Sep 6, 2010

Syurgamu Ramadhan - Kengkawan Baik Mu'az

Hai selamat pagi semua . Sekarang ni kalau korang tengok tajuk album baru kat facebook Syurgamu Ramadhan , kat blog pun sama jugak . Yela tengah kemaruk kan tengok cerita tu . Menanges teresak-esak tengok cerita tu wei . Macam boleh batal puasa je kan nanges sampai macam tu sekali . Memang menusuk-nusuk dikalbu laa cerita tu . So sesiapa yang belum tengok cerita tu , korang boleh laa tengok kat website www.tv3.com.my . Cett macam promote TV3 je laa pulak aku ni . Dah laa sekarang tengah kecoh pasal iklan yang kontroversi tu kan . Tapi takpe laa , masing-masing pun ada pendapat tersendiri . Lagipun Syurgamu Ramadhan ni takde kaitan pun dengan iklan raya tu . Malah cerita ni banyak bagi aku kesedaran tentang ikatan kekeluargaan dan kemaafan . Wah insaf ~ 

Oh ok , aku bukan nak promote Syurgamu Ramadhan tapi nak cerita pasal majlis berbuka puasa yang aku attend sepanjang bulan puasa ni . Hihi . Kunun-kununnya macam malas nak update kat blog tapi memandangkan esok last aku kerja sebelum bercuti raya , apa salahnya mengisi ruang yang ada dengan update blog . Haha . Itu namanya curi tulang waktu kerja . Isk isk isk T_T ...

Mula-mula sekali nak update berbuka puasa dengan kengkawan baik Mu'az . Ni berbuka puasa yang ke-5 dan kebetulan aku balik JB masa tu , so join jelaa Mu'az dan kengkawan baiknya berbuka puasa . Oh Mu'az pun ada kengkawan baik jugak ye . Haha . Tapi kengkawan baik dia memang stock bebudak baik . Tak macam gang gemuk aku yang macam-macam punya perangai pelik . 

Memula Mu'az kata nak berbuka puasa kat Anjung Warisan tapi last minute tukar plan berbuka kat JB Catering . Seperti biasa kalau bulan puasa , semua tempat pun buat buffet . Buffet ni berharga RM24 . Fuh murah gila kan . Menu pun boleh tahan banyak . Nasi arab , nasi berlauk , western food , laksa , pasembor , kambing golek , dessert buah-buahan , air pelbagai warna dan banyak lagi . Tak larat nak menaip . Kitorang berbuka ber-enam saja ; Radh , Aida , Mayus , Wanchah  serta Mu'az dan girlfriendnya . Hihi aku laa tu :) 

Ok rating tempat makan ni aku bagi 7/10 laa sebabnya senang je ... pelbagai jenis makanan . Itu je . Tentang kesedapan tu , haish biasa je laa kot . Hihi . 

Nafsu makan yang tak dapat dibendung .

Ni baru first round . Round berikutnya tak sempat nak snap . Tak larat wooo .

Radhiah , bakal pengantin bulan Oktober .

Aida , bakal pengantin bulan December ni . 

Mayus , bakal habis belajar akhir tahun ni . Hihi . 
Semua pun nak bakalkan...

Oh yeah gambar Mu'az dan pasangan takde laa pulak . Low profile kot :p


[Noted : Adeh banyaknya nak kena update cerita buka pose]

2 comments:

masrahman said...

radhiah ni dak serting eh ?
ke dak uia ek ;)

masrahman said...

radhiah ni dak serting eh ?
ke dak uia ek ;)