Oct 13, 2010

Open house project SGEDT KL ! Ini penutup raya 2010 .

Akhirnya segalanya pun berakhir walaupun dah lama berakhir . Muahahaha . Aku sekarang suka gelak macamni . Rasa macam devil je kan . Tapi i tetap sembahyang tau . Motif? Ni ha aku nak hidangkan cerita open house yang terakhir untuk tahun ni . Mesti korang akan rindu cerita raya aku , tunggu tahun depan punya cerita pulak eh . 

Open house kali ni mmmmm oh actually bukan open house tapi potluck . Tahukah korang potluck itu membawa maksud bawa makanan sendiri dan makan sendiri . Haha silap-silap , setiap orang diwajibkan bawak makanan dan makanan tu akan dikumpulkan dan dimakan beramai-ramai oleh ahli potluck . So kiranya kalau korang tak bawak apa-apa tu , korang akan nampak looser laa tak pun mungkin akan diejek , wahhhhh ni laa imiginasi bebudak 24 tahun ye kawan-kawan . Serious ni , aku gurau bertempat ni .

So sebelum memulakan potluck , harus laa bersarapan dulu di kedai bawah office dan dengan belagaknya aku makan dua keping sandwich . Kunun nak save perut laa kan , tapi pukul 10.00 am dah menggelupur lapar wei . Perut ni memang tak behave langsung laaa . Berikut adalah gambar sarapan pagi . Oh ye gambar dalam entry ni di taja oleh Kak Fazi . Sebab on that day , aku sibuk ber-fisheye . Insyallah nanti aku cuci filem tu dan publish kat blog ni .

 Haa tengok tu betul kan aku makan dua keping sandwich?
Selalu makan nasi lemak tau !

 Diteruskan dengan si kiteretsu . Opsss sorry , ini Rosyahuza . Comelkan?

 Di akhiri dengan Enyza , wah suka hati kan panggil nama .
Dedua kat atas ni pangkat kakak ye .

Ok  , made in Sweden . Tetiba je kan ada coklat ni . Oh actually boss aku baru balik dari sana .
So ini laa souvenir dari dia . Dan begitu jugak dengan gambar kat bawah ni .


Diteruskan lagi dengan gambar-gambar potluck . Nak tahu apa yang aku bawak? Hihi malu nak cakap , soda gembira ! Tahu ke? Tak tahu sila google ye . Memang gembira kalau korang minum air tu . Ha yela soda gembira tu air laa bukan kuih ke kek tau . Menu haritu bertemakan raya jadi memang kenyanglaa makan siap boleh tapau bawak balik rumah lagi tau . Korang layan je laa gambar kat bawah eh .

In the making of soda gembira !
Nak recipe ? PM me PM me (trend ayat sekarang) .

Wah , ibu-ibu mithali sedang meyusun makanan . Muahahahaha .


Gambar dua di atas gambar posing ikhlas dari kitorang yang boleh tahan cute .
Ok sila muntah sekarang .

Dalam pukul hampir 12.00 pm majlis pun bermula (tapi sebelum pukul 12.00 pm 
lagi aku duk ke hulur ke hilir kat bilik ni wei sebab tak sabar !) . 
Bacaan doa oleh Ir. Malek tapi kelakar aaa sebab tersasul baca .

Bila dah habis baca doa , dah boleh makan ! Yahuuuuuuuuu !


Mmmmm korang nak tahu ke menu apa yang ada? Aku macam malas pulak nak updates , so apa kata korang usha je laa eh . Sebab dah mengantuk ni , nak tidur . I love you Mu'az . Eh salah type pulak :)))



[Noted : Tahukah korang aku tengah bingit dengan seseorang ?]


3 comments:

chezzem said...

hahaha soda gembira!
hahahaha chumel ah.

Tihara said...

jamuan raya laa yg plg best :)

Erin said...

chezzem - Nak recipe ke? Muahaha .

Tihara - Haah memang best sebab dapat makan banyak2 tapi tu aaa apsal laa raya setahun sekali kan .