Jul 17, 2010

Promosi Kuih Raya , i boleh bagi discount :)

Erkkkkk , alhamdulillah syukur nikmat ! 3 days to go . Hahaha . Gila kau ! Dah nak ramadhan dah tapi tak habis lagi ganti puasa . Masyallah ! Ni kalau mak tahu boleh mendatangkan kemarahan yang berganda-ganda . LOL panjang . Ala mak bukan ada blog pun , so dengan harapan mak tak tahu laa ni ? Eh tapi ramai je kaki report suka bagitahu mak apa yang jadi kat aku . Cesss betul laa adik !

Eh actually , nak updates pasal kuih raya ni . Dam dam dum bunyi mercun , selamat hari raaaaayaaaaaa~ Huh , gila ke apa , puasa ganti ada lagi tiga hari tapi nak updates pasal kuih raya ? Oooo ye , i bukan apa , i nak buat promosi sikit pasal business family i ni kat uolls . Mana laa tahu i dapat komisyen dari diorang ke kan . Boleh laa i beli lens fisheyes macam Carl , jeles gila ok dengan lens tu . Sampai hari ni terngiang-ngiang mata ikan tu . Damn ! Ok , panjang sangat laa pulak melalut ni .

Memandangkan lagi dua minggu nak berpuasa , maka dengan itu , aku nak promote sikit laa kat blogger-blogger dan peminat The Erin ni . Mungkin ada sebahagian dari korang dah tahu dah tentang business family i yang juta-juta serta world wide tu dan mungkin juga sebaliknya . So , apa kata sempena bulan baik ni , aku nak memantapkan lagi business ni supaya mak aku boleh bagi duit raya banyak sikit tahun ni dan korang boleh laa menikmati hidangan kuih raya tahun ni yang paling terbaik sekali untuk sekian kalinya , sumpah panjang gila ayat ni ! Ok , untuk pengetahuan semua ye , mak aku bukan laa seorang jururawat ke juruterbang ke jurukamera , what the what ?? Tapi mak aku pembuat bahulu tersedap didunia . Sumpah aku tak tipu . Semua orang pun kenal siapa itu pembuat bahulu yang sedap especially rakyat Singapore . Ni kalau mak baca , confirm dia terus belikan set bilik tidur warna putih ! Eh jap , aku kan nak promote kuih raya kan ? So tak payah laa eh nak cerita secara details pasal pembuat bahulu tu . Haha .

Best seller! Bahulu coklat rice .

Peh sedapnya . Terliur tengok *drooling*

Zaman sekarang ni tak main laa kan buat kuih raya guna tangan sendiri , betul tak ? So , mari buat kuih raya guna duit dan sila laa ke Meh Rasa Johor . Kat situ korang boleh dapatkan pelbagai jenis kuih raya , kerepek , kek dan sebagainya (aku lupa apa yang mak aku jual , sorry mak !) . Ooo ye , tak ketinggalan juga , our top sellers is bahulu . Ni setiap hari pun ada beb ! Makan panas-panas boleh buat uolls nak lagi dan lagi dan lagi . Ini resepi turun temurun nenek aku wei , takde tiru mana-mana resipi lain ok ! Kuih-muih yang dijual hanya laa yang terbaik dari seluruh negeri Johor . Kat mana ada pembuat kuih yang sedap , kat situ laa mak dan makcik aku akan ke sana . Kiranya diorang ni tak main laa jual kuih yang bahannya guna majerin , semua pakai butter ok . So memang laa sedap sehingga menjilat jari . Lepas tu pulak , nama kuih kat kedai ni bukan main lagi hebat , contohnya Lincoln Crips , Frambozen Kenari , dan macam-macam lagi . Haa , nanti kalau aku balik JB , aku akan interview mak pasal nama semua kuih dan apa rasa setiap kuih tu . Jadi senanglaa korang nak tempah ke kan ;)


Meh Rasa Johor ada banyak branch . HQ nya di tempat letak kereta atau bahasa orang putihnya parking Restoran Singgah Selalu depan Danga Bay . Aku rasa kalau korang selalu lepak SS , confirm korang pernah lalu kedai ni sambil dapat bau yang enak sekali . So , lepas ni jemput laa singgah ye . Ooo ye kat JB ada lagi dua branch , satu kat JJ Taman Universiti (depan Lovely Lace) dan JJ Bukit Indah (dalam arena) . Sekarang ni aku jarang nak ke kedai tolong-tolong jual sebab aku kan dah merantau ke KL . Kalau balik JB pun singgah kejap je kat kedai , itu pun sebab ambil order kengkawan office . Cettt padahal kat KL pun ada lagi satu branch . So kepada orang KL pulak , nak dapatkan kuih terbaik dari negeri Johor sila laa ke Semua House . Kedai Meh Rasa Johor terletak dekat dengan lif di food court . 

Meh Rasa Johor di Singgah Selalu , JB .



Hummm tetiba je aku rasa entry ni bukan promote kuih raya tapi promote kedai je kan ? Sebabnya aku ingat ada banyak gambar kuih dalam external hard disk ni rupa-rupanya gambar kedai je yang ada . So , next 2 weeks aku balik , aku ambil semua gambar dan interview mak tentang kuih yang sedap lagi menggiurkan tu . Ok , bye !



[Noted : Esok sambung puasa lagi ]

1 comment:

farizah said...

blh post gambar frambozen kenari dan lincoln chips tak? ada jual toasted coconut cookies jugak? harga brp 1 pac?