Jul 25, 2012

Alhamdulillah, Allah panjangkan umur ;)

Alhamdulillah syukur dengan nikmat yang Allah S.W.T limpahkan selama hidup 26 tahun ni. Terima kasih Allah kerana panjangkan umur dan diberi kesihatan yang sempurna untuk meneruskan hidup dan beribadat kepada-MU. Dan rasa bersyukur sangat sebab tarikh lahir aku yang ke-26 jatuh pada 1 Ramadhan (21 Julai). Ntah bila lagi akan dapat rasa tarikh lahir tu jatuh pada 1 Ramadhan lagi kan. Tak sangka jugak umur ni dah tua, lagi 4 tahun je dah nak masuk 3 series. Sekejap betul masa berlalu. Ntah cukup ke tidak amal ibadat aku selama ni. Insyallah aku akan cuba tingkatkan amalan tu. Doakan ye.

Terima kasih pada semua yang wish panjang umur dan murah rezeki tak kira laa dalam FB ke twitter ke whatsapp ke sms ke call. Tak lupa jugak kepada mak yang awesome sebab lahirkan anak mu yang degil ni. Insyallah, anak mak ni akan jadi matang lagi selepas ni. Hehe. Terima kasih jugak kat mak sebab banyak bagi support dan nasihat untuk aku jadi lebih tabah dan bersabar dari sebelum-sebelum ni. U're the best mak. Hikhik.

Hehe sebenarnya suka sesangat birthday tahun ni sebab banyak betul hadiah dan celebration. Rasa disayangi dan terharu iolls ;) Walaupun tahun ni banyak dugaan yang datang tapi alhamdulillah, Allah kurniakan aku dengan nikmat yang lain. Allah tu Maha Adil. Have faith in Allah ;)



Ok, setiap tahun mesti aku akan kene surprised birthday dari officemates aku. Yes, they never fail to celebrate me, kiranya dah 3 tahun kerja, 3 kali jugak diorang celebrate. Memandangkan, birthday aku ngan En. Shaidi selang 2 hari (19 Julai), jadi kitorang celebrate sesama. Thanks a lot untuk semua ni. Hihi big boss, medium boss and small boss pun join sekali. And paling best sekali, birthday aku laa pembuka makan-makan kat office baru. Hihi.



Hehe ada lagi 1 hadiah belum sempat amek gambar lagi. Alhamdulillah syukur. So sesape rasa nak beli hadiah, sila laa bagi. Expired date 21 Ogos 2012. Haha. Boleh gitu? 

Alhamdulillah, Mungkin perjalanan hidup aku tak seindah orang lain. Tapi ianya indah bagiku kerana apa yang aku lalui sepanjang hidup ini adalah takdir dan ketentuan Allah untuk aku. Happy 26th birthday Izatulazrin ;)





[Note : Doakan aku ]




2 comments:

Aimi Laili said...

happy birthday erin :) semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, & happy selalu serta sentiasa tabah menghadapi segala dugaan dan rintangan. Bak kata orang ( aku tatau sapa) - allah turunkan hujan di kala panas, untuk bagi kita pelangi. ( lebih kurang mcm tuh lah) anyway take care my friend :)

Erin said...

aimi - hehe thank u! hehe betul2 kalo Allah tarik satu nikmat dari kita, maknanya dia nak gantikan dengan nikmat yang baru.