Feb 19, 2011

Februari pun dah nak habis dah .

Hai korang !! Nampaknya prestasi aku semakin merundum (betul ke eja ni?) . Maksud aku kat sini , entry bulan Februari langsung takde . Haha . Aku semakin malas ke apa ni? Oh tak wei , aku takde masa . Tapi aku nak jugak update cerita-cerita baru sebab aku tengok unique visitor aku kat blog ni sentiasa bertambah . Alhamdulillah ramai jugak nak baca kan kan kan? Ke korang sebenarnya nak usha kengkawan hot aku? Omg ! Omg ! Hehe aku gurau je . Aku tak kisah pun kalau nak usha diorang . Aku open minded tapi kalau nak usha , bayar aaa . Business babe ! Peh dah macam mak ayam pulak kan . 

Just short update , kebelakangan ni banyak jugak aktiviti sosial aku dengan kengkawan sampai tak cukup tidur dan yang paling aku tak boleh nak handle sekali , jerawat aku tumbuh bertubi-tubi kat tempat yang sama . Wuuu sedih , dah laa aku memang tak cantik , jap lagi bila tumbuh jerawat ni , bertambah-tambah laa tak cantik . Ramai gila kot yang tegur , "Erin , apsal dengan muka tu?" " Erin , pakai produk apa sampai jadi macam tu?" "Erin ada apa kat muka tu?" Wuarghhhh sekian terima kasih .

Eh eh lupa nak bagitahu korang , aku punya kerja kat KL kena extend lagi 3 bulan start from March to May 2011 . Sepatutnya aku habis kerja kat KL ni bulan February , kiranya next week laa aku last kat KL ni , tapi apa kan daya niat mak untuk tengok aku tetiap hari kat rumah punah begitu sahaja . Haha . Relax laa mak , kejap je lagi dah nak habis ni . Pasni orang duduk rumah forever and ever . Susah jugak sebenarnya kerja macam aku ni , sebab ikut projek . Kalau sekarang belum kahwin ok laa kan , esok lusa kalau dah kahwin?? Wuuu suami kena tinggal . Kesiannya suami i nanti :(( 

Mungkin ini laa suami yang bakal ditinggalkan . Haha .

No comments: