Sep 30, 2010

Bila boss marah .

Heh , boss takde mood kot harini , menci i . I pun jadi takde mood nak tengok muka dia ooo . Harap boss jangan kecik hati . Saje je nak updates kat blog sebab ni kan macam diari aku .Memandangkan boss marah , mengamuk dan takde mood harini , aku nak bagi korang tips merepek untuk menghadapi masalah seperti ini .

Kalau boss marah , korang perlu ;
1. Istighfar banyak-banyak dalam hati jangan pulak korang memaki .
2. Genggam pen atau kertas sebab itu adalah salah satu cara untuk melepaskan tekanan kena marah . Nanti cuba korang tengok samaada kertas tu renyuk takpun pen tu patah . Lepas tu tunjuk pen yang patah kat boss , tengok laa nanti , mesti boss rasa gerun gila dengan korang . 
3. Buat muka 10 sen je , jangan buat muka 10 ringgit pulak , nanti boss rasa nak sepak pulak kang . Kenapa muka 10 sen? Sebab aku rasa muka 10 sen ni muka paling kesian sekali yang aku pernah nampak . Dalam erti kata lain , muka yang macam takde perasaan je . Jadi , boss mesti sakit hati . Haha .
4. Bagitahu satu office yang boss tengah marah , so mesti kawan-kawan korang akan rasa sama-sama nak salahkan boss sebab marah korang . Yela nama pun kawan sekerja , haruslaaa menyokong sesama kita kan .
5. Kemas barang kat meja , lepas tu ambil beg dan terus balik . Haha . Lepas tu esok dapat surat cinta kena buang kerja . :))

Eh korang jangan ikut pulak tips ni . Ni tips orang tengah protes boss sebab macam tak logik je dia nak marah aku . Yela dia tanya benda yang aku tak tahu . Maksud tak tahu kat sini , aku belum kerja lagi masa tu , so haruslaaa aku tak tahu kan . Cessss . Tapi aku cari jugak apa yang dia nak tu . Geram betul . Ok itu je .



[Noted : Sakit gigi ]

1 comment:

Tihara said...

teringat zaman kerja ng org dulu...bila kena marah ng bos laa paling tnsion