Jul 14, 2010

Luncur ais dan makan ais .

Hello kengkawan , hari ni baru sempat nak updates main ice skating hari tu kan . Ah biasala kan , harus laa simpan cerita berminggu-minggu dan baru nak updates hari ni . Mmmmmm sebenarnya , boss takde kat office ni . Semua pergi site yang flooding awal bulan Julai hari tu . Gila kau banjir tepi track bukan main teruk lagi , tak macam deras pulak kan air teh susu yang mengalir , eh actually warna air banjir tu laa . (tetiba macam pelik apsal nak cerita pasal kerja kat sini eh? Insyallah satu hari nanti kalau ada masa , aku nak cerita sikit laa siapa laa tuan blog The Erin ni , sebab ramai yang tanya aku ni still belajar kat universiti mana . Cesss ! gua dah bekerjaya laa wei !) .

Korang masih ingat tak entry yang aku pergi makan kat Frames tu kan , haa ini laa sambungan cerita lepas makan kat situ . Siapa yang baca entry tu mesti tertunggu-tunggu cerita main ice skating kan kan kan , cetttt podah macam laa ada orang nak tahu kan ? Ah peduli apa aku , nak cerita jugak . Ini kan belog saya (tiru ayat Hanis Zalikha ;p) .

Ok , kepada kengkawan yang baca The Erin ni , kalau nak merasa main ice skating yang kunun-kunun nya macam kat over the sea tu kan , boleh laa pergi kat Sunway Pyramid tu . Best wei ! Nak tahu kos nya , murah je , sekali masuk untuk main RM18 , stokin kaki RM5 , stokin tangan RM8 (tak tahu nak letak nama apa , boleh kan?), so jumlah kan laa sendiri berapa kos sebenar . Tapi kalau nak jimat lagi , bawaklaa stokin kaki dari rumah , jangan bawak yang busuk sudah laa ;p . Lepas tu yang stokin tangan tu kan , kalau dah sekali main , lepas tu balik rumah , simpan laa elok-elok . Lain kali boleh datang ke sana dan tak payah nak beli stokin tu semua , nanti korang boleh cut cost dan hanya bayar RM18 je . Murah bukan ? Peh , gila promote , kunun macam dapat bayaran laa ni sebab tolong promote . Ooo ye lupa pulak nak bagitahu korang , RM18 tu korang boleh main dari tempat tu bukak sampai laa dia tutup . Tengok laa korang larat ke tak . Aku main paling lama pun 3 jam je wei . Sebab apa , sebab kasut dia berat , dah laa aku ni kekurusan kan . Haha . Apa-apa pun , sila laa cuba ke sana . Aku dah berkali-kali jugak kesana , daripada tak pandai dan takut sampai laa dah boleh belagak dengan orang lain sebab boleh main sendiri . Cool bukan ?

Pandangan dari atas . 

Ikat tali kasut betul-betul ye , kang jatuh tergolek kang .

Si gemuk ;p 

Yeah , ready to go !

Sumpah lawak ok ? Ni first time si Sally nak ber ice skating . 
Dia nak nanges ni . LOL panjang~

Ok , jatuh kali pertama .

Genggaman kasih sayang tu .

Jeng jeng jeng .
Jatuh kali kedua dan terakhir (pencapaian terbaru)

Ok , sambung main lagi walaupun sakit gila pinggang aku tu wei !
Pose ;)

The girls ; Sally , Alos , The Erin , Anne .

Ok , jom balik !



[Noted : Bersiap sedia main badminton petang ni ;) ]

No comments: