Jul 3, 2012

Burger Celop, Jalan 7, Taman Greenwood, Gombak

Hehehe broadband kene blocked sebab tak bayar. Takde duit nak bayar. Lagipun kat opis tengah banyak kerja, tak sempat nak bukak FB ke blog kat opis. Hehe. Ini pun update tumpang kat rumah orang. Haha. Apa ke buruknya perangai kan? Harini aku nak review sikit pasal satu penemuan burger celop kat dunia ni. Hahaha sebab belum pernah dengar lagi ada burger celop. Aku rasa fenomena burger dah melanda kat banyak tempat especially kat KL ni. Dah macam-macam jenis dan macam-macam rasa. Aku bukan laa peminat burger yang sanggup datang jauh-jauh semata-mata nak makan burger. Tapi ni haaa aku nak promote pasal burger celop yang baru. Aku promote sebab sedap dan bukan sebab nak jaga hati kawan-kawan aku tu. Haha. Sebab mulut aku ni lantang, so kalau tak sedap, aku akan kata tak sedap. Hehe. 

Noob Cheese Celop ( Daging).

So apa yang dikatakan burger celop? Daging/ayam burger tu ada dicelop dengan special sos. Rasa dia memang 'lain dari yang lain' dengan burger-burger yang ada kat dunia ni. Amboi apa yang special? Nak tahu kena rasa dan datang kat Gerai Burger Celop (Penyu Seafood) Jalan 7, Taman Greenwood, Gombak. Tak susah pun nak cari. Sos celop tu diorang buat sendiri, entah letak apa pun tak pasti dan yang penting ianya HALAL. Hehe. Pasal harga pulak, takde laa mahal pun. Korang boleh beli burger tu dengan harga serendah RM7.50. Murah kan? Sekali makan akan kenyang sampai esok dan lusa, so bila dah lusa boleh datang beli lagi :) Kat bawah ni adalah menu yang ditawarkan oleh Burger Celop. At first aku tengok menu je aku dah tergelak macam apa dah. Kalau dah dasar kaki game, menu pun diorang letak term-term dalam game jugak. So sesiapa taknak rasa diri tu NOOB, ameklaa HATRICK. Kihkihkih. Sebenarnye NOOB (1 patty), DOUBLE TAP (2 patties) dan HATRICK (3 patties). Korang boleh beli secara ala-carte dan set. Bila beli set, secara tak langsung korang akan dapat fries dan meatball/chickenball.


Alhamdulillah dah 2 minggu jugak Burger Celop ni dilahirkan kat Greenwood tu dan pelanggan yang datang bagi feedback yang baik. Terima kasih kat semua yang dah cuba dan dah repeat beli. So sesiapa yang masih belum cuba, boleh laa datang ye. Burger Celop ni di buka setiap hari , start pukul 7.45pm - 1.00am. Diorang jugak menerima tempahan untuk majlis hari jadi dan pelbagai lagi majlis. Boleh contact Muslih 0174321439 .

 Baru seminggu wujud, dah menerima tempahan lebih kurang 42 set burger celop untuk team marathon Pahang. Terima kasih pada yang memberi kepercayaan kepada team Burger Celop. Segala kekurangan akan diperbaiki dari semasa ke semasa.

 Ini adalah salah seorang pengusaha Burger Celop.

Dan last sekali tahniah Spain sebab menang 4-0 dan sekaligus dapat bawak balik 25 juta euro. Apa lagi singgah laa beli Burger Celop ;)

Sekian saja untuk entry kali ni. Tak salah rasanya kalau nak mencuba kan ? Hehe



[Note : Makan burger tak kan jadi gemuk pun ]

5 comments:

Angah said...

Erin..edit balik..7.45pm - 1.00a.m..bkn pm..cian kwn ko tuh kang bersengkang mata...hihihi

Angah said...

erin..edit sket..slh tuh 7.45-1am ler bkn pm....

Erin said...

Angah : Thanks. Haha dah betulkan dah :)

razmag said...

salam erin.

hari tu dah try, masa spore lawan thailand..senang cari based on ur blog lah. mmm tapi..agak kecewa jugak. dagingnya agak liat. ambil set sekali meatball dengan fries. Makan dengan org rumah, dia kata xde la liat sangat. xtau la kot tekak saya ni lain ke. Burger tu x cukup moist, x cukup panas. Meatball tu pun mcm dah liat. Kami makan x abes. Sate sebelah tu pun like2 aja. Kuah kacang dia x kaw. Macam xde rasa. Harap tuan punye kedai boleh baiki lagi apa yang kurang. Nak btau kt owner dia terus hari tu tp org rumah cakap x payah le. sekian, maap no atas teguran ni. Hope semua ok murah rezeki komer

Ct-Maryam said...

Salam Raz Mag.. Mintak maaf.. mungkin ada cacat cela pada hari tersebut.,. Jgn serik datang lagi..

sekarang kami dah improve.. boleh datang try.. :)