Sep 23, 2010

Syurgamu Ramadhan - Tetamu Overseas .

Sabar eh korang . Ada lagi 2 entry episod Syurgamu Ramadhan . Aku akan cuba secepat mungkin habiskan episod ni sebab nak masuk cerita raya pulak . Adeh , macam banyak je lagi nak kena update . Wah macam kerja penting je sampai semangat gila nak update .

Ok , ni cerita buka puasa aku dengan ehem ehem ehem orang Malaysia yang dah berhijrah ke Liverpool . Korang masih ingat lagi tak entry ni? Kalau rasa nak baca balik entry tu sila laa klik di sini . Haamekkk kau dua kali aku link kan entry tu , kalau tak baca jugak tak tahu laa kan . Hihi .

Buka puasa ni memang sangat best dan rasa sedih jugak pun ada . Sebab best , dapat jumpa the whole family members Encik Nazali , especially Adam Nuqman keluaran Liverpool . He's so adorable ok . Rasa macam nak gigit je si Adam tu . Nasib baik bulan puasa kan kan kan . Kalau tak , habislaa pipi Adam . Hummm sebab sedih pulak , ramai yang tak dapat join majlis buka puasa tu . Mana-mana yang duduk KL pun tak dapat nak join , agak sedih disini tapi aku sangat terharu dengan kehadiran Aiman yang datang dari Ipoh dan Muslih dari Kedah semata-mata nak berbuka puasa sesama . Oh ye , tak lupa jugak Mu'az yang memang tak tahu malu untuk memeriahkan majlis berbuka kitorang .




Bestnya ada baby macamni . Yummy yummy .

Apa-apa pun terima kasih kepada geng gemuk yang sentiasa sporting dalam apa jua aktiviti yang dijalankan oleh pihak Erin Entertainment Sdn Bhd . Tanpa korang yang gemuk , maka tiada laa majlis berbuka puasa ni . Bukan apa , kalau takde gemuk-gemuk ni siapa laa yang nak habiskan lauk pauk juadah berbuka puasa haritu kan . Kihkihkih .

Oh ye , secara ringkasnya .... sila lihat dibawah .
Tempat - Rumah lama Encik Nazali .
Menu - Nasi putih , sambal tempe goreng , ayam goreng rempah , ulam-ulaman , sayur nangka masak lemak , sambal udang petai , buah-buahan , dessert - icecream & blackforest cheese cake .
Aktiviti - Buka puasa , sembahnyang maghrib jemaah , sembahyang terawikh jemaah , sesi berbual sambil makan dessert , sambut birthday Fadhil & Ijam .

Sila layan saja gambar dibawah ini , kalau bosan , tak payah tengok ye .


















[Noted : Esok laa baru letak caption gambar . Boleh eh? ]

No comments: