Jun 24, 2010

Makan-makan kat FLAMING

Hai korang , aku update blog kat office ni wei . Heavennya , boss besar , boss sederhana besar dan boss kecik semuanya takde . Lagipun , aku tengah tak banyak kerja ni . Kerja semua dah settled ! (yeke?) . 

Mari sini aku nak share dengan korang tempat makan best . Ni kalau korang nak tahu , cerita ni bulan Ogos tahun lepas punya . Dah basi dah pun tapi memandangkan aku ni sangat laa baik hati , aku nak share laa jugak dengan korang . Rancangan makan-makan kali ni yang aku nak cerita pasal makan steamboat . Apa itu steamboat? Boat yang di stim kan? Ooo no no no . Tu haa yang boleh masak-masak dalam periuk . Sedap wei . 

Seperti biasa , program makan-makan aku ni mesti diiringi kengkawan kat office . Diorang ni super kuat makan tapi takpe semuanya badan pun boleh tahan comel ok , bukan chubby tau . Kitorang lepas makan bersukan , lepas bersukan sambung balik makan . Kena laa seimbang kan , kalau tak nanti badan macam tong deramm ok !!! Eh haaa , kat mana nak cari tempat makan steamboat yang best , sila laa ke Flaming . Kat mana Flaming ? Kedai ni dekat dengan Sunway Pyramid tapi ingat ye , bukan dalam Sunway Pyramid tapi dekat luar ye . Seperti biasa , aku tak berapa ingat sangat direction tapi apa yang boleh aku tolong korang , macam ni ye , kedai Flaming ni dekat dengan Esso . Tak silap aku laa kan . Lepas tu , kedai ni memang terletak dekat kawasan kedai-kedai . Lagi satu , kalau dah susah sangat , mmmm haa korang perasan kan , yang bentuk pyramid tu kan , ok , pastikan yang bentuk pyramid tu belah kiri korang , lepas tu jalan depan sikit je , lepas tu lagi korang akan nampak kawasan kedai-kedai , haaa kat situ laa Flaming .

Apa yang menarik dengan Flaming ni kan , korang boleh makan apa saja yang korang nak makan dengan harga RM 19.90 . Sebabnya ..... buffet ! Makan laa sepuas-puasnya ok tapi jangan laa tamak dan membazir .  Macam-macam benda korang boleh makan , bukan setakat steamboat je , tapi ada nasi , mee , ayam goreng , dan dessert yang sedap (aiskrim  yang mahal dan bukan nya yang murah ok) . Flaming ni dibuka pada jam 6.00 pm - 2.00 am . Pehhhh memang sesuai laa tu masa dia bukak . Yelaa mana feel wei kalau makan steamboat tengahari buta . Ok , memandangkan harga buffet pun murah ,  sudah pasti memang ramai yang berpusu-pusu datang nak makan , so sebelum korang dikecewakan tak dapat makan , apa kata korang booking dulu ye . Jadi takdelaa kempunan nak makan . Ooo ye , no phone 03-56336820 . Selamat mencuba ;))) 

(Alamak , aku tengah pakai kemeja & 
tudung yang sama masa update blog ni)


Terror kan masak?


Dedua ni pemalas , orang lain sibuk masak , 
diorang sibuk posing .


Sorry sebab gegar ;p



Mmmmm sedapnya :)))



[Noted : Next updates makan-makan kat Baryani Pak Anjang]

1 comment:

Mr. Deen said...

Wah macam sedap. Tapi nak tanya la.. kat situ halal ke? Kalau halal apa faktornya ye?