Nov 23, 2011

Wordless Wednesday #9

Just married !

Nov 4, 2011

Counting the days

Yes, i'm counting the days. And i think everyone here knows, kawen baik aku nak kahwin dah, Muna laa sape lagi kan. And i was like tak percaya kot dia potong aku. Damn betul kan? Sekarang memang tak boleh nak predict siapa akan kahwin dulu. Tapi jodoh pertemuan tu semua dah ditentukan. Tak boleh nak salahkan takdir sama ada kau akan kahwin lambat ke cepat. Jadi, teruskan laa berdoa moga dapat jodoh yang baik tak kira laa lambat ke cepat. Hihi.

Sesaja update perasaan aku kat sini. Haha. Erin kan over. Actually, aku memang excited gila kot bila Muna bagitahu Aie (tunang sekarang, haha) nak masuk minang dia last year. Seriously, kawan mana yang tak excited kan, lagi-lagi kawan tu perangai over macam aku kan? Eh, aku rasa macam dah banyak kali dah aku cerita kan macamana aku kenal Muna ni. So, tak payah cerita banyak kali ek. Dah lama dah kitorang jadi bff dan dah banyak cerita suka, duka dan gossip kitorang share. Haih tetiba sebak gila je nak type. Gedik kan? Macam laa dia kahwin pastu dah tak boleh jumpa lagi. Rasa nak tamporrr diri sendiri je. 

Diam tak diam, senyap tak senyap, tinggal 13 hari je lagi dia nak kahwin. Macam-macam rasa sey. Aku rasa tak sabar, gembira, sedih dan ehhhh nervousnya. Tapi paling tak sabar sekali nak tengok Aie nangis masa nikah nanti. Sumpah wei aku pun nanti tak tahan nak nangis jugak kang. Cerita cinta diorang ni memang best kot. Dari awal sampai lerrr nak kahwin, memang aku follow. Diorang memang sweet gila sebab Aie memang sweet gitu. Bukan nak puji tapi memang betul. Gaduh? Tu biasa laa kan. Tapi part gaduh biasanya aku lambat tahu. Sebab informer pun lambat bagitahu kan. Hehe. Dah 5 tahun dah diorang kenal, tarikh anniversary diorang pun aku ingat tau, 5 Februari 2006 eh ke 2007. Over kan? Ni bukan over, ni baru betul namanya bff. Hehe. 

So, aku attached kan sikit gambar kenangan dengan dia. Mana sah kalau update cerita takde gambar kan? Huhu. Tapi tu semua gambar lama, muka memasing busuk gila kot! Dari zaman belajar sampai laa zaman dah tua ni. perangai dia tetap sama, gelabah sentiasa! Dan satu perkara lagi, sifat ambil berat dan kasih sayang dia kat aku tak pernah berubah walaupun dia tengah sibuk nak kahwin, kan Muna? (Ok dah boleh menangis sekarang). Serious sey dah tak boleh nak type pape dah. Sebak ni. Korang tengok gambar Muna masa muda-muda ek. Rambut cam singa. Haha.



















So, kepada Muna dan Aie, tahniah sebab korang dah pun potong aku. Kira korang ni hebat laa dan aku bukan laa loser sangat pun. Haha. Muna, love u till the end!



[Noted: Nak bagi hadiah apa kat Muna?] 

Nov 1, 2011

Sayang Sarawak

Ok dah berminggu teaser sarawak tu kan tapi takde update langsung kat sini. Sorry, i don't feel like to do anything. Haha. Just simple update for my sarawak trip. It just short trip with my beautiful ladies. Ni kategori bukan geng gemuk yang selalu aku mentioned dalam ni, ni memang kategori beauty punye. Ni laa housemate aku masa memula duduk hostel kat UTHM dulu. Kitorang sangat rapat dan oh yeah satu hostel Melewar pun kenal kot. Yela semua bajet memang stock hot kan. Pergi mana-mana pun mesti ber-8- tapi tu dulu 8 tapi sekarang tinggal 7 je, sorang dah kena buang keluarga sebab banyak sangat cerita tipu dia. Tension aku sebab aku pun penah jadi mangsa teman dia dating dengan orang Negro. Apakah???

Hahaha jom update gambar lelaju. Since masa Fizz kahwin last year, sik sempat datang, so.....kitorang dengan rasa bersalahnya book flight ticket ke Sarawak. Tapi tak boleh blah kan, dah setahun dah dia kahwin baru nak melawat? Kalau aku jadi Fizz memang sentap habis. Tapi peduli apa kitorang, setahun ke duatahun ke kena jugak melawat Fizz. She's our bff ok. Ye, memang banyak bff aku kan.

Short trip ni patutnya berempat dari KL, aku, Shark, Jaja ngan Anna tapi Jaja cancel sebab dia kena ganti shift dengan kawan dia ke apa entah camne. Sally pulak memang busy dengan preparation dia nak kawen. Ruby plak kat Sabah, lagipun masa Fizz kahwin dia dah datang. Hopefully, satu hari nanti kita semua dapat kumpul balik macam dulu. Yes, kitorang semua long distances wei. Sabah-Sarawak-Batu Pahat-Johor Bahru-KL-Pahang. Tapi dari 7 orang ni, 4 orang termasuk aku kerja kat KL, tapi jarang jugak jumpa.


Ok, ni gambar bercuti kat Genting Highland. Time tu UTHM bagi cuti seminggu sebab banjir.

Tahukah korang aku tengah demam ni. Tak tahu apsal, dah bape kali aku duk bangun tidur bangun tidur. Something wrong kot. Ok berbalik pada cerita ni. Our short trips is scheduled on 13 Oct 2011 - 15 Oct 2011. Kitorang memang lenggang kangkung je datang sana, tempat tidur, kenderaan semuanya ditanggung Fizz. Untunglaa kitorang.

 Ok yang muka pakistan belah kiri ni Shark, belah kanan tu laa Fizz!

Belah kiri tu Erin :)

Ok update sikit kat tempat mana yang kitorang sempat jenjalan. Bila short trip macamni, penggunaan masa yang betul memang amat diperlukan. But since, Fizz memang orang jati Kuching, senang laa kitorang nak atur masa. Masa sampai kat Kuching tu baru plan nak pergi mana. Sebelum sampai Kuching, Fizz bagitahu yang kat sana asyik hujan je. Tapi alhamdulillah sepanjang kat sana, Kuching memang betul-betul welcoming us. The weather is just nice. Sampai je kat sana, lepak minum and discuss nak pergi mana. Paling terbaek malam tu, aku terjakun minum susu jagung peng. Sumpah sedap. Setiap kali makan pun aku nak order air yang sama. Sedap woahhhhh. Rasa dia macam ais jagung tu haa.

Sepanjang kat sana jugak, tetiap hari kena bangun pagi wei. Nama pun kejap je kan trip ni. Lagipun kalau kau nak bangun lambat sangat pun tak bagus dowwww sebab pukul 6 lebih pagi dah terang macam pukul 8 pagi. Malu kalau bangun lambat. Hihi. So, ni laa tempat-tempat yang kitorang plan dan sempat pergi kat sana;
1. Tugu Kuching (wajib pergi sebab Shark xpernah bergambar kat sini)
2. Tempat kek Lapis
3. Kedai-kedai gelang/souvenir/baju/keychain ke ape ntah kat depan waterfront Kuching
4. Little India
5. Damai Beach Resort
6. Waterfront Kuching
7. Pasar Serikin
8. Gua Pari kot, adeh lupa nama

Sementara tunggu si Anna bershopping, kitorang kan bajet beauty haruslaaa berposing sana sini dalam kedai orang. Nasib laaa. Memang banyak gambar kat kedai ni tapi tak kan nak upload semua kat sini. Mahu termuntah korang semua tengok :D

Patut gambar ni kat atas, ntah camne jadi kat bawah plak. Time ni tengah tunggu sampan nak pergi tempat kek lapis kat seberang tu haa. Actually boleh je naik kereta tapi saja nak feeling-feeling pergi Kuching kan.
Tapi masa balik KL haritu, Shark tweet kata sungai tu ada buaya. Luckily dah balik sini kan. Haha.

Tu yang depan tu Anna, paling banyak shopping. Aku rasa satu office dia belikan souvenir. 







Ok, gambar bebanyak kat atas ni masa kat Damai Beach Resort. Saje lepak minum nyiur sambil tunggu sunset. Kalau korang perasan kat belakang tu ada gunung kan, haaa tu Gunung Santubong. Aku tak ingatlaa sejarah gunung ni apa. Jangan kan Santubong, sejarah Gunung Ledang pun aku tak tahu.

Ni masa pergi Pasar Serikin, seriously panas gila tempat ni. Pasar ni kat sempadan Kalimantan, so korang jangan terkejutlaa bila orang jual tu cakap indon. Memang indon pun. Tapi yang menariknya kat sini, barang-barang yang dijual lagi murah dari kat Kuching. Jadi sempat jugak laa aku grab beli beg duit yang blink-blink gitu. Memang harga jauh lagi rendah wei. Jarak ke pasar ni dari Kuching lebih kurang sejam setengah.


Dah berpanas-panas kat Pasar Serikin, kitorang singgah jap kat Gua Pari kot nama dia. Sesaja nak amek gambar kat sini. Sepanjang perjalan ke pasar tu, ada berapa puluh sungai entah kena redah, pastu banyak pulak gua. Tapi jangan ingat kena redah sungai guna 4WD pulak. Dah ada bridge laa. Hehe.

Itu jelaa cerita short trip aku ke Kuching. Memang tujuan asal nak melawat Fizz pun, so memang takde plan nak tour a round sampai kaki ke apa kan. Yang penting dapat jumpa dia. Alhamdulillah, dia sihat dan dah berisi, i mean gemuk sikit laa. Belum mengandung lagi, katanya tunggu next year. Si Sepul, husband Fizz duduk Bintulu, kerja kat sana. Jarang jumpa katanya. Hehe patutlaa~~ So, kesimpulannya lawat laa kengkawan baik korang walau jauh mana sekali pun. Macamni laa baru dikatakan kawan. Sambil tu jugak boleh jenjalan habiskan duit yang memang banyak tu kan :D




[Noted : Rumah Fizz besar gila woah!]