Sep 25, 2010

S.H.Raya Aidilfitri : 3

Cerita raya ketiga pulak , wah badan macam panas . Pegang dahi , pegang leher , eh panas laa . Ini macam kena tidur balik je ni :p . Aku bangun sembahyang subuh pukul 5.30 am ok! Sebab dah dengar atuk mengaji . Lepas tu rasa tak sedap badan . Bila nak tidur balik memang dah takde feel dah . Terus cari panadol nenek punya . Lepas tu sambung tidur balik . Hihi . Sedar-sedar je , atuk tengah menggegarkan seluruh isi rumah yang lena tidur dengan berita Datuk Sosilawati dah dijumpai tapi dikatakan dah mati . Haa kelam kabut masa tu semua orang gosok-gosok mata tengok berita TV1 pukul 7.30 am . Ok family aku ada pertalian saudara dengan Datuk Sosilawati tapi agak jauh laa tapi masih tetap ada pertalian persaudaraan . Ah malas nak cerita pasal ni sebab kes pembunuhan ni masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya . Apa-apa pun aku berharap , yang bersalah tu dikenakan hukuman mati . Al-fatihah .

Ok , sambung cerita . Pagi tu nenek masak nasi lemak! Wah terbaik laa nasi lemak nenek . Dulu nenek berniaga sarapan pagi tau , tu pasal nasi lemak nenek sedap wooo . Terubat jugak laa rindu dengan nasi lemak tu . 

Tengok aaa budak kecik ni , berjam-jam duduk kat meja makan 
sebab nasi lemak nenek sangat sedap woo .

Abang budak kecik diatas hampir tak dapat makan nasi lemak 
tapi nenek masak lagi satu periuk nasi lemak! 
Tu aa siapa suruh bangun lambat .

Lepas dah kenyang mak pun terjerit-jerit lagi kejut Fahmi (ini adik aku) . Sebabnya nak balik kampung Layang-layang semula . Harini ada sukaneka kat sana . Memang setiap tahun pun ada sukaneka . Aku sorang je tak pergi sebab rasa tak sihat , lagipun saja nak duduk rumah atuk nenek Pontian lama-lama sikit . Yela aku kan  pernah duduk dengan atuk nenek tiga tahun woo . Rasa rindu sangat kat kampung ni . 

Tengahari tu pulak , no.7 ajak buat kuih . Haha . Actually dia tak ajak pun , aku je yang rajin nak tolong . Ni haa no.8 suka gila makan cornflake honey yang no.7 tu buat . Jadi kitorang pun projek laa buat kuih tu . Senang je wei . Tapi serius , aku suka makan kuih ni bila no.7 yang buat . Sebab memang betul-betul sedap . Eh untuk korang yang tak tahu no.7 dan no.8 , sila laa rujuk entry sebelum ni . 


Petang pulak , aku dengan makcik dan pakcik yang ada kat rumah pergi beraya kat rumah no.3 . Rumah no. 3 dekat jugak dengan rumah atuk nenek . Kiranya kalau naik kereta 10 minit memang dah sampailaa . Jom tengok apa yang no.3 hidangkan untuk kitorang yang datang .

 Fullamak sup tulang ok!!! Sedap gilossss!

Pehhh no.9 ni makan tak henti babe!

Siap tambah air lagi , sian makcik ni kena tuang air . Hehe .
Ni cousin aku yang sama umur !

Kesian ek , tuan rumah kena duduk tengok tetamu datang . Ish rugi-rugi!

Ok, laa itu saja cerita raya ketiga! Jom ke entry raya keempat pulak .



[Noted : Esok jalan-jalan raya kat KL}




No comments: