Oct 2, 2010

S.H.R.Aidilfitri : 7

Raya ketujuh tahun ni jatuh pada hari Malaysia di mana semua rakyat Malaysia dibenarkan bercuti kecuali Mu'az yang berstatus Bangla sebab bekerja haritu . Ish entah apa laa company dia tu . Tak berhati perut betul , patutnya bagi laa cuti sebab diorang kan buat projek kat Malaysia , haruslaa cuti ikut jadual Malaysia walaupun boss orang Australia . Hihi membebel pulak kan? Ok , abaikan cerita Mu'az tak dapat cuti . Mari lihat apa yang aku buat masa raya ketujuh .

Memandangkan dah cuti dan kebetulan pulak , Fahmi dah nak balik hutan , oh i mean Jengka (Yeah , dia sendiri yang cakap , itu hutan , so i follow saja) , mak pun buat laa open house . Oh actually takde laa besar-besaran pun , tapi ramai jugak laa yang datang , seperti tahun-tahun sebelumnya , memang kawan Fahmi yang tak putus-putus datang sampai tangan dan kaki pun nak putus . Hihi . Ini tipu , padahal kitorang adik-beradik takde buat apa sangat pun , sebabnya mak masak kat kedai , dapur kedai lagi besar dan segala jenis periuk yang besar pun ada , lagi pulak mak lebih selesa kalau anak-anak dia takde dikeliling dia . Haha . Sebab kalau ada kitorang , mood mak nak masak boleh hilang . Haha . Itu laa mak i ok . Tapi best , tak perlu susah payah nak menolong ~

Open house ni dibuat sempena nak bagi orang ramai especially kawan-kawan kitorang datang dalam masa satu hari , almaklumlaaa masing-masing memang dah tak duduk JOHO kan (saja gedik nak tukar JB kepada JOHO sebab macam cool je eja macamni) , jadi mak dan ayah bersetuju untuk buat open house . Oh kepada yang tak dijemput tu , mintak maaf sangat-sangat sebab masa tu macam kelam kabut je sebab last minute mak bagitahu nak buat .

So , korang tengok jelaa eh gambar yang ada . Sebab tak snap gambar sangat pun . Semua busy melayan tetamu masing-masing dan sibuk bergilir-gilir bakar sate . Hihi .

Alamak , sepatutnya gambar ni last sekali sebab Kak Ngah datang malam .
Oh ye , ini Kak Ngah , adik sedara .

Boyfriend lama sebelah kiri sekali opssss tu cerita 6 tahun lepas ye .

Kawan Fahmi , mungkin baju hitam tu ex-girlfriend dia kot .
Baju pink tu adik ipar i . Hihi .

Maziah bakal berkahwin bulan December ni .





Ok , gambar diatas yang tiada caption tu semua kawan Fahmi .

Jeng jeng jeng , ini mungkin mmmm beauty and the beast .
Masa ni , pakcik aku duk usha awek ni , adeh rupa-rupanya girlfriend Fahmi .

Zaim .

Mu'az dan Cik Mus .

Faid baru bangun tidur :))

Cik Mus yang masih single . Haha .

Amrik .

Tukang bakar sate .


Haha , gambar entah pape je aku letak . Ah janji ada gambar , tak best laa kalau takde gambar . 



[Noted : Yeay gigi dah patah !]

No comments: