
Level 3 - 1000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 1000 = RM90,00
Level 4 - 10000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 10000 = RM900,000
Level 5 - 100000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 100000 = RM81,000,000

Itulah angan-angan peserta skim mat jenin, seolah begitu mudah untuk mencapai level 5. Sebagaimana yang telah saya sebut dalam artikel MLM yang terdahulu, apabila yuran keahlian dijadikan sandaran komisyen dan segala komisyen itu juga bukan sebuah keuntungan hasil kontrak jual beli produk yang unik dengan kualitinya. Ia jelas sebuah system yang diharamkan di sisi Islam.

YURAN SETIAP BULAN

Ini adalah petikan dari kempen sana sini upline ID (rujuk facebook mereka) :

Kita akan terus-menerus dapat setiap bulan selagi downline maintain bayar USD25 tiap-tiap bulan. Paling best 100% bila anda menaja 1orang SYARIKAT TIDAK AMBIL APA-APA best program affiliate -INFINITY DOWNLINE ni.

Ini jelas satu lagi unsur haram, modal yang diwarwarkan sebenarnya bukan lagi USD 25 seumur hidup, rupanya adalah USD 25 sebulan!. Sedangkan produk yang telkah dibeli dahulu pun tidak gunakan, apatah lagi produk bulan depan yang belum pasti akan diupdate oleh syarikat atau tidak. Jika syarikat belum mengemaskinikan produknya, malah tidak disebut secara jelas, manakah produk baru pada tiap-tiap awal bulan, maka atas apakah bayaran USD 25 itu dibuat? Sekadar untuk memastikan upline layak mendapat komisyen orang downline?. Jika itulah senarionya, ia JELAS Riba malah juga mempunyai unsur perjudian.

Perjudian semakin jelas apabila, kegagalan ahli maintain USD 25 setiap bulan akan menyebabkan dirinya terkeluar dari kaki dan tidak lagi layak menerima komisyen orang bawah, kini dirinya dianggap orang baru di bawah sistem kaki tersebut setelah pendaftaran dan pembayaran semula dibuat.

Penilaian saya:

Menurut pandangan saya, sistem komisyen dalam skim ID ini jatuh dalam bentuk riba. Ini adalah kerana apabila produk tidak lagi menjadi ukuran dan fokus, bayaran yuran yang diberikan hanyalah sebagai jalan untuk meraih wang tunai yang lebih banyak pada masa hadapan melalui system ini. Hal ini dijalankan melalui system system reverse 2 up.

Ia merupakan satu bentuk Riba Nasiah dan juga Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan mana-mana skim MLM atau affiliate yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya seperti ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, ebook , video, audio yang tidak relevan kepada pengguna khussunya yang tidak mahir bahasa Inggeris (bagi kes ID semua produk sampahnya di dalam bahasa Inggeris), atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian.

Ini jelas, pada hakikatnya, ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.

Sebagaimana juga disebut di atas, ia juga mempunyai unsur judi melalui yuran bulanan peserta. Yuran ini mendedahkan peserta kepada dua kemungkinan iaitu RUGI (= kalah), atau terus mendapat komisyen lumayan dari downline ( = Menang judi).

Tidak dinafikan sistem komisyen ini boleh menghasilkan wang dan duit yang banyak kepada upliner khususnya apabila masih belum ramai yang menyertainya, namun itu bukanlah fokus artikel ini ditulis.

Tulisan ini memfokuskan kepada sama ada wang yang boleh diperolehi itu merupakan sumber dan cara yang menepati hukum Syariah atau tidak, dan ternyata ia TIDAK PATUH kepada undang-undang muamalat Islam.



KESIMPULAN AKHIR

1) Latarbelakang syarikat ID diragui dan bermasalah.

2) Produk ID adalah tiruan, tidak punyai nilai sebenar, bercampur intipati yang haram dan tidak diperlukan oleh majority ahli. Ini menjadikan penyertaan ke skim ID adalah kerana inginkan pulangan melalui system reverse 2 up.

3) Akibat produk tidak berkualiti, tidak relevan dan yang dipromosi adalah lebih kepada sistem komisyen, setiap yuran yang dibayar adalah dengan niat dan hasrat untuk mendapat lebih banyak keuntungan tanpa sebarang jual beli sebenar, tatkala itu riba al-Fadl dan An-Nasiah berlaku. Ini adalah kerana komisyen disandar kepada yuran dan bukan jualan produk.

