Oct 21, 2010

Happy Birthday Sayang !


Harap maaf , entry ni aku type hari Selasa tapi lupa nak publish . Tak pasal-pasal je birthday Mu'az jadi hari ni . So korang baca je laa eh entry yang patutnya publish 191010 . Hihi .

Ok , hari ni birthday Mu'az . Ye aku tahu aku lagi tua dari dia . Sedih kan bila isteri lagi tua dari suami . Isk isk isk . Comel kan cupcakes ni , penat tau aku menguli memalam semata-mata untuk kekasih hati . Ok ini aku memang tipu . Sejak bila aku pandai buat kek ? Aku tempah je dari kawan aku , kalau korang nak beli cupcakes ke kek ke kuih ke kan , sila laa tempah dengan Yummylicious .

Memandangkan birthday Mu'az jatuh pada hari bekerja , jadi tak dapatlaa aku nak makan kek sama-sama . Oh yeah lupa pulak nak ucapkan thanks a lot kat Maziah dan Ib yang tolong aku suprised kan kat Mu'az . Tanpa bantuan diorang , maka tiada laa cupcakes secomel itu . Hihi .

Ni nak bagitahu korang ni , aku tak cari lagi hadiah untuk dia . Muahahaha . Keji gila kan girlfriend macam ni ? Yela kan , memandangkan aku tak tahu bila nak jumpa dia sebab besar kemungkinan lambat lagi nak balik JOHO dan rasa-rasanya jumpa dia masa wedding cousin dia kat Klang tu nanti . So , tunggu laa gaji nanti aku pergi beli hadiah . Tapi nak beli apa eh ? Ketandusan hadiah ooo . Dah lima tahun bercinta , so dah macam-macam dah bagi . Hihi . Boleh tak tahun ni aku nak bagi album gambar selama lima tahun bercinta ? Macam menarik je kan ?




No comments: