Showing posts with label Happinest. Show all posts
Showing posts with label Happinest. Show all posts

Dec 30, 2009

Masjid .

Hai kengkawan semua . Dah lama aku tak update blog . Almost 2 weeks jugak laa kan . Bukannya apa , been busy laa babe . Banyak keje , banyak event and macam-macam lagi laa . Harap korang maafkan (ahh lantak laa kalo korang x maafkan pun , hihi ) . Hari ni , pagi ni , aku update blog kat ofis . Haa selamba je kan . Padahal boss ade je haa kat sebelah . Tapi tak pe , aku ni work smart . Lagipun boss kat sebelah aku ni tengah sibuk traslate surat layang dari English ke Malay . Tak macam haruk plakkan . Almaklumlah nak bagi surat ke Gov . kenalaa buat dwibahasa macam ala-ala periksa SPM gitu . Haha . Lantak laa sana . Aku bukan nak cite pasal surat tu pun . Hihi .

Masjid? Ye , semua orang tahu apa itu masjid . Kalo tak tahu , pergi laa tanya sesape kat sebelah korang . Korang pernah dengar tak ayat "mendirikan masjid"? Kalo tak tahu , meh sini aku bagitau korang . Mendirikan masjid = mendirikan rumah tangga . Dalam Islam , mendirikan rumah tangga adalah besar pahalanya dan ia dapat menghindari perkara-perkara yang tak baik berlaku serta menambahkan umat Nabi Muhammad S.A.W . Jadi kalo dah jodoh , kita kena terima seadanya . Itu je aku nak cakap pasal masjid . Hihi .

Kepada kawan-kawan yang baru je mendirikan masjid , TAHNIAH dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat . Dan kepada kawan-kawan yang bertunang dan yang akan bertunang , TAHNIAH juga ye . Ini dah satu langkah ke gerbang nak mendirikan masjid . Harap korang bahagia dan jagalah batasan (Cewahhh macam bagus je ayat aku ni kan)


Nov 5, 2009

5470

Yeay! Saya dah ada si Puteh . Walaupun si Puteh tak sehebat kereta laen , tapi saya tetap berbangga dengan si Puteh saya . Sebab saya kena bayar sendiri . Haha . Sengal . Muaz pun dah ada jugak . Tapi dia punya si Hitam (uuuu buruknya nama si Hitam) . Tapi tu laaa si Hitam sempit tak macam si Puteh yang selesa sangat-sangat . Hehe .


Buat En Haikal , terima kasih kerana memberi si Puteh dengan sungguh sempurna sekali . Si Puteh sungguh rasa riang bersama saya . Terima kasih juga kerana merealisasikan impian saya . Huhu . Impian ke? Saya cintakan si Puteh dan juga si Hitam (aikkk ada kena mengena ke? ) . Rasa gundah gulana akan menjelma bila nak bayar si Puteh . Boleh ke kalo tak nak bayar si Puteh? Ke boleh ? Ke xboleh ?


Mar 31, 2009

Ending of March

Happy birthday June . Dah tua dah ko . Harap ko akan jadi lebih matang dan bertindak dengan secara normal dan waras . Marilah aku cerita sikit pasal June ni .

Junaidah Md. Salleh dilahirkan pada 30March1986 . Dia dilahirkan dalam keadaan yang normal tanpa cacat cela . Terima kasih ALLAh kerana menjadikan ciptaanMU yang sungguh cantik dan bijak ini . Dan terima kasih juga kerana aku menjadi salah seorang sahabatnya .

Aku dan June berkawan sejak tahun 2002 masa di TIJB . Dikelas Awam 1 , aku duduk disebelahnya . Dia ni kuat tidur dalam kelas . Lagi-lagi time Kimia , Cikgu Phang mesti ketuk meja dia untuk bangunkan dia . Aku memang dah paham sangat dengan June ni . Dia xpenah cukup tidur sepanjang hari persekolahannya di TIJB . Almaklumlah orang duduk hostel kan . Banyak aktiviti kot kat hostel tu .

Tapi satu perkara yang aku xboleh nafikan , June mempunyai IQ yang sangat bijak walaupun sentiasa tidur dalam kelas . Dia memang pandai . Aku masih ingat lagi masa kat JMC . Aku ngan dia satu bilik , kami memang selalu ponteng kelas xpernah pergi ke kuliah . Tapi macamane dia boleh dapat pointer yang tinggi ye? Ye memang dia pandai . Tidak dinafikan lagi .

Untuk birthday yang ke-23 ni , Haen plan untuk surprise kan dia . Alhamdullilah semuanya terlaksana dengan bantuan aku yang hebat ni . Majlis kami dimeriahkan oleh Dolphin atau nama sebenar Darwin , Haen , Farah , Aku dan penyambut birthday June . X lupa juga pada crew PH yang membantu mensuprisekan June . Ceh terharu dia .




Happy Birthday June!



Darwin , Haen dan Farah



June dan Saya yang cute!


*Sempat ke pesta konvo dan bershopping!