Pepagi raya kedua , kitorang digegarkan dengan suara mak suruh bangun dan pergi mandi sekarang!!!!! Ingatkan kat rumah je mak berkuasa bersuara macam tu , tapi dengan hebatnya mak mampu menjerit dimana-mana sahaja walaupun anak yang paling tua dah berumur 24 tahun dan paling muda 12 tahun . Adeh , malu ok kena jerit begitu . Dah laaa sedara mara ramai ketika itu . Tapi ada laa yang mengelat sebab adik perempuan aku yang gemuk tu tidur kat rumah makcik aku (sebelah je rumah nenek) . So dia terselamat . Haish bukan apa , aku dah sembahyang subuh dah tapi tidur balik sebab macam best je tidur balik kan . Dah laa kat kampung tu sejuk kan .
Ok , berbalik kepada jeritan mak tu , aku pun automatik terus bangun dan terus kemas tempat tidur . Hihi . Takut kena bantai pulak kang dengan mak . Memandangkan ramai kat rumah nenek , maka aku pun menolong-nolong buat breakfast . Rajin kan? Huhu . Dah siap breakfast semua-semua tu , kitorang gerak balik kampung atuk nenek sebelah mak pulak . Haha . Mesti korang pelik kan sebab sekejapnya kat kampung Layang-layang . Memang setiap tahun pun macam tu , disebabkan jarak kampung mak dengan ayah dekat , maka raya pertama rumah nenek Layang-layang , raya kedua rumah nenek Pontian , raya ketiga rumah nenek Layang-layang , raya keempat rumah nenek Pontian , raya kelima haaa terus balik JB . Hihi . Ala jarak kampung dekat je , lebih kurang 40minit dah boleh sampai . Kan seronok macam tu .
Kitorang balik kampung Pontian pagi-pagi sebab abang mak yang sulung , dah nak balik rumah mak mertua dia kat Melaka , jadi kena laa jumpa kan . Kalau tak , entah bila nak jumpa mintak maaf semua . Kan hari raya ni . Dah laa Wak Rahim tu super busy . Ecehhh sama je macam mak . Oh yeah , sebelum bertolak balik ke kampung Pontian , sempat lagi bergambar depan rumah nenek . Sila scroll ke bawah .
Ok , dah habis bergambar , kitorang gerak ke rumah atuk dan nenek Pontian pulak . Gerak pukul 10.00 am dan sampai pukul 10.40 am . Haa sekejap je kan . Memang best kalau kampung dekat . Tak payah nak gaduh-gaduh kalau balik kampung . Hahaha . Harus laa aku menjejak langkah mak dengan ayah . Bercinta dengan orang dekat-dekat je .
Sampai je kat sana , tengok Wak Rahim dah siap kemas-kemas barang masuk dalam kereta . Kiranya memang dia tunggu kitorang sampai dulu sebelum bertolak balik ke Melaka .
Haa yang korang nampak seluar sebelah kiri ni laa Wak Rahim . Haha . Dia tengah kelam kabut nak salam semua orang masa ni . Aku pulak main snap je gambar . Tak kisah laa angle mana pun . Janji snap sudey .
Meh sini aku cerita adik-beradik mak pulak . Mak ada sembilan orang adik-beradik . Mak anak yang keempat . Ada lima orang lelaki dan empat orang perempuan . Masa aku sampai kat rumah nenek , adik-beradik mak yang ada , no.1 (Wak Rahim), no.3 (Wak Ipah), no.4 (Mak Ani), no.6 (Cik Rin), no.7 (Cik Mimi), no.8 (Cik Alem), no.9 (Cik Aled) .Yang takde masa tu mestilaa no.2 (Wak Imah) dengan no.5 (Cik Ran) kan . No.2 rumah sebelah rumah nenek je pun . Masa tu no.2 ada kat rumah dia laa kan . No.5 pulak masih bekerja . Haha . Padan muka . Bangla je kerja masa hari raya . Sian dia . Wakakaka . Lupa nak bagitahu korang , no.6 bagi duit raya tiga sampul ok!!! Jangan jeles uolls .
Atuk Hj. Busno . Dia comelkan???
Edisi kumpul duit raya .
Kaya gila budak kecik ni! Semua pun nak bagi duit raya kat dia .
Lepas no.1 bertolak balik ke Melaka , kitorang pun borak-borak sambil makan-makan sampai jadi gemuk . Lepas makan masak ramai-ramai untuk makan tengahari pulak . Gila kan lepas makan , masak pulak . Nama pun raya kan . Haruslaa makan , makan , makan dan terus makan .
Rumah atuk dan nenek memang tak putus-putus tetamu yang datang . Sebabnya adik-beradik diorang semua duduk kat JB dan Singapore . Jadinya setiap kali raya , memanglaa atuk sedara dan nenek sedara akan datang rumah atuk dan nenek . Memang tak menang tangan nak melayan . Cehwah macam aku pulak je yang layan kan .
Oh tak lupa jugak , Mu'az dan adik-beradik pun datang beraya tau! Mu'az dengan family sebelah mak memang dah lama kenal . Setiap tahun , Mu'az akan datang beraya kat kampung Pontian . Hihi . Tapi lupa nak snap gambar! Almaklumlaa i busy masa tu . Eh jap , nak bagitahu ni . Mu'az bagi duit raya . Weeee~ suka sangat tau .
Adeh macam panjang pulak cerita raya kedua ni kan . Haa sikit je lagi nak habis ni . Malam pulak , pergi beraya rumah no.2 . Yelaa kan sebelah rumah nenek je kan . Lepas tu pergi raya rumah atuk sedara dan nenek sedara kat sebelah kampung je haa .
Hihi . Malu tau makan tak pandang kiri kanan .
Ni tengah berebut nak minum air . Budak kecik tu boleh tahan wooo .
Candid shoot bebudak tengah mengumpat .
So , inilaa cerita raya kedua! Teruskan membaca cerita raya ketiga pulak .
[Noted : Rasa nak makan meatballs IKEA]
No comments:
Post a Comment