Aug 20, 2010

Dah 10 hari puasa .

Hai selamat hari Jumaat . Alhamdulillah syukur kehadrat illahi dengan limpah kurniaNya , kita diberikan kesihatan yang baik dan dapat mengerjakan ibadah puasa dengan sempurnanya . Hari ni bersamaan 10 ramadhan . Sekejap je dah 10 hari berpuasa , kalau dulu masa kecik-kecik kan , rasa lama gila je nak habiskan puasa tapi bila dah besar panjang ni , rasa puasa tu sekejap sangat . Pejam celik pejam celik dah nak kena shopping raya . Huhu . Ada ke situ pulak ye .

Ok laa , actually tak tahu nak update apa sebab bulan puasa ni memang malas nak berblogging . Aku cuma singgah page blogger-blogger lain . Kebanyakan dari blogger-blogger semuanya cerita pasal juadah berbuka mereka . Hummmm . Aku tengok memasing punya makanan bukan main lagi wei . Buatkan aku terliur je . Sekarang ni pun aku tengah haus gila kot . Tak tahu laa apsal , padahal semalam sahur je . Cuma mungkin sebab aku demam kus kus kot . Berjangkit dengan mok laa ni . Hihi .

So memandangkan dah 10 berpuasa , macam mana persiapan raya korang semua? Dah berapa pasang baju raya? Hehehe . Itu je entry kali ni .



[Noted : Macam demam je ni]

No comments: