Oct 17, 2010

Cerita Kahwin - Radh & EJ

Ok , start je bulan Oktober sampai laa awal tahun 2011 , undangan kawan-kawan kahwin pehhh punya laa banyak . Semua pun sama umur dengan aku ok . Kiranya kalau kahwin 2010 , 24 tahun laa umur diorang tapi kalau kahwin awal tahun 2011 , 25 tahun laa umur diorang . Muahaha . Aku je yang belum sampai seru nak kahwin . Calon dah ada cuma masa belum tahu lagi . Mungkin lagi tiga tahun kot . Muahahaha . Confirm kengkawan aku semua dah ada anak masa aku kahwin nanti . Wah meriahnya majlis tu nanti dengan suara anak korang "mummy , nak nenen!" Hihihi .

Untuk memulakan tirai kahwin akhir tahun hingga awal tahun depan , aku mulakan dengan Radh . Apa hubungan Radh dengan aku ? Muahaha . Radh bestfriend dengan Mu'az dan lama-lama aku pun dah jadi sebahagian daripada persahabatan diorang semua . Mu'az ni memang bagus , suka kenalkan aku dengan kengkawan dia . Tak kira laa lelaki ke perempuan dan semuanya pun jadi kawan aku . Hihi . 

Oh yeah nama penuh Radh , Radhiah . Hihi . Perempuan laa . Lupa nak bagitahu korang . Korang ingat tak yang entry 101010 , tarikh tu laa majlis nikah dan majlis bersanding di tempat Radh . Hari sabtu 091010 , aku dengan Mu'az pun sibuk laa cari hadiah yang special untuk dia . Serious shit masa nak cari hadiah tu , aku lapar gila ok , mana tak nya kan aku sampai Pasir Gudang pukul 3.00 pm lepas tu terus pergi masjid kat Kampung Pasir Puteh , kawan office Mu'az nikah , lepas tu pergi JJ Tebrau pun dah petang . Entah apsal haritu aku teringin sangat nak makan Kenny Rogers (KR) , so sebelum cari hadiah , aku memang plan nak makan dulu sebab macam nak pitam dah kot tapi tup tup sampai depan KR je , budak tu kata ayam ada pukul 6.30 pm . Wuarghhhh aku terus tarik muka laa kan kat Mu'az tapi dia tak bersalah woo . Macam suggestion kedai lain dia ajak tapi aku tetap tak nak jugak . Haa kan menggedik namanya . 

So dengan warasnya aku masa tu , terus cakap kat Mu'az yang aku sanggup tunggu dan jom pergi cari hadiah dulu . Wah empat ke lima kedai jugak kitorang cari hadiah tau . Bila Mu'az berkenan kat hadiah tu , aku pulak yang tak berkenan dan disebaliknya . Cari punya cari tiba-tiba aku nampak hadiah yang menarik , lepas tu tunjuk kat Mu'az , dia cakap , ha ok beli yang tu . So misi mencari hadiah pun tamat .

Ini laa hadiah Radh . Cuba korang teka apa? Muahaha .

101010 hari Radh nikah dan jugak bersanding . Mesti memorable gila kan dengan tarikh ni . Kalau aku kahwin nanti nak pilih tarikh apa eh? Macam entah pape je nak fikir sekarang . Muahahaha . Ok kita sambung cerita bergambar je laa eh . Sebab aku dah penat nak type . Lagi semalam type , baru hari ni nak publish . Lenguh dah tangan ni .

Mayus dan Mu'az , memasing posing dengan hadiah untuk Radh .

Omg , aku salah posing sey , kan dah nampak macam tiang elektrik .

Yeay pengantin dah sampai . Kepak kepak keboom .
Lokasi majlis di Dewan Alumni , UTM Skudai .

Sama cantik sama handsome . Aduhai .
Radh (sebelah kanan) & EJ (sebelah kiri) .

 Oh yeah bridesmaid , Huda .

Cantik oooo Radh , nak tips sikit wei macam mana nak hapuskan jerawat?

Sekian saja dari saya yang melaporkan , nantikan pula cerita kahwin yang lain dimasa akan datang . Nak tengok jadual aku sepanjang bulan Oktober - December 2010 ? Sila tengok je kat bawah ni ;
1. 101010 Radh reception , Skudai 
2. 301010 Raihan engagement , Klang
3. 061110 Apis reception , Klang
4. 201110 Padel & Kak Zie reception , Kluang
5. 271110 Salwa reception , Seremban
6. 181210 Aida reception , Skudai 
7. 191210 Ib & Maziah reception , Perak

Haha . Kecik hati tau bila korang semua dah nak kahwin . Tak pe laa , pelan-pelan kayuh je laa eh . Muahaha .


[Noted : Kawan baik aku pun dah nak melangkah ke alam kahwin-kahwin ni . Happy!]





No comments: