May 23, 2012

Bulan Rejab Bulan Allah

Alhamdulillah, semalam 22 Mei 2012 bersamaan 1 Rejab 1433, berjaya jugak puasa. Semoga Allah terima segala amalan yang dibuat semalam. Besar kelebihannya bila berpuasa pada 1 Rejab dan pendek kata setiap hari dalam bulan rejab ada pelbagai kelebihannya. Walaupun dah petang tu rasa macam wah nak pitam sangat kot. Semalam jugak, kemaen mengada tekak ni nak makan macam-macam padahal sebelum ni ada jugak puasa sunat tapi takde plak nak jadi macam semalam. Hehe yeay dapat makan satey kat Dato' Keramat. Bukan setakat satey je, nasi putih paprik ayam dengan air gelas buah yang besar pun berjaya di order :) apa ke teruk sangat ni? So, sesiapa nak makan satey kat situ, nak bagi direction tak reti tapi senang je, kedai tu dekat depan Masjid Kg. Dato' Keramat. Lepas buka puasa, boleh terus sembahyang maghrib dekat masjid tu.

Haa sebenarnya bukan nak promote pasal satey tu, tapi nak berkongsi tentang kelebihan bulan Rejab ni. Bila tiba je bulan Rejab ni, maknanya lagi sebulan kita akan masuk bulan Ramadhan. Sekejap je kan masa berlalu dan insyallah 1 Ramadhan tahun ni akan jatuh masa birthday aku yang ke-26. Rasa seronok sangat dan tak sabar nak tarawikh. Harap umur ini masih panjang dan dapat mengerjakan amal ibadah. Alhamdulillah sejak kebelakangan ini rasa tenang walaupun kadang-kadang rasa sedih. Terima kasih Allah sebab turunkan ujian macamni. Sekurang-kurangnya KAU laa tempat aku mengadu, meminta dan bergantung. Semoga aku terus mendapat rahmat dari-MU.

Jom tengok apa kelebihan bulan Rejab ni. Aku dapat pun dari website lain. Bila korang baca kelebihannya, aku rasa korang pun aku berlumba-lumba nak kejar pahala tu kan? Bukan susah pun nak buat, Islam itu agama yang mudah dan tiada paksaan :)


Seronokkan tengok kelebihan ni semua? So apa lagi, grab laa peluang yang ada sementara masih ada peluang. Mana laa tahu, bulan Rejab kali ni kali terakhir untuk kita kan? Selamat beramal :)




[Note :  Jangan tengok keburukan orang, kerana ada 1001 kebaikan dia yang perlu kita nilai]

5 comments:

Unknown said...

selamat bepuasa erin di bulan rejab :)

Erin said...

aimi : same goes to u. mari puasa :)

chezzem said...

I have read somewhere and also Imam Muda pun ade tweet kot, hadis pasal kelebihan puasa in Rejab ni tak sahih. And jugak pasal 'Rejab bulan Allah, Syaaban bulan Nabi Muhammad SAW, Ramadhan bulan umat' tu pun hadis tak sahih. I dont know :( I am not someone yang boleh nak argue on this thing, but just wanna share maybe we can find something in between?

Erin said...

chezzem : yeah me too pun ada terbaca jugak. and i read pun dkt twitter jugak, boleh puasa tapi jgn diniatkan puasa rejab. maksudnya nak puasa boleh, tapi niatlaa puasa sunat. sebenarnya bila2 pun boleh puasa sunat, xkira its rejab or not. sekarang ni pun byk bende yang kite boleh dpt dr internet and then share, kdg2 pun xtau is it true or not. and frankly speaking, i'm currently in stage to change my lifestyle to be a better moslem. if anything yang u boleh share, let me know ok. sbb smlm maghrib dkt masjid tu, diorang ada buat buka puasa jugak tau. thanks shaleen :)

Erin said...

chezzem : shaleen, i dah cuba cari and baca dalam dr.asri punya website.