Jan 10, 2011

Hari ni punya post adalah post yang sepatutnya di-post pada bulan Oktober tahun lepas .

Ok-ok panjangkan tajuk dia? Mood tengah baik ni , haha . Jadi update je laa semuanya . Suka nak share dengan korang semua , at least aku tak menipu dengan segala aktiviti harian aku kat KL ni . Yela kenkadang mak risau jugak bila dia call suruh balik , then aku cakap ada aktiviti lain (padahal takde duit nak balik rumah , RM200 kot pergi balik JB , hehe) . Bukan mengungkit ke berkira tapi kena laa bijak menggunakan duit dengan gaji yang tak seberapa ni , kalau anak orang kaya mungkin boleh laa sponsor balik JB naik flight ke apa kan , eh nampak macam tak bersyukur pulak kan ? Hihi . I love u mak ! 

Straight to the point , ni aku nak update pasal farewell kitorang untuk kakak officemate aku . Dia habis kontrak dengan projek SGEDT (ala projek buat landasan keretapi tu laa kan) bulan Oktober tahun lepas . Hihi . Camne eh nak cerita , oh actually kakak ni pun satu company dengan aku kat JB tapi dia dapat balik ke JB dari awal -.- Insyallah bulan depan , aku pulak dapat balik ke JB . Kerja macam aku ni memang agak susah sikit sebab kena pindah-pindah tempat kerja bergantung pada kat mana projek tu . Kesian bukan? Tu laa siapa suruh tulis willing to travelling kat resume kan kan kan? Padan muka laa . Oh at least gua dapat bertahan duduk kat KL almost 2 years wei . Boleh bagi anugerah tau :) Semua jalan gua dah hafal , peh cakap je laa jalan apa . Haha . Thanks GPS sebab banyak membantu .

Ok-ok sambung balik , memandangkan kakak tu dah habis kontrak dengan KLIAH , kitorang plan farewell tapi bawak makanan sendiri-sendiri kiranya macam potluck farewell laa jugak . Siap bertema bagai . It was fun sebab memasing pun bawak anak , semua pun panggil aku "Kakak" walaupun mak diorang suruh panggil aunty (ni macam kejam sikit laaa kan sebab adik sedara aku pun sama umur jugak laa dengan anak-anak kakak office aku ni haa) . Selain makan-makan , ada sesi main game jugak , memang kelakar sebab bebudak tu pun join sekali main , rasa macam hari keluarga wooo~ Dah habis sesi gaduh-gaduh menang kalah main game , kitaorang sambung dengan sesi tukar-tukar hadiah . Comel kan? Ni idea aku tau , ye aku tahu aku memang comel . Pfffftttt :p 

Ni memang gua confirm kalau dia usha blog gua , dia mesti suruh remove 
gambar ni . Haha . Nasib laa badan . Ok ni laa kakak 
office aku tu haa , Kak N .

Korang layan jelaa tengok gambar kat bawah ni eh , aku tak susun pun , pemalas kan , entry ni patutnya semalam (hari Ahad 9.1.11 dah publish tapi adeh aku pergi ikea semalam , lupa nak publish . So here we go . Kalau nak tahu nama orang-orang dalam gambar , sila laa hantar komen . Haha . Tak boleh ngurat eh sebab semua dah berpunya :)))

















Korang jangan rasa nak muntah pulak tengok gambar Kak N banyak sangat sebab kan farewell dia ni . Haha  



[Noted : Mmmm kenapa entah malas semacam :( ]

5 comments:

Encik Tikus said...

gambar kak n memang banyak , LOL

Yuni Aisyah said...

pic sume cun..:)

Erin said...

Encik Tikus : hehe mesti aaa gambar die yang banyak . kan dah bagitahu tadi . haha .

Erin said...

Yuni : thanks :)

nyza said...

oit2, apsal buh dat pic,,hakhak,,menciii..nway thanxx...hakhak