Jul 4, 2010

Cerita Kahwin - Fahmi & Wana

Wedding's bell again . Cewahhhhh , ayat orang putih pulak padahal kulit hitam . Jom tengok siapa pulak kawan aku yang bertuah dah kahwin . Jeng jeng jeng . Sila lihat gambar bawah .

Fahmi dan pasangannya , Nirwana .

Percaya atau tidak ? Kena laa percaya . Bak kata Fahmi kat aku masa chit chat sebelum dia jadi suami orang , "dah sampai seru dah Erin" . Betul jugak tu , selagi tak sampai seru Mu'az nak meminang aku , selagi tu laa status i kat FB in relationship with Mohd Mu'az . Hihi . Ok laa mari aku cerita sikit siapa Fahmi dan apa cerita yang menarik . 

Ok , Fahmi ni budak kelas aku masa kat UTHM dulu . Masa mula-mula dia bagitahu nak kahwin tu aku macam ishhhh betul ke ni ? Sejak bila pulak dia bercinta . Aku yang bercinta secara publish pun belum kahwin , ni yang takde angin , takde ribut , tiba-tiba dah nak kahwin . Rupa-rupanya kalau bercinta senyap-senyap akan kahwin dulu eh . Cessss menyesal aku bercinta heboh sana-sini . Hihi ;p 

Fahmi nikah masa 6 Jun 2010 sama dengan jugak kitorang pergi Melaka . Alaaa yang dalam entry ni haaa . So tak dapatlaa kitorang nak ke majlis di sebelah isteri Fahmi . Maka dengan itu jugak , kitorang memilih untuk pergi ke majlis di Kulai . Memanglaa jauh kalau dari KL tapi kawan kahwin , haruslaa pergi kan . Nanti esok kalau aku kahwin , takde pulak yang pergi kang . Ok , konvoi kahwin kali ni agak bercelaru sikit sebabnya organizer takde sebabnya lagi jugak organizer hantar adik masuk UiTM Jengka . Hehe . Aku laa organizer nya . Memasing mengharapkan ada orang arrange kan transport dan bla bla bla bla . Hangin jugak laa aku masa tu , padahal memasing ada kereta tapi semuanya entah laa . Lu pikir laa sendiri . Berdering-dering , memekak-mekak handphone i yang canggih-canggih tu bila memasing call tanya macam mana . Tapi alhamdullillah , mana-mana yang jenis sentiasa support kawan-kawan , semuanya tak banyak bunyi dan kitorang pun selamat laa sampai ke Felda Sungai Sibol , ala yang sebelah Felda Taib Andak tu haa .

Konvoi kali ni dari tempat yang berbeza , konvoi dari KL , konvoi dari BP dan konvoi dari JB . Yang dari JB haruslaa aku kan . Dan konvoi dari JB laa yang paling lambat sampai , haa sebabnya si Chuck yang lambat , berhenti minum kunun-kunun nak tunggu konvoi dari BP dan sesat sebab guna GPS . Kahkahkah . Last sekali aku yang jadi GPS untuk Mu'az (hehehe , senyum meleret bila Mu'az ada ;)) ) . Lepas tu korang tahu tak , disebabkan konvoi dari BP dah sampai , maka konvoi dari JB berlumba haram dowh . Memang aku dah mengucap dah masa tu . Nak terberanak pun ada , gila kauuuu 160km/j aku tengok meter kereta Mu'az . Memang pot pet pot pet je laa aku dalam kereta tu . Mu'az hanya mampu tergelak bangga sebab kereta dia memang boleh pergi~ kunun kalau tak laju , malu laa dengan kereta Chuck yang CPS tu . Damn laa korang ! 

Akhirnya , sampai laa jugak ke rumah Fahmi dengan baju yang renyuk seribu , tudung huru hara dan jalan terhuyung-hayang . Apa-apa pun , konvoi kali ni lagi best laa kot sebab Mu'az ada . Hahaha . Takde kene-mengena ;p . Mari-mari tengok gambar seterusnya . 



Alahai sweet gila laa korang ;p

Woweee silat .

Macam joget pun ada jugak ni ;p
Maaf ye pakcik , i gurau je .

Kami memang sporting ;p

Amboi Hadi ...pose rock ye . Bila mahu kahwin?

Semua makin membesar ni ;p

Muka kelihatan macam mak dan bapak orang dah korang semua ;)

Dari kiri ; Mu'az , Muna , Aie , Amir , Hadi , Dorn , Ijam 

Sambungan dari kiri ; Dorn lagi sekali , Ijam lagi sekali , Aiman , Star , Budin , Chuck .
Di mata mu , ada aku ;)))
(nak muntah type)



[Noted : Akhirnya abis jugak aku updates cerita bulan Jun ]

4 comments:

muslih said...

jeles. hehe.. tak dapat join sedey!!! T_T

Erin said...

Muslih - Tu laa sedih jugak bila bestfriend die takde . Hihi . Takpe , at least ko pergi yang kat belah perempuan .

fahmi said...

tula tp xpe mus da dtg mase umah pmpuan aritu... erin, terharu aku ble tau ade page pasal 'kami' kt blog ko... huhu... tq..

Erin said...

Fahmi - Thanks sebab singgah kat blog ni . Hehe . Aku akan cerita semuanya apa yang jadi . So ,nanti bila dah tua , ada laa benda yang boleh aku baca . Huhu .