Feb 13, 2009

Cerita 2009 .

2009 = 23 (formula maths ni) .

Apabila umur sudah meningkat , maka banyak tanggungjawab yang harus dipikul . X kira laa pikul ke angkut ke . Memandangkan aku dah habis belajar , maka dengan itu , perkara pertama yang harus aku lakukan , kerja , kerja , kerja , duit , duit , duit . Haha . Yelaa dah belajar penat-penat x kan x nak kerja pulak kan . Ditambah pulak dengan pointer yang agak baik ni . (Bukan riak ye~ Huhu) .

Cerita pasal kerja . Orang yang paling risau ialah honeydew ku . Sebab aku x berusaha mencari kerja . Haha . Actually , dia sangat berwawasan orangnya . Mempunyai masa depan dan sentiasa fikir masa depan (tapi bukan kawen ok!) . Dia adalah orang yang tidak sabar menamatkan pengajiannya (bulan mei ni dia baru habis belajar) .

Peluang 1;

Aku ditawarkan oleh pakcik ku untuk bekerja di JB Consult . Huhu . Tapi aku dah melepas sebab aku x nak . Sungguh marah honeydew ku itu . Aku ade sebab tertentu . Aku x nak kerja di luar JB . Pakcik ku pula , mahu menghantar aku sama ada ke KL, N9 atau Melaka . Aku masih belum bersedia untuk hidup luar dari JB . Almaklumlaa kan , aku x pernah hidup ditempat orang lain . Nak ke sana tu boleh tapi perlukan persediaan mental dan fizikal yang mencukupi . Owhhhh melepas sudah . (Tapi sekarang , aku mahukannya . Aku mahu keluar dari sini , mencari erti kehidupan dan menjadi matang)

Peluang 2;

Pada suatu hari , aku bebual bersama honeydew ku mengenai pekerjaan . Tanpa disengajakan , aku memberitahu kepadanya "orang nak jadi cikgu laa syg" (aku pun x berapa ingat sangat perbualan itu tapi bunyi macam ni laa) . Then , dia cakap akan memberitahu ibunya . Aku x tahu sama ada aku serius atau tidak pada ketika itu . Tapi tiba-tiba ibunya menelefon ku , bertanya "kenapa x datang rumah isi borang?" . Omg~ Rupanya , betul-betul si honeydewku memberitahu ibunya . Adoiyaaiii . Then aku pun macam dah x tahu nak cakap apa . Huhu . (tapi , aku x datang pun rumah ibunya) . Huh , honeydew memarahi ku . Sebab melepaskan peluang lagi sekali .

Then , pada 17 jan , ibunya menelefon ku lagi . Dia menyuruhku supaya datang ke pejabatnya untuk isi borang KGSK (borang cikgu) . Huhu . Aku pun cakap "ok cik , nanti erin datang pagi isnin" . Aku terus menelefon honeydew ku . Dia pun suruh aku pergi jugak . Siap mengugut lagi . Haha . Pada 19 jan , aku pergi ke PPDJB . Aku berbaju kurung (honeydew kata , mana ada orang nak mintak kerja pakai seluar) . Aku mengisi borang dan haha aku dapat jadi cikgu dan diminta melapor diri ke SMK Skudai (sekolah honeydew ku dulu) . Xsangkaa~~ Tanpa membawa sebarang buku dan pen (pen kehabisan dakwat pulak yang aku bawak) , aku terus diarahkan untuk mengajar disitu . Omg~~

Pengalaman - Owhhhh sangat menarik . Aku mengajar subjek BM , Sejarah dan Sivik . Dulu masa aku sekolah x de laa pulak belajar Sivik . Tapi sebenarnya senang je pun . Hahaha . Aku adalah Cikgu Izatul (formal name aku laa kan , x kan nak guna nama Erin kot) . Haa macam mana aku mengajar? Memandangkan aku punya suara sangat kuat , so x jadi masalah untuk aku mengajar . Cuma kadang-kadang tu , sampai x de suara . Sebab budak-budak pun sibuk nak bercakap .

Kelas yang aku ajar 1EK2, 2PM4, 2PM5, 3SPE2, 3EK1, 3EK2, 3EK3, and banyak lagi laa (malas nak type) . Antara favourite kelas aku , kelas 3EK1 . X tahu laa nape aku seronok dengan diorang . Maybe sebab diorang masih nak belajar walaupun kelas tu kelas yang belakang jugak laa . Apa yang menarik , setiap kali aku mengajar , semua orang berebut-rebut nak baca . Tu yang best tu . Kalau tanya pendapat pun sama . Kan best macam tu . Kalau suruh buat kerja rumah pun , mesti hantar .

Antara soalan cepu-cemas yang budak-budak ni selalu tanya;
"cikgu umur bape ea?"
"cikgu dah kawin ke belum?"
"cikgu ada email x? boleh kita chatting"
"cikgu dulu belajar kat mana?" (soalan yang baik)
"cikgu dapat PMR bape?" (soalan yang baik jugak)
"cikgu ada nombor phone x?" (haha , ni aku jawab "saya x de handphone"

Dan sekarang , kalau aku pergi mana-mana pun , ada je budak tegur. "Hye cikgu" (even masa tu aku pakai seluar jeans dan tshirt . haha) . Honeydew pernah berpesan , dah jadi cikgu ni kene jaga tingkah laku . Huhu . Supaya diorang respect sikit kat kita ni . Hihi .

So, kesimpulannya . Seronok mengajar . Cuma kadang-kadang tension dengan kelas yang nakal . Tapi mak honeydew ku pesan , kita x boleh cakap diorang degil tapi nakal sikit je . Then mak dia suruh aku banyakkan doa . Apa-apa pun , pekerjaan sebagai cikgu ni mulia tau . Sebab kita mendidik diorang untuk jadi orang yang bijak dan hidup senang (ni kalau yang betul-betul nak berjaya laa)

2 comments:

muslih said...

huhu...... takot anak murid tu buli jek nanti..

hee....

Erin said...

Hehehe . Naseb x kene buli . Tapi takut gak ngan student india . Haha . Aku marah dia , dia marah aku dalam bahasa dia . Hampeh .