Aku memang tak tahu pun aku ada hutang sebanyak RM772.45 ok ? Banyak bukan ? Gila memang gila dan boleh buat aku darah tinggi wei . And the worst part is tetiba je orang Kudrat Partners & Co. (panel peguam TM Point) telefon hari ni , dah laa tengah nak lunch (terbantut nak makan tadi tapi lapar punya pasal , aku berjaya habiskan seekor ikan goreng yang sedap , yummmmy yummmmy yummmy) . Cessssss , rupanya aku dah dapat surat amaran yang terakhir bertarikh hari ni 13 Julai 2010 . Damnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn panjang ~ Tension betul hari ni .
Aku malas nak bukak cerita pasal benda ni , sebabnya takut pulak kena tangkap dengan mahkahmah ke kan . Haha . Tapi nak cerita jugak laa dan aku sinopsis kan je laa eh eh eh ? Ni zaman belajar punya cerita laa kan , tu laa menggatal letak nama aku kan untuk bil streamyx dan akhirnya terlupa nak terminate sebab masa tu rushing nak siapkan thesis dan kemas rumah sewa kat Parit Raja untuk balik ke JB . Lepas tu boleh pulak aku percaya pada orang lain yang sememangnya aku tak kenal . Yela kan , budak perempuan yang duduk rumah tu , so percaya je laa , lagipun masa tu dah tak fikir sangat . Hummmm , nak nangis guling-guling pun tak guna sebab benda dah jadi kan .
Ok laa kengkawan semua , satu je aku nak ingatkan korang , never trust people out there! (jangan percaya sesiapa pun !) .
Maka dengan itu , aku secara rasminya akan bersedekah kepada TM Point dengan harga RM772.45 . Semoga dengan sedekah ini akan ada rezeki lain dan kena redha ;)))
[Noted : Terima kasih En. Aizuddin sebab nak tolong bagi diskaun , haha]
2 comments:
Kudrat Partners ni suka menyamar jadi lawyer, padahal tukang kutip hutang sahaja.
Kudrat Partners & Co (M) Sdn. Bhd.
9, Jalan SS 5B/4, Kelana Jaya, Petaling Jaya, 47301, Petaling Jaya, Selangor 47301
03-7873 0119
Mereka akan call anda dari number ini
03-78824346
03-78824348
03-78824345
03-78824343
03-78824342
03-78824344
03-78824347
Ini debt collector pergi mampus. Suka buat ancaman kat orang sampai orang tua pun Dia ancam. Hati hati. Jangan takut Dan pergi bayar kat dia. Pergi saja bank atau akpk. Kalau Dia orang kacau lagi, buat laporan polis. Maybank pun sama. Guna sampah masyarakat kutip hutang. Kalau Tak mampu bayar pergi saja kat akpk. Jangan runding dengan sampah masyarakat yang suka menipu, buat hal macam gangster
Post a Comment