Showing posts with label Gemuks Gang. Show all posts
Showing posts with label Gemuks Gang. Show all posts

Jun 5, 2012

Chuck kawen!

Alhamdulillah, syukur sesangat sebab salah sorang kawan baik aku dah kawen last weekend. He used to be my good friend and sometimes a good adviser. Macam tak percaya kot Chuck is someone husband now. Heharap dia akan terus matang lepas ni. Sesiapa yang rapat dengan dia, mungkin tahu macam mana perangai dia. Tapi aku yakin, mungkin lepas kawen ni insyallah boleh jadi suami yang bertanggungjawab. Haha. Punya laa happy tengok die sengih. Seriously dari awal sampai habis majlis, he keep smiling. Betapa happynya kau kan. Tahniah untuk kau dan Adillah. And thumbs up untuk makanan yang disediakan. Terbaek kot!! All the foods are delicious. Mana taknya, semua makanan terbaek kat JOHOR disediakan, tak pernah lagi aku pergi wedding yang ada pisang goreng cicah sambal kicap!! Sedap plak tu, rasa macam pergi pasar malam pun ada. Maknanya ada stall and setiap stall ada macam-macam food gitu. Cendol, mee rebus, kuih muih pun terbaek. Main course plak ada udang goreng tepung? Hamboih memang terbaek.

Dan aku rasa tak pernah jugak ada pengantin yang call aku tanya dah sampai mana? Haha memang tak pernah kot. Punya laa tak sabar nak tunggu kitorang sampai kan? Apa-apa pun thumbs up jugak kat ahli rombongan Erin yang sporting ke wedding Chuck. Tapi perangai lambat berjam-jam tu memang tetap ada, tak tahu bila nak ubah. Haha. Mungkin tunggu aku kawen kot baru nak punctual? 

Dan akhir sekali, tahniah untuk Chuck & Adillah. Semoga bahagia sehingga ke syurga. Please produce Chuck's & Adillah's junior ok. To Chuck, behave sikit kat Krabi tu. Haha. To Adillah, welcome to our gemuks team. Haha. We are family :) And untuk pengetahuan korang semua, Adilah adalah schoolmate aku masa kat Teknik JB dulu. Sama course plak tu, cuma dia Kelas Awam 2, aku Kelas Awam 1. Hehe. Nampaknya semua calon-calon isteri ke suami kawan-kawan aku mesti ada kaitan dengan aku kan. Haha. 

So bila aku check balik list kawan-kawan aku ni, nampaknya tahun ni semua akan berkawen. Alhamdulillah, aku gembira tengok kawan-kawan aku semua. Insyallah 2 minggu lagi, Budin plak akan kawen, dan sambung plak lepas raya nanti Aina dan seterusnya Aiman. Awal tahun depan plak, Anne. Aku? Haha insyallah ada jodoh tak kemana kan. Tak pernah putus asa doa yang terbaek untuk diri sendiri. Ok, bye :)





[Note : Insyallah, ada jalannya ]

Jul 25, 2011

Chelsea dan saya adalah musuh . Ok bye .








Ok , wa memang sokong Man U dowwww . Haha memandangkan hari Chelsea datang malaysia tu birthday wa , saje laa wa nak pergi . Entah dengar cerita Terry tu handsome kan , harus laa pergi tengok . Oh yeah memang betul sey handsome :)) So itu je nak update . Chelsea noob gila kot , Liverpool lagi hebat boleh goal 6 , Chelsea goal hampeh je , tu pun dah minit yang ke -80 kot . Booooooooo ! Ok bye :)



[Noted : Black and yellow ! ]

Jun 28, 2011

Potluck and surprised birthday party | 26 Jun 2011

Assalammualaikum dan bismillahirrahmannirrahim . Hehe sopan kan? Aku puasa harini , office pun sunyi sepi . Rasa macam kat dalam bilik sendiri je . Sorry laa dah lama tak update cerita kan . Dah seminggu demam laa . Tak baik-baik plak . Tapi alhamdulillah ni tinggal batuk sikit-sikit je . Hopefully cepatlaa sembuh . Doakan laaa ye :)

Hehe macam biasa laa , aku punya idea laa kan untuk buat potluck ni . Aku rasa aku nak tukar profession jadi event manager . Seronok je , tak payah pening-pening buat kerja yang sekarang ni . Actually dah lama jugak plan nak buat potluck ni , dari awal bulan Jun lagi tapi memandangkan semua kengkawan ada yang busy so aku pun tunda laa ke tarikh yang sesuai . Plan ni pun jadi sebab bantuan dari madu aku yang cool tu , hehe Kak Zie laa kan , sape lagi ! Hehe love u kak Zie sebab tolong kite :) Kalau tak kerana Kak Zie ngan suami dia yang baik hati tu , Padel , tak jadi laa potluck ni sebab buat potluck ni kat rumah diorang . Tujuan potluck ni sebab dengan satu tujuan je pun , menggemukkan badan ! Haha . Ok , bukan sebab tu laa , sebab aku rasa sejak ramai yang dah tunang ngan kawen ni , dah jarang kumpul ramai-ramai kan , so dengan berbekalkan idea yang bernas , maka terkeluar laa idea potluck ni . Insyallah akan ada potluck yang akan datang dan dirumah yang berlainan . Apa-apa pun terima kasih tak terhingga buat semua yang super cool dan sporting !!

Kepada korang yang baru baca blog ngekngok Erin ni , ni laa kengkawan baik saya . Haha tetiba nak saya plak kan . Susah nak cari kawan macam ni woahhhh . Hehe kengkawan aku semua gemuk kan? Tapi diorang comel . Haha . Aku tahu ni Rehan baca mesti memaki dalam hati "siap kau kerempeng!" haha . Bonjourrrrr .
Ok tema potluck ni aku tiru tema potluck kat office aku baru-baru ni . Hehe so boleh laa tiru lauk apa yang best . Tema makanan kampung . Memula aku ingat aku nak bawak ulam-ulaman (sama macam bawak kat office) hehe tapi awal-awal lagi aku dah kena sound tak boleh bawak tu . So aku pun terpaksa akur dengan perangai bebudak ni . Jadi , aku pun berhempas pulas masak ikan siakap goreng berlada hijau . Hamekkkk kauuu panjangkan nama masakan aku . Meh laa sini korang tengok lauk-pauk yang ada . Sesaja nak update kat sini , boleh jadi kenangan ni .

 Lauk-pauk makanan kampung .

Dessert !

Majlis ni kununnya start pukul 11.00am sampai 4.00pm tapi macam biasalaa , nama pun orang melayu . Kehkehkeh . Ngan aku sekali lambat sampai tapi takde laa lambat mana pun , ni semua sebab Ame punya pasal sebab dia baru nak mandi laa itu laa ini laa , hehe kena salah kan dia sebab nama pun melayu kan? So sesampai kat sana , wah amazing , ramai yang dah sampai rupanya . Tengok-tengok kat dapur apa yang aku nampak? Hehe .

 Haha ni laa yang aku nampak , comel gila je rasa tengok memasing bekerjasama kopek ubi kayu .
Haha . Dah macam rewang plak . Tapi patutnya Aiman kena kopek sekali sebab ni menu dia ngan Ida .

 Ok , ni pulak Zana . Masa ni dia baru jugak laa datang , terus ke dapur tolong Kak Zie angkat lauk sambal goreng jawa .

Haa ada satu lagi yang aku nampak kat dapur tu . Ni kalau Anne ada confirm kena bebel panjang sebab ....haha Muna ngan aku je laa yang tahu . Aku ngan Muna memang kalau bab dapur ni memang fail . Ekekeke Tapi Muna sekarang dah pandai masak dah . Nak kawen laa kata nyaaa kan . 

Tu diaaaaa tumbuk sambal belacan . Kihkih .

 Lepas tu kan , aku pergi kat depan balik . Hamboi-hamboi betul laa orang kata orang perempuan tempatnya kat dapur , so orang lelaki tempat diorang kat ruang tamu , pastu duduk gelak-gelak laaa? Ish tak patut . 

Yang ni pulak tak habis-habis dengan pucuk paku . Ekekeke .

Alhamdulillah majlis haritu ramai yang datang , kalau ikut perbincangan ada laa dalam 20 orang tapi masa majlis tu , wah jadi meriah bila Mam pun datang jugak . Thanks Mam for coming all the way from Melaka pulak tu . Kalau Aiman tu tak payah nak thanks sangat laa sebab sekarang ni seminggu 2 kali datang KL . Almaklumlaaa buah hati dah ada kat sini kan . Tak lupa jugak pada Muslih , sebab memula memang dia tak dapat datang tapi sampai jugak walaupun datang sensorang . Next time Maryam wajib datang , ni aktiviti family ni . Huhu . So sementara tunggu Ijam sampai , kitorang lepak-lepak je laa padahal perut dah lapar gila sebab masa tu dah pukul 2.30pm rasanya . Memang nak kena Ijam ni tapi dia dimaafkan sebab tunggu Myra balik kerja . Oh lupa nak bagitahu , haha kitorang kununya ada buat tema baju warna biru putih tapi adalaa orang tu kan yang tak kenal warna biru , ada ke patut dia yang suggest jap lagi dia pakai baju purple ? Memang nak kena hempuk si gemokkkk tu !

 Aina , Zana & Rehan .

 Rehan makin tembam woahhhh . Penangan kawen kot?

Patutnya Anne kena ada sekali ni tapi dia sampai lambat :(

Sesampai je Ijam dan Myra , terus kelam kabut diorang buat air sirap laici . Haha sebab tu part Ijam . Tanpa buang masa , majlis pun terus dimulakan dengan bacaan doa Muslih . Lepas tu terus dengan ucapan tuan rumah , Padel dan tak lupa jugak ucapan dari manager laa kan . Hehe . Panjang lebar jugak bagi ucapan sebab ada sesi suai kenal bagi ahli-ahli baru . Yela memandangkan Aina ada bf baru , jadi aku ambil peluang untuk kenalkan pada semua . Kita kan satu family , mana boleh rahsia-rahsia kan? Harap-harap Aina tak marah :)

 Tuan rumah kedaung , Padel tengah bagi ucapan .
Belah kiri tu laa Ijam yang lambat tu . Hihi .

 Semua tekun mendengar .

 Kak Zie , Ida , Aiman & Perut Ame !

Videographer of the day! 

Lepas tu memasing pun makan , masa ni camera canggih-canggih semua campak tepi . Tak dan laa nak amek gambar ke apa . Semua senyap je masa makan . Eh yeke senyap ? Aku pun dah lupa . Lepas je makan , tentatif seterusnya sembahyang Zohor . Lepas tu jeng jeng ada surprised birthday party untuk Aie , Chuck dan Aina . Birthday untuk orang lahir bulan June ! Masa ni memang kelakar plus rasa nak pukul je si Padel ngan Ijam , punya laa penat aku bagi isyarat suruh switch off lampu , diorang boleh plak memaen ke depan . Haha garang kan? Tapi alhamdulillah semua sporting and jadi jugak laa surprised yang tak berapa nak terkejut tu . 

 Haru biru je aku rasa masa ni . 

 Happy birthday to Aie , Chuck & Aina !

 Nama pun Erin kan , time makan pun nak mengepoh . Ni kali kedua aku makan ! 
Ramai yang dah balik time ni . 

Yeay ada pun gambar Anne . Masa ni Anne baru je sampai , so aku teman laa dia makan sekali .

Rasanya itu je laa kot nak update . Harap-harap akan ada lagi majlis macam ni dan diharapkan jugak ramai lagi ahli yang boleh datang . Kepada abg Hadi , bukan duit yang aku harapkan tapi kehadiran kau lebih bermakna kot? Hehe sedih tak ayat ni? Next time wajib datang ye Hadi ! Aku tak boleh laa kalau kau takde sebab siapa nak amek gambar ngan aku kan? Hehe . Marah pulak Sara kang . Opsss terlepas . Ok rahsia :D 

Buat En. Nazali pulak , ini laa adik-adik yang encik didik dulu . Semakin hari semakin mesra . Dah jadi macam satu keluarga . So bila nak balik sini ni? Next month birthday saya ! Tak kan laa encik tak balik kot?

Sekian terima kasih .






[Noted : Ting ....tong ....]