May 26, 2011

Just Engaged - Muna & Aie

Yeay finally terupdate jugak cerita tunang bestfren aku ni , Muna . Yeah among 3 of us (aku , Muna and Anne) , peh Muna yang tunang dulu . Wuwuwuwu . Takpelaa jodoh diorang kan , lagipun Aie dah tua , tak elok kalau nak perap lama-lama takut nanti berkulat . Muahaha . Ayat agak menyentuh perasaan ni . Bila Muna cakap Aie nak merisik je , aku yang excited lebih , yela kawan mana yang tak happy bila kawan baik sendiri nak dipinang kan . Lagi happy bila aku ni mengikuti kisah percintaan dari start diorang ni bercinta sampai laa dah nak kawen bulan 11 ni . Gaduh ke bertumbuk ke nangis ke apa ke , haa memang lerrr si Muna cerita sebab aku pun macam tu jugak kat dia . Kitorang berdua kuat nangis , tak sekuat Anne .

Alhamdulillah , Muna dan Aie dah selamat dah tempah Dewan Merak Kayangan untuk diorang kawen bulan 11 ni , muahaha tercerita pulak kat sini kan . Ok aku sesenyap eh :)) Nak tahu tak , aku pernah tanya Muna tau , kalau dia kawen boleh ke aku call dia selalu macam sekarang ni , lepas tu gayut berjam-jam? Tetiba aku touching gila part ni , yela orang dah kawen kan , mana sempat nak layan kengkawan call memalam pulak tu . Yes , we always talk thru the phone berjam-jam at night :)) Tapi Muna cakap , dia still sama je walaupun dah kawen . Kehkehkeh . Kang malam pertama aku call eh . Aie jangan aaa marah pulak . 

Ok laa nak cerita banyak pun rasa macam dah kekeringan idea , aku update ni pun kat office wei . Kerja ada banyak jugak tapi wa kan gamble gila , lantak laa . So , kat bawah ni gambar tunang diorang pada 5 Februari 2011 , majlis tunang tu meriah gila dah macam orang kawen dowww , ni kan pulak kalau diorang kawen , omg tak sabar sangat !!!


She always ternganga but i loike :) 

 Aie the hemsem boy who stole Muna's heart .

 Kengkawan ni je yang datang , yang lain busy :((
(masa tu raya cina)

 Sesi gambar sesaja 1.

 Sesi gambar sesaja 2 .

 Sesi gambar sesaja 3. 

Aunty Norly!!

Wooo nak update jugak ni , kitorang yang datang majlis Muna ni lepak sampai malam tau , sebab malam tu aktiviti BBQ lepas tu terjum kolam . Hamek kau tak pernah dibuat orang wei , majlis tunang diakhiri dengan mandi-manda kat swimming pool dia . Omg !! Awesome gila kot . Hehe tu je nak update . 





[Noted : Semua orang kat office ni macam tengah busy je?]

No comments: