Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Apr 17, 2018

DARI BISNES "MAIN-MAIN" KEPADA BISNES "VERY SERIOUS"


Assalammualaikum semua. Hari ini rasa terpanggil nak berkongsi cerita macamana bermulanya bisnes Audrabella Trading. Erin bercerita disebabkan kebelakangan ini ramai yang bertanya tips macamana nak mula, macamana nak buat marketing, macamana nak tarik customer dan sebagainya. Ada juga yang jadikan Audrabella Trading sebagai inspirasi. Terima kasih untuk itu.


Idea asal bisnes ni wujud memang suami Erin, Muaz yang mulakan. Muaz lah Founder dan Funder Audrabella Trading. Dia ni jenis yang suka plan untuk masa depan. Otak dia memang ligat je nak buat bisnes. Hari-hari dia brainstorm Erin pasal bisnes, suruh bagi idea nak bisnes apa. Masa tu Erin masih kerja. Ah takde masa nak fikir bisnes. Balik kerja pun lambat kot! So last sekali, masa tu Oktober 2013, dia ajak Erin pegi beli kain cotton dekat kawan dia. Dia suruh Erin pilih, Erin pun pilih laa 14 pasang. Dah pilih tu bawak balik jumpa mak, mak mertua dan makcik.

Masa tu memang jenis paksa diorang ni beli. Haha. Erin sebarkan dekat family dulu, lepastu kawan-kawan. Kebetulan makcik kerja kerajaan, post dekat office dia, then bila kain tu sampai dia pegi teborrrr kat office, ramai plak yang berminat. Haa start tu laaa bertambah-tambah, restock dengan kawan Muaz, 20 pasang, 30 pasang dan sampailah tahap ke 50 pasang. Bila dah banyak order, seronok laa kira duit untung je. 

Dalam masa tu jugak, Erin ni dah mula busy sebab ada projek baru, memang balik lambat, kekadang sampai 6.30 pagi baru balik rumah. Sampai satu tahap tu Muaz pun pissed off, dia tak cakap banyak, suruh check email dan edit nama, rupanya resign letter. Memang pergolakkan perasaan jugaklah oi. Siapa nak bayar komitmen setiap bulan? Tapi Muaz cakap, dia dah plan kan duit tu semua. Lagipun masa tu takut sangat, sebab dia kan tengah pissed off huhuhu. Ikutkan je laa.

So alang-alang dah tender resign (last kerja end November 2013), Muaz ajak pegi Vietnam, selamba je dengan tak tahu apa pun, dia kata nak explore sendiri, just google je info, siap makcik dan pakcik nak ikut pegi sana. Muaz keluarkan modal RM12K (ini memang duit saving Muaz bukan loan). Modal ni termasuk tiket flight, hotel, shipping. Dengan kos tu, Erin dapat beli 230 pasang kot. Berdebar-debar jugak nak tunggu kain sampai rumah sebab yela first time kan, risau kain tak sampai tapi bila kain dah sampai rasa seronok plak. 

Masa tu cakap dengan Muaz target nak habiskan dalam 2 bulan tapi kejap lagi... eh tak sampai sebulan dah habis. Maybe corak kain yang Erin pilih tu cantik kan, tu yang laju. Erin memang start jual dekat Instagram. Masa tu kan tengah popular sangat review IG. So Erin gunakan cara tu untuk perkenalkan brand Audrabella Wardrobe (AW). So gunalah beberapa orang yang popular untuk review. Dari hari ke hari follower tu naik. Erin tak beli pun fake followers tu, semua yang follow adalah genuine. Lepastu dengan bantuan customer jugak yang promote kan AW dengan tag kat IG dan dari mulut ke mulut. Kawan-kawan Erin dan Muaz pun banyak yang tolong promote. Dan tak lupa juga berkat DOA MAK ERIN DAN MAK MUAZ. 

Dari bulan ke bulan, Erin ulang alik Vietnam, setiap bulan beli kain 1 cbm - 1.6 cbm, sebab Erin nak jadi pembekal kain cotton yang setiap bulan ada corak baru, tu pasal setiap bulan kene pegi sana. Alhamdulillah konsep idea yang Erin pakai ni nampaknya menarik lebih ramai lagi customer yang nak membeli. Sebab kita pun tahu orang perempuan kan suka benda baru je. Lepastu AW pun buat konsep belian borong untuk customer jual balik (B2B bisnes) Memang setiap bulan tak menang tangan nak reply order customer. 

Cumanya sampai satu tahap tu Erin stuck, maksudnya Erin hanya buat aktiviti yang sama je setiap bulan, just hunting kain lepastu jual lepastu habis lepastu ulang balik benda yang sama selama 2 tahun. Macam tak terexpand pun bisnes ni. Orang lain nampak macam takde pape kan, tapi Muaz laa cakap kenapa kita tak boleh pegi jauh lagi, kenapa tak berani beli kain lebih banyak lagi, asyik stuck dekat 1 cm - 1.6 cbm je. Sales pun macam tu jugak. Tapi kan Erin totally buat semua ni sendiri, tu pasal jadi stress. Muaz hanya monitor/ dan set kan target je. Geram lah jugak. Hahaha. Fikir punya fikir, must be something wrong. Bila check balik, rupanya selama ni buat bisnes takde ilmu, takde mentor, takde guidelines, semberono je wei.

Muaz pun kesian dengan Erin, so dia arrange beberapa kelas/seminar untuk kitorg attend. Start December 2015 laa kitorg berdua pegi mana-mana kelas yang termampu sebab Muaz masih bekerja, so tak boleh laa selalu cuti hari Sabtu. Semua kelas/seminar tu kat KL dan biasanya buat hari Sabtu dan Ahad. Memang penat berulang alik JB-KL dan berhabis duit untuk travelling cost. Dan kemuncaknya bila kitorg attend IMKK Mac 2016, fuh itulah yang ubah segala-galanya. Rupanya banyak block yang menghalang kitorg untuk maju kedepan lagi. Dari situlah Muaz betul-betul nak tolong Erin sebab dah nampak AW memang dah kuat cumanya Muaz kena bagi full komitmen. 

Sebenarnya dari December 2015 dia cakap nak berhenti tapi Erin tak bagi sebab takde keyakinan boleh ke AW tampung kehidupan kitorg nanti. Tapi lepas attend IMKK tu banyak benda berubah, kitorg akui kesilapan kitorg. Muaz memang totally berubah, banyak benda yang block dia selama ni semua dia "pecahkan". Kalau nak tahu boleh baca katmuazaudrabella.blogspot.com. Dr Azizan Osman (DAO) ada share kisah Muaz ni dekat page dia. Hehe

Ada banyak benda lagi yang jadi lepas IMKK, Erin lebih tenang, tak stress dan tak heran pun orang nak copycat ke apa, siap ada yang copy ayat sebijik, copy semua bendalah haha, tapi rezeki Allah kan takde limitnya. Kita kena cari betul-betul dengan cara yang betul. Hasilnya sales AW meningkat naik, Allah bagi amount yang Erin mintak, siap bagi lebih lagi. Masa kat IMKK, Erin ada submit doa pasal bisnes AW. Malunya Erin sebab selama ni memang mintak tapi tak sungguh-sungguh. Bila ilmu dah ada, strategi dah ada, mintaklah sungguh-sungguh pada ALLAH. 

Alhamdulillah harini dah 16 hari Muaz berhenti kerja, dia masih tak sempat nak rehat, banyak jugak kelas yang dia attend sejak dia berhenti tu. Lepastu haritu seminggu jugak kitorg stay kat Vietnam, cari ilham, cari idea baru lagi untuk AW. Yang paling best sekali, balik dari hunting kain kalini Erin sihat alhamdulillah, tak demam dan tak batuk. Inilah kesan bila sama-sama kerja kot haha.

Oh ya pasal modal tu plak Erin just rolling duit RM12K (230 pasang) tu sampai sekarang dah jadi 1500 pasang (boleh congak berapa dah rolling modal), itupun dah siap bayar gaji Erin, part time, upah orang angkat kain, kos marketing, kos pegi kelas/seminar (ada harganya RM50 sampai ke RM6K).

Kesimpulannya, dari pengalaman Erin sendiri, kita nak bisnes ni tak boleh syok sendiri, kena ada ilmu, kena ada mentor, kena ada guidelines, baru lah kita akan berada dijalan yang benar. Hubungan sesama manusia pun kena jaga terutamanya hubungan suami isteri, hubungan dengan mak ayah (ini sangat penting sebab keramat hidup kita adalah doa dari mak kita terutamanya bagi yang lelaki). Logistik kita pun kena jaga, berkawanlah dengan orang yang positif, insha Allah kita pun akan positif. Bersedekah dan bayar zakat perniagaaan (yang ni kitorg akui dulu ambil mudah tapi sekarang ini wajib, tahu kan, apa yang kita ada harini sebenarnya ada hak orang lain jugak). Dan yang paling utama dalam bisnes ni, MINTAKLAH PADA ALLAH SWT. Biasanya Erin akan selitkan sekali doa untuk mintak dikurniakan idea-idea baru dalam bisnes. Semoga perkongsiaan ini dapat memberi manfaat pada semua. Basicnya sama je, semuanya berbalik kepada ALLAH SWT. Semoga kita sama-sama berubah ke arah kebaikan. Bisnes ni banyak ubah Erin jadi lebih baik dari sebelumnya. Hehe

Ok sebelum habiskan, sesiapa yang nak start bisnes kain cotton ni, mula lah dengan sikit dulu, test market, cari target customer, takpe mulakan dengan sikit nanti lama-lama jadi bukit. Lepas dah jadi bukit, explore laa ke Vietnam sendiri. Pengalaman tu yang best. Nak dapatkan pengalaman tu kena usaha! Usaha tu penting untuk menentukan berapa lamanya kita bertahan. Gitulah. Selamat maju jaya semua ðŸ˜˜ doakan kami dapat bantu mak ayah, adik beradik kami, keluarga kami dan orang lain.

"Ucapan terima kasih tak terhingga kepada mak ayah kami, adik beradik kami, ahli keluarga kami, kawan-kawan kami, cikgu kami, mentor kami dan customer kami yang mendoakan kami. Perjalanan ini baru bermula, banyak lagi yang perlu diperbaiki."

Ikhlas
Izatulazrin Radzuan (bekas Land Exec)
Cc: CEO Audrabella Trading, Mohd Mu'az (bekas Project Manager O & G)

#audrabellacotton

Dec 18, 2012

Setiap hari berangan

Assalammualaikum and happy tuesday. Maka dengan itu secara tak langsung memang laa aku tengah tak buat kerja. Ada ke office hour update blog? Boss relax je duk belakang aku ni. Hehe. Tahu je laa kan, akhir tahun macam ni, semua orang bercuti main snow kat Zurich (sengaja nak perli Rehan), Korea, Beijing dan banyak tempat lagi. Aku je laa yang main snow dengan aircond office yang bersuhu 16 darjah celcius. 

Sebenarnye setiap hari aku berangan nak share tempat-tempat makan yang baru and of course vacation trip yang aku pergi tapi tu laa, kekangan masa dan tahap kesungguhan nak update cerita amat tipis (tipis ke nipis? confused mak). Maka yang diangan-angan kan semuanya hancur berkecai begitu sahaja. Kiranya aku sekarang ni lebih suka balik kerja, lepak dalam bilik dan mata pun layu terus tidur. Boring kan life macamni. Hidup aku jauh dengan family dan aku tinggal sorang je kot kat umah Cheras tu. Lulu pun dah hantar balik JB sebab kesian kat dia yang keboringan duduk umah tu. At least kat JB tu die boleh memaen cak cak baa dengan kucing adik yang pondan tu. Aku takut jugak Lulu akan mengalami masalah kecelaruan identiti berkawan dengan kucing pondan tu. Maaf Lulu, kakak tak sempurna untuk Lulu :((

Lepas tu plak hari-hari jugak aku berangan nak pegi makan wondermilk laa, nak pegi makan cupcakes bijoux laa tapi last sekali lepak rumah paling win sekali. Jiwa aku mungkin dah tak macam dulu, plus badan aku lemah jadi lembik dan cepat penat. Aku baru je lepas berurut sebab sakit pinggang mengangkut almari mak yang besar tu (yelaa mak beli almari baru kan, haruslaa kena tukar position almari yang lama. ada adik lelaki tapi 24/7 pergi maen Dota, stress mak!). Makcik urut yang berjiran dengan kedai mak tu kata, aku ni lemah kat bahagian jantung sebab tu cepat penat. Seram aku dengar. Jadi minggu depan ni aku nak pergi check up semua benda yang patut. Sebab lately ni memang dada pun rasa sakit. 

Lepas tu lagi, setiap hari berangan jugak nak bisness something. Apa yang something tu pun tak tahu laa. Tengok trend sekarang, apa pun barang yang dijual kat online confirm laa laku sebab aku laa salah sorang penyumbang terbesarnya pun. Kiranya lepas dah fikir punya fikir, end up nya aku pun bukak instagram, tengok gambar sana sini lepas tu mata pun layu dan terus tidur.

Jadi kesimpulannya, memang betul laa setiap hari aku berangan. Bosan kan hidup aku ni. Rutin setiap hari yang sama. Tapi takpe , lagi beberapa bulan Insyallah hari-hari tu akan dipenuhi dengan rutin-rutin yang baru. Hehe. 

Hehe ok, boss dah ajak sembang plak. Bye :)

May 25, 2012

Sepatutnya 3 bulan tapi takpe.....

Assalammualaikum dan selamat hari Jumaat. Hari ni takde benda nak cerita sangat. Sebab ada kerja sikit. Hehe. Lagipun boss macam berlegar-legar pulak. So sempena takde nak cerita ni, saje je post "Kalau ikutkan hari ni sepatutnya 3 bulan tapi takpe....." nanti lama-lama hilanglaa semua tu. Kita gagal harini, sebab Allah nak uji kita. Jangan bersangka buruk dengan Allah. Apa yang Allah bagi kat kita pasti yang baik untuk kita, yang kita perlukan atau yang layak kita dapat. Moga kita sentiasa redha.

Ok itu je , bye :)



[Note : Harini tempah 2 helai baju raya :) ]

May 17, 2012

Have faith in Allah :)

How Allah can create everything differently, so does Allah makes different people with different stories. Happiness comes after the pain. It comes at the moment when you never expected. Yes, i'm still keep praying and believe in Allah.

When the time has come, u'll know the person who's destined to be with you forever. Someone who deserves your love. Doesn't mean you love that person, they're the best for you, doesn't mean you hate that person, they're bad for you.

I believe in Allah, insyallah He will give me the best person who can conquer and value this heart. He knows better. I want to be a good moslem :)

Apr 12, 2012

Jangan salahkan takdir

Erin,

Jangan salahkan takdir kerana itu sudah ditentukan sebelum kita dilahirkan. Percayalah, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Allah dah sediakan sesuatu yang terbaik untuk kita. Jangan bersedih. Teruskan berdoa untuk kebaikan semua. Semoga masih ada peluang untuk bangkit semula dan semoga ada jalan yang lebih baik.

“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Agung dan Maha Lembut, Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan ‘Arasy yang agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan ‘Arasy yang mulia”
(HR Bukhari 7/154 dan Muslim 4/2092)


“Ya Allah, rahmat-Mu aku harapkan, janganlah Engkau serahkan (segala urusanku) kepada diriku walau sekejap mata, perbaikilah segala urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau”
(HR Abu Dawud 4/324, Ahmad 5/42, Shahih Abu Dawud 3/959)








Mar 22, 2012

MYOB

Sometimes i just can't understand u. Big LOL and loser !

Mar 6, 2012

Long time...

Arghhhh dah lama tak menulis. Kekok rasanya. Where's Erin? Here here here. I'm doing nothing here, no lepaking like old days, just stayed at home and do the same routine. Yes everyday is just same. Bangun pagi-pergi kerja-buat kerja-balik rumah-pukul 9pm dah tidur. So nak cerita apa lagi kan? Hehe. This is the new me. No lepaking anymore. But somehow, ada jugak cerita nak update kat sini. Tapi random je laa eh. Mana yang teringat boleh laa update.

1. Anne is getting engage! Adalah pada satu harini boleh pulak aku berchatting dengan dia dengan harapan nak suprised kan dia, i mean nak bagitahu something yang special. Oh yes jap lagi aku yang terkejut masa tu, because she said she is getting engage on CNY. Haish masa dapat tahu tu, aku rasa fail gila sebab aku laa ranking last sekali antara Muna - Aina - Anne. Berlumba-lumba kan? But unfortunately, aku tak dapat attend on her engagement day because some of work must to do in JB. Arghhh memang stress masa tu. Bestfren tunang tapi aku tak datang? Kejam gila kan? Untuk tidak mengecikkan hati dia, a week before her engagement aku datang rumah dia, lepak dan bergossip. Masa tu dapat laa tengok baju dia and of course the ring! Lawa ok! Tapi sayangnya tak dapat tengok hantaran sebab ada kat umah kakak dia. Dah siap gossip and makan, aku bagitahu tak dapat datang terus alahai dia pun nanges. Wuwuwuwu sedih kan? So here is the picture after we cried together.

 Aina - Anne - Me

2. Instax mini 7S. Alhamdulillah, dapat jugak kamera ni. This is my 2nd gadget for year 2012. Hehe kalau bab gadget ni memang tak boleh nak hold. Dia punya perasaan membuak-buak. Mungkin perempuan lain tak heran sangat dengan menda alah gadget ni, but seriously aku tak kan heran kalau orang bercakap pasal barang make-up, fesyen itu dan ini. Tapi aku akan jadi ketinggalan zaman kalau takde gadget yang best ni. Haha. Semalam, photocrafts (my favourite lomo shop) update macro lens untuk instax. Masyallah, kalau ikutkan hati ni memang nak pergi beli jugak! Arghhh tak kira! Tapi tengok balik balance terkini duit dalam bank, mahu makan pasir kang. So hold dulu.


3. Pn. Norizan saying good bye to us. Lately ni, our team projek, tak kira laa dekat site or HQ ramai betul yang resign. Entah bila turn aku pulak ni? Insyallah, bulan Mei ni, kontrak untuk projek ni akan habis. Yahuuuu dah boleh balik dengan gembiranya. Jangan laa extend lagi. Dah 3 tahun haaa duduk KL ni. Macam mana aku boleh bertahan kerja kat sini? Sebabnya officemate best. Hari-hari ada je makanan yang sedap-sedap untuk dimakan. Plus office ni takde ragging-ragging ke apa. Tu yang best.


4. Kerja. Scope of work aku sekarang ni dah variasi dah. Kekadang rasa macam engineer, kekadang rasa macam pengembala lembu pun ada. Sepatutnya, makin nak habis kontrak ni, sepatutnya dah takde kerja sangat tapi masyallah setiap minggu ada je isu kandang lembu. Stress betul wa. Wa bukan apa, patutnye dari dulu isu ni dah settle. Nak cakap banyak pun tak guna, terpaksa muka ni jugak yang pergi say hi and hello to lembu. Dan macam biasa, big boss kat KL terus bagi peluru kenapa tak pick up all these thing dari dulu? Ok, nice kan?



5. Alhamdulillah seorang lagi dari geng gemuk dah kawen. Ijam & Myra dah kawen 4 Februari 2012.  So bila kira-kira balik tinggal bape orang je laa yang belum kawen. Jadi, haruslaa kita sama-sama lumba. Sape lambat, dia loser. Haha. Memang aku laa yang tercalon loser tu. Nevermind, jodoh itu rahsia ALLAH.


6. Lepas je kenduri kawen Ijam, terus ke rumah Padel. Malam tu ada majlis tahlil dan bacaan yaasin untuk Hadi. Rasanya ramai kawan-kawan FB dah tahu pasal Hadi. Dia salah seorang kawan baik aku yang sakit sekarang ni. Sakit apa? His kidney not function anymore :( Allah itu Maha Mengetahui, mungkin ini bahagian untuk Hadi. Bahagian kita, mungkin Allah dah sediakan. Sebagai hambanya, kena redha untuk semua. Alhamdulillah jugak, ramai yang join majlis ni dan kutipan sumbangan berjalan dengan lancar. Banyak yang membantu, tak larat nak disebut satu persatu, semoga Allah membalas jasa baik semua.

 Tukang masak hidangan malam tu.

 Anne, Eisya, Zatie & Me!

7. Tiba-tiba eh Rubbyta Malaysia is here. Siapa ni? Haa ini laa ucu kami, kiranya paling bongsu laa masa duduk satu rumah kat Melewar (asrama di UTHM). Datang dari Sabah bah. Terkejut jugak bila baca sms dari dia cakap ada kat KL. So berjumpa laa kami berempat, Rubby, Ana, Shark dan Erin! Banyak jugak yang digossip kan. Bertahun jugak tak jumpa dia ni since habis belajar.

 Rubby & Anna .

 Us at Gardens, Alamanda.

7. The next update is Anas & Nadeya wedding. I love their pelamin. Perfect colours! And also Nadeya's dress. Lawa gila uolls. Nanti nak satu macam tu boleh? Anyway, congrats to them and also to Mu'az. Dah dapat adik ipar dah dia. Tak lama lagi dapat anak buah laa tu.


 Me & Adik beradik perempuan Mu'az.

 Mu'az , Anas , Nadeya & Me !

8. Last but not least, adik sedara pulak kawen. Congrtas to Along & Ayuni. Amboi berlumba-lumba kan korang ni kawen. Alhamdulillah semuanya dah pun selamat. Sorry sebab tak dapat nak membantu sangat. Almaklumla kakak mu ini duduknya di KL, kamu semua di Johor. Susah nak tolong-tolong ni. Haha dasar pemalas memang laa begini kan.

 Majlis khatam Al-quran.

My family side ayah.


Maka, ini sahaja update untuk kali ini. Tak banyak cerita yang menarik kan? Tapi cukuplaa sekadar random. Sorry eh kualiti gambar kurang memuaskan. Sekarang dah tak maen dah guna DSLR besar-besar tu. Kita guna phone 8mpx je. Haha.




[Note : Tak sihat T__T]

Jan 10, 2012

Counting the days?

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25





[Noted : Am i ready?]

Oct 31, 2011

Too many strangers





"Seriously, my heart my soul and mentality goes down. Just because of other person who try to get intention from him. Why you come to our relationships? Why? Its hurt and getting worst. And i know you, yes you liked her. How about me? Too many things ive scarified for you and for us"  













Oct 12, 2011

Random update.

Hello wednesday. Nampak gayanya every wednesday je laa aku update ek? Haha. Nasib baik ada wordless wednesday. Best jugak kan, tak perlu nak cakap bebanyak, lets picture talk sudey laa. But for today, i'm going to share something about life. Eceh bunyi macam serious eh? Tak tahu nak mulakan macam mana tapi rasa dah banyak orang kat luar sana ingat aku dah broke up dengan Mu'az. Ops we're still together and  never been to separate. And i guess my twitter follower or facebook friend pun rasa macam tu. Yela dengan status yang agak frustrated, maybe ramai yang rasa macam tu. Hehe. Yes its about heart feeling. Rasa kosong je dalam hati ni. Bukan sengaja nak besarkan cerita atau sibuk nak huru hara kan keadaan. Cuma nak share something how i feel. And i was crying like hell when my good friend and lecturers give their opinion and moral support. And now i realized, i'm supposed not to be sad like this. Everyone knows me as a happy go lucky person and i hope i can smile like always. Insyallah. I want to be "wanita paling bahagia" dalam hidup ni. Boleh kan? Hehe. Apa yang jadi kebelakangan ni mungkin ada hikmah. Bak kata salah seorang kawan aku, Allah dah plan sesuatu untuk aku. Ok tu je nak update.




[Note : Vacation this month cancel!]

Jun 8, 2011

They don't understand me .



Yes , they don't understand me at all .
Am i too sensitive?
The end .

May 28, 2011

Nak update apa ek?

Wah tetiba macam tetiap hari pulak aku nak update blog kan . Pastu tengok gambar-gambar orang kawen ngan tunang eh macam semua pulak dah update . So ni nak update apa? Oh actually ramai lagi kengkawan aku yang dah tunang dan kawen tapi sebab aku tak attend , aku pun macam serba salah nak update sebab takde gambar . Errrrr tak suka nak ambil gambar orang lain , haha gedik kan? Tapi ni tadi aku baru je balik dari kenduri kawen Rehan . Tapi gambar belum transfer laa , cable Sony T70 (haa kena laa mention , kata banyak kamera kan , muahahahaha) ada kat Mu'az pulak . Hehe . Tunggu laa aku masuk office next week , kang aku transfer laa . Kehkehkeh . Ok laa korang , nak bagitahu tu je pun . Mmmm lagi satu nak bagitahu ni , start esok sampai lerrr rabu i will be not around . Tunggu gambar ek . Happy holiday uolls :))





[Noted : Peh malam ni Man U vs Barsa kot!!]

May 25, 2011

Hello Kakak kakak kakak !

Seronok kan bila tengah sakit kepala , tetiba bunyi tepon , ada suara budak kecik cakap hello .. kakak kakak kakak .. pastu diiringi gelak comel . Haha . Actually aku tak suka sangat bebudak ni especially yang dah umur 5 ke 6 tahun , hamboi-hamboi dia punya degil lompat sana-sini buat aku rasa nak baling je kat bawah . Astaghfirullahalazim . Tapi kalau umur 1 tahun ke 4 tahun ni , aku suka sangat sebab bebudak ni comel , lagi-lagi pulak kalau budak tu jadi favourite aku . Then tetiba aku terfikir tak kan nanti kalau aku ada anak , start umur 5 tahun aku nak campak pulak? Muahaha . Ni kalau bakal suami ke mak mertua baca confirm kena cancel . Ok entry kali ni , nak upload gambar bebudak comel je . Huhu sebab aku tengah tension ni , jap lagi korek-korek gambar kat laptop ni , wah ada collection gambar bebudak comel . Hehe . 

 Ini laa budak kecik yang bibir sexay tu . Dia laa call semalam . Haha . 

Ok , ini pulak my favourite adik sedara , Ammar Hafi . Comel !!

Haaa ni lagi sorang favourite aku ni , Adam Nuqman , eeeee geram tau rasa nak makan .

Ok laa bebudak comel semua , kakak nak buat kerja , nanti jumpa korang tiga-tiga kakak nak makan korang boleh? Sebab comel sangat aaaa . Geram tau . Tapi jangan bagitahu mak ayah korang ek? Hihi . (ok hilang stress dah) .



[Noted : Rasa nak lempang orang lelaju je]

May 23, 2011

#20peopleilove

Sekarang ni suka sangat tweet , jadi suka jugak buat trend twitter tu . Memandangkan aku ni pemalas tak tahu nak type apa , so apa kata aku type trend kat sini . Muahaha . Good idea kan?

