Jun 20, 2010

Jenjalan - Ke Penang . Wehuuuuu~

Hoi hoi hoi orang kampung , cheq baru balik dari Penang minggu lepeh . Cheq suka gila . Mai dengar sini , cheq nak ceghrite . (Betul ke loghat Penang aku ni ? Aku hentam saja wei . Harap orang Penang yang baca The Erin tak marah kat cheq ) . Minggu lepas bersamaan hari Jumaat malam sampailaa Ahad petang (11 Jun - 13 Jun), aku ber-vacation di Penang dan berkenduri kahwin di Kedah (sila rujuk entry ini) . Dah alang-alang pergi tengok Kak Etty kahwin , terus menyeluk pekasam sehingga ke pengkal lengan . Apa lagi , ke Penang laa jawabnya . Seronok sehingga speechless ni . Kalau takde kakak dan abang itu , maka tidaklah saya ke Penang . Mak saya super garang dan tak bagi pergi punya . Hadoi laa mak , saya sudah besauuuuu ni . Entah laa bila nak bagi saya bergerak secara bebas tanpa adengan merajuk tak dapat pergi ke somewhere . Seperti entry yang sebelum ini , ala yang testing testing testing :) tu , aku dah bagi sajian sekeping gambar masa kat Penang kan ? Kan ? Kan ? So kali ni aku nak cerita dan share tempat-tempat menarik yang kitorang dah pergi . Tapi kan , banyak tempat yang menarik tak dapat pergi sebab kesuntukan masa dan masa mencemburui aku . Haha .

Hari Pertama ;

Malam jumaat kitorang gerak dari KL tepat jam 9.30 pm . Naik Avanza ok ! Korang tahu tak apa tu Avanza ? Sila google . Avanza ini ditaja oleh Kak Fazi . Eh jap , aku dah cerita belum dengan siapa aku ke sana ? Meh sini lagi sekali aku bagitahu eh . Kitorang ber-enam , lima dah besar dan sorang je yang kecik lagi (aku laa tu ;p) . Yang lima tu , Kak Fazi , Kak Zura , Kak N , Abg Azral dan Abg Fuad (nak muntah hijau aku type) . Sampai kat Tune Hotel (tempat penginapan kitorang yang ditempah atas nama Kak Ill) tepat pukul 2.30 am . Mengantuk gila ok . 


Pose dioffice tercinta (baru lepas mandi ni ;p)


Hari Kedua ;

Pepagi lagi dah kena bersiap sedia nak ke Alor Setar . Kan nak pergi kenduri kahwin Kak Etty kan . Sebelum pergi ke sana , kitorang sempat bersarapan di Pelita (macam mamak jugak laa ni) .

Sarapan di Pelita ;)
Muka memasing mengantuk lagi ni .

Kitorang teruskan perjalanan dari Penang ke Alor Setar pulak . Perjalanan yang best gila sebab naik feri . Hahaha . Ini first time aku naik feri . Ni kena tunjuk ni kat mak aku . Naik feri ni sebenarnya nak shortcut jalan . Kalau tak naik feri , korang boleh laa lalu Jambatan Pulau Pinang tu . Tapi kalau dah sampai sini , haruslaa rasa dua-dua sekali . Betul tak ?


Peduli apa kan , posing je laa selagi mana yang boleh ;p

Cerita kenduri kahwin Kak Etty , sila rujuk di entry ni . Ingat tak aku cerita dalam entry Kak Etty yang kitorang ada projek baik punya lepas kenduri tu . Nak tahu kitorang ke mana ? Jeng jeng jeng . Dengan khidmat bantuan GPS Kak Fazi dan driver yang maha dasyat , sampailaa ke Lata Bukit Hijau . Hameekkkk kau , dekat 3 jam jugak nak sampai . Sampai sana pulak hujan , hameekkkkk kau lagi sekali . Lepas tu tengok signboard pulak pukul 6.00 pm dah tutup , hameekkkk kau lagi lagi dan lagi (maknanya lagi 30 minit je boleh mandi pfttttt !). Tapi layan je laa , dah sampai kan , mandi je laa walaupun air dia masyallah punya laaa jernih (tipu ni ;p) . Dah puas mandi dan berkubang macam kerbau , baru laa memasing naik ke daratan .

Lata Bukit Hijau (tang mana lata nya pun tak tahu laa) .

Agenda seterusnya pulak , makan mee udang di Sungai Dua ok , bukan batu dua ;p . Masa ni memasing dah kebulur kot . Yelaa dah mandi air terjun memang confirm laa lapar . Kitorang semua makan mee udang galah . Tapi aku tak makan udang pun , allergy wei , ada kang bibir macam Angelina Jolie pulak . 

Mee Udang yummy yummy .

Memasing dah kenyang . Blurpppp ~

Mee Udang Pak Ngah ;)
(pelik laa pulak tengok nama kedai dia, Aziz Mee Pak Ngah ?)

Sesudahnya kenyang , kitorang pun sambung perjalanan ke Batu Ferringhi pulak . Kat sini ada jual macam-macam barangan , macam uptown jugak laa gayanya . Tapi sebelum kitorang shopping kat sini , sempatlaa singgah ke Hard Rock Penang . Itu pun dah dekat pukul 11.00 pm jugak laa , so souvenir shop pun dah tutup , kalau tak , boleh laa aku beli pape kan . Tapi takpe, woweeeee ~ aku dah sampai (siap tumpang toilet lagi wei ;p) . Entah bila laa dapat duduk kat hotel ni kan . Kasi letak kat JB satu laaa , boleh laa aku cuba tidur kat situ .

We rock at Hard Rock Penang !


"Welcome back my friends , the show that never ends...."


Batu Ferringhi .

Hari Ketiga ;

Hari ni lagi awal kena bangun sebab nak kena gerak balik KL . Lagipun nak kena gerak paling lambat pun pukul 11.00 pm . So , maknanya pukul 11.00 pm tu dah keluar dari Penang . Lepas check-out kat Tune Hotel , kitorang pun terus ke bandar Penang (aku pun tak sure apa nama tempat tu , geografi fail ok !) . 



Tune Hotel Downtown Penang ;)

Perjalanan kami dimulakan dengan meletak Avanza ditepi jalan ikut suka hati . Haha . Nasiblaa kan , nama pun tourist , haruslaa tak tahu nak parking mana kan . Ok , kitorang sarapan di Nasi Kandar Line Clear ! Aku rasa nasi kandar ni memang popular gila kot sebab ada satu sudut ruangan gambar ni , dah ramai orang terkenal kat Malaysia tak kira laa artis , sasterawan , menteri dan tak lupa jugak wakil SGEDT yang dah sampai kat sini . Kedai dia sungguh simple dan korang kalau duduk kat belakang tu kan , korang akan nampak pemandangan yang sungguh cantik (tipu lagi sekali ;p) . Ahhh tak kisah laa pemandangan dia macam mana pun , yang penting sodaaaaaappppp wei ~ Masa tengah makan tu jugak , tetiba je ada rancangan tv RTM datang shooting . Jadi kalau nampak muka kitorang kat tv lepas ni jangan laa terkejut ye . Hihi .

Omg 24 hours ? 
Baru perasan . Patutlaa periuk nasi dia besauuuu .


Line Clear best !

Dah kenyang makan nasi kandar , kitorang jenjalan kat situ . Eh bukan jenjalan laa , tapi shopping jeruk , baju , key chain dan macam-macam lagi untuk dibawa pulang ke KL .

Lepas shopping di kedai-kedai sepanjang jalan .

Jeruk ;)

Amboi shopping ~

Minyak untuk sakit perut .

Dah puas shopping dan sampai tak cukup tangan , kitorang pun bergegas bergerak . Tapi sempat jugak singgah ambil gambar kat bawah ni . Cantik gila view ! Nampak jambatan Pulau Pinang .

Geng sunglass ;)))

Ok , sampai disini saja laa cerita Penang aku . So , bye !


[Noted : Next entry aku akan update pasal Bukit Tinggi pulak ;p ]

No comments: