Jul 8, 2010

Makan-makan kat FRAMES

Argghhhhh i'm craving for food right now! Hobi baru yang tak dapat dibendung lagi walaupun air berharga RM19.90 , aku akan tetap nak cuba . Damn . Esok kalau dah takde duit , boleh hello hello hello kat mak . Hahaha . Eh mak , i gurau je laa . Ni laa padahnya hidup di KL . Harap mak akan faham masalah anakandamu ni . 

Oooo ye kebetulan si Sally datang KL ada interview (entah laa interview yang kali ke berapa aku tak pasti :D) , maka dengan itu , kitorang mengedate laa hari sabtu tu . Tak tahu nak bawak dia ke mana dan last sekali aku ajak pergi main ice-skating . Cerita ice-skating nanti eh aku updates sebab tengah pilih gambar yang muka senonoh sikit sebab banyak gila kot gambar haritu . Ada 400 ++ . Macam pergi Penang pulak aku rasa. 

Sebelum ber-ice-skating , aku ajaklaa makan kat Frames (ok , Frames ni ada Facebook wei lepas tu kan dia add aku kat Facebook . Haha ) . Aku tahu pasal Frames ni pun sebab Amy dengan Intan dah pernah try foods kat sini dan diorang suggest aku ke sana . Aku dengan Amy suka share tempat makanan yang menarik . Bila aku dah pergi satu tempat baru ni , aku akan inform kat dia dan begitu laa sebaliknya . Panjang bukan penerangan aku disini ? LOL panjang . 

Mari-mari ke Frames . Sebab sedap ;)))) 

Frames 

Kat mana nak cari kedai ni ? Senang je . Sila laa ke Sunway Pyramid . Frames ni betul-betul dekat dengan Starbucks G Floor dan kat luar ye kengkawan . Kalau tak jumpa jugak kat mana , korang pergi laa kat entrance yang ada bentuk pyramid tu haa , kedai ni kat area situ laa . Yelaa aku faham Sunway Pyramid tu kan besar . Jadi sebagai seorang Erin yang baik , kena laa tunjuk jalan kat mana . Hihi .

Apa yang menarik tentang Frames ni sebab banyak frames kat dalam kedai . No wonder laa nama dia Frames kan kan kan ? Lepas tu menurut kata waiter dan waitress kat Frames , kitorang boleh letak gambar kitorang kat mana-mana Frames yang kosong . Fuyohhh glamour bukan ? Bukan senang wei , nak letak gambar kat kedai orang lain sesuka hati cuma kat Frames je boleh . Dasyat kan kan kan ? Tapi tu laa masa kitorang datang , memasing takde laa pulak bawak gambar , so maybe next time boleh laa letak .  (aku terfikir nak letak gambar passport je tapi malu laa kan sebab semua gambar kat situ lawa-lawa , kang tetiba ada muka hodoh pulak kat situ) .


Ni semua gambar orang yang datang kat Frames yang bagi .
(terabut gila ayat aku ni ;p)

Jom tengok apa yang kitorang makan hari tu . Haishhhh sedap betul makanan kat situ . Rugi kalau korang tak cuba . Harga makanan ? Bagi aku reasonable dengan kesedapan dan keterliuran makanan . Maksudnya , semakin sedap makanan , semakin mahal laa harganya . Betul tak ? Hihi . 

Manggo smoothies 
(sedap gila air ni , rasa nak minum sekarang)

G-Frost
(nama pelik dan rasa pun pelik tapi boleh tahan sedap tapi lagi 
sekali tak boleh lawan dengan air kat atas tu laa)

Ice Lemon Tea
(ni kat semua kedai pun ada . LOL)

Classic Carbornara 
(korang tengoklaa garfu Amer dah tak sabar nak makan carbornara i )

Pizza Rosso 
(semua dah tahap pelahap , tak menyabar betul , susah nak ambil gambar ni)

House Chicken

Alamak ! Terlupa laa nama makanan ni apa . Tapi macam kebab laa jugak .
Haa bunyi dia macam Skewed kot . Haha .

Muka si gemuk-gemuk yang dah kenyang .
Dari kiri ; Amer , Sally , Anne , Alos .

Ooopsss sorry laa kamera salah setting then tergelap 
(ni posing macam ni kunun nak ikut macam Shark posing laa tu)


Ni laa waiter Frames !



[Noted : i puasa hari ni . LOL ]

2 comments:

::Miss Ana:: said...

balak atas 2 mmg cun..
mnyak suka la..
ahaha..

Erin said...

Hahaha . Ko nak eh? Nanti aku tolong adjust kan eh .