Jun 8, 2010

Review movie - Killers


Hari sabtu , pepagi lagi Amir dah sms aku tanya apa plan for today (hari Sabtu) . Aku yang mamai baru bangun tidur , terus call Muna , ajak dia pergi beli hadiah kahwin untuk  Hidayah seperti entry sebelum ni . Muna pun on sahaja . So terus sms Amir , cakap nak pergi beli hadiah , dia pun nak ikut jugak . Jadi kitorang pun berjanji jumpa kat Wangsa Walk dalam pukul 3.00 pm macam tu laa kan . Sampai je Wangsa Walk , aku ngan Amir pergi melantak berdua kat Subway sementara tunggu Muna dan Chuck sampai . Muna tengah jumpa kawan lama dia dan Chuck masa tu teman makcik dia shopping kat Sogo haa . Baik gila mamat ni . 

Dekat sejam cari hadiah kat Wangsa Walk macam tak jumpa , aku pun ajak laa diorang pergi cari hadiah kat Jaya Jusco . Sebab aku rasa kat situ macam lagi banyak pilihan . Sampai je kat Jaya Jusco , jumpa Chuck , Ijam ngan Myra sekali .  So , kitorang pun jenjalan dan dapat beli hadiah . Aku sempat jugak beli hadiah untuk Fahmi ngan Shikin jugak . Oooo ye lupa pulak nak cakap , Amir ajak tengok movie Prince of Persia tapi kannnnn aku ngan Chuck dah tengok dah . So, aku ngan Chuck cuba memujuk Amir tengok movie lain . Dan akhirnya , Amir pun on saja . Lepas beli hadiah tu , kitorang minum-minum kat NZ sampai laa pukul 9.00 pm sementara tunggu Muna tengah pack baju untuk tidur kat rumah aku , Chuck yang kena ambil adik comel dia kat Putra LRT dan Ijam yang tengah hantar kekasihnya balik ke rumah .


Movie Killers start pukul 9.50 pm tapi kitorang pergi beli tiket 9.30 pm . So seat yang kitorang dapat duduk amek kau 2 barisan dari depan skrin . Korang bayangkan laa eh betapa dekatnya Ashton Kutcher ngan aku . Pehhh , memang terliur sey tengok dia . Tapi kannnn sakit gila tengkuk aku haaa . Haishhhh jom laa terus review Killers . Pelakon utama Ashton Kutcher yang super hot tu ngan Katherin Heigl yang agak cute gitu . Killers ni cerita pasal Spencer (Ashton Kutcher) , pembunuh upahan yang profesional gila . Dia ni takde mak ayah dan senang kata orang susah dan hidup sebatang kara . Masa dia belajar kat Universiti , ada seorang ni , mmm senang kata boss Spencer ambil Spencer untuk jadi pembunuh upahan dan bagi gaji yang lumayan . Yelaa lagipun dia kan orang susah . So dia pun terima . Sampai laa orang yang ke-14 dia nak bunuh tu dia jumpa dengan Jen Kornfeldt kat tempat bercuti .Masa tu laaa Spencer jatuh cinta dengan Jen Kornfeldt dan terus kahwin tapi tu laa kan Spencer tak bagitahu pun yang dia bekerja sebagai pembunuh sebab dia memang nak berhenti jadi pembunuh dan tak nak dah jumpa lagi dah dengan boss dia .

Lepas 3 tahun kahwin , boss Spencer call dia dan suruh pergi jumpa kat hotel apa entah aku pun dah lupa . Tapi dia tak pergi sebab masa tu birthday dia . Si Jen ada buat kejutan birthday party . So , sejak dari hari tu , ramai laa orang termasuk jiran tetangga , kawan-kawan Jen , kawan tempat kerja Spencer semuanya nak bunuh Spencer . Nak tahu sebab apa ? Sebab ada orang offer kat diorang semua , kalau dapat bunuh Spencer , diorang akan dapat 2 juta . Haa tu yang memasing berebut nak bunuh . Part ni memang kelakar gila kot . Mmmm masa ni jugak laa baru Jen tahu rupa-rupanya Spencer pembunuh tapi Spencer sangat romantik ok , dia cakap laa dia dah berhenti buat semua ni sebab dia jatuh cinta dengan Jen . Tapi korang tahu je laa kan , kalau sekarang baru tahu semua ni , of course laa Jen mengamuk . So Spencer pun cerita laa semuanya sampai laa Jen rasa confident dengan suami dia ni haa . Masa sibuk-sibuk tengah nak lari dari semua orang yang nak bunuh Spencer , Jen pulak mengandung . Hehe . Jadi kalau nak tahu cerita selanjutnya , korang pergilaa tengok eh . Cerita ni sangat best sebab ada action dan comedy . Ditambah pulak dengan Ashton Kutcher yang handsome tu . Aku bagi rating cerita ni 9.8/10 . Hehehe . 


[Noted : Bila laa nak gaji ni ? ]

No comments: