Jun 15, 2010

Makan-makan kat MALAY VILLAGE

Haha . Dah sebulan dah aku simpan cerita ni . Aku ni kalau nak update blog kene laa ada internet speed yang laju , kalau tak memang super malas laa kan nak update . Broadband aku ni , kalau update blog , memang dia lembap gila . Tapi kalau buka Facebook , sumpah laju gila kot . So , korang faham-faham jelaa masalah aku ni ye .


Ok , jom baca entry best ni . Mu'az ngan kawan-kawan baik dia yang plan semua ni . Kiranya diorang dah berkali-kali jugak laa lepak makan kat sini . Aku je laa yang ketinggalan zaman sebab ni kali pertama aku sampai sini sampai sesat-sesat bagai . Alaa yang ada entry aku cerita sesat kat JB tu la. Haa sesat tu sebab nak pergi sini laa . Hangin betul . Tapi takpe , aku tak salahkan JB , perubahan jalan ni semua untuk aku jugak kan . zzzzzzz .

Meh sini korang dengar aku komen pasal Malay Village ni . Tempat dia memang cantik gila , banyak pokok-pokok dan takde nyamuk ok . Lepas tu time korang tengah tunggu makanan sampai , nanti korang akan dengar lagu-lagu tradisional yang berkumandang . Lepas tu kang tetiba je pulak ada orang main angklung . Cool gila laa tempat ni . Macam-macam lagu wei dia boleh main . Mu'az sangat teruja kot tengok orang tu main .

Makanan pulak , hummmm bagi aku makanan dia biasa je laa . Takde laa tak sedap dan takde laa sedap sangat pun . Mungkin aku sakit perut kot masa tu . Jadi makan apa pun rasa biasa . Al-maklumlah tengah period pain wooo masa tu . Service kat situ pun ok . Cuma Mu'az geram gila ngan sorang mamat yang ambil order tu , dia macam belagak bagus . Ada ke patut orang tanya pasal ikan , dia macam nak tak nak je jawab . Nasib baiklaa aku belum sampai lagi masa tu , kalau tak siap laa mamat tu aku sekolah kan . Pantang betul wei ngan orang yang belagak tak tentu pasal .

Ok , korang boleh laa tengok apa yang aku ngan kawan-kawan Mu'az makan malam tu . And special thanks to Huda yang belanja kitorang malam tu . Ni kunun-kunun macam farewell dia jugak laa yang nak pindah Melaka . Dia jadi lecturer kat Uitm Lendu , Melaka . 

Kepada kawan-kawan semua , sila laa pergi ke Malay Village . Alamat dia ..... ala aku tak sempat nak ambil broucher dia . Tapi meh sini aku bagi direction . Aku kan baik . Ok , Malay Village ni terletak kat Jalan Md. Amin , Johor Bahru . Kalau sesiapa dari Skudai , sampai je depan dataran JB (ala yang ada jam yang kunun-kununnya ada hantu lilin tu) , korang belok ke kiri , lepas tu terus sampai traffic light depan hotel Thistle belok kiri lagi sekali . Haaa lepas tu korang terus je dengan kelajuan 40km/j sebab Malay Village ni dekat sebelah kiri . 

Nasi Lemak Special Malay Village 

Chicken Chop .

Cantonese Kuey Teow .

Cheesy Wedges

Pineapple Fried Rice .

Mayus , Mu'az , encik cheff , Aida , Radhiah , Huda .

Of course laa ada gambar romantik :)

Lupa nak cakap , masa makan kat sini boleh laa pulak terjumpa Kak N . Haha . Macam takde tempat lain je nak jumpa . Lol :)


[Noted : Yeayy minggu ni nak pergi Bukit Tinggi]

4 comments:

jiji najiy said...

ehh... MV laa

dlu time 1st time nk g D'terrace tub2 termsuk Malay Village ni
then wat muke xtau malu kuar g sblh
haha

Erin said...

Oooo yeke . Haah ada perasan gak sebelah tu D'Terrace . Tak pernah pun makan kat situ . Best ke? Jiha pernah rasa? Kalau sedap nak try laaa :)

jiji najiy said...

stndard steamboat laa...
1pale kire 17rm then amek la pape yg dia display
tp kuah tomyam dia gle pedas
kalo cm rawa ketam dia gle sedap
yg ni nsi goreng ke pape biase2 je
owner cnfirm melayu sb nnt da nk tutup kedai dia msti maen ngn ank dia kt depan kedai

Erin said...

Jiha kalau ade tempat makan yang menarik , sila laa share eh :))