4) Yuran bulanan USD 25 menjatuhkan ia di dalam unsur maysir atau perjudian.

Oleh itu, menurut penelitian saya, umat Islam MESTI DIHARAMKAN dari menyertai system ini. Sebarang promosi dan membiarkan promosinya betapak di web atau facebook anda juga adalah diharamkan di dalam Islam atas asas larangan bantu membantu dalam perkara maksiat dan dosa.

Adalah diharapkan umat Islam khususnya bangkit dari tidur dan mimpi untuk mendapatkan untung tanpa usaha yang setimpal. Dalam Islam setiap keuntungan mestilah bersumber dari penjualan sesuatu aset atau dari usaha sebenar terhadap sesuatu aset, bukan hanya untung atas angin secara goyang kaki atas penyertaan orang ke dalam sesuatu sistem pyramid.

Semoga kita semua diberi pembukaan hati dan minda untuk tidak menyertai, berhenti dan menyedarkan yang lain. Namun sekali terjebak, kegilaan kepada wang, harta serta sistem cepat kaya adalah ibarat arak yang memabukkan, tidak mudah menyedarkan mereka tatkala sedang mabuk, peluang dan ruang untuk yang menasihat dicerca adalah besar, demikianlah tabiat orang mabuk apabila dinasihat. Justeru bersabar kalian dalam menasihati mereka, semoga mereka lekas sedar dan sempat diselamatkan sebelum kemalangan berlaku.

Akhir sekali, tulisan ini bukanlah sebuah fatwa, ia hanya nasihat dan pandangan. Jika ada yang tidak bersetuju dengannya, terpulang kepada saudara dan saudari untuk menolaknya. Tiada sesiapa yang memaksa untuk menerimanya. NIat saya hanyalah untuk mebantu dan menyelamatkan kita semua dari murka Allah. Justeru tidak perlu untuk mencaci maki di web ini.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

13 Rabi'ul Awal 1431 H

27 Feb 2010

ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/

Feb 26, 2010

Berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W

"Mari berselawat ke atas nabi jungjungan kita , Nabi Muhammad S.A.W ."


Hari ni rasa macam tak de mood plak . Mood malas buat apa-apa. Bangun pun pukul 2.30pm . Tapi aku bangun sembahyang Subuh , pastu sidai baju yang dah terendam dalam baldi lebih kurang 1 1/2 hari jugak laa , layan FB dan dalam pukul 9.00am , Muna call gossip sana-sini sampai setengah jam . Pastu rasa macam mengantuk dan tidur semula . Huarghhh heaven nya kalau cuti-cuti macam ni ada kat JB . Cuaca kat KL sejak dua menjak ni macam redup-redup mendung bercampur hujan . So , memang boleh tahan nyenyak jugak laa kalau tidur . Hehe .


Kunun macam nak keluar berenang-renang di kolam yang dalam tapi hujan selebat-lebatnya . Maka dengan itu , duduk je laa kat rumah . Budak-budak ni pun dah calling-caling jugak . So , hari ni cuma merehat-rehat kan diri saja . Lagipun semalam pun dah penat gila kan . Dengan sesat bagai dan emosi sedikit terganggu . Tapi sekarang sudah stabil sebab tidur dengan aman dan damai .


Ok , dah malas nak taip . Sambung laa nanti pulak . Chuck call laa plak .

Feb 21, 2010

Melalak-lalak berbaju kurung .

Sila ambil perhatian ; JB Part II masih dalam draft . Panjang sangat nak cerita . So aku shortcut terus ke cerita ni ok . Harap peminat-peminat bersabar (huh ada ke peminat? Haha . Tapi aku tahu , bff aku suka baca blog aku ni . Ngee~) .

Melalak-lalak berbaju kurung? Cool kan . Mungkin ini kali pertama dan kali terakhir aku berkelakuan begitu . Demi kawan , aku sanggup begitu . Haha . Mesti korang tak paham dengan apa yang aku maksudkan . Ok , korang tekan pergi baca kat bawah ni .

Aktiviti hujung minggu ni sangat menyeronokkan . Ok aku akan cerita mengikut hari dan seperti biasa di mulakan dengan hari Jumaat dan diakhiri hari Ahad .

Jumaat;
Balik kerja aku terus amek adik ipar aku . Haha . Gedik je bunyinya . Tapi peduli apa aku . Blog aku kan? Nama dia Asma' dan dia panggil aku Kak Erin (Haa kan aku akak ipar dia , sebab tu panggilan tu berbunyi sebegitu rupa) . Amek dia kat UM . Dia bukan budak UM tapi ada debate dan disebabkan dia kalah , maka dengan itu , dia pun suruhlaa amek dan lepak-lepak dirumah . Lagipun hari Sabtu (malam) ada kenduri doa selamat sepupu Mu'az yang baru kahwin minggu lepas , so biarlaa dia tidur kat umah aku ni . Kitorang pergi KLCC (Ahh seperti biasa laa kan , tempat yang paling senang aku nak bawak) . Aku ajak dia tengok movie , so dia pun browse laa movie apa yang nak ditengok dan siap booking lagi . Tapi sampai je kat KLCC , aku rasa macam nak tengok Valentines Day pulak . Asma' pun layan je nak tengok cerita tu . Huh , memang tak rugi laa tengok sebab best gila kot! Habis je movie , terus balik umah dan tidur . Ooo ye , sebelum sampai rumah , Mu'az bagitahu yang dia dah sampai Shah Alam . Dengan belagaknya dia sms "Org kt sampai Shah Alam da nh..9 td grk" . Tapi aku tengok jam masa tu baru pukul 11.37pm . Peh gila ke apa 2 jam lebih je dah sampai . Tahu laa kereta tu laju sangat . Iskk .

Sabtu;
Bangun pun dah tengahari kan , so makan tengahari pun lambat . Nasibaik si Asma' ni pun bangun lambat , so takde laa aku malu sangat (ye laaa kena jaga reputasi babe . Kalo tak , dia reject aku plak kang) . Aku bawak Asma' makan kat Ayam Kampung yang super sedap kat downtown . Masa tu jam dah pukul 3.30pm . Ingat kan dah tutup , tapi masih ramai jugak orang yang makan kat situ (aku rasa diorang ni pun macam aku jugak , bangun lambat . Hehe ) . Haa kalau biasanya aku datang makan pukul 12.00-1.00pm , lauk memang laa banyak tapi kalau dah datang lambat , lauk-pauk pun banyak dah habis . So , janganlaa mengamuk kat abang kedai tu ye . Makan je laa apa yang ada . Ok , lepas je makan , terus balik umah , siap-siap untuk kenduri kat rumah sepupu Mu'az . Disebabkan aku tak tahu jalan ke sana , aku pun berjanji dengan Mu'az tunggu kat Jalan Bangsar . Dia cakap "make sure pukul 6.00pm ada eh" . Dan seperti biasa , pukul hampir pukul 6.00pm aku baru nak bergerak . Fuhh nasibaik tak jammed . Ok , tunggu punya tunggu , dekat sejam baru sampai . Tension je . Dah laa ada motor besar yang bodoh langgar si Puteh . Macam nak memaki hamun je orang tu , tapi takut ... tapi calar ! Memang macam gam&#@?! betul laa mamat tu . Iskk . Ok abaikan si Puteh yang dah calar balar tu , mari ke Padang Balang , Gombak . Ada kenduri di situ . Datang kenduri , jumpa bibik dan paman (makcik dan pakcik) , salam-salam , borak-borak , baca-baca doa , makan-makan , minum-minum , peluh-peluh dan terus blaaa . Hehe . Handphone canggih aku dah bunyi-bunyi dan memanggil-manggil untuk berkaroke . Dengan begitu ayunya aku ke Supertar kat Wangsa Walk . Demi kawan yang disayangi laa kata kan . Hehe . Nak tengok betapa ayunya aku . Haa nanti dah habis type , aku upload ok . Ooo ye , kami berkarok secara berjemaah . Ada laa dalam 12 orang kot (Aku , Muna , Anne , Aina , Chuck , Aie , Nuar , Mu'az , Asma' , Apis , Najib & Zack) . Tapi sayangnya Aina ngan Chuck terpaksa balik dulu . Sebab Aina punya timing balik rumah dah melebihi had . Chuck ni plak , bawak si Aina . Maka dengan itu , dia pun hantar dan pulang bersekali . Hehe . So yang lagi 10 orang ni , sambung laa melalak-lalak sampai laa Superstar tu pun tutup . Lepas tu , kitorang pergi plak layan shisha kat Nz depan Wangsa Walk . Sampai lalok-lalok kepala aku daaa . Dan bila jam dah menunjukkan macam dah pagi sangat dan mata pun dah semakin layu , kitorang pun balik laa ke rumah masing-masing . Huh , rasa gembira sangat sebab dah lama gila tak jumpa bff aku ngan bf diorang sekali . Lama gila dah ak rasa moment begini .

Ahad ;
Hari ni , Asma' nak balik JB dah . Yelaa hari Isnin , dah start kelas balik . Huh kesian bebudak belajar ni kan ? Hehe . Semalam aku dah berjanji nak bawak dia pergi makan Nasi Kukus kat Jalan TAR dan dia pun nak cari tudung jugak , so dalam pukul 3.30pm , aku pun bawak laa dia . Oooo ye , Faezah pun ikut jugak . Sampai je kat Jalan TAR , aku macam super pelik plak sebab tak ramai orang dan pelik lagi sebab pasar kat Jalan TAR tu takde . Haha . Gila ke apa , hari Ahad diorang tutup . Huh . Sangat kecewa jugak laa sebab aku macam terliur ngan Nasi Kukus tu . So , jalan punya jalan sampailaa Masjid India . Aku yang kunun-kunun macam tak nak beli pape , tak pasal-pasal je jadi beli pape . Haha . Nak cari kain dalam laa sangat , tapi aku bantai beli tudung 4 helai , anak tudung ala-ala Syria 2 helai , brooch yang comel 3 ketul ngan slipper flip flop Roxy . Ala kalau dah namanya perempuan memang gitu laa gayanya . Lepas beli-beli habiskan duit , lepak minum kat Sogo . Nape kat Sogo? Haa ye laa aku kan parking si Puteh kat situ . Jauh tak jauh kan kitorang jalan kaki . Dalam pukul 6.15pm , kitorang pun gerak laa ke Puduraya . Hantar Asma' balik . Lepas turunkan dia kat situ , aku pun terus balik . Itu je laa ceritanya . Esok , hari Isnin dah kerja dah !



Berposing di Superstar

Muna , Aie , Nuar , Anne & Mu'az

Haa melalak-lalak laa korang ye .
Apis , Najib , Mu'az & Zack

Ooo my very best friend with her bf !

Feb 15, 2010

JB Part I

Kenapa JB Part 1 eh ? Sebab nak update cerita senang sikit . Korang yang sibuk baca ni pun senang faham . Hehe . Jangan marah babe ! Gurau saja .

JB Part 1 :

Aku saja apply cuti hari Jumaat 5 Feb 2010 . Dah lama kan tak balik JB , so mengada laa nak cuti . Lagipun dah lepas meeting panas tu kan , so tak jadi masalah laa kalau cuti . Aku cuti ni pun tak bagitahu si buah hati pengarang jantung tu . Saja nak kasi terkejut laa kununnya . Dan terkejut tu pun menjadi jugak laa . Sorry laa ye Mu'az . I tak kasi tahu u . Lagipun masa tu tengah tak ada mood nak bagitahu semua menda . Haha . Kunun merajuk laa tu .

Aktiviti balik JB kali ni memang menyeronokkan . Banyak tempat kat JB yang si Mu'az tahu , aku tak tahu . Eh faham ke? Camni , banyak tempat kat JB ni Mu'az tahu tapi aku tak tahu . Macam sama je bunyinya ?

Di mulakan dengan hari Jumaat ;
Pukul 6.35 pagi aku dah gerak balik JB dengan menaiki si Puteh yang disayangi . Macam orang pergi menoreh getah je kan pepagi dah keluar tapi korang jangan tak tahu , aku betul-betul masuk highway (Sungai Besi) pukul 7.50pagi tahu tak?? Lupa laa plak orang lain kerja haritu . Ingat aku sorang je kerja . Memandang kan hari Jumaat tu bukan cuti umum dan masih awal pagi , aku pun berlumba-lumba bawak kereta dan sampai JB pukul 10.30pagi .


Terus shortcut cerita malam pula . Memandangkan esoknya Mu'az kerja , maka dia yang dah rindu kan aku sangat-sangat tu plan jumpa kat Mcd Tebrau . Janji pukul 8pm jumpa kat situ , tapi kann aku salah tengok jam plak . Mula-mula ingat baru 6.30pm , tapi tiba-tiba je dah azan . So maknanya pukul 7.30pm dah . Apa lagi , kelam kabut laa aku mandi , sembahyang Maghrib dan bersiap . Pastu Mu'az pun dah sms dan call . Seperti biasa , aku pun bagi laa alasan yang sepatutnya . Maka dengan itu , kitorang pun melepak laa disitu . Makan pun disitu . Menu aku ; Prosperity beef burger dan menu Mu'az ; Ayam Goreng Mcd . Sambil-sambil makan , kitorang bual-bual sambil-sambil test telefon bimbit aku yang baru . Canggih gitu .

Pastu Mu'az kata nak jalan-jalan . Aku layan je laa sebab esok bukan aku kerja pun . Kitorang naek si Puteh dengan alasan si Puteh kan auto , senang sikit nak jalan . (padahal saja je kan nak habiskan minyak aku) Jalan punya jalan punya jalan sampai laa bandar JB . Singgah kat JB Bazaar . Tempat ni macam uptown ke downtown laa gayanya . Tapi lebih banyak barang-barang bundle yang dijual . Aku tak berniat nak beli pape pun kat situ tapi tiba-tiba ternampak handphone holder yang kat kereta tu , so aku pun beli laa . Bukan mahal pun , RM13 tapi aku dapat RM10 . Si Mu'az plak beli perfume yang 2ml dengan harga RM10. On the way balik tu , Mu'az ajak minum kat Taman Sentosa . Ok , tu first time aku lepak sini ... dan tempat ni popular ngan bubur nasi . Jadi , aku pun order laa . Peh layan babe ! Sedap . Apa yang peliknya kat sini , orang yang tukang ambil order akan jerit-jerit kuat-kuat macam nak gaduh plak . Tapi korang jangan salah faham plak , diorang jerit tu kat kedai-kedai yang menu sepatutnya pelanggan order . Huhu .

JB Bazaar


Di hari Sabtu pula ;
Mu'az kerja hari ni . So aku pun kena laa tunggu dia balik kerja . Hari ni dia nak ajak aku main archery kat Danga City Mall . Dalam lepas Maghrib , dia datang amek aku dan terus ke Danga City Mall . Aku memang jarang ke sini dan sejak tempat ni bukak balik , baru dua kali datang menjenguk . Masa pertama kali datang ada warehouse sale . Dan kali kedua ni haa nak main archery . Ok , permainan ni sangat simple dan murah . Harga dia camni ;
1.RM5=12 batang
2.RM23=36 batang
3. haa dah lupa plak ...
and free coaching ~

Sangat teruja main archery ni . Cuma lenguh-lenguh laa tangan tu . Korang tengoklaa gambar kat bawah tu siapa yang terror main . Of course laa bukan aku . Ngeee~

Cehhh , kunun terror laa tu ?

Hasil nukilan Mu'az

Hasil nukilan ..... :(


Ooo ye , kalau korang nak pergi main kat sini datang laa . Kat sini bukannya ada archery je , tapi ada tempat indoor paintball dan bowling . Menarik kan? Next time aku nak main paintball plak tapi confirm aku nangis punya sebab bullet dia sakit tuhh~ Ok , korang datang Danga City Mall , naik lif , tekan tingkat 4M dan terus sampai .

Lepas main archery , Mu'az ajak aku makan Nasi Lemak Ganja . Pehh bunyi pun dah pelik kan ? memang terus addicted kalau makan . Siyes ! Sedap gila . Lokasi nya , korang pergi Bandar Seri Alam , pastu korang pergi cari kedai tu sendiri . Hehe . Aku lupaa laa camne jalannya kalau nak taip . Kalau bawak kereta memang senang je nak tunjuk . Haa kedai ni pakai lori je pun . Harap korang mencuba . Rugi kalau tak cuba dan kalau dah cuba pasti nak lagi .

Muka dah teruja makan Nasi Lemak ganja


Di akhiri dengan hari Ahad;
Sila rujuk entry Lenguh sana lenguh sini .


Sekian sahaja dari saya yang melaporkan kejadian . Hehe .

Feb 14, 2010

Dam dam dum bunyi mercun .

Gong Xi Fat Choi

Khas buat jiran sebelah kanan , depan kanan , depan tengah , depan kiri dan selorong dengan Kebudayaan 33 . Ya sungguh meriah tak terkata ! Almaklumlah jiran rumah semuanya Cina . Maka dengan itu , berkepul-kepul laa asap mercun dan asap kertas sembahyang mereka . Huh gembira ! (Baju yang aku sidai tengahari tadi dah bau dah weii)

Feb 9, 2010

Chilling to Chamang ~

1 Feb 2010 , Hari Wilayah . So , warga KL cam aku ni wajib laa cuti . Kang kene saman pulak kalau tak cuti . Saja je kan . (Cukuplaa dah kumpul saman RM500.oo ngan DBKL. Zzzzzz . Tension) . Ini mungkin kali pertama dan kali terakhir aku dapat cuti hari Wilayah . Nak tahu sebab apa? Sebab aku tak nak dah duduk KL . Bulan Jun nak blaaa dah . Yeay . So , hari Wilayah aku tahun ni sangat best . Perjalanan yang memenatkan dan menyeronokkan .

