Sep 19, 2010

Syurgamu Ramadhan - Kengkawan Baik!

Haa jangan kutuk please ! Sorry laa korang kalau cerita buka puasa tahun ni update lambat sikit . Jadi takde laa terliur sangat tengok makanan yang enak-enak belaka ! Oh good idea bukan . Hehe . Selamat hari raya korang :))

Ok , Syurgamu Ramadhan kali ni , cerita buka puasa yang ke-11 . Aku plan nak buka puasa dengan kengkawan baik aku versi perempuan . Aduh teringin sangat nak makan Johnny's Steamboat . So , diorang pun semua ok saja melayan , lagipun macam best je kalau makan steamboat , kan portion nye banyak , huh tamak kan? Johnny's ni tak banyak tempat ada , yang pastinya kat Jaya Jusco mesti ada . So untuk memastikan ada tempat kosong untuk buka puasa , aku pun google laa no phone Johnny's kat Jaya Jusco Alpha Angle , dengan harapan boleh booking laa kan tapi hampeh dia kata tak boleh booking via phone . Dah tu apsal letak no phone kat website ? Damn it ! Orang tu bagitahu kalau nak booking kena bayar RM50 or just walk-in je kalau ada tempat kosong . Tapi kalau weekend macamni memang sure punye laa kan takde tempat kosong , semua orang pun malas masak , lepastu nak shopping jugak kan .

So dipendekkan cerita FULL BOOKED ! Arghhh kecewanya bila nampak board tu tulis macam tu . Wuarghhh jom nangis sebab tak dapat makan Johnny's ! So , terus call yang lain-lain tanya macam mana . Eh lupa pulak nak bagitahu korang aku buka dengan siapa kan . Haa , aku buka puasa dengan Anne , Muna & Aina . Teringat zaman belajar dulu , kitorang memang housemate dan selalu buka sama-sama . Ok , sambung balik eh , Anne bagi cadangan makan Pizza Hut kat sebelah carrefour tu . So dengan pantasnya , aku gerak dari Jaya Jusco Alpha Angle ke Pizza Hut . Lepas tu parking pun huru-hara je kan sebab nak cop tempat punya pasal . Tapi alhamdulillah , ada jugak tempat kosong . Banyak pulak tu . Tapi lepas aku masuk je , terus ramai orang .

Adeh macam panjang pulak kan aku cerita , so apa kata aku stop kat sini dan sila laa menikmati gambar yang ada :))


Kalau dah lapar , semua pun nak order tapi berjaya dihabiskan !

Aina .

Anne .

Muna .



[Noted :  Esok kerja !]

No comments: