Oct 24, 2009

Dia dah tua

Maaf . Entry ini sepatutnya dah lama publish . Tapi sekarang baru sempat nak menaip .

17 Oct - Happy Belated Deepavali to all Indian . Especially kontraktor SGEDT ,IRCON International Berhad yang mana , hampir kesemua staff India mari . *takde wat open house ke?



Sempena cuti Deepavali , saya pun baliklaa JB . Lagipun memang kena balik jugak sebab ada sesuatu yang penting yang perlu dibuat . Nak tau apa dia , jeng jeng jeng ... Happy Birthday Muaz . Harap je tinggi semacam tapi saya lagi tua dari dia . Tapi tua bulan je laaa bukan tua tahun ye kawan-kawan .

Seperti yang dijanjikan , kitorang pergi laaa dating sampai ke Tebrau City . Tujuan : tengok papadom (best gila sey cite ni !) dan belikan hadiah untuk si dia . Kalo tahun-tahun sebelumnya tak payah bawak birthday boy beli hadiah tapi tahun ni punya konsep lain sikit . Sebab nak belikan dia seluar . Yela kang kalo salah size susah jugak kan .

*Agenda:
1. Papadom
2. Makan kat Kenny Rogers
3. Tawaf satu Tebrau City (masa tu saya dah nak mengamuk jugak laaa sebab kaki sakit sangat and at last dia pilih baju kemeja Topman sebagai hadiah hari jadi dia tahun ni)
4. Tengok bola kat SS (jumpa classmate , Syue)



Fitting room Topman


Present for birthday boy
(kemeja Topman yang Muaz tengah test , Size M)

and also..
(Happy birthday to Aunty Raziah . May Allah bless u always)

Tak Suka aaaaa

Saya TAK SUKA / BENCI / MENYAMPAH kat lady boss tu .

Oct 1, 2009

Oktober sudah menjelma .

Hai . Lama dah saya xberblogging kan . Fuhhhhh almost 5 months kot . Betapa bz nye saya ni kan . Actually saya xleh nak surf internet sangat sejak kerja ni . Coz kat umah cheras mana ade streamyx cam umah JB , jadi keghairahan nak berinternet semakin kendur (betul ke penggunaan ayat saya ni) . *pssstttt perasan tak penggunaan kata ganti diri dah berubah . hehe . aku kepada saya .

Dalam sepanjang saya xberblog ni , banyak jugak hari-hari yang best aku lalui . Saya dah konvo . Wahh ada degree beb! Cam xcaye je kan . Rasa macam baru semalam pergi sekolah , balik sekolah buat kerja sekolah , pastu ada big exam cam SPM tu kan . Wakaka . Tapi itu dah 6 tahun berlalu . Dah tua dah saya ni . Dah patut berumah tangga kot (iskkk gatal pulak , masak pun xpandai tapi ada hati nak kawen plak . uiii xmungkin laa kan).

Cerita pasal konvo ni kan memang best laa kot . Konvo saya same date & day , same location , same U dan senang kata semuanye same ngan Muaz . Huhu . Happy kan?? Japp meh tengok gambar saya berkonvo. *psssttt lagi sekali . honeydew dah pun bertukar kepada nama Muaz .



I'm graduated from UTHM

B.Hons of Manufacturing and Mechanical Eng.
+ B. Hons of Real Estate Management



My very big family


Next story , cerita hari raya laa kan . Tu je yang boleh saya kongsikan dengan peminat-peminat diluar sana . Hehe . Ok , hari raya tahun ni memang agak sadis jugak laa . Sebab ape? Sebab nya rumah Muaz terbakar seminggu sebelum raya . Kesian sangat kat dia sekeluarga . Syukur sangat sebab semua ahli keluarga selamat daripada sebarang kecederaan . Cuma yang tak boleh diselamatkan , rumah yang No.9 Jalan Kemuliaan 33 , Tmn . Universiti Skudai . Rumah No.11 totally ok . Mesti korang pelik kan dengan No rumah dia? Meh sini dengar , rumah Muaz berkembar , so ada dua alamat laa kan . Paham kan . Masa kejadian tu , Muaz kat Pasir Gudang , saya pulak kat KL . Seingat saya masa tu saya berbuka puasa kat De'Templer , Tmn Melawati . Dapat tahu je dari Muaz , berderau darah saya . Saya tak percaya langsung . Masa tu saya call dia dengan niat nak tanya buka apa .

*perbualan telefon :
Saya : Hello , syg ngah buat apa tu?
Muaz : Rumah org terbakar syg .
Saya : Haaa? Sumpah?
Muaz : *&?!@#$%$6@!! (perkataan yang terkeluar dari mulut Muaz amat memeranjatkan . tidak sesuai menjadi tontotonan khalayak ramai) . SYG INGAT BENDA-BENDA MACAMNI ORG NAK MAIN-MAIN KE? (haaa amek kau . kene sebijik ). Ok laa syg , nanti org call balik .
Saya : OK.

Uuuu takut gila Muaz marah camtu . Yela , saya ingat dia maen-maen ke apa kan . Masa tu , saya otw balik ke rumah Cheras dari De'Templer . Sampai umah , terus telefon Zaid , tanya macamana dengan rumah . Then Zaid pun cerita . Memang terkejut sangat . Cuba korang bayangkan kalo musibah ni berlaku kat korang , mesti dah patah semangat kan? Kalo laa saya yang kene , saya tak tahu nak buat apa . Saya simpati atas apa yang berlaku kat Muaz dan keluarga . Mudah-mudahan kejadian ini memberi hikmah kepada mereka . Alhamdullilah Muaz dan keluarga banyak dapat bantuan dari banyak pihak . Mak Muaz adalah seorang pegawai tinggi jugak kot kat Pejabat Pendidikan Daerah JB , so banyak laa bantuan yang dihulurkan . Saya dapat datang rumah dia pun sebelum Hari Raya . Memang teruk sangat . Tapi tak apa ye syg , berSABARlaaa . *sempat tolong pasang langsir + tumbuk kacang

Ok jom tengok gambar raya tahun ni . Tema family : maroon


My siblings without ayah & emak
(diaorang kat kedai , tengah buat kueh raya for MAS order)


Hj. Busno and Hajjah Patonah family's


Raya versi KLIA Holdings


Raya versi Jelajah KL
(destinasi : ampang , kajang , klang , kg baru , gombak , wangsa maju)


Ok . Thats all . Penat dah .