Aug 30, 2010

Persiapan raya .

Hai selamat pagi Malaysia . Wah wah wah , pukul 2.00 pm ucapkan selamat pagi? Pagi Isnin pulak tu . Tak kerja ke? Oh actually , aku baru bangun tidur setelah dapat tidur selama satu jam di surau office . Hebat bukan , berbekalkan bantal bintang dan selimut menggunakan kain telekung . Omg? Dah macam kain kapan menutup badan . Hihi . Hari ni tidur secara berjemaah ber-empat saja . Sebabnya tidur secara bergelimpangan dan tak de petak parking untuk baring dengan betul . So , first come first serve . Ni aku bangun-bangun je terus cari botol air Kak Fazi . Haus sey ~ Opsss sorry ye , i cuti puasa .  Eh , ni kalau Kak Fazi tahu ni aku curi botol air dia , sure punya laa partition aku ni runtuh kena tumbuk . Haha . Tapi nasib baik dia cuti hari ni . 

Nak tanya korang semua , macam mana dengan persiapan hari raya? Sedar tak sedar , hari ni dah puasa yang ke-20 kan dan sudah sampai ke malam 10 yang terakhir kan? Cepatnya masa berlalu . Sedih bila Ramadhan dah sampai ke penghujungnya . Masih banyak lagi amalan yang kunun-kununnya berangan nak buat masa bulan Ramadhan . Itu laa Erin . Angan dan terus berangan . Aku mengharapkan segala amalan diterima oleh Allah S.W.T . 

Bila cerita pasal bulan Ramadhan , pasti cerita bulan Syawal akan menyusul pulak . Biasanya , sambutan bulan Syawal memang sangat meriah kerana menandakan kemenangan semua umat Islam menahan segala lapar dan dahaga . Eh tapi bukan setakat tu je , menahan segala nafsu jugak ye . Tak kira laa nafsu tuttt ke tetttt . Hihi . Nafsu bershopping pun kena control jugak ok? Jangan membazir walaupun setahun raya hanya sekali . Sambutlaa dengan penuh rasa kesyukuran dan ingatlaa pada mereka yang susah dan yang kurang berkemampuan . Ceh wahhh bukan main lagi aku ber-blog hari ni . 

So , persiapan korang macam mana? Semua dah settle? Tapi sebelum habiskan duit bershopping tu , dah bayar zakat ke belum? Utamakan yang wajib dulu ye kengkawan :) Alhamdulillah , setakat ni persiapan hari raya sudah hampir selesai . Mana tak nya , aku dah berulang-alik kat Jalan TAR tiga kali ok! Gila kan? Almaklumlaa kan office aku ni dekat dengan Jalan TAR , haruslaa berulang-alik ke sana . Hahaha . 

Tetiba je aku nak buat checklist untuk apa yang aku dah buat dan yang belum buat ;
Done ;
1. Baju kurung raya .
2. Tudung raya .
3. Kasut raya .
4. Handbag raya .
5. Baju jenjalan raya .
6. Tukar duit raya .
7. Beli kain untuk ayah dan atuk .
8. Beli baju untuk Fahmi .
9. Beli kuih raya 5 bekas + kerepek pisang 1kg walaupun mak jual kuih raya .
10.Zakat fitrah , ni aku rasa ayah dah settle kan . Hihi .
11.Bayar duit kereta si putih Lancer sampai 2 bulan . Yela alang-alang dapat bonus , bayar je banyak      banyak bulan .
12.Duit minyak dan tol untuk balik beraya . Mahu aku tak beraya kalau semua duit dah habis shopping .


Not done ;
1. Beli kasut converse raya untuk adik .
2. Tak tahu nak beli apa untuk mak , handbag kot .
3. Tudung untuk nenek .

Wow , banyaknya yang dah done . Yeay , sekarang dah boleh berhenti berblog . I mean untuk entry ni je laa . Haus laa , nak minum bawah meja jap :)

No comments: