May 30, 2013

Vacation - Pulau Tioman (Part 3)

Hahaha aku dah draft dari bulan 5 ok, baru sekarang nak publish. So here we go, part terakhir. Kihkih in shaa Allah lepas ni aku akan rajin update.

Ok kali ni part last, kita update terus untuk hari kedua dan hari ketiga. Bebanyak entry bukan best pun kan.Sebab susah nanti nak cari info kan?

So untuk hari kedua kat sana, pepagi lagi dah breakfast sebab dah plan lepas breakfast tu nak terjun swimming pool. Jadi sesiap laa pakai swimming suit yang very the muslimah ok. Semua orang belum terjun lagi, aku dah start terjun sambil diperhatikan orang-orang yang tengah breakfast kat situ. Hahaha memang terbaek swimming pool ni betul-betul depan dengan tempat makan kannnn. Mihmihmihmih. Memandangkan Mu'az tak teruja langsung dengan air, terpaksa laa aku layan sensorang dengan sorang auntie cina tua ni, die pakai bikini, amboi hahaha seram nak tengok. 




Yang bagusnyaaa fasiliti swimming pool ni kan, korang tak payah laa nak bawak towel dari bilik, boleh je pinjam kat situ. Hahaha lepas dah keringkan badan mana yang patut, pulang je balik.


Pemandangan dari swimming pool plak boleh nampak terus ke pantai ke laut, susah nak describe mana satu ayat yang sesuai. Hahahhaa. Boleh laa jugak Mu'az tidur kat sini kan, memang syok abes sebab angin dia perghhhh memang sedap tidur.




















No comments: