Jun 7, 2010

Cerita Kahwin - Hidayah & Azimi


Pak pak keboom , pak pak kebooommmm , pak pakkkkkk booommmm ! Huh penat aku berkompang . Ok , semalam bersamaan 6 Jun 2010 , seorang lagi classmate masa zaman universiti aku menamatkan zaman bujang . Eh sebenarnya dua orang , tapi mari aku review yang sorang ni dulu ye .

Aku sangat terkejut laa jugak bila kawan aku yang sorang ni jemput kahwin . Mana taknya , dulu kat kelas , dia ni senyap je wei . Tapi tu laa yang senyap-senyap ni laa dah merancang nak kawen . Yang kepoh , yang memekak , yang bising dalam kelas , tak jugak tunang-tunang ke kan apatah lagi kahwin . Apa-apa pun , tahniah buat Hidayah & Azimi (ni baru aku tahu nama suami dia) . Dengar khabar suami Hidayah ni , tua setahun dari dia . Ecehhh nak jugak bagitahu . 

Apa yang seronok tentang kenduri kahwin kali ni , of course laa nak meraikan hari bahagia pengantin , tak lupa jugak jumpa kengkawan lama . Pehhhh terubat jugak rindu kat semua orang . Yeke ? Yela dari lepas konvo sampai sekarang ni laa baru dapat jumpa kengkawan yang jejauh . Masing-masing semua dah dewasa . Hehe . Mana yang dulu comot , sekarang sudah cantik , mana yang dulu kurus , sekarang dah macam mak orang , mana yang dulu gemuk , semakin gemuk pulak aku tengok . Eheee~ 

Kenduri kahwin ni berlangsung kat Melaka . So , memandangkan ramai yang dah kerja kat KL , aku sebagai GPS diorang setting kan time untuk berkonvoi . Gang konvoi dari KL ada laa 7 biji kereta yang semuanya padat dengan penumpang . Yang dari Johor , Melaka pun ada jugak datang . Nak tahu siapa je yang ada , korang boleh je tengok gambar-gambar terpilih kat bawah ni . Masa haritu aku tak banyak sangat ambil gambar sebab korang bayangkan laa eh , dah laa panas , lepas tu kan aku pakai heels 3 inch . Ada kang yang terjatuh terbongkang kat majlis kang . Malu laaa i ~ Jadinya , gambar pun ambil main-main je . Lagipun , photographer dari Kedah pun ada kan . Hehe . Muslih punya kamera best woooooo~ Beg kamera dia bukan main besauuuuuu lagi , dah macam beg ekslusif pergi office haa .

Gerak ke Melaka dalam pukul 11.20 am dari Tol Sungai Besi dan sampai kat Tol Simpang Ampat dalam 12.30 pm . Woweeeee laju kan Lancer aku . Sangat laju ok , kalah kereta Budin yang mahal tu . Ok , aku kan GPS diorang semua , makanya kereta aku laa paling depan . Fuhhh susah jugak eh berkonvoi ni , sebabnya aku kena tunggu lagi 6 biji kereta kat belakang tu . Dah laa Melaka banyak traffic light , kenkadang tu belum kuning , aku dah berhenti dulu dah . Yelaa kang tak pasal-pasal yang lain-lain tertinggal . Tapi sebagai GPS yang baik , aku bawak kereta tu dengan kelajuan 40km/j . Baik kan ? Sebenarnya aku jadi GPS ni pun sebab rumah Hidayah dekat jek haa dengan rumah pakcik aku . So , boleh laa belagak macam tahu jalan . Hehe . Sampai kat rumah pengantin tepat jam 1.30 pm . Fuhhhhh panas wei . Peluh menitik-nitik . Sesampainya konvoi dari KL , sampai laa jugak konvoi dari Johor dan Melaka . Woweeee semua bersalam-salam sambil gossip-gossip . Biasa laa lama tak jumpa , so banyak jugak gossip yang tak diupdate kan .

Memasing pun kebulur macam aku , so makan-makan laa dulu sementara tunggu pengantin bersanding . Bila dah habis makan , bergambar laa pulak dengan pengantin baru . Haa amek kau , penuh satu pelamin . Mesti Hidayah gembira tengok kengkawan ramai yang datang . Dalam 3.30 pm , kitorang pun beransur pulang , tapi diorang semua ajak jenjalan ke bandar Melaka , so aku pun dapat idea nak minum cendol kat depan bangunan merah tu . Diorang pun on je laa walaupun memasing muka letih gila kot . Lepas minum cendol , jenjalan laa jugak kat kedai yang ada kat bangunan merah tu . Ada laa jugak aku membeli-belah walaupun gaji tak masuk . Haha . Lepas tu , ada sesi ambil gambar dengan haiwan-haiwan yang menggelikan . Masa ni laa yang paling best . Havoc gila wei . Disebabkan kitorang yang havoc , ramai gila yang datang nak ambil gambar jugak . 

Tepat pukul 6.00 pm , kitorang gerak balik dan seperti yang dijangka jammed gila kat highway tu haaa . Tapi masa balik tu , aku dah tak drive dah . Dah collapse . Penat sangat , lepas tu perut aku meragam semacam . Masa tu aku memang suspect gastrik laa kan . Dalam perjalanan tu , kitorang berhenti kat RNR Seremban untuk makan . Gila kau , penuh , sesak , ramai gila orang ! Dan semuanya pakai baju kurung . Sah laa ni baru balik kenduri kahwin . Lepas semua makan , sambung perjalanan balik ke KL . Sampai KL dalam pukul 10.00 pm kot . Aku pun tak perasan sangat , sebab aku dah terbaring dah kat belakang menahan sakit perut . Lepas hantar Aina , Muna , Amir dan akhir sekali aku balik rumah dengan Raihan . Sebab Raihan park kereta kat rumah aku . Aku tengok jam dah pukul 11.30 pm . Wahhhh letihnya . So , itu laa cerita kenduri kahwin semalam ! 

Cantiknya Hidayah .

Raihan si gigi besi .

Chuck si kacak .

Sesi berbual sambil mengumpat . 
Tengok muka Muna yang super kepoh :)

Suehaida & Raihan .
Dedua renek je , entah bila nak meninggi .

Suhada & encik tunang .
Next year diorang ni kahwin :)

Erin & Hadie .
Aku suka ambil gambar dengan dia 
sebab dia abang .

Erin & Muna .

Suehaida & Erin .
Masa ni minum kat cendol tu haa .

The girls . Ini pun ramai yang dah balik .

Mari pulang :)

I loike !


Alamak , terlupa pulak nak cerita wedding classmate aku yang sorang lagi . Jap eh . Mmmmm sebenarnya Fahmi pun kahwin semalam jugak . Tapi tu belah isteri dia . Tempat dia akhir bulan ni , so nantikan update cerita kahwin dia pulak ye . 

[Noted : Hari ni aku kerja 2 1/2 jam je 
sebab food poisoning ]

No comments: