Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Jun 8, 2010

Review movie - Killers


Hari sabtu , pepagi lagi Amir dah sms aku tanya apa plan for today (hari Sabtu) . Aku yang mamai baru bangun tidur , terus call Muna , ajak dia pergi beli hadiah kahwin untuk  Hidayah seperti entry sebelum ni . Muna pun on sahaja . So terus sms Amir , cakap nak pergi beli hadiah , dia pun nak ikut jugak . Jadi kitorang pun berjanji jumpa kat Wangsa Walk dalam pukul 3.00 pm macam tu laa kan . Sampai je Wangsa Walk , aku ngan Amir pergi melantak berdua kat Subway sementara tunggu Muna dan Chuck sampai . Muna tengah jumpa kawan lama dia dan Chuck masa tu teman makcik dia shopping kat Sogo haa . Baik gila mamat ni . 

Dekat sejam cari hadiah kat Wangsa Walk macam tak jumpa , aku pun ajak laa diorang pergi cari hadiah kat Jaya Jusco . Sebab aku rasa kat situ macam lagi banyak pilihan . Sampai je kat Jaya Jusco , jumpa Chuck , Ijam ngan Myra sekali .  So , kitorang pun jenjalan dan dapat beli hadiah . Aku sempat jugak beli hadiah untuk Fahmi ngan Shikin jugak . Oooo ye lupa pulak nak cakap , Amir ajak tengok movie Prince of Persia tapi kannnnn aku ngan Chuck dah tengok dah . So, aku ngan Chuck cuba memujuk Amir tengok movie lain . Dan akhirnya , Amir pun on saja . Lepas beli hadiah tu , kitorang minum-minum kat NZ sampai laa pukul 9.00 pm sementara tunggu Muna tengah pack baju untuk tidur kat rumah aku , Chuck yang kena ambil adik comel dia kat Putra LRT dan Ijam yang tengah hantar kekasihnya balik ke rumah .


Movie Killers start pukul 9.50 pm tapi kitorang pergi beli tiket 9.30 pm . So seat yang kitorang dapat duduk amek kau 2 barisan dari depan skrin . Korang bayangkan laa eh betapa dekatnya Ashton Kutcher ngan aku . Pehhh , memang terliur sey tengok dia . Tapi kannnn sakit gila tengkuk aku haaa . Haishhhh jom laa terus review Killers . Pelakon utama Ashton Kutcher yang super hot tu ngan Katherin Heigl yang agak cute gitu . Killers ni cerita pasal Spencer (Ashton Kutcher) , pembunuh upahan yang profesional gila . Dia ni takde mak ayah dan senang kata orang susah dan hidup sebatang kara . Masa dia belajar kat Universiti , ada seorang ni , mmm senang kata boss Spencer ambil Spencer untuk jadi pembunuh upahan dan bagi gaji yang lumayan . Yelaa lagipun dia kan orang susah . So dia pun terima . Sampai laa orang yang ke-14 dia nak bunuh tu dia jumpa dengan Jen Kornfeldt kat tempat bercuti .Masa tu laaa Spencer jatuh cinta dengan Jen Kornfeldt dan terus kahwin tapi tu laa kan Spencer tak bagitahu pun yang dia bekerja sebagai pembunuh sebab dia memang nak berhenti jadi pembunuh dan tak nak dah jumpa lagi dah dengan boss dia .

Lepas 3 tahun kahwin , boss Spencer call dia dan suruh pergi jumpa kat hotel apa entah aku pun dah lupa . Tapi dia tak pergi sebab masa tu birthday dia . Si Jen ada buat kejutan birthday party . So , sejak dari hari tu , ramai laa orang termasuk jiran tetangga , kawan-kawan Jen , kawan tempat kerja Spencer semuanya nak bunuh Spencer . Nak tahu sebab apa ? Sebab ada orang offer kat diorang semua , kalau dapat bunuh Spencer , diorang akan dapat 2 juta . Haa tu yang memasing berebut nak bunuh . Part ni memang kelakar gila kot . Mmmm masa ni jugak laa baru Jen tahu rupa-rupanya Spencer pembunuh tapi Spencer sangat romantik ok , dia cakap laa dia dah berhenti buat semua ni sebab dia jatuh cinta dengan Jen . Tapi korang tahu je laa kan , kalau sekarang baru tahu semua ni , of course laa Jen mengamuk . So Spencer pun cerita laa semuanya sampai laa Jen rasa confident dengan suami dia ni haa . Masa sibuk-sibuk tengah nak lari dari semua orang yang nak bunuh Spencer , Jen pulak mengandung . Hehe . Jadi kalau nak tahu cerita selanjutnya , korang pergilaa tengok eh . Cerita ni sangat best sebab ada action dan comedy . Ditambah pulak dengan Ashton Kutcher yang handsome tu . Aku bagi rating cerita ni 9.8/10 . Hehehe . 


[Noted : Bila laa nak gaji ni ? ]

Jun 4, 2010

Review movie - LBS



Buat pertama kalinya aku nak men-review movie . Sesaja nak menambahkan bahan bacaan korang . Ok , semalam 3 Jun 2010 , Lagenda Budak Setan atau nama singkatannya LBS , huh dah macam GBS laa pulak Geng Bas Sekolah  tu ditayangkan . Aku pun sibuk nak tengok cerita ni jugak , memandangkan pelakon dia macam best . Yelaa Farid Kamil tu yang berlakon . Hehe . Harap Kak Fazi tak jeles . Ok, kitorang ber-10 pun pergilaa tengok LBS kat Times Square dan tiket pukul 9.30 malam .

Mari terus men-review . Aku rasa semua orang pun tahu , LBS ni adalah diambil dari sebuah novel karya Ahadiat Akashah . Kalau bebudak zaman sekarang ni mungkin tak kenal siapa dia , tapi kalau zaman aku dan  zaman sebelumnya , sure punyalaa kenal . Banyak jugak karya Ahadiat Akashah yang sempat aku baca . Cett sempat? Aku sangat malas nak membaca sebenarnya . Tapi memandangkan zaman tu tengah zaman baca novel , tak cool laa kalau aku tak baca kan? Jadi haruslaa baca . Ooo ye , aku pun tak pasti sama ada aku ada baca LBS ke tak . Dah lama sangat kot .

Pelakon-pelakon LBS , Farid Kamil (Kashah) , Lisa Suriani (Ayu) , Que Haidar (Azmi) , Shikin Kamal (Ayu 2) dan Raja Farah (Suzana) . Haa yang lelain tu aku malas pulak nak cerita . Kita ambil yang penting-penting saja ye . Oooo tak lupa jugak , ada pelakon tambahan , Fadli Rahman . Ni kawan aku ni . Haha . Gila promote . Ok berbalik kepada LBS ni , secara ringkasnya , cerita ni memula je best . Tapi bila sampai part muka Lisa Suriani hancur sebab accident tu , lepas tu terus buat plastic surgery , terus je Lisa Suriani jadi lain . Maksudnya pelakon bertukar jadi Shikin Kamal . Aiyooooo terus hilang feel laa nak tengok . Sebab aku tengok Shikin Kamal ngan Farid Kamil  tu macam tak sepadan laa . Start dari tu , aku dah mengantuk dan mula membebel dengan Azral . Tapi bila Fazura muncul , ada feel balik tapi macam sekejap sangat pulak part dia berlakon . Al-maklumlah ni baru LBS bahagian satu . Sebab ada sambungannya lagi . Aku rasa yang sambungan tu aku nak tengok DVD je laa . Bosan kot . Lagi satu , ayat-ayat yang digunakan dalam LBS ni terlalu skema laa wei . Nak termuntah aku dengar . Rasa macam dialog LBS terlalu ikut sangat ngan novel tu . Rating untuk LBS ni , aku bagi 5.5/10 . Sorry laa ye Farid Kamil . Tapi i tetap suka tengok u berlakon tau .



Kak Ill & Kak N .


Kak Azy & The Erin .


Makan time di Wendy's .


Kami ber-sepuluh :)


[Noted : Ok , kejap lagi pukul 1130am 
ada Mr. Gupta farewell ]

Nov 16, 2009

Review Movie - 2012

Ada apa dengan 2012? Kan baru 2009 . Eh ada kene mengena ke oii . Haha . Actually aku tengah frust ni sebab tak tengok lagi cite tu . Macam-macam feedback yang aku dapat daripada kengkawan aku yang dah tengok . Termasuklaa si Muaz yang tinggi lampai tu . Hummm . Dia cakap cite tu tak best langsung , ending yang tak best dan macam-macam lagi tomahannya . Huh . Saje je kan dia tak nak bawak aku . Geram je . Pastu tengok status orang laen kat FB especially yang dah tengok 2012 , cakap cite tu best & sedih . Hummm entahlaaa wei . Tak paham aku . Aku dengar cite 2012 ni cite pasal kiamat tapi tu laa encing cite ni mestilaa hero&heroin hidup . Sama je cam cite hindustan lain kan . Kalau menurut ajaran agama Islam , bila terjadinya hari kiamat , tak kan ada seorang pun yang akan hidup . Kita semua akan ke alam lain . So , secara kesimpulannya , tak elok laa tengok cite camtu . Apa laa korang ni , membazir tengok cite tu , lebih baik sedekah duit tu kat orang susah . :) :) :)

Sebenarnya , aku dah plan ngan gang budak kuat jalan & kuat makan tengok 2012 , tapi paham-paham jelaa kan , cite tu baru lagi laa wei . Memang tak dapat seat laa oi . Kalo dapat pun betul-betul depan screen . Humm so , kitaorang tengok jelaa cite apa je yang ada . Sue ngan Anne sampai OU dulu . Yelaa kan umah diorang dekat je kot , confirmlaa diaorang yang sampai dulu . Mula-mula nak tengok Phobia 2 tapi Amer ngan Chuck dah tengok . Diorang cakap tak best . And then , aku cakap kat Sue , tak kisahlaa tengok cite ape pun . So , akhirnya kitaorang tengoklaa cite Ninja tapi bukan Ninja Assasin ye kawan-kawan . Ni Ninja yang sangat tak best . Jom , let picture talks . Tapi ada 2 gambar je upload . Hehe .

Amer , Chuck , Anne & Sue


Ok , ni aku plak ngan diorang . Anne snap this picture .