Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Jul 25, 2012

Alhamdulillah, Allah panjangkan umur ;)

Alhamdulillah syukur dengan nikmat yang Allah S.W.T limpahkan selama hidup 26 tahun ni. Terima kasih Allah kerana panjangkan umur dan diberi kesihatan yang sempurna untuk meneruskan hidup dan beribadat kepada-MU. Dan rasa bersyukur sangat sebab tarikh lahir aku yang ke-26 jatuh pada 1 Ramadhan (21 Julai). Ntah bila lagi akan dapat rasa tarikh lahir tu jatuh pada 1 Ramadhan lagi kan. Tak sangka jugak umur ni dah tua, lagi 4 tahun je dah nak masuk 3 series. Sekejap betul masa berlalu. Ntah cukup ke tidak amal ibadat aku selama ni. Insyallah aku akan cuba tingkatkan amalan tu. Doakan ye.

Terima kasih pada semua yang wish panjang umur dan murah rezeki tak kira laa dalam FB ke twitter ke whatsapp ke sms ke call. Tak lupa jugak kepada mak yang awesome sebab lahirkan anak mu yang degil ni. Insyallah, anak mak ni akan jadi matang lagi selepas ni. Hehe. Terima kasih jugak kat mak sebab banyak bagi support dan nasihat untuk aku jadi lebih tabah dan bersabar dari sebelum-sebelum ni. U're the best mak. Hikhik.

Hehe sebenarnya suka sesangat birthday tahun ni sebab banyak betul hadiah dan celebration. Rasa disayangi dan terharu iolls ;) Walaupun tahun ni banyak dugaan yang datang tapi alhamdulillah, Allah kurniakan aku dengan nikmat yang lain. Allah tu Maha Adil. Have faith in Allah ;)



Ok, setiap tahun mesti aku akan kene surprised birthday dari officemates aku. Yes, they never fail to celebrate me, kiranya dah 3 tahun kerja, 3 kali jugak diorang celebrate. Memandangkan, birthday aku ngan En. Shaidi selang 2 hari (19 Julai), jadi kitorang celebrate sesama. Thanks a lot untuk semua ni. Hihi big boss, medium boss and small boss pun join sekali. And paling best sekali, birthday aku laa pembuka makan-makan kat office baru. Hihi.



Hehe ada lagi 1 hadiah belum sempat amek gambar lagi. Alhamdulillah syukur. So sesape rasa nak beli hadiah, sila laa bagi. Expired date 21 Ogos 2012. Haha. Boleh gitu? 

Alhamdulillah, Mungkin perjalanan hidup aku tak seindah orang lain. Tapi ianya indah bagiku kerana apa yang aku lalui sepanjang hidup ini adalah takdir dan ketentuan Allah untuk aku. Happy 26th birthday Izatulazrin ;)





[Note : Doakan aku ]




Mar 8, 2011

Happy Birthday Melly !


Happy birthday to Melly . Yes today is her birthday ! She is the one yang suka cium aku ok . Suka peluk dan tangan suka merayap kat aku . Naik seram kalau duduk lama-lama dengan dia . Haha . Tu belum aku cerita kalau tidur dengan dia . Nak tidur kena gaduh dulu baru boleh tidur . Haha . Eh korang jangan ingat aku nak songsang pulak . Oh tidak sama sekali , cuma dia memang suka mendengki aku kot . So , aku harap korang doakan laa dia jumpa jodoh yang baik-baik sahaja . Dia ni pun ada masalah mencari jodoh , sama macam Ame jugak laa kan . Aku nak je jodoh kan diorang berdua , yela muka pun sama chinese look . Ni kalau dapat baby , wah comel gila je kan ? Hihi . Melly , jodoh tu memang Allah dah tentukan cuma kita kena berusaha ye . Aku doakan kau ok ? Hihi . Love u ! 

Happy Belated Birthday Sally !


I love her smile in this photo . Semua pun nampak senyum kan ? Yes , she is getting married with her fiancĂ©e !   Maybe tahun ni jugak laa kot kan ? So sempena hari ni , aku nak wish belated birthday dia . Her birthday's is just after Ame's birthday , maknanya 3 March laa kan . Aku kenal Sally ni masa mula-mula masuk UTHM dulu , kiranya aku serumah dengan dia laa kan . Dia ni paling kecoh kot , thats why aku boleh kawan lama dengan dia . Haha , sama-sama kecoh kan . Ah tetiba nak cerita pasal jumpa dia apa hal plak kan . Hihi . Ok , Sally may ALLAH bless you always :))) Bestnya kau dah engaged kan? Oh lupa plak , dia baru je engaged last sunday 6 March , nanti aku upload laa gambar-gambar mana yang nampak senonoh sikit ye . Yela kalau jumpa dia , gambar entah pape je yang jadi . Haha .


Mar 2, 2011

Happy Birthday Ame !

Yes , just short update for my bestfriend . Today is Ame's 25th birthday .


Secara ringkasnya , ini bukan cupcake tapi apam smurf . Nama pun cam sedapkan ? Yes i admit memang sedap . And oh yes , bukan aku yang buat . Ni kalau aku yang buat , mahu terbakar Seri Mas Kondo . Haha . Ok straight to the point , sesiapa yang berfacebook dengan aku , aku rasa korang pun dah baca apa yang aku tulis kat wall aku kan . Ini pun aku sesaje just nak wish lagi kat blog plak . Haha saje nak kasi si gemuk tu terharu . Yela macam mana dia pernah buat aku terharu masa birthday aku last year , macam tu laa aku nak dia rasa . Sebab bagi aku , dalam banyak-banyak hari , masa hari jadi ni laa kita akan rasa happy semacam dan mengharapkan sesuatu dari orang sekeliling . Aku tak sure korang pun sama dengan aku ke tak , tapi aku memang setiap kali birthday sentiasa berharap sesuatu . Kihkih . 

So , Ame gemuk , aku doakan kau semakin matang dalam setiap apa yang kau buat . Dan yang paling penting , aku doakan kau jumpa jodoh dari orang-orang yang baik . Insyallah , jodoh tu ada cuma kau kena berusaha sikit ye . Oh lagi satu , semoga rezeki kau murah semurah-murahnya . Nanti birthday aku boleh laa belikan aku instax 3s (ala kamera yang aku tunjuk kat kau tu , hihi) .

Last but not least , thanks a lot for being a good friend . Banyak dah kau tolong aku sepanjang aku kat KL ni kan . Tak kira laa apa pun . Oh tak lupa jugak kengkawan yang lain . Korang semua memang baik gila . Haha tetiba dah rasa macam hari berpisah pulak (yela kan aku dah duk counting days nak balik JOHO dah ni) . Ok , HAPPY BIRTHDAY !

Dec 7, 2010

Eh boleh ke lupa hari ni birthday adik aku ?


Redha Faid , adik bongsu ! Kalau ikut kalendar islam lahir 1 muharam . 
Umur 13 tahun dah dia :)



Nov 30, 2010

Happy Birthday Anne & Muna !

OMG! Dah lama takde entry birthday kan? Sumpah aku busy . Tak sempat nak update . Oh yeah ! Happy belated birthday to my super bff (harus ada super untuk menunjukkan bestfriendforever kan?) . Tak sangka antara kitorang bertiga , aku laa paling kakak ok . Bebudak lagi dua orang tu lahir bulan November , oh so adik-adik sangat . Haipppp dengar cakap kakak korang ni , belanja aku please :)) Hadiah belum beli lagi , jangankan hadiah diorang , hadiah Mu'az pun tak terbeli lagi . Haha . Buruk gila perangai kan? So bulan ni punya gaji kena beli 3 hadiah untuk yang tersayang . Belikan handbag ok laa kot? Tapi Mu'az? Handbag jugak laa gamaknya!

Erin (kakak) , Muna (adik bongsu) , Anne (adik ngah tapi macam kakak)




[Noted : Aku rasa cam nak tumbuk je muka F tu !]

Oct 28, 2010

Happy Birthday Si Puteh :)))

Oh yeah ! Hari ni genap laa umur si puteh kesayangan aku . Tak tahu nak bagi hadiah apa (ala kalau bagi hadiah pun belum tentu si puteh cakap terima kasih kan??) . So sempena birthday yang pertama ni aku dikejutkan dengan bau aircond si puteh . Entah apsal entah boleh pulak aircond ada problem . Tension betul , tapi alhamdulillah bukan kecederaan yang serious . Agak-agak serious , aku hantar laa kat ayah . Muahahaha . Ok laaa itu je nak bagitahu korang . Bye !

