Jun 18, 2010

Facebook ooo facebook .


Facebook ? Fesbuk ? FB ? Ikut suka korang laa nak sebut macam mana pun . Aku pun tak pasti sangat apa tu facebook tapi facebook ni kalau tak buka satu hari , mahu meroyan jugak laa . Hahaha . Aku tertarik nak men-review pasal facebook ni sebab sekarang ni dah jadi trend baru . Pendek kata kalau korang takde facebook , nampaknya korang ni memang tak up-to-date laa wei . Alamak , mak ayah wa takde facebook laa pulak . Takpe , kang aku suruh diorang buat laa .

Ok , baru-baru ni aku ada terbaca pasal facebook dalam surat khabar berita harian . Apa yang penulis tu sampaikan pada pembaca macam aku ni memang jelas sekali . Maksud aku , aku faham laa apa yang dia cakap tu dan setiap apa yang dia cakap memang betul laa sebab aaaaa aku pun dah lupa . Korang bacalaa sendiri kat surat khabar Berita Harian (hari Selasa 15 Jun 2010) . Hehe .

Hubungan aku dengan facebook terjalin dah 3 tahun , maknanya dari tahun 2007 lagi laa aku dah ber-facebook . Geli pula type macam ni . Dan masa tu , semua orang sibuk main Friendster dengan Myspace . Kiranya aku maju setapak kedepan jugak laa . Ok , ni puji diri sendiri ;p . Haa masa tu jugak , Mu'az share account dengan aku . Tapi sekarang dah takde nya nak share . Susah laa kan kalau share , kang message dia dengan perempuan lain , pastu aku terbaca , kang terus jadi duda pulak si Mu'az . Cetttttt podah . Meh sini kita tengok apa yang bestnya dan apa yang tak bestnya ber-facebook ni .

Yang bestnya ;

Korang boleh laa cari kawan-kawan lama masa sekolah rendah ke menengah ke matrik ke PLKN ke universiti ke jiran sebelah rumah lama ke kan . Baru -baru ni , aku terjumpa cikgu BM aku masa aku form 1 lagi . Dengan bangganya aku add dia , lepas tu tulis kat wall dia , "Hye cikgu , kenal saya lagi ke tak? " Lepas tu cikgu pun reply , dia kenal aku . Wehuuuu bangga siut . Terima kasih eh cikgu Siti Zaleha sebab ingat saya lagi walaupun BM saya tak pernah dapat A masa tu . Bagus facebook ni sebab semua pun letak nama penuh . So , senang laa nak cari kawan-kawan lama ni . Aku pun letak nama penuh. Sesiapa yang kenal aku , lepas tu nak add , aku akan accept . Tapi kalau agak-agak macam tak kenal , tak payah laa add eh . Hahaha . Sebab aku dah banyak reject friend request entah sesiapa je nak add aku . Cettt kunun macam glamour laa kan .



Korang boleh upload gambar 200 keping dalam satu album . Hamekkk kau . Best kan ? Kalau korang nak tahu , setakat 3 tahun aku ber-FB ni , aku dah ada 47 album dan 1 album profile pictures yang terbaekkkkk  . Ada baiknya korang upload gambar kat FB ni , sebab mana laa tahu tiba-tiba external hard disk ke laptop ke pendrive ke kamera ke yang hilang . Dah menangis meraung-raung sebab tak dapat tengok lagi gambar-gambar tu semua . Aku dah pernah ada pengalaman laptop dengan kamera sekaligus hilang . Tak ke bodoh pencuri tu . Nak curi tu amek satu je dah laa . Bangang! Iskk emo pulak eh ;p


Selain tu jugak , korang boleh tagged siapa kat dalam gambar tu . So , kawan-kawan FB korang yang lain boleh laa jugak kenal siapa kawan-kawan korang . Mana laa tahu , kawan-kawan korang tu pun sebenarnya kawan kepada kawan-kawan korang jugak . Hadoi pening pulak aku type ni . Harap korang paham apa yang
aku cuba sampaikan .


Facebook jugak best sangat-sangat sebab ada ruang either korang single ke married with ke in relationship with ke engaged with ke tak pun it's complicated . Jadi , dari sini laa senang aku nak usha mamat yang handsome kat FB ada girlfriend ke tak kan . Kalau tak , hadoi berangan sorang-sorang jelaaa nanti . Hihi . Lepas tu status ni jugak laa mengundang gossip-gossip hangat . Mana tak nya , kalau korang memula in relationship with dot dot dot , lepas tu tetiba je single . Haa confirm laa beratus-ratus komen . Dan ada jugak saja nak buat gimmick , kunun macam nak dapat publisiti , biar orang lain komen . Haha . Tapi buat masa ni , i dah berpunya laa . Hahaha . 


Oooo ye kat ruang information ni pulak , korang boleh laa jugak show off kan siapa parents , siblings , children , birthday , hometown , website dan ikut suka korang laa nak letak apa . Macam aku ni , aku letak siblings je laa , al-maklumlah mak aku tak main facebook wei  tapi mak mertua aku ada facebook ;p . Lepas tu , korang pun boleh tengok birthday aku bila . Siap ada tahun lagi . Ada sesetengah orang , tahun tu diorang tak letak pun . Biasa laa umur ni perkara sensitif . Boleh jadi gaduh kalau tanya pasal umur . Percaya laa cakap aku . Korang pun sekarang dah tahu kan berapa umur aku . Muda lagi wei . Baru nak masuk 24 tahun bulan Julai nanti . Sila laa kumpul duit dari sekarang ye , untuk hadiah aku . ;p Lagi satu , korang pun boleh tahu berapa orang adik-beradik aku sekarang ni , si Kipas Oked (bukan nama sebenar) , Redha Fahmi (nama sebenar) dan Redha Frederique II (bukan nama sebenar jugak) . Entah pape je letak bukan nama sebenar . 

Lepas tu kan , aku boleh tengok jugak perkembangan kawan-kawan aku . Especially yang jauh nun jauh disana . Aku boleh tengok dia sekarang makin cantik ke gemuk ke kurus ke kan . Sekarang nak SMS ke call macam dah malas jugak . Padahal handphone ada 3 biji ;p . Ok , riak sekejap . Korang tengok laa contoh kat bawah ni , nak pergi konvoi kenduri kahwin pun sibuk bincang kat FB . 




Dengan facebook jugak , korang boleh menjana pendapatan dengan menjual apa-apa barangan yang boleh dijual . Aku pernah beli beg kat facebook seseorang . Haa kan bagus facebook ni . Sekarang pun memang trend beli barang kat website . So bagus laa begitu , tak payah laa korang membazir minyak kereta dan bayar parking yang mahal semata-mata nak beli tudung Ikin ke tudung Siti kat Jalan TAR tu haa . Beli je laa online . Lepas tu jugak , facebook boleh buat korang kaya . Betul ke ? Haa part ni aku langsung tak percaya . Ade ke login facebook dapat RM100 ??? What the what ? Hahaha . Tapi semuanya bergantung pada korang sendiri laa . Kalau korang rajin nak cari orang untuk dapatkan RM100 setiap kali login facebook , takpelaaa teruskan . Jangan tertipu sudah laaa .

Korang ada friend dengan artis tak ? Haha . Segan pulak aku nak type . Aku ada laa friend dengan artis. Tapi friend dengan artis yang aku suka je. Kalau macam Fasha Sandha tu , tidak lerrr aku nak meng-add-nya . Best jugak ada friend dengan artis kat FB ni . Banyak cerita yang takde dalam majalah Mangga ke majalah Hai ke kan , tapi artis tu sendiri yang update cerita diorang . Contoh masa arwah Din Beramboi sakit . Aku tahu arwah sakit sebab tengok status Afdlin Shauki . Alamak kantoi sudah friend dengan dia ;p

Yang tak bestnya ;

Ruangan what's on my mind tu haaa . Tak bagus sebenarnya . Sebab ruangan ni laa boleh menyebabkan orang lain salah faham dan tak puas hati . Setelah aku analisis , kebanyakan kawan-kawan FB ni , memang betul-betul ikut apa yang ada dalam kepala . Kata laa kan , korang tengah gaduh dengan seseorang , confirm status tu macam mengamuk gila kan . Itu laa jugak yang berlaku pada aku . Asal aku marah orang , aku luah kan kat status tu . Aku rasa itulaa ruangan aku melepaskan marah . Dengan harapan orang lain ambil berat dengan komen yang menyokong apa yang aku buat . Haisshhh tak bagus sebenarnya . Setiap orang , lain cara melepaskan geram , marah , dan macam-macam lagi . Tapi sekarang aku cuba kurangkan . Tak elok kan asyik nak marah je . Memang patut semua orang panggil aku harimau . Ala aku garang bersebab babe ! Ok , status FB untuk hari ini seperti dibawah . Haaa , jap lagi aku nak beli kamera lomo pulak . Melabur sana sini laa duit aku ni .
 


Serious shit , FB ni memang medan orang berperang sana sini . Kerana status dan komen boleh menyebabkan korang hilang kawan . Siap main remove-remove lagi . Aku pernah mengalami masalah macam ni . Maksud aku , aaaa macam mana eh , ada sorang kawan aku ni (si I), dia bergaduh kat FB sebab kawan aku yang sorang lagi ni (si S) macam perasan cantik dan selalu sangat tulis notes yang entah apa-apa sampai kan si I meluat lepas tu dia sound laa si S ni . Berani mati jugak laa tindakan si I ni . Tapi aku salute laa kat si I sebab aku pun sebenarnya nak sound jugak . Tapi aku ni pengecut . Aku pun bosan jugak wei kalau setiap minit dia update status yang entah pape lepas tu yang peliknya ramai pulak yang komen . zzzzz . Gilos ke apa ni ? Tapi so far so good , aku tak remove dia lagi laa since dia pun macam baik je dengan aku , aku cuma hide je dia . So takde laa kau tengok dia punya status tu bertukar setiap minit . Mahu termuntah hijau aku kang . 

Ada jugak yang dah berkahwin menggatal dengan kawan maya di-FB . Oooo no good ! Setakat ni takde laa pulak aku dengar dari kengkawan aku yang menggatal sampai nak kahwin dengan laki orang ke bini orang . Tapi aku baca kat surat khabar , ada yang jadi macam tu . So kepada bapak-bapak dan ibuk-ibuk di luar sana , janganlaa jadi begini ya . Tak bagus untuk hubungan kekeluargaan .

So , aku rasa aku dah penat nak type ni . Bye .


[Noted : Tetiba je aku takde mood ;( ]

No comments: