Sep 27, 2011

Random 3. My collection!





Ni yang tak suka ni, bila bukak external hard disk, macam-macam gambar aku jumpa. Ok, serious aku terpegun tengok gambar kat atas ni, bukan sebab gambar Mu'az tapi tone cantik laaa. Peh dah lama tak shoot, pastu lama gila tak edit gambar. Entah bila nak start balik? 



[Noted : I love u]

Phewwwwww!

Hai korang ! Sorry lama gila tak update cerita and share anything info about food or vacation. Broadband aku hilang dari bulan Julai, paling best sekali bil pun jalan dan duit pun mengalir dengan derasnya! Lupa nak temporary terminate tapi sekarang semua dah settled! Aku dah beli broadband baru. Thank you to Ame yang sudi jadi penangung beban bayar bil ni. Haha. Oh actually aku kan buat terminate temporary, so celcom kata after 2months baru boleh aktifkan balik dengan sim card baru. Kiranya bulan 12 nanti baru boleh guna broadband balik. Wah ini boleh jadi gila kalau takde broadband. Memang laaa galaxy tab (GT) boleh guna tapi kalau nak update blog tak best langsung ok! Mesti nak kena guna laptop baru laaa laju sikit nak type. Kalau GT tu aku guna untuk main game, twitter ngan FB je laa . 

So banyak jugak cerita aku nak update, saja nak upload gambar-gambar yang ada dalam laptop ni. Serious rindu nak bercerita. Cerita tentang kehidupan yang semakin haru biru. Tapi wa relax je! Bak kata orang, life to the fullest. Ok nampak macam dah tersimpang jauh je entry ni kan? Ni just short entry nak inform korang yang aku baru je beli broadband. Peh modem dapat free wei , just pay only RM150=RM100 for registration + RM50 for monthly payment yang akan deduct next month. Aku amek package RM68 dengan speed 1GB. Ok laa tu kan, bukan nak download movie. Lagipun package ni sama macam yang aku amek dulu. Hehe. Tak mampu laa nak menanggung beban bayar bil bebanyak. 

Ok, itu je entry untuk harini! Next update nak cerita apa entah eh. Sebab banyak sangat laaa pulak cerita.




[Noted : Harini last raya?]

Sep 12, 2011


Alhamdulillah, syukur dengan nikmat Allah, dapat jugak kita semua meraikan bulan Ramadhan dan beraya kan? So dikesempatan bulan raya ni, aku nak mintak maaf bebanyak kat korang. Mana laaa tahu ada yang terasa dengan mulut laser aku ni kan. Nama pun Erin kan? Hihi. So amacam raya korang tahun ni? Meriah tak? Banyak collection duit raya? Untuk tahun ni, raya aku biase je, bersederhana dengan 6helai pasang baju raya. Hihi. Cuma alahai duit raya sikit je. Yela umur 25 tahun kan? Matang dah ni.
Tahun ni turn raya rumah nenek Pontian dulu, so sehari sebelum raya aku dah stand by balik kampung tapi mak ayah balik malam raya. Al maklumlakan, mak aku tu jual kuih pastu nak closing banyak kedai plak. Every year pun memang macamni. Dah itu rezeki keluarga kan :)) Tapi tahun ni kitorang stay kampung 5 hari je tak macam tahun sebelum ni, confirm 7 hari kat kampung. Hehe. Arghhhhhh tetiba aku malas nak cerita pepanjang plak tu. Kepala aku pening laaa. Gila kan update blog camni?
Sent from Yahoo! Mail on Android Erin :)