I love u si puteh :)))

Oct 21, 2010

Happy Birthday Sayang !


Harap maaf , entry ni aku type hari Selasa tapi lupa nak publish . Tak pasal-pasal je birthday Mu'az jadi hari ni . So korang baca je laa eh entry yang patutnya publish 191010 . Hihi .

Ok , hari ni birthday Mu'az . Ye aku tahu aku lagi tua dari dia . Sedih kan bila isteri lagi tua dari suami . Isk isk isk . Comel kan cupcakes ni , penat tau aku menguli memalam semata-mata untuk kekasih hati . Ok ini aku memang tipu . Sejak bila aku pandai buat kek ? Aku tempah je dari kawan aku , kalau korang nak beli cupcakes ke kek ke kuih ke kan , sila laa tempah dengan Yummylicious .

Memandangkan birthday Mu'az jatuh pada hari bekerja , jadi tak dapatlaa aku nak makan kek sama-sama . Oh yeah lupa pulak nak ucapkan thanks a lot kat Maziah dan Ib yang tolong aku suprised kan kat Mu'az . Tanpa bantuan diorang , maka tiada laa cupcakes secomel itu . Hihi .

Ni nak bagitahu korang ni , aku tak cari lagi hadiah untuk dia . Muahahaha . Keji gila kan girlfriend macam ni ? Yela kan , memandangkan aku tak tahu bila nak jumpa dia sebab besar kemungkinan lambat lagi nak balik JOHO dan rasa-rasanya jumpa dia masa wedding cousin dia kat Klang tu nanti . So , tunggu laa gaji nanti aku pergi beli hadiah . Tapi nak beli apa eh ? Ketandusan hadiah ooo . Dah lima tahun bercinta , so dah macam-macam dah bagi . Hihi . Boleh tak tahun ni aku nak bagi album gambar selama lima tahun bercinta ? Macam menarik je kan ?




Aug 23, 2010

Happy Birthday Fahmi!

Happy birthday Fahmi!
Ok ini adek kedua aku dan anak ketiga mak . Hahaha .
Hari ni genaplaa dia berusia 18 tahun . Tak sangka dia dah masuk universiti . Kalau tengok dari gaya memang pemalas nak belajar tapi dia ni atlet sekolah . Tu pasal laa susah nak tengok dia pegang buku tapi alhamdulillah dapat jugak masuk universiti ok . I'm proud to be kakak sulong kerana setakat ni semua pun masuk universiti . Hoho bangga! Oh actually nak bagi ucapan je kat dia , mana laa tahu dia usha blog aku dalam diam . So , Fahmi ....May ALLAH bless you always . Semoga wish birthday tahun ni tercapai ye . Memandangkan nak raya ni , hadiah birthday tahun ni kasut raya ok :)

Aug 5, 2010

Happy Birthday Jiran Sebelah !!

Ok , entry ni khas untuk jiran sebelah yang suka gaduh dengan aku dan nasib baiklaa partition masih kekal dalam keadaan yang baik . Eh , korang jangan salah sangka pulak ye , ni jiran sebelah kat office . Hihi .

Comel kan???  Ini dia Kak Fadzi :)

Jul 31, 2010

Apa lagi hadiah yang saya dapat?

Hai , selamat hari Sabtu . Wohoaaaa! Hari ni adalah hari terakhir dalam bulan Julai . Cepatnya masa berlalu dan kita semakin hampir ke bulan Ramadhan yang mulia . Haishhh dah habis ke menggantikan puasa tahun lepas ? Kalau belum , cepat-cepatlaa ganti ye . Sebab masa dah suntuk sangat ni . Hihi . 

Ok laa , hari ni nak sambung upload gambar hadiah yang aku dapat minggu lepas . Mungkin minggu ni akan menyusul lagi hadiah-hadiah lain . Cet , berangan saja ! Tapi kalau sesiapa nak bagi lagi , aku terima je tanpa banyak soal dan didahulukan dengan ucapan terima kasih :)




Korang dah tengok kan apa yang aku dapat ? Hihi . Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih kepada pemberi-pemberi hadiah tersebut . Rasa terharu gitu . Semua hadiah yang aku dapat sungguh bermakna sebabnya semuanya benda aku suka . Yeay !

Gambar pertama dalam entry ni ;
Korang nampak tak itu apa ? Mug kan ? Nampak tak bentuk apa ? Moo kan ? Haaa aku suka gila dengan moo ! Dan orang yang bagi tu memang tahu sangat aku suka moo . Sebab aku ada bela dua ekor moo dalam kereta . Hihi . Mug ni besar gila ok kalau nak compare dengan mug aku kat office tu . So , lepas ni kalau buat air boleh laa share satu department . Hihi . Thanks Kak N ! Oooo ye , dalam moo tu korang perasan tak ada wrapping paper polka dots ? Itu pulak hadiah Kak Marina yang bagi . Nak tahu apa ? Jeng jeng jeng ! Sepasang brooch yang blink-blink macam emas habib jewels ok ! Aku memang nak sangat brooch tu sebab Kak Marina banyak gila kot brooch macam tu sampai jeles dan siap pesan suruh belikan . Dan tiba-tiba je , Kak Marina bagi hadiah brooch yang aku nak tu . Yahuuuuuuuuuu , suka sangat-sangat . Thanks Kak Marina :)

Gambar kedua dalam entry ni ;
Hihi . Jumaat dua minggu lepas , aku kunun-kunun demam kus-kus laa kan , so tak datang laa kerja . Lepas tu kan , hari Isnin masuk je office sampai je kat meja , tengok-tengok itik aku ada kawan baru . Hahaha . Dah tu pulak kawan dengan tiga ekor arnab pink . Berdekah-dekah aku ketawa ok . Sebab tiga ekor arnab ni buat aksi akrobatik bukan main lagi . Comel gila . Masa tengok magnetic tu je , memang aku dah tahu dah siapa yang hadiahkan . Sebab masa aku beli itik tu , dia suka usik itik tu tukar aksi akrobatik lain . Anyway , thanks Kak Fazi . Rasa ceria rak meja i kat atas tu walaupun kertas entah apa-apa bersepah-sepah kat atas tu .

Gambar ketiga dalam entry ni ;
Omg ! Tetiba je rasa nak nangis . Haha . Gedik gila laa kan nak nangis . Sebenarnya , aku sangat terharu dengan ucapan dia . Tak sangka wei , sebab dalam masa lima tahun ni tak pernah laa pulak dia bagi ucapan macam tu . Walaupun dia main tulis je kat atas sampul hadiah dan dakwat pen tu macam takde , aku tetap rasa wow ! Betul ke dia yang tulis ni ? Hihi . Dan untuk pengetahuan semua , nak tahu tak macam mana cara dia bagi hadiah ni ? Kalau nak tahu , sila laa baca dengan tenang ye . Ok , hari Rabu lepas , dia ada interview dekat KL (company apa tu perlu dirahsiakan , haha) , so masa tu laa dia bagi hadiah sebab dia kan datang KL . Kalau tak , lambat lagi laa aku dapat hadiah dari dia . Eh , ini belum klimaks ceritanya . Ok , memandangkan aku memang kerja kat KL , dia pun datang KL naik bas je dan aku laa yang tukang ambil dia kat terminal bas Bukit Jalil , pukul 11.30 p.m hari Selasa (perlu ke cerita?) , mata pun dah mengantuk gila ! Malam tu lepak minum kejap , yela kalau lepak lama , ada jugak yang tak pergi interview kang . Kalau aku tak pergi kerja takpe laa kan . Hihi . Tapi kan masa malam tu , dia langsung takde menunjukkan ke arah nak bagi hadiah kat aku sebab dia pernah cakap hadiah aku tu dia nak bagi lambat lagi , so masa jumpa tu takde laa teruja apa pun cuma dia yang teruja jumpa aku , rindu kunun . Tapi dia laa yang rindu , bukan aku ok ? Hari Rabu pagi , hihihi dia hantar aku pergi kerja . Auwwwww , first time tau . Yela , kitorang kan kerja jauh-jauh , then bila dia hantar pagi tu rasa sangat best walaupun aku sangat mengantuk . Pukul 7.00 am dah siap nak pergi kerja . Haha . Tak pernah aku siap seawal pagi tu . Then bila dalam kereta tu , dia tiba-tiba cakap dan tuduh aku dah berapa lama keluar dengan ....... alamak aku lupa nama lelaki yang dia sebut tu . Damn , cuak gila dan rasa eh apsal pulak laa mamat ni kan . Lepas tu aku cakap laa kan siapa pulak laki tu dan dia jawab apa entah tapi aku macam ingat-ingat lupa , dia kata "tu dalam dashboard tu ada kertas nama dia" . Aku pun menggelabah gila laa bukak dan jeng jeng jeng .................... eh itu hadiah aku laa . Hihi pandainya nak kena kan aku tapi sumpah aku cuak gila masa tu . Tiap-tiap tahun pun mesti aku terkena dengan dia . Cesss betul laa . Apa-apa pun ,  I love you sayang ! 


[Noted : Eh sorry laa kualiti gambar kurang memuaskan sebab pakai kamera hp je ]

Jul 28, 2010

Flying kites and it's my birthday!

Oooo yeah ! Mari sini lihat gambar-gambar birthday celebration i kat Taman Metropolitan , Kepong . I was like macam nak menangis dan terharu dengan sambutan birthday hari Sabtu lepas . Kepada gang gemuk yang comel , thanks a lot and XOXO ! Apa itu XOXO ? Itu macam kiss . Hihi . Malu laaa pulak .

Macam mana eh nak start cerita . Hummmm mula-mula nak picnic kunun-kunun nak main layang-layang laa kan . So , biasa laa kan event manager contact semua gang ajak main layang-layang . Dan semua pun set ok je . Yelaa sebab ada makan-makan si Anne jadi tukang masak . Semua orang pun tahu kalau dia yang masak memang boleh buat orang terliur beb ! So seperti yang dijanjikan , pukul 4.00 petang jumpa kat tempat yang sepatutnya tapi biasalaa kan tak semua orang datang cepat termasuklaa aku . Huhu . Traffic jammed woo ! Nama pun KL kan , semua tempat pun akan jammed sampai otak pun boleh mereng nak mengharung jammed . zzzzzzzzzz~! Sampai je sana , Hadi dah pun sampai , Encik Nazali pun dah sampai jugak . Lepas tu aku dengan Amer pulak sampai . Eh tapi Muna , Aie dan Aina pun dah sampai jugak . Jalan tergopoh-gapah sebab tak sabar dah nak main layang-layang tu .

Sesampai je kat bawah pokok besar yang Hadi dah booking tu kan , terus je bentang tikar dan susun segala makanan yang ada . Uuuu makkkk aiii banyak gila makanan yang ada . Macam juadah berbuka puasa pun ye jugak . Makanan yang sangat banyak . Tapi tu laa junk food laa kan . Yang main menu masih on the way lagi dari Sungai Buloh . Tak sabar nak makan . Yummmmy ! Ok , mari kita teruskan dengan event petang tu .

First round activities ;

Membeli-belah layang-layang .Harga amat berpatutan dari RM4-RM20
bergantung kepada size si pemain . Hahaha . Ini tipu je ok ;p

Ok , ini abang Hadi yang gagah bersama layang-layang
Budin yang gagah juga .

Comel jugak brother ni posing !

Si warna-warni dan si pari-pari .

Yeah itu dia , berlari mengempiskan perut . Go go go Amir!

Wah wah wah 5km berlari dan boleh kurus .

Haaa ini dia si Anne yang terror gila main layang-layang .

Haaa yang baju merah tu menggelabah je lebih .

Hehe , si gemuk dibelakang bertungkus-lumus naikkan layang-layang .

Ini Muna ;)

Ini Amir si tonggek !

Ok , korang ingat main layang-layang ni tak penat ke wei ? Peluh-peluh masam aku tengok diorang berlari macam Watson Nyambek (eh betul ke eja nama dia? Haha . Aku hentam je ni!). So kitorang pun break laa sekejap . Break for awhile and jeng jeng jeng ....Happy birthday to me ! Happy birthday to me ! Happy birthday to me! Ehe~ Malu ok . Tersipu-sipu gitu . Rasa sungguh terharu dan tak terkata-kata (apakah betul ayat ini?) . Nak tiup lilin pun malu tau sebab semua orang pun tengok i . Ecehhhhh . Tengoklaa muka kat bawah tu , gedik semacam je . Cettt padahal suka gila kan dapat makan kek . Sedap pulak tu ! Thanks tau ! Next year nak wondermilk please , tak nak dah secret recipe , cett demand!


Ok , masa sibuk potong-potong dan agihkan kek pada geng gemuk tu , si Amer beria-ia suruh bukak hadiah . Iskk ini bungkusan yang dalam kereta aku tadi . Cessss ! Rupa-rupanya bungkusan yang dalam beg yang aku ingat pinggan ke apa kan , rupanya hadiah gua beb ! Hahaha . Padahal Amer masa tu dah risau gila takut aku bukak ke kan . Wakakakakaka . So disebabkan diorang duk bising-bising suruh bukak hadiah , aku pun bukak laa (dalam hati berbisik , teruk gila bungkus hadiah guna surat khabar , tu pasal laa aku ingat pinggan ke kan) . Then bila dah bukak , haaa jerit laaa kan . Terkejut ok !! Nak tengok aku dapat apa ? Sila lihat gambar dibawah ! Cepatlaaa tengok , cepatlaaa !

Status facebook 19July2010 ; ok wishlist untuk birthday tahun ni , lomo fisheye please ;))))

Dan tak sangka dapat jugak ! Thanks a lot kat geng gemuk tu . Love you bebeh ! Diorang semua membuatkan aku rasa dihargai dan disayangi . Yelaa , diorang memang kena sayang aku kalau tak , takde maknanya aku nak arrange semua aktiviti untuk korang . Hahaha . Keji gila (ayat encik Nazali) .
Ini Amer , ketua geng gemuk .

Ini Muna , penolong geng gemuk .

Second round activities;

Lepas dah potong-potong kek dan melantak , kitorang pun sambung laa balik main layang-layang . Gila bukan ? Dengan perut yang penuh dengan makanan , lepas tu berlari-lari , mahu nak terbelahak tekak ni wei . Tapi kitorang peduli hape , teruskan jugak . Hahaha . Jom tengok gambar-gambar berikutnya . Penat dah nak menaip .

Ini Ijam , si kurus .

Ini Chuck , maskot geng gemuk . Haha .

Ini Encik Nazali , haaa ini laaa president persatuan gemuk :D

Si pari .

I like !

Si kurus-kurus ;)

Acara lompatan perlu ada , kalau tak rosak laa kamera .

Lomo fisheye 2 .

Family box toblerone , mungkin boleh jadi gemuk kalau habiskan sensorang !



[Noted : Nanti i updates lagi hadiah yang i dapat]

Jul 21, 2010

It's my birthday !!! I'm 24 ok . Sudah besar !!

Happy birthday to me .

Rasa janggal gila pulak nak publish dalam blog ni . Tapi suka i laa kan , ni blog i . Apa-apa pun , sangat terharu dengan semua ucapan kengkawan , tak kira laa yang call , SMS dan wish thru facebook . Cuma agak sedih bila Mu'az tak jadi orang pertama yang wish and the worst part is gua yang call dia beb . Sebab dia takde kredit . Ni boleh maafkan ke tak eh ? Terasa siut . Rasa bukan birthday hari ni sebab mengharapkan dia jadi orang yang pertama . Cesssss ! Tapi bila fikir-fikir balik , dah 24 tahun kot , so tak perlu nak mengada nak tunggu dia jadi yang pertama ke ataupun tak langsung . Hummm tengok laa nanti birthday dia , aku tak nak wish pun jugak . Haha . Busuk hati !! 

Ok , ni nak bagitahu lagi ni . Hari ni anniversary aku dengan Mu'az jugak . Hahaha . Tu pasal aku nak emo lebih kalau dia tak call aku . Damn u sayang !  Lepas tu boleh pulak dia memain kan aku . "Happy anniversary ke berapa eh sayang ?" What the hell are you talking about ni ??? Kang ada aku jawab "It's over sayang !" . Tension betul hari ni . Tapi nasib baik hari ni aku cool je walaupun tengahari tak sempat makan sebab ada meeting kat MOT (Ministry of Transportation) - perlu ke bagi explaination ? Haha . Dan alhamdulillah meeting hari ni going smooth dan tiada perkataan bloody hell . Hehe . Hell yeah ! Oooo ye , nak sambung sikit je lagi pasal anniversary ni . Dasyat bukan tarikh boleh sama ? Haha . Ini kes tak ingat bila tarikh bercinta . Tapi best laa kan , setiap 21 Julai , aku akan dapat dua hadiah . (wondering tahun ni dapat hadiah apa eh) . Tapi kan aku nak sangat lomo fisheye :))) Sayang , nak hadiah tu boleh tak ? *wink*wink*

Eh jap , lupa nak bagitahu . Pepagi lagi , kontarktor call marah-marah sebab tak bagitahu Lot 766 dah boleh masuk . What the what ? It's my birthday ok ! How dare u ! Potong stim betul laa . Tapi tak pe laa , aku pun malas nak cakap panjang , maka aku relakan di marah walaupun it's my birthday . Hahaha . Ooo yeah ooo yeah ! Dapat satu hadiah yang paling bermakna dari boss besar SGEDT ye kengkawan . Nak tahu hadiah apa ? Hadiah kena stay kat KL sampai end of December . Ok fine !!! It's my birthday . I love you so much boss . (supposed to be aku akan balik JB by October ok !!!) 

Ooo ok , lagi sekali Happy birthday to me & happy 5th anniversary to us !



[Noted : Weekend ni picnic ! Yeay !]

Jul 19, 2010

Happy Birthday Uolls~ (banyak sangat nak type)

Hari ni 19 July 2010 , ramai gila kot kengkawan aku yang lahir pada hari ni . Mari kita lihat siapa yang bertuah masuk dalam blog :)))

Happy Birthday KAK ETTY!
30 years old :)))
Tapi Kak Etty ni awet muda woooo . Comel je memanjang .


Happy Birthday IDA!
24 years old .
Ok , ni girlfriend baru Aiman (classmate kat UTHM) .
Orangnya friendly dan comel ok!


Happy Birthday NAZMI!
24 years old .
Ok , Nazmi pulak faculty mates . Haha .


Happy Birthday YAM!!
24 years old .
Yam ni junior aku kat UTHM dan girlfriend kepada Muslih .


Happy Birthday DEKOT!
24 years old .
Kawan masa sekolah rendah , sekolah menengah dan matrik .



May ALLAH bless you always :)))

Jul 18, 2010

Happy Birthday Kak Dini , Mam & Hanan !

Semalam , 17 July 2010 ;


Happy Birthday KAK DINI!
25 years old .
Kak Dini classmates masa kat UTHM , dia tua setahun dari i ok :)
Bila mu nok nikah?

Happy Birthday MAM !
24 years old .
Mam pun classmates kat UTHM jugak , sebaya i ye kengkawan .
Next year dia nak kahwin dah wei .


Happy Birthday HANAN!
23 years old .
Hanan pulak ? Hummm panjang ceritanya . Kawan kepada Awis dan juga Aliff .
Eh tak lupa juga kawan kepada adik ipar i , Anas . What a small world kan .



MAY ALLAH BLESS YOU ALWAYS :)


Jul 14, 2010

Happy Birthday Cik Rin !

Happy Birthday CIK RIN !!
43 years old .

May ALLAH bless you always pakcik .

Jul 8, 2010

Happy Birthday Amylia !

Happy Birthday AMYLIA!
23 years old .

Haha . Gambar ni tak center kan? Amy ni junior aku ye . Hari ni dia konvo ;)))

Jul 7, 2010

Happy Birthday Fuad ! Happy Birthday Ella !

Happy Birthday FUAD !
27 years old .



Happy Birthday ELLA!!
24 years old ;)))

Jul 5, 2010

Happy Birthday Encik Nazali & Frank !

Kelmarin 3 July 2010 ;

Happy Birthday Encik NAZALI !!!
38 years old ;)
welcome home sir!! 
can't wait to see you soon .


Semalam 4 July 2010 ;

Happy Birthday FRANK !!!
24 years old ;p



Jun 30, 2010

Happy Birthday Aliff !

Happy Birthday RAJA ALIFF !
24 years old .

Ok , gambar ni diambil dari FB dia . Dia bagi permission ok .


Happy Birthday LALA !
24 years old .
Lala yang sebelah kiri ye , yang sebelah kanan tu Lulu . Hihi ;p