Showing posts with label UTHM. Show all posts
Showing posts with label UTHM. Show all posts

Jul 15, 2010

Oi oi orang Liverpool balik Malaysia oi .


Woweeee updates blog kat office lagi ye kengkawan . Hari ni , boss takde lagi dan lagipun hari ni puasa . Macam tak larat nak buat kerja ok (cettt ! bukannya kerja angkat pasir kot . Haha ;p) . Isk takpe laa , kang jap lagi i buat laa kerja . I bukan apa , dari membazir masa tidur dalam surau , lebih baik kita berblogging kan kan kan , ok ni ayat sedapkan hati .

Ok , jom tengok siapa orang Liverpool yang balik Malaysia tu , eh actually bukan orang Liverpool tapi orang Malaysia laa . So , ayat tu kena tukar sikit ye , aaaaa tapi malas nak betulkan title post tu balik , boleh kan ? Phew , melalut panjang sangat ni . Straight to the point please . Ok , Encik Nazali laa yang balik Malaysia . Siapa dia ni eh ? Huh panjang ceritanya dan ringkasan ceritanya , dia ni lecturer masa kat UTHM dulu . Ye , kitorang memang sangat rapat dengan dia masa dulu dan sekarang pun sama jugak ye . Bagi aku , dia ni seorang lecturer yang paling cool laa di abad ni wei . Orangnya tegas , baik hati , penyayang , ambil berat (caring ayat orang putihnya) , tak berkira dan paling ketara sekali dia memang akan rapat pada students yang degil , pemalas dan yang bermasalah macam Erin and the gangs . Ini memang diakui oleh semua lecturer fakulti aku ok ? Setiap lecturer mesti ada yang komen kata students BPD (ni kod kelas aku masa belajar dulu) datang kelas lambat , berbual masa lecturer tengah pot pet pot pet bagi ilmu , hantar assigment lambat dan macam-macam perangai lagi laa . Pendek kata , budak perempuan dengan lelaki sama je perangainya (buruk sungguh perangai aku dulu eh?) .

Dipendekkan cerita , Encik Nazali dapat sambung PHD kat Liverpool , universiti apa tu aku tak pasti laa eh . Ehehehehe . Masih segar dalam ingatan aku (cehwah ayat nak skema kan) , aku dengan budak-budak yang degil ni hantar pergi KLIA . Memang sedih jugak laa masa tu , sebab aku rasa masih ramai lagi yang perlukan dia kat UTHM untuk dijadikan panduan . Serius shit wei dia banyak ubah kitorang , bukan ubah dari kurus ke gemuk ataupun sebaliknya tapi ubah kitorang jadi manusia yang berguna dan tengok laa apa yang jadi pada kengkawan aku hari ni . Peh memang aku salute kat diorang semua , berjaya babe ! Dan yang paling aku bangga sekali , kengkawan yang degil gila dalam kelas atau secara ringkasnya budak lelaki yang pemalas , semuanya dapat kerja lagi awal daripada budak-budak yang pandai dalam kelas yang 'Dean List' setiap sem tu haa . Dasyat bukan ? Hehe . Eh sorry laa kalau kengkawan i yang pandai-pandai ni terbaca blog ni . Tapi sukati laa , ni kan blog i . Uolls nak kutuk i , guna blog sendiri ok ? 

Oooo ye setelah 2 1/2 tahun Encik Nazali kat sana , akhirnya kitorang dapat jumpa dia lagi . Dia balik Malaysia bulan Julai sampailaa hari Raya nanti . Tapi bukan laa balik selama-lamanya , balik sekejap nak uruskan kerja-kerja PHD dan macam-macam lagi . Plan punya plan , akhirnya jadi jugak kitorang jumpa dia . Dan seperti biasa , aku laa official organizer bebudak ni semua . Aku memang jadi penunggak utama setiap event (gila riak ni) . Aku ajak semua orang yang kerja kat KL ni tapi seperti biasa laa kan , muka yang sama jugak laa yang bagi respond baik . Hummmm , ni satu lagi masalah budak kelas aku ni . Perangai pelik yang kalau ajak jumpa , minum-minum , makan-makan mesti tak mahu join sebab dah janji dengan kawan lain dan sebagainya . Haha . Ok , ni entry yang paling panjang dan paling beremosi sekali . So , baik aku stop daripada mengundang segala gejala gaduh-gaduh dari jarak jauh . So lagi sekali , sila laa lihat gambar-gambar kitorang jumpa dengan Encik Nazali . Oooo ye lupa pulak nak bagitahu , kitorang ajak dia makan kat Tupai-Tupai , seperti yang diminta oleh dia (apakah ayat ni , teruk gila BM aku !) . 

Encik Nazali Noor , pensyarah favourite kami !

Tupai-tupai .
Harga semuanya RM370.40 .

Aina .

Padel .

Kak Zie (tunang Padel) .

Firdaus .

Qurattu Ain (bakal tunang Firdaus)
Hehe , ini assumption aku je ni ;p

Anne .

Hadi (bakal menantu Encik Nazali tapi Najwa kecik lagi )

Muna .


Blueberry Cheese Cake .

Celebrates birthday sesama .
38 , 24 & 24 .

Chuck (maskot ayam KFC) .

Sesi lucky draw !

Cesss ! Amer yang 'maju ke depan' yang dapat lucky draw tu .

Mari-mari ambil gambar kepala senget .

Comel eh senyum macam tu ?

Ok , kat belakang Encik Nazali tu ada bakal pengantin ye .
Nampak tak ?

Hummm nasib baik ada gambar photographer !
Btw , thanks Chuck for the blur pic of me . Damn u !

Diorang paksa aku snap gambar ni .

Semua pun dah kurus!

Sesi salam-salam , hugs dan gambar sebelum balik .

Ok , jom balik .



[Noted : Confuse nak buka puasa apa harini . 
Pizza Hut ke McD?]

Oct 1, 2009

Oktober sudah menjelma .

Hai . Lama dah saya xberblogging kan . Fuhhhhh almost 5 months kot . Betapa bz nye saya ni kan . Actually saya xleh nak surf internet sangat sejak kerja ni . Coz kat umah cheras mana ade streamyx cam umah JB , jadi keghairahan nak berinternet semakin kendur (betul ke penggunaan ayat saya ni) . *pssstttt perasan tak penggunaan kata ganti diri dah berubah . hehe . aku kepada saya .

Dalam sepanjang saya xberblog ni , banyak jugak hari-hari yang best aku lalui . Saya dah konvo . Wahh ada degree beb! Cam xcaye je kan . Rasa macam baru semalam pergi sekolah , balik sekolah buat kerja sekolah , pastu ada big exam cam SPM tu kan . Wakaka . Tapi itu dah 6 tahun berlalu . Dah tua dah saya ni . Dah patut berumah tangga kot (iskkk gatal pulak , masak pun xpandai tapi ada hati nak kawen plak . uiii xmungkin laa kan).

Cerita pasal konvo ni kan memang best laa kot . Konvo saya same date & day , same location , same U dan senang kata semuanye same ngan Muaz . Huhu . Happy kan?? Japp meh tengok gambar saya berkonvo. *psssttt lagi sekali . honeydew dah pun bertukar kepada nama Muaz .



I'm graduated from UTHM

B.Hons of Manufacturing and Mechanical Eng.
+ B. Hons of Real Estate Management



My very big family


Next story , cerita hari raya laa kan . Tu je yang boleh saya kongsikan dengan peminat-peminat diluar sana . Hehe . Ok , hari raya tahun ni memang agak sadis jugak laa . Sebab ape? Sebab nya rumah Muaz terbakar seminggu sebelum raya . Kesian sangat kat dia sekeluarga . Syukur sangat sebab semua ahli keluarga selamat daripada sebarang kecederaan . Cuma yang tak boleh diselamatkan , rumah yang No.9 Jalan Kemuliaan 33 , Tmn . Universiti Skudai . Rumah No.11 totally ok . Mesti korang pelik kan dengan No rumah dia? Meh sini dengar , rumah Muaz berkembar , so ada dua alamat laa kan . Paham kan . Masa kejadian tu , Muaz kat Pasir Gudang , saya pulak kat KL . Seingat saya masa tu saya berbuka puasa kat De'Templer , Tmn Melawati . Dapat tahu je dari Muaz , berderau darah saya . Saya tak percaya langsung . Masa tu saya call dia dengan niat nak tanya buka apa .

*perbualan telefon :
Saya : Hello , syg ngah buat apa tu?
Muaz : Rumah org terbakar syg .
Saya : Haaa? Sumpah?
Muaz : *&?!@#$%$6@!! (perkataan yang terkeluar dari mulut Muaz amat memeranjatkan . tidak sesuai menjadi tontotonan khalayak ramai) . SYG INGAT BENDA-BENDA MACAMNI ORG NAK MAIN-MAIN KE? (haaa amek kau . kene sebijik ). Ok laa syg , nanti org call balik .
Saya : OK.

Uuuu takut gila Muaz marah camtu . Yela , saya ingat dia maen-maen ke apa kan . Masa tu , saya otw balik ke rumah Cheras dari De'Templer . Sampai umah , terus telefon Zaid , tanya macamana dengan rumah . Then Zaid pun cerita . Memang terkejut sangat . Cuba korang bayangkan kalo musibah ni berlaku kat korang , mesti dah patah semangat kan? Kalo laa saya yang kene , saya tak tahu nak buat apa . Saya simpati atas apa yang berlaku kat Muaz dan keluarga . Mudah-mudahan kejadian ini memberi hikmah kepada mereka . Alhamdullilah Muaz dan keluarga banyak dapat bantuan dari banyak pihak . Mak Muaz adalah seorang pegawai tinggi jugak kot kat Pejabat Pendidikan Daerah JB , so banyak laa bantuan yang dihulurkan . Saya dapat datang rumah dia pun sebelum Hari Raya . Memang teruk sangat . Tapi tak apa ye syg , berSABARlaaa . *sempat tolong pasang langsir + tumbuk kacang

Ok jom tengok gambar raya tahun ni . Tema family : maroon


My siblings without ayah & emak
(diaorang kat kedai , tengah buat kueh raya for MAS order)


Hj. Busno and Hajjah Patonah family's


Raya versi KLIA Holdings


Raya versi Jelajah KL
(destinasi : ampang , kajang , klang , kg baru , gombak , wangsa maju)


Ok . Thats all . Penat dah .

Apr 6, 2009

Supermodel UTHM

Lama aku x mengepost diblog kan? Banyak cerita sebenarnya tapi xberkesempatan untuk berblogging . Hari-hari aku dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang berunsurkan keseronokan yang membawa kepada kesan kehabisan wang ringgit . Adoii bila nak bergaji lagi ni .

Untuk entry kali ni , aku nak say thanks a lot kat UTHM kerana akhirnya , wajah-wajah graduan yang belum officially bergrad sudah di masukkan di website . Terharu sungguh . Sebenarnye , sesi fotografi kami sebagai model sudah lama berlalu . Xsilap aku masa Sem 1 2008 . Muka-muka yang terpilih ni memang bertuah . Haha . Ni sume si Ikin punye keje . Seingat aku laa . Dia tulis nama budak-budak degil kot . Then , rupa-rupanya kami menjadi model untuk bunting konvo , banner konvo dan website UTHM .

Siapa xbangga kan? Muka kelihatan sungguh happy memakai baju jubah walaupun sebenarnya lambat bergrad tapi aku puas dengan pencapaian aku di UTHM suatu ketika dulu . Daripada mendapat pointer yang seciput dan tidak memberangsangkan akhirnya dapat jugak DL walaupun hanya 3kali . Huhu . Bukan menunjuk atau berbangga . At least , orang lain xpandang rendah pada aku . Ya , memang aku selalu ponteng kuliah , bercinta , berjoli dan sebagainya ! Tapi , aku xlaa bodoh sangat kan? So , jangan pandang aku sebelah mata . Haha .

Ok laa meh aku tunjuk sket muka-muka model yang xberbayar di website UTHM . Sape xsuke dan rase jijik , plz xyah tengok ok . Manusia sentiasa mempunyai perasaan hasat dengki pada orang lain . Itu memang tidak dinafikan lagi . Ehh stop . Xnak membebel lagi dah . Mari menjamu mata .



Wajah kehappian



Yahhuuuuu


*Hari ni last berguru

Mar 7, 2009

Conference

Conference! Yeah aku ngan classmate berconference di petang hari . Sangat seronok . Sumenye cerita pasal keje . Kelakar sangat . Kalo ade 1 kelas tengah online memang aku invite semuanya . Mesti semua orang berebut-rebut nak cakap . Tapi yang sedihnya , Faziraaaaa xnak layan kitaorang . Invite dah banyak kali tapi she left again the conference . Kecewa si Amir . Haha . Oklaa aku sangat seronok sebenarnye bila bercerita ngan kawan-kawan lama ni tapi xdelaa lama sangat . Baru je 3bulan x jumpe diorang ni semua . Perangai sume xberubah . Ni laa yang buat aku makin berkobar-kobar nak gi KL jumpe budak-budak ni . Haa tunggu aku bergaji ye kawan-kawan .

Ahli-ahli senat yang berconference dipetang nan indah x laen x bukan , aku , Muna as Centre of Gossip , Amir , Hadi , Sue , Chuck dan Apai . Aku ada invite Faziraaa ngan Sue besar tapi no respon . Bz kot . Begitu juga Mr. Nazali kita . Xpelaa maybe next time boleh lagi kan .

Antara topik hangat diperbualkan;


"Cite pasal keje laa kan . Masing-masing dah berkerjaya dan hampir berkerjaya pada minggu depan . Tahniah ye untuk Muna yang jadi model celcom dan Sue yang akan bekerja dengan syarikat jepun"

"Aktiviti bergossip pasal kawan-kawan yang laen . Antara nama-nama hot yang diperbualkan Ekin , Ijam , Aiman , Anne , dan ada laa beberapa nama lagi . Tapi bukanla bergossip apa pun . Cume nak tahu mereka-mereka ni buat apa sekarang . (Kami tidak suka mengumpat tapi bergossip xpe)"

"Perbualan mengutuk Chuck berdahi luas terbentang yang kaki pompuan dan sekarang nak jadi bapok. Opsss sori Chuck . Chuck memang camni . Desperate nak pompuan je"

"Aktiviti carut mencarut &^$^%*?!@?// . Hadi kata xpe , Cikgu Sains benarkan kami cakap b**i . Dan aku pun turut bersama-sama berbuat begitu . Tapi beristighfar pas mencarut . Hihi"

"Cite pasal program reality . Mula-mula cite Raja Lawak 3 . Semuanya cakap xbest laa itu laa ini laa . Si Hadi sokong si Amir I'm Sorry tu . No comment laa kan . Tapi die xlayak kot masuk final . Lawak hentam semberono je . Cakap tergagap plak tu . Hadi sokong sebab die orang Kelate! Pastu pasal AF . Aku sorang je suke AF . Yang lain cakap AF= All Fuckers . Damn it . Haha . And last skali kutuk Tomok masuk OIAM . Diorang ni memang suka mengutuk orang"

"Cikgu! Aku ngan Hadi jadi cikgu . Yang xbleh blaa nyer , Hadi cakap anak murid dia panggil Teacher Hadi . Yelaa cikgu sains kan . Tapi aku nak report PPD sebab die isap rokok dalam kawasan larangan . Siap penolong kanan leh join kan . Iskkk teruk betul . Aku jugak laa cikgu yang baik . Pastu cite kutuk aku kan . Suruh aku jadi cikgu PJ biar badan up sket . Kuang asam korang . Aku dah gemuk laa wei . Dah naek 100g ni haa"

"Cite pasal konvo . Yeay nak konvo . Best sangat . Tapi tarikh konvo pun xtau bile . Muna cakap Dr. Wan pesan suruh tempah baju lawa-lawa untuk konvo"

"Rindu makanan kat parit raja . Haa topik ni Hadi ngan Chuck memang laa suke . Sebab diorang partner makan . Kedai yang paling dirindui mestilaa mamak KMS tu . Mana xnye , situ laa tempat paling terdekat ngan kampus kan . Asal ada break mesti kita breakfast kat situ . Lagi satu tempat , warung Mak Jah . Haa mula laa rindu tempoyak laa itu laa ini laa . Iskkk"

"Lone ranger! Ni topik kunun-kunun masing-masing single laa kan . Tapi betul Chuck cakap , lone ranger lagi baik !"

"Closingnyaa , masing-masing nak mandi nak semayang"

In this pic is all my bff .


Lokasi : KL, Singapore , JB, BP
Aktiviti :
Jalan-jalan



Lokasi : Flat Mewah
Masa : Lewat malam
Aktiviti : Assigment last minit punye!



*Next time kita gossip lagi . Rindunya kat korang kan?

Feb 9, 2009

The Best of 2008 .

2008 - Dah dua bulan yang lalu kita tinggalkan . Tapi xbermakna perkara yang terjadi sudah dilupakan . Bagi aku , 2008 banyak cerita best and yang xbest jugak . Biasala lumrah kehidupan . Hidup bagaikan sebuah roda . Sekejap di atas dan sekejap di bawah . Disebabkan aku baru berjinak-jinak dalam blog ni, jadi x salah rasenya kalo aku flashback semula tahun 2008 kan . Hihi .

Januari

Aku rasa dalam banyak-banyak tahun , aku akan ingat tarikh 16/1/08 - Rabu. Sebab ape? Haha . Sebab aku dirampok (rompak adalah bahasa sebenar) . Bila fikirkan balik , maybe ada hikmah disebalik kejadian tu . Aku redha , Allah S.W.T itu Maha Berkuasa . Waktu kejadian tu , aku dan housemate (Anne dan Muna) tiada dirumah - ke kelas investment tapi ditunda dan kami breakfast di mamak KMS . Ahhh malas nak cerita secara detail . Cukuplaa sekadar itu saja . Yang paling x bestnya , barang-barang yang dicuri bukan bernilai sekeping roti canai tapi ribuan $$$ . Barang yang dicuri milik aku , honeydew ku dan Anne . (Rasenya dah dijual kot).

Bulan januari ni jugak merupakan sem baru bagi tahun 3 sem 2 . Start sem ni dah kena buat thesis . Owhhhh sangat tekanan masa ni . Sebab , aku kehilangan laptop dan menyukarkan aku untuk membuat proposal dan sebagainya . Ahhh tekanan demi tekanan aku lalui . Tapi housemate ku x pernah jemu-jemu membantu . Begitu juga dengan honeydew ku yang sorang tu .




Febuari

Owhhh start bulan ni dah been busy . Banyak benda kene buat . Seingat aku , time ni kene settle tempat intern , start buat thesis , and what else kan ? mestilah assigment yang bertimbun-timbun . Haa pasal tempat intern ni , aku adalah antara orang terawal yang dapat di accepted . Aku dapat intern kat IPC Property Island Sdn. Bhd. (intern - end of april till july).

If i'm not mistaken laa kan . Aku ade academic trip to KL (2 hari 1 malam- 13 feb till 14 feb) . Apa yang menariknya , seronok jenjalan . Tapi ceramah hampeh dengar xdengar je kot . Yang paling bestnye , kitaorang dijamu makanan yang sedap-sedap . X payah bawak duet pun x pe . Saving ~ Tempat yang dilawati - ARB , Sunway Berhad , ISM and Sunway Pyramid . Haha .


Yeay , genap sebulan laptop dicuri , mak aku membelikan laptop yang baru . Bukan ape , actually laptop ni mudah nak bawak ke mane-mane . Lagipun laptop dah murah dah . (Terima kasih emak~).


Mac

Busy yang melampaui batas . There are many things to do . Especially thesis and assigment . Banyak pulak assigment yang lecturer bagi . Hummm . Apa yang menarik buat assigment ni ;
1. Semua berebut-rebut nak buat kumpulan sendiri(especially orang yang pandai - sebab x nak group dengan
kitaorang . Haha .)
2. Pasti ada adengan gado . Biasenya perempuan dengan perempuan laa . Mane x nya , perempuan kan rajin ,
so si lelaki ambil kesempatan . Tapi x semua si lelaki begitu . Haa , ada jugak si perempuan macam si lelaki .
Buat keje hentam semberono . Aku penah jugak meng"sound" orang yang buat kerje x betul . Hahahaha .
3. Sudah tentu group orang yang pandai dapat markah serta pujian yang memberangsangkan . Haha .



April

Bulan ni lagi laa busy . Waaa final exam~ Kena struggle . Sebab dah tinggal 2 sem je nak belajar . Pasni dah x belajar lagi . Seperti biasa , setiap kali exam , aku jadi pembekal nota pada budak lelaki kelas aku . Tapi yang bersungguh nak nota semestinya Abg Hadi kita . Apa-apa pun aku seronok sebab at least aku kongsi sama-sama dengan diorang . Haha . Berjaya sama-sama , x dapat jawab pun sama-sama jugak .

Ok , dah habis exam . Semua orang berpusu-pusu dan tergopoh-gapah nak balik kampung or bandar secepat yang mungkin . Sebabnya , start 28 april sampai 5 julai dah intern . Seperti yang dah diberitahu tadi , aku dapat intern kat IPC . Owhhh masa first day , honeydew menghantar ku . Huhu . Biaselaa , peneman setia ke mana saja . Aku sampai jam 8 kot . Sebab aku x tahu IPC bukak pukul berapa . Rupa-rupanya pukul 9 start operasi . So , sementara menunggu aku dan honeydew pergi breakfast di hadapan IPC . Dalam jam 845 aku pergi di depan IPC . Owhhhh alangkah terkejutnya bila aku nampak senior di situ . Pada mulanya aku x berapa pasti . Tapi setelah mengingat semula . Memang betul itu Aho .