#20peopleilove mom is always number 1 .
#20peopleilove dad is always after mom . hihi .
#20peopleilove fahmi , adik yang kuat nangis .
#20peopleilove faid , adik paling bongsu yang paling suka cari pasal .
#20peopleilove kama , adik paling musuh tapi tetap sayang sbb darah yang mengalir adalah sama .
#20peopleilove atuk Bus , atuk yang garang tapi ajar aku agama , menutup aurat , mengaji :)
#20peopleilove nenek Patonah , my superlovely nenek .
#20peopleilove atuk Man , atuk dah lama takde since aku darjah 6 lagi .
#20peopleilove nenek Mai, walaupun x rapat sangat tapi bila balik kampung je mesti nak tidur sebelah.
#20peopleilove Mu'az , bakal suami lagi 2 tahun daripada sekarang , of course laa sayang !
#20peopleilove Cik Rin , pakcik yang paling banyak tolong aku sekeluarga dari kecik sampai ke besar.
#20peopleilove Muna , super bestfriend aku , tak boleh hidup tanpa dia .
#20peopleilove Anne , yang ni jugak , tak dapat cari Muna , i can find her .
#20peopleilove Ame , another one yang sekarang ni dah jadi sebahagian hidup aku .
#20peopleilove June , bestfriend since kat TIJB tapi sekarang ni lama sangat tak contact .
#20peopleilove Ammar Hafi , haha my favourite adik sedara !! kihkih .
#20peopleilove En Nazali , my favourite lecturer , pastu aku nak ngorat anak dia Adam :)) comel .
#20peopleilove Shark , kawan senget aku tapi suka dengar dia bagi opinion and advice .
#20peopleilove Sally , ni sama laa seangkatan dengan Shark , perangai sama je dowww .
#20peopleilove si putih , urghhhh ingatkan senang nak buat trend ni tapi susah jugak eh .


Oh actually banyak lagi yang aku sayang , cuma ni ranking yang tertinggi laa setakat ni . Hehe . Jangan laa korang kecik ati pulak .

Feb 19, 2011

Februari pun dah nak habis dah .

Hai korang !! Nampaknya prestasi aku semakin merundum (betul ke eja ni?) . Maksud aku kat sini , entry bulan Februari langsung takde . Haha . Aku semakin malas ke apa ni? Oh tak wei , aku takde masa . Tapi aku nak jugak update cerita-cerita baru sebab aku tengok unique visitor aku kat blog ni sentiasa bertambah . Alhamdulillah ramai jugak nak baca kan kan kan? Ke korang sebenarnya nak usha kengkawan hot aku? Omg ! Omg ! Hehe aku gurau je . Aku tak kisah pun kalau nak usha diorang . Aku open minded tapi kalau nak usha , bayar aaa . Business babe ! Peh dah macam mak ayam pulak kan . 

Just short update , kebelakangan ni banyak jugak aktiviti sosial aku dengan kengkawan sampai tak cukup tidur dan yang paling aku tak boleh nak handle sekali , jerawat aku tumbuh bertubi-tubi kat tempat yang sama . Wuuu sedih , dah laa aku memang tak cantik , jap lagi bila tumbuh jerawat ni , bertambah-tambah laa tak cantik . Ramai gila kot yang tegur , "Erin , apsal dengan muka tu?" " Erin , pakai produk apa sampai jadi macam tu?" "Erin ada apa kat muka tu?" Wuarghhhh sekian terima kasih .

Eh eh lupa nak bagitahu korang , aku punya kerja kat KL kena extend lagi 3 bulan start from March to May 2011 . Sepatutnya aku habis kerja kat KL ni bulan February , kiranya next week laa aku last kat KL ni , tapi apa kan daya niat mak untuk tengok aku tetiap hari kat rumah punah begitu sahaja . Haha . Relax laa mak , kejap je lagi dah nak habis ni . Pasni orang duduk rumah forever and ever . Susah jugak sebenarnya kerja macam aku ni , sebab ikut projek . Kalau sekarang belum kahwin ok laa kan , esok lusa kalau dah kahwin?? Wuuu suami kena tinggal . Kesiannya suami i nanti :(( 

Mungkin ini laa suami yang bakal ditinggalkan . Haha .

Jan 31, 2011

RINDU

Ok nak update sikit  je ... I'm homed ! For a long holiday . So mood memang confirm laa happy sepanjang minggu tanpa ada rasa tension ke apa kan . Handphone office pun aku dah siap off semua bagai . Haha . Kejam gila kan ? Ala lama dah tak cuti , saja nak rasa duduk rumah , bangun lambat , makan sedap-sedap , gaduh sikit-sikit dengan adik , dating dengan Mu'az ke kan . Ha , baru laa namanya cuti . Oh itu je nak cerita kat korang . 



[Noted : pssttttt , rindu pulak kat KL ]

Jan 27, 2011

Update lelaju .

Aku nak update lelaju kat korang .
1. Jerawat kat muka ni tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan .
2. Tak cukup tidur , selalu tidur pukul 8.30pm/9.30pm tapi sekarang pukul 2.00am baru tidur .
3. Tetiap hari balik rumah lambat sebab melencong ke sana sini , bosan kot duduk rumah cheras tu .
4. Minggu ni macam tak banyak kerja . Kahkahkah . Sebab semua dah siap kerja , boleh?
5. Dapat banyak buah limau , rasa macam nak pergi jual kat bawah office .
6. Weekend ni balik JOHO !! Cuti seminggu bhai ! 
7. Weekend ni ada karaoke session yang dah macam mini reunion dengan budak kelas UTHM .
8. Ok laa , tu je nak bagitahu . Bye .




