Hadoi sedapnya bila teringat makan murtabak hari tu . Rasa nak balik JB sekarang jugak . Lapa ! Jeng jeng jeng , jenjalan makan-makan kali ni , aku nak bawak korang ke JB pulak . Asyik makan-makan kat KL je kan , merajuk pulak kang si JB . Cehwaahhh ~ (ingat JB tu orang ke apa nak merajuk pulak) . Aku rasa kalau orang JB dan Singapore memang confirm laa tahu murtabak Kg. Melayu Majidee ni . Nak tahu sebab apa semua orang boleh tahu , sebab sedap laa .
Macam mana eh tetiba je pulak aku nak makan murtabak ? Jap eh , refresh jap ..... Ooo ye , sebab aku mengada nak dating lama-lama sikit dengan Mu'az , so ajaklaa makan . Cettt padahal memang kebulur kot masa tu . Haha . Tak boleh blah sebab aku ni . Ish , takde laa wei , sebenarnya aku bawak orang jauh dari KL makan kat sini . Saja nak tukar angin , bawak kengkawan makan kat kedai-kedai biasa yang makanannya sedap . Sebab selama ni asyik bawak tempat high class je yang ada air-cond , decoration cantik dan bla bla bla bla . Apa salahnya kan bawak diorang makan murtabak . Lagipun masa tu pun petang , so memang cantik laa tu kalau minum petang dengan makan murtabak . Perghh , meleler air liur !
Kedai murtabak ni 24 hours ! Super cool laa JB ;))
Ok , nak tahu kat mana lokasinya . Senang jek wei , lokasi kedai ni betul-betul depan masjid Kg. Melayu Majidee . Kalau sesat jugak , sila laa guna GPS . Tapi kalau takde GPS , nak call i pun boleh , i sedia membantu uolls semua . Nak tahu menu apa je yang ada ? Mari sini dengar makcik nak cakap ni , menu murtabak yang ada , murtabak ayam , murtabak daging , murtabak ayam special dan murtabak daging special . Harga pulak berpatutan dengan saiz murtabak . Sekeping murtabak dibahagi jadi lapan bahagian dan tebal ok . Kalau makan dua bahagian pun dah kenyang gila kot .
Hari tu , aku dengan kawan yang datang dari jauh bersepakat nak makan murtabak ayam dan murtabak daging . So , maknanya ada enam belas bahagian yang kena makan oleh empat orang. Tapi serius wei , aku larat makan tiga bahagian je . Kenyang gila ! Memang rugi bawak aku kalau makan tak habis tapi nasib baik laa ada kawan yang baik hati tolong habiskan . Haha .
Murtabak ayam .
Murtabak daging .
Hehe . Ini laa kawan aku yang datang dari jauh tu . Bila dah jumpa dia , jumpa berjam-jam pun tak sedar . Mana taknya , lepak makan murtabak pun boleh jadi 4 jam ! Korang bayang kan laa eh , dari pukul 6.30 pm sampai laa pukul 10.30 pm aku duduk kat kedai ni . Lepas tu siap boleh dengar ceramah kat masjid . Hihi . *insaf* Malu pun ada ni ;p
Che'ah .
[Noted : Yahuuuu ! Raya tahun ni dapat set bilik tidur baru ;p ]
No comments:
Post a Comment