Mei

Owhhhh bulan ber'intern' di IPC . X de bende yang menarik kecuali cuti pada hujung minggu atau cuti umum . Kerja ku di IPC x de laa sesusah mana pun . Berlatih sebagai seorang valuer . Itu saja . Kebetulan masa aku intern di situ , kes x banyak sangat . So aku relax jugak laa .( Mana x nye , aku boleh berchatting semasa bekerja . Dan rakan chatting ku itu biasanya Chuck dan Sue . Haha ). Walaupun begitu , aku masih mempunyai kerja yang harus dilakukan - menolong Cik Abby (bukan nama sebenar) membuat kerja binding dan register kes yang baru . Nampak macam mudah tetapi tidak ~ Sebabnya , aku pernah tersalah binding dan menyebabkan Cik Abby (bukan nama sebenar) di marihi oleh orang atasan . Tapi Cik Abby (bukan nama sebenar) cool saja . Hehe .

Jun

Bulan ni juga , aku masih ber'intern' . Agak busy di office . Sebab banyak jugak kes yang masuk . Haa bulan ni jugak , boss aku pergi Makkah . So , walaupun busy dengan kerja , kami di office bersuka ria dengan menonton Ezora di www.tv3.com.my . Al-maklumlah kadang-kadang balik kerja dah ketinggalan so dengan ketiadaan boss maka aktiviti ini dijalankan secara berjemaah bersama Cik Abby (bukan nama sebenar) dan Kak Dolly (bukan nama sebenar) .

Masa intern , honeydew ku ambil short sem di Parit Raja . So aktiviti keluar bersama-sama terbatas . Tapi die selalu balek JB . Jadi boleh laa berjumpa-jumpa . (Aku bertuah dapat dia . Thanks ALLAH S.w.t)

Julai

Owhhh julai datang kembali . Aku suke bulan julai ni . Sebab ade dua tarikh bersejarah dalam bulan ni . Hihi . Aku cerita dulu apa yang berlaku ye . Bila dah sampai bulan julai maknanya dah habis intern dan sem baru pun bermula . Waaaa sem terakhir aku di U . Macam x caye je dah almost 4th year belajar . Nampak sangat aku ni tekun belajar . Bagi aku laa kan , belajar memang seronok . Sebabnya , banyak bende kita x perlu fikirkan melaenkan belajar dan terus belajar . Contohnya , duet . Duet sentiase ade . Huhu . Aku tengok student sekarang memang kaya raya . Tapi aku x laa camtue . Mana x nya , hp canggih-canggih . Kalau x de 3G memang x sah . Huh . Dunia dah maju dah sekarang . (Aku pakai hp ade kamera 2mpx je , itupun casing dah rongak-rongak . X mampu nak beli baru).

Jeng jeng jeng ada orang buat surprise kat aku . Siapa lagi kalau bukan honeydew ku . X sangka sangat-sangat . Sebab aku kenal die macamne . Hihi . Thanx sayang for the surprise birthday and anniversary kita yang ke-3 . Pandai sayang plan untuk orang . Hihi . Love u so much sayang . Hummm tahun ke-4 masih ade ke x ek? Ahhh mesti ade . Sempena hari bersejarah yang jatuh pada 21 julai tu . Aku dapat hadiah dua tau dari die . Every year pun macamtue . Kali ni, dapat wallet dengan handbag . So sweet . Malunyerrr aku mase tuh~ Speechless . Pada kawan-kawan honeydew ku dan housemate ku, thanx for the surprise . (Saket kaki aku tersepak batu kat Dataran BP ).

Ogos

Thesis kene siapkan . Untuk sem ni dah kene distribute questionnaire . Hummm . Agak sukar sebenarnya . Semua orang pun stress . Tambah plak assigment yang datang secara berlumba-lumba . Haha . Tapi submit semua sebelum final exam . Dan yang bestnya , memang x kan buat dalam mase terdekat . Huhu . Thesis lagi penting . Haha . Supervisor aku , Puan Burhaida . Aku suka dia . Even dalam kelas garang . Haha . Cuma syarat dia , datang bilik dia mesti ada something . Jangan datang dengan tangan yang kosong . Tapi aku seronok dengan dia . Sebab kaki bual jugak . Lagipun umur x de laa jauh sangat jaraknya . Untuk thesis aku ni , aku dapat pertolongan dari uncle ku . Huhu . Senang sikit distribute questionnaire . Thanx Cik Rin .

Bulan ni semua orang bertungkus lumus puasa sebab bulan September dah puasa . Haha . Aku dengan Muna laa yang bertungkus lumus berpuasa . Huhu . Kan Muna kan? Anne selalu dah habis ganti .

September

"Bulan Ramadhan bulan yang mulia" .

Seminggu sebelum puasa , pakcik aku meninggal dunia disebabkan saket paru-paru berair (puncanya : tabiat merokok . Honeydew ku pun perokok . Aku berharap sangat die boleh kurangkan) . Peninggalan arwah pakcik ku ini sungguh sedih sebab tahun sebelumnya (pada masa yang sama iaitu seminggu sebelum semua umat islam menyambut bulan ramadhan) , abang saudara ku iaitu anak kepada pakcik ku yang meniggal dunia . Aku mendapat khabar pemergian arwah dari emak . Mase tu jam 7.30 (x silap aku laa) . Then aku terus memberitahu honeydew ku . Aku pergi menziarah bersama dia . Setibanya di sana , ramai sangat orang yang datang melawat . Sebab arwah pakcik aku seorang ketua kampung di situ . Tapi dalam keramaian itu, aku masih x nampak Dayah . Kesian die , belajar kat Kedah . Dan seingat aku , die baru je balek ke Kedah dan x sempat rehat sepenuhnya dah dapat berita sedih . Semoga arwah pakcik ku Albian dan abang saudara ku , Taufiq dicucuri rahmat . Pemergian mereka sangat menyedihkan .

Ok , cerita berbuka puasa . Aku dengan Muna kunun-kunun nak berjimat cermat . Kitaorang kene bawak rm5 je pergi ke bazaar . X boleh lebih . Huhu . Sebab aku dengan die suke membazir . Makanan yang selalu menjadi favourite , Laksa Penang rm1 , taufu faa , dan air buah-buahan kedai brother-brother . Lepas buka puasa semua jadi ular sawa . Tapi xbermakna x sembahyang maghrib . Huhu .

Pada penghujung bulan puasa , ada lecturer ajak datang buka puasa . Siapa lagi kalo bukan En. Najib . Menu memang best gile . Budak laki entah berape round tambah aku pun x pasti . Lepas tu , aku , Muna , Anne dan Aina mengahala ke jalan yang benar . Haha . Actually diorang ni nak membeli belah kuih raya kat kedai aku . Then macam-macam planning jadinya . Yang bestnya , siap buat peta arah ke mana nak tuju dahulu . Aku janji dengan honeydew ku untuk keluar bersama-sama dengan kitaorang . Kebetulan dia balik JB . Cantik sangat laa tuh . Maka aktiviti pun bermula . Malam tu g Diva . Haha . Bulan puasa bersosial . Ramai yang ade . Apis pun ada . Dan xlupe juga , Aie . Haha . Lepas tu lepak SS sampai jam 3am .

Kalau dah puasa , maknanya lepas tu raya pulak la kan . Haa , baju raya aku ade 4 pasang . Ade yang beli siap dan tempah pada makcik aku . Sebelum balik raya , aku teman honeydew ku beli baju melayu . Aku cakap aku ade baju kuning . Then dia pun beli baju kuning . Huhu . Tapi lari sket laa warnanya . Kunun nak sedondon . Huhu . Padahal raya x same pun . Mase terlalu singkat .

Oktober

Selamat Hari Raya~ Best dapat duet raya . Huhu . Beraya kat kampung selama 5hari di Kluang dan Pontian . Kalau raya ni , aktiviti makan-makan , beraya dan main mercun dah tradisi dah . Cume semakin dah besar ni , aku dah malas nak ikut pergi beraya . Haha . X tau laa kenapa . Banyak baju raya tapi x gune . Huhu .

Jeng . Jeng . Jeng . Surprise party kembali lagi . Kali ni , untuk honeydew ku . Auwwwww . Huhu . Hampir menjadi tapi ada kesilapan teknikal sedikit . Mesti dia terharu . Betul x sayang? Aku memberikannya sepasang kasut converse (beige) dan stokin converse . Aku bagi hadiah tu sebab kasutnya yang lama sudah bertukar warna . Aku sangat happy kerana sehingga hari ini , kasut tu masih dipakainya .

Viva !! Menakutkan . Kali ni , aku kene petang plak . Yang x bestnye kalau petang ni , makin berdebar-debar sebab membe lain dah lega . Pastue , lecturer dah penat . Possible die x paham memang sangat tinggi . Huhu . Panel aku plak orang-orang yang hebat dalam bahagian analisis . Scary sungguh~Tapi alhamdullilah Dr. Rozilah sukakan tajuk thesis aku . Yeay ~ Cume komen En Najib supaya aku menambahkan kaedah analisis . Huhu . Dah lega pasal thesis . Tinggal betulkan dan edit serta jilid .

Owhhh stresss~ Assigment kene submit end of this month . Haha . Semua buat last minit . Mata bengkak-bengkak x tidur . Sebab esok nak kene hantar , malam baru nak buat . (Pernah kene perli dengan budak pandai) . Huhu . Tapi seronok bila diingat kembali . Haha . Tidur secara bergilir-gilir .

November

Bulan ni semua orang jadi rajin sebab final exam . Haha . Seperti biasa , aku dan housemate jadi pembekal nota ringkas pada budak lelaki yang sangat rajin tuh . Apa yang menarik untuk final exam kali ni , subjek investment hancusss . Haha . Oleh kerana nota yang diberikan x lengkap , maka ramai laa pembaca nota tersebut x dapat jawab . Haha . Dan aku orang yang terawal keluar dari dewan peperiksaan . Yang best nya lagi , Puan Burhaida jaga kita orang masa tu . Dia senyum je semua orang keluar . What to do kan? Kalau duduk lama-lama pun bukannya boleh jawab sebab x baca langsung!!!!!

Ahhh sedih sangat-sangat . Sebab dah habis belajar . Selepas habis final exam , semua orang dah busy kemas barang dan jilid thesis . Huhu . Tapi aku balik JB dulu baru settle kan thesis dan kemas barang-barang . Sebab terpaksa menjaga kedai . Haha . Tapi masa tu , Puan Burhaida risau sebab aku masih x hantar thesis yang sudah berjilid . Huhu .

Haa sebelum berpisah dengan housemate , aku belanja makan di Johnny's BP . Huhu . Honeydew ku pun turut serta . Makan sampai perut meletup . Happy ~ Happy~ Kalau boleh aku nak undur masa tu semula .

Jeng . Jeng . Jeng . Surprise party muncul lagi . Kali ni , Muna pulak . Owhhh sungguh seronok . Mana x nye , ni kali terakhir sambut sama-sama (padahal sebelum ni x de surprise party pun) . Evebt manager nye ialah Adib (bukan nama sebenar). Huhu . Sangat sweet tengok kad ucapan dari Aie . Hahaha "You're my wonderful ....." malas nak tulis panjang-panjang . Haha .

Ok last sekali , pada 29 Nov , aku berpisah dengan Muna dan Anne . Urgghhhh sedih sangat . Sebab semakin hari semakin sayang . Huhu . Thanx to Muna and Anne yang selama ni bagi aku makan dengan cukupnya . (Tapi asal aku kurus ek?)

Disember

Bermula laa kehidupan baru . Tapi bukan laa duduk rumah baru . Pindah balik ke rumah ku syurga ku . Ahhhh malas kerja lagi . Aku memang dah set mind x nak keje lagi dalam bulan 12 . Huhu . Rest sepuas-puasnya~ Tapi honeydew ku dah bisinh suruh kerja . Ye laa die cakap , kalau x kerja x de duet . Huhu . Yang aku pulak , selagi mak aku sanggup bagi duet , selagi tu aku boleh relax .

Raya haji pulang ke kampung Pontian . Sebab ade korban dan akikah . Semua balik . Makanan bertemakan hari perayaan aidilfitri . Cuma pakaian je x de . Tapi mostly pakai jersey berwarna merah . Aku pun x paham kenape . Dah laa lembu tu marah nak turun dari lori , boleh pulak semua orang pakai warna merah . Sungguh ramai di rumah nenek dan atuk . Family Cik Mus datang . Meriah~ Sungguh meriah . Pada sebelah malam pulak , ada kenduri doa selamat . Honeydew ku datang ke kampung bersama Amrik . Tapi datang dah habis kenduri . Sebab mereka dari Rengit (rumah kekasih hati Amrik) .

Rasanya ini sahaja cerita sepanjang 2008 . Bagi aku semuanya kenangan . Kenangan yang x dapat dilupakan . Macam mane pulak ye dengan 2009?