KL-->Sungai Buloh-->Kuala Kubu Bharu-->Bentong (Chamang)-->Genting Highland-->KL



Niat asal mahu berchilling di Sungai Chilling , KKB . Tapi apakan daya , kita hanya merancang tuhan yang menentukan . Perjalanan kitorang penuh onak berduri-duri . Kenapa berduri? Sebelum sampai KKB , kami dah excident . Ooh lupa nak cerita , kami bertujuh dan berkereta dua ; Viva dan Saga . Milik siapa tak perlu tahu . Jalan punya jalan punya jalan dah nak sampai KKB , tetiba saja ada kereta depan Saga berhenti dan belok ke kiri . Bahalol punya kereta , dan si Viva terus membrek sampai bunyi etetetetetetetetetete~ dan kebabooommm langgar kereta Saga . Aiyoo si Viva dan si Saga dah excident rupanya . Ingat tak ada kemek tapi ada jugak . Penumpang-penumpang si Viva dan si Saga keluar dengan muka terkejut dan tergamam dan berbual dan meneruskan perjalanan . Si Viva rasa sungguh bersalah tapi tak pe kot sebab berlanggar dengan teman sendiri . Senang sikit kot nak settle .


Exit 121 : Kuala Kubu Bharu


Jadinya kami bergerak dan teruskan perjalanan dan oooo sampai Sungai Chilling je , signboard tu cakap Monday : Closed (except public holiday) . Bila baca signboard ni , aku mula laa nak marah-marah sebab kan 1 Feb 2010 tu hari Isnin dan public holiday! Ish rasa nak bakar je plak Sungai Chilling ni . Urghhh . Tapi tiba-tiba Kak Fazi bersuara dan bunyi nya macam ni kot "Kita kan kat Selangor , mana cuti daaa ~" Ooooo my God! Lupa laa plak . Aku ingat Selangor pun sambut Hari Wilayah jugak . Pastu semua rasa sedih tapi sempat jugak tinjau meninjau kat dalam tu dan kitorang dapat gigitan asmara si kerengga . Pehh sakit laa sey .


Ok . Monday ; Closed except public holiday


Perbualan Ketua Projek
Ketua Projek : Korang nak pergi mana?
Anak buah : Tak kisah pun .
Anak buah 1 : Kat sini dah dekat dengan Ulu Yam .
Anak buah 2 : Kalau nak pergi yang dekat-dekat pun ok gak . Kita pergi .......(alamak aku lupa nama waterfall tu laa)
Anak buah yang lain : Tak kisah.......
Masing-masing masuk kereta dan berhenti di Petronas dan ketua projek kata "Kita pergi Chamang , Bentong" . <--- woweee gila ke apa ? Tapi layan je . Best wooo . Trip secara tiba-tiba je ni . And the worse part is , baru je kot excident pastu boleh sambung sampai Bentong . Haha . Ketua projek kami ni gila kot . Haha .


Jalan punya jalan punya jalan , sampai Chamang pukul 12.45pm . Sampai je sana , terus menjerit kejakunan sebab tengok air terjun dia yang sangat best . Huh , tak sia-sia kitorang ke Chamang . Yehaaaaaa ~~ Tempat nya sangat ok , cuma kena berhati-hati laa sebab banyak tempat yang dalam . So, sesape yang tak reti berenang , jangan laa sesekali berani nak mandi tempat macam tu . Sebab nya kitorang pun dah mengalami pengalaman yang agak mencemaskan , salah seorang dari kitorang hampir ...................... takut nak cerita . Hehe .

Aku dah penat nak cerita ni , so korang tengok je laa gambar kat bawah tu . Ooo ye , on the way balik , kitorang singgah makan durian tapi aku tak makan laa , kang panas plak . So aku melantak makan duku langsat . Layan babe ! Itu pun uncle kedai tu bagi . Pastu dia bagi mineral water 3 botol free je . Baik gila orang Bentong ni . Susah nak jumpa ni . Mungkin , kitorang akan datang lagi . Lalalalala ~

Pukul 8.00pm , telefon canggih aku pun bunyi-bunyi .
Kak Fazi : Erin , kitorang nak pergi Genting ni . Saja nak amek gambar . Nak ikut ke tak?
Erin : Haa nak pergi Genting ? Jap eh , tanya Faezah dulu .
Kak Fazi : Ok , tanya laa .
Letak telefon dan telefon Kak Fazi balik .
Erin : Kak Fazi , kitorang ikut . Haha .
Kak Fazi : Gelak jugak .

Haaa gila kan kitorang ? Dah laa excident , pastu hampir ..... pastu boleh plak nak sambung pergi Genting Highland . Sampai Genting Highlands plak , semua kesejukan . Yelaa kan , mana plan nak ke sana , semua pakai baju tshirt lengan pendek , ada yang pakai seluar pendek je kot . Haa amek koooo . Haha . Eh dah laa penat dah ni . Tengok je laa gambar . Huhu .


On the way to Chamang Waterfall , Bentong


Tempat lepak kami


Sebelum balik , posing laa sikit-sikit ke kan


Penumpang-penumpang si Viva dan si Saga


Singgah makan durian di Pekan Bentong


Pose di Genting Highland pula



Feb 7, 2010

Lenguh sana lenguh sini

For the first time , aku berblogging dirumah JB pada pagi Ahad . Oooo indah sungguh hari ini . Alangkah baiknya kalau tiap-tiap pagi Ahad aku disini . Tapi malangnya ............. itu hanya angan tahi ayam sahaja . Perjuangan di KL masih belum selesai , aku harus teruskan . Tinggal sikit lagi perjuangan tu . Hahahaktuiii . Start mengarut ~


Ooooi ooooi ngantuk laa sey . Lenguh sana dan lenguh sini . Tapi ini lenguh yang menyihatkan . Aku baru je beberapa minit sampai kat umah dari berjogging . Haha . Aktiviti yang sungguh menyihatkan . Aku jogging kat taman riadah kat Mutiara Rini (Hutan Bandar MPJBT) . First time tu pergi . Gilaa ahh . Masuk je kat situ , terus teruja semacam . Ramai jugak orang bersenam kat situ . Tempatnya pun agak besar laa . Haihh bukan agak lagi , memang besar . Aku tertarik dengan setiap sudut taman riadah ni , sebabnya banyak decoration yang cantik . Contohnya ; ada rumah tradisional rakyat Johor (Rumah Mersing , Rumah Batu Pahat dan etc.) Tapi kan alaaaa tak sempat nak amek gambar . Yelaaa kan aku jogging , mana laa semapt nak snap sini snap sana . Lagipun aku jogging ngan Mu'az , ada kang dia bising plak . Yelaa bersungguh-sungguh nak jogging tapi pergi snap plak . Hehe .

Sebenarnya , aku bukan dah lama tak jogging , saja je nak mengada-ngada rasa jogging bersama yang tersayang . Hahahahaktuii . Kat KL pun aku jogging laa babe , siap swimming lagi . Kita kena amalkan hidup secara sihat walaupun badan I ni se-slim tiang elektik . Duh! Tapi kan ..... aku rasa cam serik plak jogging ngan Mu'az . Nak tahu sebab apa ? Haa korang pergi baca kat paragraph bawah .

Aku tak tahu laa style Mu'az jogging camne sebabnya sebelum ni tak pernah jogging ngan dia . Ooooo mak aii , sekali dia jogging macam orang lumba lari laa sey . Mula-mula aku boleh laa jogging ngan dia , tapi dalam masa 5 minit je , dia dah tak de . Haha . Tu baru jogging namanya . Aku tak leh lari sangat sebab semput ! Haha alasan yang biasa didengari~ Tapi aku tak tipu . Mu'az pun paham . So kesudahannya , aku jogging laa sensorang . Huh . Terasa macam aku sensorang je sebenarnya pergi jogging . Peh kalo kat KL , kitorang jogging siap ngumpat-mgumpat lagi . Huhu . Patutlaaa tak kurus-kurus akak ofis aku . Nampaknya aku kena train diorang macam Mu'az jogging . So that , boleh laa kurus cam I ni . Hehe .

Balik jogging , pergi breakfast kat Mama Lyn , Taman Universiti . Lama gila tak makan kat sini . Yelaa aku pun baru balik gak kan . Menu aku mengalahkan orang tak makan dah beberapa hari . Tapi aku peduli apa , aku kurus , so makan je laaa . Haha . Menu ; teh o ais limau + roti telur bawang + kuih muih 3 biji . Menu Mu'az ; teh o ais + roti sardin . Gilaaa laaa wei , aku dah kuat makan skang ni . Bagus-bagus ~ Mu'az pun takde nya nak marah-marah aku makan banyak . Lagi dia suka adalaaaa . Lepas breakfast , Mu'az anta aku balik dan aku terus sidai baju (sebelum Mu'az datang amek aku pagi tadi , aku tengah sidai baju , so balik jogging aku sambung lagi sikit . huh perlu ke cerita ? Lantak laa !) .

Ok , ni Mu'az paksa amek gambar .
Dia sangat hebat pagi tu . Jogging tanpa henti .


Letak muka sikit je sebab peluh-peluh kot . Geli I ~


So , aku lenguh-lenguh dah ni . Hummm petang ni dah nak kena balik KL . Yehaaaa gembira ! <-- (pentipu !)


Oooo ye , cerita projek gila Hari Wilayah aku akan cerita kan jap lagi eh eh eh . Gambar ada kat laptop lagi satu kat KL . So tunggu balik KL ok ? Cerita tu lagi best . The best trip ever . Haha . Lagi satu , cerita weekend aku yang best ni pun ada sambungannya lagi . Tunggu~

Feb 3, 2010

Kekasih putih ku ~





Hye , nama saya Yap Soong Lim . Hehe . Opsss salah , Normalina Norzal is her name . Erkk apsal tetiba je orang putih plak ni . Apsal eh aku upload gambar ni? Hummm saja je kot , sebab banyak laa wei gambar die dalam kamera aku , wat menyemak je haa . Hehe . Sorry laa Melly , saja je gurau . :)

Gambar bercakap !

"Bercinta moment"

Muka buku di ofis di block

Kejam . Kejam . Kejam .


Kenapa muka buku di ofis kami di block? Apa salah kami?


Tapi jalur lebar yang menjadi pengubat kebosanan di ofis . Haha . Bijak-bijak !

"Tiada perasaan"

Sejak-sejak ni aku cam takde perasaan je . Tak tahu laa kenapa . Mungkin hati aku dah semakin kecik , tak pun hati aku dah hilang entah ke mana . Haha tak boleh blaaa ayat ni wei .



Seronok jugak takde perasaan ni sebab tak de laaa sibuk-sibuk nak sedih ke gembira ke kan . Lagi bagus camni . Suka dengan dunia sendiri tanpa dipedulikan orang lain .



Tapi , tolonglaa pergi perasaan ini . Tolonglaaa . Pergi laa jauh .

Selamat tinggal Januari .

Haih lamanya tak update blog . Alasan biasa yang korang dah dengar , bz laa banyak keje laa and whatsoever laaa . Tapi oopppsss alasan kali ini ialah malas . Dah banyak post , tapi bila nak cite je lupa plak sebab cite dah basi laa plak kan , so tak pasal-pasal je jadi draft . Hehe .

Oooo ye cite pasal bulan Januari ni kan , aku dah pecah rekod balik JB sekali je sebulan . Miahaha . Mak tiap-tiap hari Khamis akan call aku . Soalan nya tiap-tiap minggu pun sama juga . Aiyooo . "Rin , minggu ni balik tak?" ; aku menjawab dengan penuh rasa sedih duit takde (cett tipu je) "Ala mak , asyik balik je nanti tak leh laa kumpul duit , pergi balik KL-JB-KL dah RM200 dah (kalo naek kete) , RM100 plak (kalo naek bas) . Haih ~ Mak pun jawab lagi "Eleh ngelat ah asyik tak balik je" mmmmm nape eh ngelat? Aku rasa mak rindu kat aku tapi malu nak cakap . Hehe . Memalu laa tu .

Oooo ye , disebabkan aku tak balik JB , maka dengan itu aku dapatlaa kumpul duit nak kawen ngan Mu'az nanti (miahaha cam aku plak kene meminang die) . Kumpul punya kumpul awal bulan pastu akhir bulan abiskan balik . Haha . Apa laa nak jadi ngan aku ni . Iskk .

Sebelum terlupa , salam takziah buat rakyat Johor yang telah kehilangan Sultan Johor Tuaku Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidiyang magkat pada jam 7.08 malam pada 22 Januari 2010 . Alfatihah .