[Noted : Aku confused laa !!]

Jan 4, 2011

2011

Ha ha ha ! Cara ketawa baru sempena tahun baru . Happy new year korang . Aku rasa berdosa gila dengan blog ni sebab menipu nak update blog tapi tak update jugak (ceh tinggal sembahyang kau tak rasa dosa pulak eh Erin? oh shame!) .

Ok-ok kita buang yang keruh ambil yang jernih . Nanti laa eh bila aku free aku update cerita dari bulan Oktober last year until this year . Muahaha . Sumpah aku malas nak type . Lepas tu , tabiat mem-blog aku semakin menipis bila aku dah ada aktiviti baru . Aktiviti apa? Aktiviti tidur sepanjang hari . Aku boleh tidur selama berjam-jam tanpa rasa bersalah terhadap perut yang lapar . Aku sanggup berlapar daripada tak cukup tidur . Woahhh apakah?

Eh aku nak kene update laju-laju ni , jap lagi nak pergi Rembau dan Seremban . So aku tahu korang pun macam nak tahu apa azam aku tahun ni kan . Itu pun kalau korang nak tahu laa kan . Tak nak tahu takpe laa . Aku tak kisah :D

Ok azam aku tahun ni seperti di bawah :))


Ok laa bye , boss dah ajak gerak ke Rembau . Happy new year korang ! Erin loves u !

Dec 17, 2010

Arghhhhhh!

Bosannya hidup tak berduit ni . Tension dowh ! Sakit kepala ! Bila nak gaji ? Nak tunggu aku resign dulu ke apa ni ? Kalau aku anak orang kaya tak pe laa jugak kan , ni aku orang susah kot . Jangan laa aniaya aku !





[Noted : Mudah-mudahan ada rezeki lain yang menanti ]

Dec 14, 2010

Banyak wedding "terpaksa" tak pergi :(

Ok , serius shit aku sedih dengan keadaan sekarang . Eh korang kalau rasa bosan nak dengar aku cerita ni , tak payah laa nak sibuk-sibuk baca . Ini blog aku , so suka hati laa kan aku nak tulis apa . Muahahaha . Lagi satu , kepada sesiapa je yang macam ada kaitan ke takde kaitan ke , tak payah laa nak terasa ke apa . Zzzzzzz ! Jangan huru-hara-biru kan dengan setiap apa yang ada dalam blog ni . I'm wrote for myself .

Opss mungkin mukadimah entry kalo ni berbaur agak kasar sebab emosi kurang stabil. Wtf! I'm going to die~

Tahu kah korang hujung tahun ni banyak gila year end sale ! Apa yang boleh aku cakap kat sini , shitttt ! Aku tak boleh pergi shopping tau . Hanya mampu duduk rumah guling-guling kiri kanan sahaja dan tidur sepanjang hari mengenang nasib diri . Wtf?? Macam pelarian GAZA . Hihi . Eh tapi aku bersyukur kerana takde laa macam pelarian GAZA tu , cuma life tak menentu je sekarang ni . Kerja banyak , semua nak cepat tapi ada orang kisah apa masalah aku sekarang ni , hummm mungkin ada yang kisah tapi tak semua orang akan kisah . Aku hanya mampu gelak depan kawan-kawan , kakak-kakak office dan orang sekeliling sebab aku boleh dikatakan banyak cakap kan . Muahaha .

Oh bukan topik shopping yang aku cuba ketengahkan dalam entry ni tapi topik keterpaksaan tak pergi wedding kengkawan kahwin . Semuanya sebab tiada kewangan . Just imagine , kalau dah semua wedding kat JOHO macam mana laa nak balik kan? Aku bukan berkira kos tapi kalau korang laa kat tempat aku , korang akan gunakan duit yang ada untuk makan dan kehidupan harian atau balik JOHO attend wedding kawan-kawan? Oh semestinya korang pun macam aku kan? Sesiapa yang faham dengan masalah aku sekarang ni mungkin akan tahu laa apa masalah sebenarnya . Malas aku nak cerita panjang kat sini zzzzz ! Oh bosan hidup dengan keadaan sekarang ni . Tapi alhamdulillah Mu'az banyak tolong aku . Yela kalau tak dia yang tolong siapa lagi kan . Thanks sayang :)))

So kepada kawan-kawan yang jemput aku hadir dalam majlis perkahwinan korang , sorry sangat-sangat ! Aku doakan korang bahagia hingga akhir hayat . Eh nanti aku kahwin jangan aaa balas dendam tak nak datang pulak ye :(((

Ok laa , bye . 




[Noted : Tendering RL :) ]