Dec 7, 2010

Salam maal hijrah 1432H

Sekejap je kan masa berlalu , pejam celik pejam celik , eh eh eh dah tahun baru . Rasa macam baru je semalam nyanyi lagu 1 muharam detik permulaan .... (aaa korang sambung aaa aku lupa dah lirik dia cam mana) . So apa azam korang tahun ni? Aku yakin korang pun macam aku jugak kan , orang lain ada azam , korang pun sibuk nak beria-ia nak berazam . Huhu . So budak-budak kan? Nak cakap banyak pun tak guna , meh sini korang tengok apa azam baru aku ;

1. Aku berharap tahun baru ni , aku akan jadi lebih matang dalam segala-galanya . Maksudnya , nak buat apa sekali pun , kena laa berfikir dengan sebijaknya sebab tahun sebelum ni , tak reti kot nak buat keputusan . 

2. Aku nak jadi orang yang sopan dan dipandang hormat (eh betul ke ayat ni?) . Sebab aku rasa , aku kurang sopan dalam segi percakapan mahupun perbuatan . Orang lain memang cakap aku ni kasar . Ok , aku akan berubah .

3. Aku nak kurangkan marah . Oh yeah itu memang sifat semula jadi , cepat marah . Antara penyebab aku cepat marah , bila bekerja dengan orang yang lembap . Haha . Sebab aku ni jenis buat kerja cepat ok? Haha . Nasib laa siapa yang bekerja dengan aku . So , untuk tidak jadi seorang yang pemarah , please jangan buat aku marah . Boleh?

4. Aku nak jadi kuat ! Kuat dari segi mental . Haha . Dalam brutal-brutal aku ni , kuat nangis dowh . Malu sey nak cakap tapi in reality itu laa aku . Aku boleh tahan kuat nangis tau . Antara perkara-perkara yang boleh buat aku nangis , bila cerita tentang kawan . Haha . Sumpah bongok kan ? Nangis sebab kawan . So kawan-kawan , please don't make me cry anymore !

5. Oh last sekali , aku nak tukar kerja lain . Aku harap ada rezeki kat tempat lain . Bukannya apa , sampai bila kan nak menanggung penderitaan macam ni? Huh ayat ni kena bertapis ni , kalau tak jadi isu pulak . Setiap orang ada target masing-masing kan? So , aku nak cari peluang lain . Haha . 




[Noted : Aku dah buat sorang kawan aku kecik ati , camne?]

2 comments:

Md Fuad Safian said...

selmat menyambut maal hijrah... semoga apa yang diazamkan dpt dilaksanakan... =D

Erin said...

Fuad - Thanks . Mudah-mudahan dapat dilaksanakan semuanya :)