Jun 4, 2010

Review movie - LBS



Buat pertama kalinya aku nak men-review movie . Sesaja nak menambahkan bahan bacaan korang . Ok , semalam 3 Jun 2010 , Lagenda Budak Setan atau nama singkatannya LBS , huh dah macam GBS laa pulak Geng Bas Sekolah  tu ditayangkan . Aku pun sibuk nak tengok cerita ni jugak , memandangkan pelakon dia macam best . Yelaa Farid Kamil tu yang berlakon . Hehe . Harap Kak Fazi tak jeles . Ok, kitorang ber-10 pun pergilaa tengok LBS kat Times Square dan tiket pukul 9.30 malam .

Mari terus men-review . Aku rasa semua orang pun tahu , LBS ni adalah diambil dari sebuah novel karya Ahadiat Akashah . Kalau bebudak zaman sekarang ni mungkin tak kenal siapa dia , tapi kalau zaman aku dan  zaman sebelumnya , sure punyalaa kenal . Banyak jugak karya Ahadiat Akashah yang sempat aku baca . Cett sempat? Aku sangat malas nak membaca sebenarnya . Tapi memandangkan zaman tu tengah zaman baca novel , tak cool laa kalau aku tak baca kan? Jadi haruslaa baca . Ooo ye , aku pun tak pasti sama ada aku ada baca LBS ke tak . Dah lama sangat kot .

Pelakon-pelakon LBS , Farid Kamil (Kashah) , Lisa Suriani (Ayu) , Que Haidar (Azmi) , Shikin Kamal (Ayu 2) dan Raja Farah (Suzana) . Haa yang lelain tu aku malas pulak nak cerita . Kita ambil yang penting-penting saja ye . Oooo tak lupa jugak , ada pelakon tambahan , Fadli Rahman . Ni kawan aku ni . Haha . Gila promote . Ok berbalik kepada LBS ni , secara ringkasnya , cerita ni memula je best . Tapi bila sampai part muka Lisa Suriani hancur sebab accident tu , lepas tu terus buat plastic surgery , terus je Lisa Suriani jadi lain . Maksudnya pelakon bertukar jadi Shikin Kamal . Aiyooooo terus hilang feel laa nak tengok . Sebab aku tengok Shikin Kamal ngan Farid Kamil  tu macam tak sepadan laa . Start dari tu , aku dah mengantuk dan mula membebel dengan Azral . Tapi bila Fazura muncul , ada feel balik tapi macam sekejap sangat pulak part dia berlakon . Al-maklumlah ni baru LBS bahagian satu . Sebab ada sambungannya lagi . Aku rasa yang sambungan tu aku nak tengok DVD je laa . Bosan kot . Lagi satu , ayat-ayat yang digunakan dalam LBS ni terlalu skema laa wei . Nak termuntah aku dengar . Rasa macam dialog LBS terlalu ikut sangat ngan novel tu . Rating untuk LBS ni , aku bagi 5.5/10 . Sorry laa ye Farid Kamil . Tapi i tetap suka tengok u berlakon tau .



Kak Ill & Kak N .


Kak Azy & The Erin .


Makan time di Wendy's .


Kami ber-sepuluh :)


[Noted : Ok , kejap lagi pukul 1130am 
ada Mr. Gupta farewell ]

6 comments:

pink addicted said...

haha..betol..LBS cam pe jek..slow2..skema2...nasib de farid kamil...ak busan jek rse...

eriezreen said...

Sedih tu memang laa sedih . Tapi jalan cerita terlalu laju , cepat sangat si Lisa tu nak jatuh cinta ngan Farid Kamil . Part diorang bercinta tu memang best laa . Rasa macam aku masuk dalam cerita tu . Wakakaka .

TeRRoRRiZZ said...

wow..
komen berbeza dari yang slalu dengar....
heheheheh...

Hidayah Ismawi said...

totally agree with most of your review.. my friends and I went for the 12.15pm show (semangat giler, padahal frist time tengom citer melayu kat cinema)..

If you're interested, my review:http://thehidayahstory.blogspot.com/2010/06/lagenda-budak-setan-my-first-malay.html

eriezreen said...

TeRRoRRiZZ - Hehe . Haruslaa ada komen yang menyokong dan membantah . Kena laa jugak support filem Malaysia . Tengok poster macam best tapi bila tengok cerita dia , agak hambar . Memula je best , pastu dah semakin hambar .

Hidayah Ismawi - Tu laa pasal . Kununnya nak support filem Melayu tapi hampeh je kan . Takpe laa kan , kita boleh buat eye therapy jek laa sebab ada Farid Kamil . Hehe .

pink addicted said...

tol..cite die cepat sgt
xde klimaks..
alih2 jatuh cinta..
ble ckp penah tido ngan X
xmarah langsung
muke xbrubah langsung
cam da tau org tu da tdo ngan org len
huhu